▪︎🌹- 18▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kelipan cahaya lampu dan kamera memancari studio itu. Kakitangan dan jurukamera kelihatan sibuk memotret wajah baharu yang kini semakin melonjak naik. Busana yang tersarung di tubuh langsing itu kelihatan sangat cantik dan terlihat sangat mewah.

"Okay. Bagus. Kau boleh rehat..." arah seorang lelaki yang duduk di kerusi. Dia memberi isyarat tangan kepada seorang jurukamera lelaki di sebelahnya.

Dia asyik melihat hasil bidikan kamera dari anak buahnya. Dia tersenyum puas. Hasilnya sangat cantik dan memuaskan. Tidak perlu mereka berulang banyak kali hanya kerana satu gambar yang paling cantik untuk dijadikan muka depan majalah.

Alisa tersenyum kepada semua staf-staf yang berselisih dengannya. Tidak lama itu, Alisa tiba di bilik rehat khusus untuknya. Dia terduduk lemah di atas sofa sambil mengimbas badan dia menggunakan tangannya.

"Nah air..."

Botol air mineral diserahkan kepada Alisa. Dia kembali membaiki postur tubuhnya. Kevin memandang Alisa yang asyik meneguk air. Dia setia mengekori Alisa kemana sahaja dan menjaga keselamatan gadis itu dari jauh.

"Abang tak masuk kerja ke harini?" Soal Alisa. Jam sudah menginjak angka 2 petang. Namun, Kevin masih setia menemani dirinya menghadiri sesi pengambaran.

"Tak. Tuan Zaf bagi cuti satu hari untuk teman Cik Alisa" balas Kevin lembut. Jika mereka berdua, Alisa akan membahasakan dirinya sebagai abang. Tapi jika di hadapan Zafrael mereka akan menggunakan nama sahaja sebagai bahasa komunikasi.

Alisa mengurut bahunya yang terasa sengal. Jam di dinding dijerlingnya sekilas. Masih ada dua jam lagi sebelum waktu kerjanya habis. Sementara menunggu hari graduasinya tiba, Alisa mengambil peluang dalam bidang pemodelan kecil-kecilan.

"Abang tunggu Lisa dekat luar. Lisa nak tukar baju kejap lepas tu kita boleh gerak balik"

Kevin mengangguk. Dia segera beredar sambil menutup bilik rehat. Dia berdiri tegak di luar bilik. Alisa masuk ke bilik persalinan bersama beg sandang miliknya. Dia berasa lemas dan panas memakai dress lama-lama.

Tidak lama itu, Alisa keluar dengan hanya mengenakan oversized shirt paras lutut dan rambutnya yang diikat ekor kuda bersama kasut converse high hitamnya. Sling beg gambar patung arnad warna putih disilangkan ke tubuhnya.

Alisa membuka pintu sambil sebelah tangab dia membawa dress yang dipakai olehnya tadi untuk dibawa ke pihak produksi untuk dipulangkan kembali. Dress tersebut dimasukkan ke dalam paper bag bersaiz besar dan diserahkan kepada Kevin.

Mereka berdua berjalan beriringan. Alisa asyik berbalas chat dengan rakan-rakan dia di universiti dia yang dahulu. Ada yang sudah memulakan kerja, dan ada yang masih menganggur sama sepertinya.

Kevin menyerahkan paper bag itu kepada salah seorang staf yang bekerja di bahagian busana. Sejurus itu, Kevin segera beredar dan mendekati Alisa yang menunggunya di pintu keluar studio itu. Alisa memeluk lengan Kevin erat dan lagak mereka tidak lepas dari pandangan staf-staf disitu.

Mereka sudah maklum bahawa Alisa dan Kevin sangat rapat. Walaupun hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan. Kevin sering mendapat jolokan sebagai bodyguard dingin. Sukar mengukir senyuman dan raut wajahnya kelihatan serius sentiasa.

Alisa yang baru sahaja menjejak kaki di lantai dobi dikejutkan dengan bunyi jeritan suara seseorang. Wajah dia bertukar ceria melihat Hakim berada disitu. Tapi, kelamaan itu raut wajah dia berubah melihat sahabatnya, Rossa turut bersama lelaki itu.

"Awak buat apa dekat sini Hakim?" Soal Alisa dengan riak hairan. Setahu dia, Hakim tidak berada di sekitar Ampang dan menguruskan projek barunya di Kelantan.

Tapi...pelik sekarang ini boleh pula lelaki itu terpacak di hadapan dia. Raut wajah Hakim yang tegang membuatkan Alisa berasa takut. Kerana dia cukup kenal perangai baran Hakim. Lelaki itu sukar mengawal kemarahannya.

"Kenapa? Aku tak boleh ada dekat sini ke?" Sinis Hakim membalas. Dia merenung tajam tangan Alisa yang memeluk seorang lelaki di sebelahnya.

Rossa tersenyum sinis. Tidak sangka, rancangan dia berhasil dan akan membuahkan hasil dia yang selama ini. Sebentar sahaja lagi, dia akan pastikan Hakim menjadi miliknya yang mutlak.

"Tak sangka, kau keluar dengan lelaki lain belakang aku. Betul lah apa yang Ros ceritakan pada aku selama ni. Aku je buta sebab aku masih percayakan kau Lisa!" Marah Hakim tanpa dapat dibendung lagi.

Alisa terkejut. Ini pertama kali Hakim begitu marah padanya. Dia tidak percaya bahawa Rossa mencanangkan cerita bukan-bukan mengenainya. Hati Alisa cukup hancur.

"Wait what?! Bila masa Lisa curang dengan Hakim selama ni! Lisa tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki sebelum ni! Hakim tolong percayakan Lisa!"

Alisa memegang tangan kanan Hakim. Namun, Hakim yang terlalu berang menolak tubuh Alisa hingga terjatuh dan tanpa sengaja badan Alisa tertolak vas bunga hiasan di tepi pintu masuk hotel yang menjadi tempat Alisa melakukan pemotretan.

Dia meringin kesakitan apabila tapak tangan dia tanpa sengaja terkena serpihan kaca. Kevin yang melihat Alisa tercedera segera berlutut satu kaki dan menarik perlahan serpihan kaca yang mengenai tapak tangan adik majikan dia.

"Sudah lah Alisa! Aku dah muak dengan kau selama ni tapi kau je tak sedar! Kau tu tak ada apa-apa dibandingkan dengan Ros! Mungkin aku yang terlalu bodoh sebab terus simpan kau sebagai tunang aku!"

Alisa terngadah mendengar luahan dari Hakim. Begitu sekali bekas tunangnya menganggap dia. "Kenapa? Sebab awak percaya Ros daripada saya? Atau memang selama ni awak dengan Ros memang ada hubungan?! Macam tu!"

Mereka kini menjadi perhatian staf-staf hotel dan pengunjung disitu. Kevin membantu Alisa berdiri dan memaut pinggang Alisa erat. Hakim yang melihat itu tersenyum sinis.

"Memang! Memang aku dan Ros ada hubungan! Kau tu tak ubah macam penghalang cinta aku dan Ros! Yes, aku mengaku aku hanya gunakan kau selama ni! Tapi sekarang, aku tak rasa nak simpan perempuan macam kau ni!"

Airmata Alisa akhirnya tumpah. Rossa memaut lengan Hakim erat. Ini yang dia mahukan selama ini. Melihat Alisa tersungkur di hadapan dia akhirnya menjadi kenyataan.

"Tch...sedar diri kau Alisa. Kau nak dibandingkan aku, aku lebih kaya dari kau. Kau tak mampu nak lawan aku. Dulu mungkin kau diatas, tapi sekarang kau di bawah aku Lisa!" Ujar Rossa dengan senyuman kemenangannya.

Kevin yang ingin membahasakan kedua pasangan itu terhalang. Alisa terlebih dahulu menahan dirinya. Jika tidak, pasti dia akan membelasah Hakim kerana beraninya menyakiti Alisa yang sudah dia anggap seperti adiknya sendiri.

Alisa menarik cincin di jarinya dan dengan perasaan yang kecewa dia membaling cincinnya tepat mengenai dada Hakim. Lelaki itu hanya memandang kosong cincin yang jatuh di hujung kasutnya. Rossa yang melihat itu, dengan kejamnya memijak cincin itu hingga hancur.

Sehancur hati Alisa yang mengetahui kebenarannya pada hari ini. Sangat sakit. "Terima kasih kerana memberi kebahagiaan pada Lisa sebelum ni. Lisa harap Hakim tak menyesal dan Alisa akan ingat peristiwa ini sampai bila-bila!"

"Baguslah..." Hakim melepaskan tawa sinisnya. Memandang tepat ke arah Kevin. "Aku harap kau menikmati 'bekas'aku ni. Perempuan murah! Aku tak tahu berapa ramai lelaki yang 'masuk' selama ni. Tch...nasib baik aku cepat sedar!"

Alisa yang tidak tahan menerima hinaan itu terus melayangkan tamparan dia. Terteleng ke kiri kepala Hakim menerima tamparan cukup keras dari Alisa. Sudut bibirnya mengeluarkan darah.

Hakim menjadi berang. Dia mencengkam kuat batang leher Alisa dan mencekik gadis itu. Kevin yang melihat tidak duduk diam. Dia membelasah Hakim pada tika itu juga. Rossa terkejut melihat Hakim dibelasah teruk oleh Kevin.

Hakim tidak mampu melawan Kevin yang sangat mahir dalam bela diri. Muka dia pecah dan nafas dia kedengaran mengah. Kevin menendang kuat kepala Kevin pada akhirnya.

"Kau! Aku akan laporkan pada polis!"

Rossa membantu Hakim yang sudah seperti tidak cukup tenaga akibat dibelasah teruk oleh Kevin.

"Go on. Kita tengok siapa yang meringkuk dalam sana!" Sinis Kevin dan mendekati Alisa yang terbatuk-batuk.

Pangkal lehernya kemerahan. Kevin terus mengangkat Alisa dan mengendong gadis itu keluar dari lobi hotel tersebut. Kevin yakin, kejadian ini pasti mendapat liputan para wartawan nanti. Kevin cukup kenal Hakim dan pasangannya.

Mereka berdua merupakan anak seorang ahli perniagaan terkenal. Tapi tidak mampu melawan keluarga Zafran. Si jutawan yang cukup dikenali di seluruh dunia. Wajah Zafran dan Zafrael sering menghiasi top global sebagai usahawan berjaya.

Mereka memilili banyak cabang anak syarikat, hotel, hospital dan juga beberapa restoran milik mereka. Tidak termasuk lagi, hartanah yang mereka miliki. Tujuh keturunan belum tentu habis. Kevin yakin, Hakim dan Rossa akan menyesal jika mengetahui identiti sebenar Alisa nanti.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro