3 | Name's Colby

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kenapa ayah mesti nak kawal hidup Ains!? This is not fair! Okaylah, ayah mahu Ains hidupkan legasi ayah sebagai seorang artis seni dan segala urusan galeri ayah, Ains yang uruskan! Sekarang, ayah nak paksa Ains berkahwin dengan lelaki yang Ains tak kenal?! My answer is no! Fullstop!"

"Sebab Ains satu-satunya anak perempuan ayah. Sekarang, Ains sudah berumur 23 tahun. You already become a woman. Lagipun, bakal suami Ains tu anak kepada kawan ayah ketika ayah menuntut di universiti dulu. He is a good man, with a good background."

"Yeah, everyone in this town is your friends! Ains tak nak! Ayah langsung tak faham dengan kehendak Ains! Please, for once, be considerate!" 

"Okay-okay. Janganlah melenting macam ni, Ains. Apa yang ayah minta cuma Ains berkenalan dulu dengan lelaki tu. He is nice. Quite handsome too. Mungkin Ains akan sukakan dia."

Ayah memujuk dengan nada lembut. Senyuman kelat terukir di bibir tuanya. Aku menyilangkan tangan ke dada dengan mimik muka menyampah. Buat seketika, aku dan ayah bertentang mata. Ibu cepat-cepat mendapatkan aku. Bahu kananku, dia usap lembut dengan kedua tangan. Aku menjeling dengan pipi yang sedikit memerah. 

"Ains, janganlah marah-marah macam ni. Apa yang kami mahukan cuma Ains berkenalan dulu dengan dia. Ibu dan ayah sudah berjumpa dengan lelaki tu. Ibu bersetuju dengan ayah, he is nice. Soft spoken and well mannered. Hurm? Ains berjumpa dulu dengan dia, ya?" 

Ibu memujuk lembut. Aku merengus geram. Tangannya yang mengusap bahuku, aku tolak ke tepi. 

"I said, i don't want too! Kenapa ayah dan ibu susah sangat nak faham!? Sudahlah! Ains tak nak cakap lagi pasal ni! Its hella annoying!" 

Tempikan aku membuatkan ibu dan ayah terperanjat kecil. Tanpa membuang masa, aku beredar ke tingkat kedua rumah sambil menghentak kaki. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik, pintunya dihempas kuat.

\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*
\*

[We will arrive to Birmingham New Street station approximately 15 minutes.]

Aku terjaga dari lena apabila suara pengumuman dari pengurusan kereta api kedengaran bergema di telinga. Serta-merta aku mengusap muka dengan kedua telapak tangan untuk menyegarkan diri. Keadaan sekeliling, aku perhatikan dengan muka mamai. Aku sudah hampir tiba di stesen New Street rupanya. Nasib aku terjaga. Sudah berapa lama aku tertidur agaknya? 

Kepala aku sandarkan ke jendela di sisi kiri. Entah mengapa, aku kerap tertidur sekarang ni? Mungkin kerana fikiranku yang masih berserabut? Hah, sudahlah. Jangan fikirkan apa-apa lagi, Ainsley. Kau sudah buat keputusan yang betul. Ibu dan ayah yang salah, bukan aku. 

Setelah 15 minit berlalu, kereta api tiba di stesen New Street. Aku bingkas bangun sambil mengikat rambut supaya menjadi sanggul. Bagasi yang terletak di tempat simpanan, aku gapai perlahan. Namun begitu, tatkala aku mahu mengambil beg tangan, ianya tiada di situ. Dahiku berkeriut seribu. Eh, dimana beg tangan aku? Kalau tak silap aku, beg itu, aku letakkan betul-betul di sebelah aku. 

Wait! Adakah semasa aku tidur tadi, ada orang curi beg tangan aku!? 

Ketika itu, jantungku mulai berdebar kencang! Nafasku mulai merombak menahan debaran di dada! Kelam-kabut aku mencari beg tanganku itu, namun langsung aku tidak jumpa! Ianya hilang! Hanya tinggal bagasi sahaja! 

"Crap! Crap! Crap! Crap!" 

Aku menyumpah seranah sambil mengeledah bagasi! Tak mungkin benda macam ni berlaku! Dalam beg tangan aku itu, semua barang berharga aku ada di dalamnya! Duit, kad bank, dan juga kad pengenalan aku! This is not happening! Please tell me, this is not happening! 

IT IS HAPPENING! BEG TANGAN AKU DICURI! 

Aku terduduk semula di kerusi dengan mata berkaca. Mulutku ditekup dengan sebelah tangan. Apa aku patut buat sekarang? Semua duit aku berada di situ. Sekarang, aku sudah tiada apa-apa lagi melainkan bagasi pakaian. Kepalaku berpaling ke sisi. Pintu kereta api yang sudah terbuka, aku tatap seketika. Mungkin pencurinya baru saja keluar dari sini? Mungkin masih sempat untuk aku tangkap si celaka tu!? 

Tanpa membuang masa, aku menarik bagasi untuk keluar dari perut kereta api! Langkahku diorak laju ke arah stesen utama New Street! Walaupun keadaan di situ terasa begitu sesak, aku gagahkan diri untuk meninjau keadaan sekeliling! Setiap manusia yang melintasi diriku, aku renung tajam akan mereka semua. 

Dikala aku fokus mencari gerangan celaka yang mencuri beg tanganku, kakiku tergelincir! Belum sempat aku rebah ke lantai, tanganku sempat berpaut pada sesuatu! 

"Damn it!" 

Aku menyumpah kecil. Namun begitu, dikala aku cuba menegakkan tubuh, sepasang tangan terasa memaut pinggangku dari depan. Cepat-cepat aku mendongak. Kelihatan seorang lelaki tercegat di hadapanku bersama senyuman. Oh, crap! Did I just hold on to him!? Yes, I did! Tindakan refleksi membuatkan aku cepat-cepat menarik tangan dari dadanya. Lelaki tinggi lampai tersebut tertawa kecil melihat aku tertunduk menahan segan. 

"I'm sorry. I didn't mean too-" 

"Its fine. Kau okay?" 

Dia menyoal ramah. Aku menggosok lengan dengan pipi yang sedikit memerah. Pandanganku kembali didongakkan ke depan. Lelaki tersebut tampak bersahaja sambil menggalas beg hiking. Mata birunya tertacap rapat kepadaku bersama senyuman menawan. Aku menghela nafas panjang. 

"Sejujurnya, saya tak okay. Beg tangan saya dicuri."

"Eh, really? Kad pengenalan kau juga dicuri? Duit dan kad bank kau?" 

Aku mengangguk kecil. Si lelaki tinggi lampai tersebut melepaskan helaan pendek. Lenganku, dia genggam lembut. Tanpa disangka, dia menarik lenganku supaya mengikut jejak langkahnya. Aku termangu-mangu dek tindakannya itu. 

"Errr... What are you doing, sir?" 

"Taking you to the police, of course. Biar mereka uruskan."

"Awak tahu dimana pondok polis?" 

"Actually, no. Haha! Tapi, kalau kita ikut papan tanda, aku yakin kita boleh cari di mana pondok polis di sekitar sini." 

"I see..."

Aku mengangguk seorang diri. Kenapa aku tak terfikir sebelum ni? Aku patut ke pondok polis saja untuk laporkan mengenai perkara ni. Bukan mencari si pencuri tu bagaikan orang bodoh. Setelah seketika berjalan, baru aku sedar bahawa si lelaki tinggi lampai tersebut masih memegang lenganku. Dia berpaling ke belakang apabila aku menarik lenganku dari pegangannya. 

"Saya boleh ikut awak dari belakang. No need to hold me tho."

Aku berkata dengan nada segan. Si lelaki tinggi lampai tersebut menggosok belakang kepala seusai dia sedar akan tindakannya tadi. Tawa kecilnya terlepas dari mulut. 

"Ah, yeah... My bad. You look so small and fragile. So, instinctively, I grabbed your hand."

"I am not that small. Its just you're so tall."

"Hahaha, my bad. My bad. Apa nama kau? Nama aku Colby Cooper."

Dia menyoal ramah. Aku menggosok batang hidung. So, his name is Colby, huh? That name is kinda rare to hear. Especially for a guy. 

"Saya, Ainsley Maia. Awak boleh panggil saya, Ains."

"Ains, huh? Cute. Baiklah, sekarang kita ke pondok polis dulu, kemudian kita fikirkan apa nak dibuat. Sound good?" 

Aku mengangguk sekali lagi mendengar cadangannya. Colby tersenyum. Kami kembali berjalan meredah ruang stesen yang sememangnya sesak. This guy is nice, I think? Dia sanggup tolong aku walaupun kami baru saja kenal. 

Tapi, patutkah aku percayakan dia? 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro