B L U R B

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BLURB

Ini kisah Jijah dengan buah pelam peninggalan. Kisah Jijah yang sanggup buat apa saja. Tapi Jijah tak buta hukum. Jijah tahu dia dah tak punya hak bila anak arwah Pak Leman dah balik ke situ. Tak ketinggalan si panda sewel yang pakai selipar bulu.


"Jijah datang lagi esok, ya. Boleh berkawan dengan Izzudin." - Mak Hawa.

"Tak apalah, mak cik. Mawas tak berkawan dengan panda sebab lain keturunan." – Jijah.


Hubungan panda sewel dengan Jijah bukan kerana cinta, tapi orang cakap kalau dah jodoh tak ke mana. Ikan di laut, asam di darat pun boleh bertemu dalam periuk.


"Kau jangan nak pedajalkan aku. Aku ni model famous, tau. Satu Malaysia kenal."- Izzu.


Hubungan panda sewel dengan Jijah Jonas memang bukan kerana cinta, tapi ada sesuatu yang mengikat mereka. Sesuatu yang buatkan Jijah tersepit, tercekik, terheret sama.


"Tolonglah aku, kak. Cuma kau yang aku ada. Tolong couple dengan aku."

"Kau tak faham bahasa ke, Muhamad Izzudin? Aku tak nak menipu Mak Hawa."


Jijah tahu matlamat tak halalkan cara. Hidup pun takkan pernah tenang sebab menipu orang tua. Tapi Izzudin yang langsung tak faham bahasa tu dengan confident mengaku.


"Memang Iz bercinta dengan Jijah, ibu."


Bagaimana kesudahan kisah Panda Sewel dengan Jijah Jonas? Betul ke akan habis di situ?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro