CHAPTER 136 | I WANT TO HELP

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NELLSON POV

Aku menyandar belakang pada dinding sambil menyilangkan tangan ke dada. Natasha, Sofea dan Freya asyik berbual sambil diperhatikan oleh Brian. Ibu pula mengupas buah epal kepada Adrian. Lelaki berambut putih tersenyum menerima layanan baik dari ibu.

Aku menghela nafas panjang. Mujur Adrian sedar semula. Man, i feel so fucked up. Sekarang dia sudah lumpuh. Brian pulak bisu. Great. Dua kawan aku sudah cacat.

You know what? Aku geram. Brek kereta Adrian takkan rosak begitu sahaja. Aku rasa dia kena sabotaj. Ini semua rancangan jahat untuk hapuskan Adrian.

Aku tahu siapa yang rancang semua ni. Joseph Ash. Cuma orang kaya yang ada otak segila ni.

Aku serkap jarang? Oh please. Selama Adrian koma, that fucker didn't come to visit. Even once. Adrian satu-satunya ahli keluarga dia. Takkan dia tak tahu Adrian koma?

Don't you smell something fishy?

"Apa kau fikirkan tu, Nell? Tercegat je kat situ?"

Adrian menegur. Aku tersedar dari monolog hati. Pandanganku tertacap kepadanya. Adrian membalas pandanganku sambil menguyah epal.

"Ah ha, nothing. Kau macam mana, Ad? Feeling better?"

Aku menyoal seraya berjalan ke depan. Ibu menganjak ke sisi untuk memberi ruang duduk di birai katil.

"Better? Sekarang, aku sudah ada seorang ibu kandung dan Freya bakal jadi mommy. I'm gonna be a daddy. Nah, i don't feel better. I feel alive!"

Adrian berkata dengan nada ceria. Aku dan ibu tersenyum. Lelaki berambut putih menyuap buah epal kedalam mulut sekali lagi.

"Ad."

Aku memanggil namanya dengan nada separa berbisik. Lirikan mata biru Adrian beralih kepadaku.

"Yeah?"

"Uncle Joe kau tak datang melawat, Ad. Kau tak rasa pelik?"

"Lantaklah dia. Aku malas nak ambil tahu pasal dia."

"Kau ada cakap apa-apa dengan dia sebelum kau kemalangan?"

Aku menyoal dengan nada serius. Ibu berdiam diri sambil mendengar perbualan kami. Adrian menggaru pipi.

"Aku halau dia dari syarikat. Kami bertengkar. Urmmm, kenapa kau tanya?"

"Aku rasa kau kena sabotaj, Ad."

"Sabotaj? Kau nak cakap Uncle Joe sabotaj aku?"

"Who else? Look, Adrian. Aku tak rasa kes kemalangan kau ni normal. Aku rasa Joe ada kena mengena dengan kes ni."

"Nellson. Tak baik menuduh."

Ibu menyampuk. Aku menarik muka. Tangan disilangkan ke dada. Adrian menggosok belakang kepala.

"Ibu. Nell tak menuduh. Its so obvious. Brian beritahu brek kereta Adrian rosak. Takkan brek boleh rosak macam tu saja?"

Aku membidas dengan nada tidak berpuas hati. Pandangan Brian beralih kepadaku. Dia bingkas menggapai nota kecil. Selesai menulis, kertas tersebut dia serahkan kepadaku.

'Aku rasa kau betul. Brek kereta Adrian memang kena pedajal.'

Pandanganku tertoleh kepada Brian. Dia mengangguk dengan mimik muka serius. Adrian merampas nota tersebut dari tanganku.

"Hurmm, kau pun rasa macam tu Brian? Haih…Uncle Joe takkan sanggup buat benda macam tu pada aku."

"Mana kau tahu, Ad? Hati manusia ni ada macam-macam jenis. Kau tahu hati dia macam mana?"

"Dia pakcik aku, Nell. Takkan lah dia sanggup buat benda macam ni?"

"Dia sanggup pisahkan ibu dengan Adrian."

Ibu menyampuk tetiba. Adrian terdiam. Aku dan Brian tersengih. Bila ibu dah buka mulut, Adrian takkan melawan. Hah! Apa lagi kau nak bidas, Ad!?

"Mungkin Derek boleh tolong? He's good with a plan, ya know?"

Sofea mencelah dari belakang. Pandangan kami tertoleh kepadanya. Freya menyuap coklat kedalam mulut sambil memerhati kami berbincang.

"Lee dah laporkan hal ni kepada pihak polis. Macam takde apa-apa siasatan pun."

Natasha berkata dengan nada kecewa. Aku memegang dagu. Hurmm, mungkin aku boleh minta tolong Derek? Macam Sofea cadangkan. That dude is awesome. I must admit. He's the mastermind.

"Sayang, cuba call Derek. Tanya dia ada di mana?"

Aku meminta kepada Natasha. Dia mengangguk. Smartphone dikeluarkan dari beg tangan. Nombor Derek didail. Kami semua berdiam diri untuk seketika.

"Hurm, dia tak angkat. Sibuk kot."

Natasha berkata dengan mimik muka masam. Kami melepaskan helaan kecewa. Mungkin dia ada bersama Lee. Aku tak tahulah apa hubungan dia dengan Lee. Selalu je Derek melepak dengan Lee.

"Haha! Guys! Guys! Kenapa tetiba serius sangat ni!? Aku dah bangun kan? Plus, i'm still alive! Just enjoy the moment!"

Adrian memekik tetiba. Kami semua menoleh kepadanya dengan mimik muka serius.

"Kau banyak tolong aku, Adrian. Kali ni, giliran aku untuk tolong kau."

Aku berkata dengan nada dingin. Adrian menggosok batang hidung.

"Aku hargai niat kau, Nellson. Tapi, aku tak nak fikirkan apa-apa lagi sekarang ni. Aku cuma mahu bersama Freya dan ibu. Plus, aku ada keluarga yang baik sekarang ni. What more to ask, Nellson? Aku dah dapat apa yang aku nak."

Freya tersenyum mendengar kata-kata Adrian. Aku menggosok belakang kepala. Hurmm, sejak bila Adrian jadi macam ni? Aku nak tolong dia! Aku mahukan keadilan! Sekarang, dia bersikap macam ni!?

Plak!

Kami semua tersentak apabila pintu bilik wad dibuka tetiba. Lelaki berpakaian serba hitam menjengah bersama Lee dan Alisa. Tangannya memegang kotak kecil berisi Dunkin Donuts.

"Hello. Haha! Yo, Ad! Sedar pun kau!"

Derek menegur seraya melangkah masuk. Natasha bingkas bangun dari kerusi. Bayi lelaki diambil dari dukungan Alisa. Suasana bertukar riuh-rendah.

Aku memalingkan muka kepada Adrian. Dia membalas pandanganku dengan sebelah kening terangkat.

"Nellson. Just forget it. Aku tak nak apa-apa masalah."

Kata-kata Adrian, tidak aku endahkan. Punggung diangkat dari terus duduk di birai katil. Langkahku diorak ke arah Derek. Adrian memerhati aku dengan renungan sayu.

"Derek. Can we talk?"

Aku menegur Derek dengan nada separa berbisik. Derek memalingkan muka kepadaku. Mereka semua asyik melayan bayi lelaki Lee dan Alisa. So, this is the right moment to have some privacy.

"Right now? Nantilah. Kau tengok Marcus. Dah besar macam tu. Kau bila lagi nak menimang cahaya mata?"

"Derek. This is important. We need to talk."

"Important?"

Derek meletak donut ke dalam kotak kecil. Aku mengangguk.

"Yes. Aku perlukan pertolongan kau, Derek. Can you help?"

"Sure. Jumpa aku di kafeteria lepas ni."

"Okay, Derek."

💠 💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠

Aku rasa macam dah lama takde chapter kelakar. Haha! Maybe the next one gonna be funny?

By the way, aku ada lukis karakter Adrian Ash dalam bentuk komik.

Macam aku cakapkan, story ni asalnya draft untuk komik. Tapi aku malas, so jadi novel jelah. 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro