▪︎🌹- 36▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurin bergelak riang bersama Puteri dan Fatia di bilik rehat di tingkat atas. Sengaja mereka meluangkan masa di situ sementara menunggu waktu rehat tamat. Nurin sesekali menampar lengan Puteri yang duduk di sebelahnya.

"Kemain eh kau kutuk Tuan Zafrael! Kalau dengar dek tuan punya badan habis lah kau" usik Puteri dalam tawanya.

"Alah kau ni, macam aku sorang je kutuk Tuan Zafrael! Habis tu, staf-staf lain tu baik sangat lah dorang tu. Entah-entah lebih dari aku lagi dorang kutuk" bidas Nurin laju. Tidak mahu dituduh sebagai kaki gosip.

Puteri dan Fatia hanya terkekeh ketawa melihat reaksi Nurin. Bukan mereka tidak tahu, bos besar mereka suka sangat cari pasal dengan si Nurin. Pulak tu, otak Nurin ni tiga suku. Memang tak kering gusi jika mereka melepak bersama Nurin.

Mentang-mentang bilik rehat itu jarang digunakan staf-staf lain, mereka bukan main buat bilik rehat itu sebagai bilik gosip mereka. Ini kerana, bilik rehat disitu hanya digunakan jika seseorang itu mahukan ketenangan.

"Kau dengan Tuan Zafrael kita tu, aku perhati je korang berdua ni. Macam anjing dengan kucing. Ada saja benda nak digaduhkan..." ujar Puteri dengan mata mengecilkan. Entah-entah si Nurin ni ada apa-apa tak dengan bos besar mereka.

"Arghhh! Kau memandai je nak kenenkan aku dengan si kutub ais tu! Takde nya aku dengan dia ada something special. Macam langit dan bumi" cantas Nurin laju. Mengeleng kepala dia apabila membayangkan dirinya dan Zafrael bersatu.

Uish! Simpang malaikat 44.

Nurin dan Zafrael memang tak boleh bersatu. Mahu runtuh mahligai yang dibina jika hari-hari angin monsun mereka berdua melanda. Masing-masing nak beradu vokal siapa paling tinggi. Masing-masing tak nak mengalah. Nak menang pulak tu. Memang susah!

"Ececece...kau..."

"Masa ni kau tolak, entah-entah nanti kau terima ahahahaha..." Puteri galak mengetawakan Nurin. Siap pakej tepuk meja lagi. Bergegas meja itu dibuatnya.

Nurin menjeling tajam. Macam tak ada orang lain je nak dikenenkan untuknya. Nurin menyedut minumanny dengan kasar. Bengang pula rasanya. Ada ke patut, dia yang cun melecun digandingkan bersama Zafrael si kutub ais tu? Habis lah reputasi Nurin sebagai gadis pingitan!

Tapi itu semua angan-angan saja. Nurin tahu taraf dirinya dan Zafrael macam mana. Zafrael umpama merak kayangan. Sedangkan dirinya, hmm Nurin tak mahu cakap. Pandai-pandai lah fikir sendiri.

"Kau kenakan aku sedap eh! Kalau kena tang batang hidung kau baru reti bahasa agaknya"

Puteri menjelir sedikit lidahnya. Tak ssnonoh betul. Depan orang ramai bukan main sopan lagi. Tapi bila berkumpul mereka bertiga, bermacam tingkah yang jarang dijumpai muncul.

"Eh cop! Cop!" Fatia mencelah setelah lama mendiamkan diri.

"Apa kau ni, cop-cop! Ingat kita main cuit tiang ke?" Puteri menyembur laju. Membuatkan Fatia mencubit lengan Puteri kerana geram. Orang serius dia main-main pulak.

"Korang ni dengar lah dulu kalau ya pun..." Fatia berkata tegas. Geram betul dengan dua orang tu. Suka sangat buat dia bengang.

"Ha apa-apa?"

"Harini Jumaat, bukan ke hari ni bos-"

"Weh haah lah!"

Nurin menepuk meja kuat. Matanya membulat besar. Puteri dan Fatia membeliakkan mata mereka. Tiba-tiba terasa atmosfera sekeliling mereka menjadi dingin. Seram sejuk. Fatia memeluk tubuhnya sendiri. Apakah perasaan ini?

"Aku rasakan-..."

Nurin laju menekup mulut Fatia. Jari telunjuk rapat di bibirnya. Menyuruh Fatia diam. Matanya membulat besar. Puteri di sebelah Nurin terdiam sekali. Mereka memandang sekeliling. Tiba-tiba bulu roma berdiri tegak.

"Shh! Jangan disebut!" Tekan Nurin perlahan. Mata dia diam-diam memerhati ke belakang. Entah kenapa, dia dapat merasakan aura yang sangat kuat dari belakang.

Ketiga gadis itu takut-takut melihat di satu sudut di bilik rehat itu. Kelihatan satu lembaga hitam berdiri disitu. Mata mereka membulat besar.

"MAK! HANTUUU!"



















"Alah, Tuan saya minta maaf..." Nurin menguis-nguis karpet tebal itu menggunakan hujung kasut flatnya.

Rasa bersalah sangat menebal dalam dirinya. Takut-takut Nurin memandang wajah ketat Zafrael. Habis lah dia lepas ni. Nurin tidak tahu nasibnya apa akan jadi. Adakah dia akan menjadi gelandangan terhormat?

Kevin tekun menuam dahi Zafrael yang mula timbul sedikit benjolan dan kesan lebam. Kevin sedaya upaya mengemam bibirnya dari mengeluarkan tawa. Tidak mahu dia seterusnya dijadikan mangsa amarah Zafrael.

"I don't need your sorry!" Tegas Zafrael. Tajam merenung gadis yang berdiri di hadapannya.

Nurin mengelipkan matanya. Tiba-tiba mata masuk habuk pulak masa ni. Tahan-tahan. Macam tak biasa kena marah.

"Tapi salah Tuan jugak kan. Tiba-tiba muncul macam jembalang dekat rest room. Siapa je tak terkejut! Nasib saya hempuk dahi Tuan pakai botol air je..."

Nafas Zafrael kedengaran kasar. Kain tuam yang ditangan Kevin dirampasnya kasar. Dihempas kuat ke atas meja. Nurin terhinggut bahunya mendengar bunyi hempasan dari Zafrael. Mak aii, nak jadi hijo dah.

"Botol air je! Je!" Zafrael menjerit kecil. Geram dan bengang mengenangkan sikap Nurin yang sangat-sangat menguji dirinya.

"Kau tahu tak, botol air kau tu bukan diperbuat dari plastik! Tapi besi! Besi! Kau tahu kan besi!" Tekan Zafrael keras. Membuatkan Nurin berasa sangat kecil berdiri di hadapan Zafrael.

"Saya tahu lah besi, Tuan! Ingat saya ni bodoh sangat ke sampai besi tak kenal" balas Nurin dengan wajah toyanya. Sengaja menyimbah minyak si Nurin ni.

Kevin pula sudah menekup mulut. Nurin memang cari pasal. Zafrael memandang Nurin dengan riak tidak percayanya. Adakah begini situasi yang dihadapi sisi keduanya apabila berhadapan dengan Nurin?

"Aku tak cakap kau bodoh pun. Tapi kau dah mengaku kan..." Zafrael menarik senyuman sengetnya. Memeluk tubuh menghadap Nurin.

Tertelan air liur Nurin. Bukan takut dengan riak tegang pada wajah Zafrael melainkan kekacakkan lelaki itu. Allah! Runtuh iman Nurin kalau macam ni gayanya.

"Aduh, Tuan! Jangan senyum macam tu..." Nurin mula menarik-narik hujung blousenya. Tersengih-sengih sendiri.

Kening Zafrael berkerut hairan. Ha, sudah apa dah jadi dengan pekerja dia seorang ni?

"Kenapa dengan kau ni? Dah biul kena sembur dengan aku!" Jerkah Zafrael. Dengan Nurin memang tak ada kata-kata lembut.

"Tuan hensem senyum macam tu. Hati saya ni jatuh tergolek-golek. Tak sempat saya nak sambut panahan senyuman Tuan..." Nurin menarik sengihan nakalnya.

Kali ini, Kevin memang tak boleh kawal lagi. Berdekah dia ketawa sambil menekan-nekan perutnya. Buat hal betul si Nurin ni. Makin menjadi-jadi perangai nakalnya.

"Crazy woman!"

Nurin mencebik bibirnya. Suka hati je panggil dia gila! Nurin masih waras lagi lah, alahai...baru kena sikit dah cakap Nurin gila.

"Kalau Tuan senyuman macam tu selalu, alangkah indahnya kami staf-staf ZN Group. Senyuman Tuan sangat-sangat dinantikan oleh kami semua..." sambung Nurin. Kali ini disertai dengan sedikit nyayian. Versi asli dari Nurin Qaisarah.

Merah padam wajah Zafrael. Bukan malu. Tapi geram. Nurin yang melihat wajah merah padam Zafrael mula cuak. Haduh, dia dah lebih batas had ke? Nurin perlahan-lahan beranjak ke belakang.

"NURIN QAISARAH!"

Suara Zafrael bergema kuat. Membuatkan bulu roma Nurin berdiri tegak. Habis lah dia. Tamat sudah riwayat seorang Nurin Qaisarah. Kevin pula galak ketawa tidak jauh dari dua manusia yang saling bertikam lidah.

"Tuan ni pms ke? Hari-hari angin macam monsun timur...sampai bergegar satu office ni disebabkan Tuan. Tuan tak perasan ke?"

Nurin masih berani lagi bersuara. Membuatkan Zafrael tanpa dapat menahan amarahnya mendekati Nurin yang seakan menjauhkan diri darinya. Tahu pulak takut.

"Keluar! Jangan sampai kau orang pertama kena humban dengan aku Nurin!" Jerit Zafrael kuat. Stres rasa apabila bercakap dengan Nurin. Zafrael pasti, tak lama lagi dia ada penyakit darah tinggi.

"Eleh...nasib kau kutub ais! Aku campak kat kutub utara nanti baru sedar kot" perlahan saja Nurin tutur.

Tapi dia tak sedar, setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya, sampai di telinga Zafrael. Nurin sudah membulat matanya. Apakah?

Zafrael tersenyum sinis. Perlahan-lahan, dia melepaskan bibirnya dari bibir Nurin. Jarinya naik mengusap bibirnya sendiri. Kalau Zyan boleh jadi kejam...Zafrael pula boleh jadi nakal.

Kevin di belakang segera menoleh ke arah lain. Rona merah timbul di kedua pipi Kevin. Dah hilang akal agaknya si Zafrael ni. Nurin pula keras kejung. Tidak bergerak. Masih tidak percaya dengan tindakan berani mati Zafrael.

"Listen here baby...I'm not a good man. But, I can be your baddass man. Choose it, carefully. I'm not using my hand to shut you up. But, I'm using mouth to shut you up..." bisik Zafrael perlahan. Mata dia tajam merenung segenap wajah Nurin.

Cantik. Sangat cantik.

PANG!
BUK!

Zafrael meringkuk kesakitan. Wajah dia merah dan tangan dia naik memegang 'asetnya' yang baru saja ditendang oleh Nurin. Kevin pula terpinga-pinga melihat Zafrael meringkuk kesakitan sambil memegang bahagian bawahnya. Wajah Nurin merah.

"Tuan tak guna! Tuan cabul saya!" Jerit Nurin kuat. Dia berlari keluar dengan wajah merahnya.

Zafrael pula terduduk lemah di atas lantai. Senaknya. Pakej dengan tamparan padu di pipi kanan. Dua dalam satu. Zafrael mula rasa menyesal.























"Heyyo, Beast!"

Naufal melambai-lambai tangannya. Mata dia bersinar-sinar melihat dua ekor musang peliharaan Zafrael. Musang-musang itu elok berkeliaran di dalam sangkar kaca. Seekor warna hitam yang diberi nama Beast. Seekor lagi diberi nama Blood.

Dua ekor musang yang dibeli dari luar negara. Zafrael sangat gemar memelihara haiwan-haiwan pemangsa sebegitu. Naufal pula, sangat suka melihat haiwan-haiwan peliharaan abangnya.

Ada king cobra, yang elok tertidur dalam keadaan melingkar di akuarium kaca tidak jauh dari kandang dua ekor musung itu. Naufal melompat-lompat apabila Beast menghampirinya.

Beast paling jinak dan tangkas memburu. Berbeza dengan Blood yang suka bermalas-malasan. Tapi, Blood akan menjadi lebih tangkas dan laju apabila menghidu bau darah. Beast sangat suka memburu. Blood sangat menyukai darah.

"Beast hehe..." Naufal terkekeh kecil melihat Beast menjilat wajahnya dari luar kaca. Naufal menepuk-nepuk cermin itu tanda suka.

Kemudian, mata Naufal jatuh ke arah Blood yang tertidur di atas batu. Naufal mencebik bibir tanda tidak suka.

"Blood, malas betul!" Kutuknya kuat. Menendang-nendang cermin kaca itu. Pot-pet mulut kecil itu membebel kepada Blood.

Zafrael hanya memandang dari tingkat atas. Dia sengaja membina sebuah kandang besar dan terletak di halaman belakang mansion nya. Zafrael bersandar di palang besi dan memandang Kevin yang berdiri di sebelahnya.

"Macam lah Blood faham dia membebel. Blood tu bapaknya pemalasnya..." Kevin bersuara kecil. Tergeleng-geleng kepala melihat Naufal membebel tidak habis-habis.

Zafrael pula tertawa kecil. Naufal memang begitu. Pantang betul nampak musang seekor tu tertidur. Ada saja mulut kecilnya menceceh tidak habis-habis. Macam murai tercabut ekor.

"Amacam kau? Dah okay?"

Zafrael mengangguk kecil. Tiba-tiba dia teringkat akan kejadian di pejabat dan membuatkan bulu roma Zafrael ternaik dengan sendiri. Kevin yang melihat reaksi wajah Zafrael seronok ketawa.

"Itu lah kau, padah sebab cium anak dara orang! Kang dah kena tendangan padu!" Ejek Kevin.

"Nasib kau baik je, tak jadi apa-apa. Kalau tak, tak ada keturunan lah kau..."

Zafrael menjeling Kevin. Seronok betul gelakkan dia. Baru saja dia mahu membuka mulut, tangisan Naufal kedengaran sangat nyaring. Bergegas mereka turun ke bawah dan mendekati Naufal yang terduduk di atas lantai.

"Opal, kenapa ni?" Riak cemas terpapar di wajah Zafrael.

Naufal teresak-esak menangis. Sedangkan, Blood- musang itu memandang malas ke arah Naufal.

"Yong! Blood ahat! (Jahat). Dia mayah Opal!" Adu Naufal kuat. Menghentak-hentak tangan di atas lantai.

Zafrael melepaskan tawa kecilnya. Ingat apa lah tadi. Buat orang cemas je si Nopal ni.

Berkhemah~ berkhemah~ berkhemah~ bersama si Nopal...
Si Nopal...Si Nopal...anaknya bahe-

Pap! Hilang lagu si Nopal. Digantikan rasa perit di pipi kirinya. Allah! Dugaan betul. Tadi pipi kanan, sekarang pipi kiri pula. Malang betul nasib Zafrael hari ini. Naufal memandang tajam ke arah Zafrael.

"Opal bukan si Nopal anak enol!"

Naufal berjalan meninggalkan Zafrael yang terpinga-pinga memegang pipi kiranya. Apa salah dia?

Kevin galak mengetawakan Zafrael. Ya, hari ini...hari yang paling lawak untuk Kevin.

"Aku nyanyi kuat sangat ke?"

Dan tawa Kevin makin kuat menggilai di dalam bilik itu. Zafrael tersenyum nipis. Dengar helaian tawa setan dari Kevin pun dah tahu. Naufal, sangat benci apabila dirinya disamakan dengan animasi Si Nopal itu.

Katanya;

"Opal omel! Si Nopak tak omel!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro