▪︎🌹- 49▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dia memandang suasana bilik yang terasa berbeza dari bilik asalnya. Silauan cahaya yang menembusi masuk ke dalam bilik membuatkan dia terpaksa menghadang menggunakan lengannya. Sebelah tangan digunakan untuk menahan diri dan perlahan dia bergerak untuk bersandar di kepala katil.

Dia tidak ingat apa-apa selain dia terasa kepalanya sangat berat dan berasa tertidur dalam waktu cukup lama. Seketika, dia terpandang sesuatu yang berkilau di jari manisnya. Kening dia berkerut begitu juga dahinya yang mengeluarkan kerutan seribu memikirkan sesuatu.

'Aku dah kahwin ke?' Hati dia berdesis kecil.

Cepat-cepat dia melompat turun dari katil. Mengambil telefon miliknya yang berada di atas palang kayu dan masih terpasang kabel USB kerana dia cas telefonnya pada malam semalam. Cepat-cepat dia membuka locscreen- yang telah berubah wallpaper menjadi gambar akad nikah mereka.

Gambar seorang lelaki yang mengucup dahi seorang wanita. Wajah mereka berdua terpalit riak bahagia. Malas mahu berfikir lebih- dia segera membuka isi galeri telefon dan menyelongkar segala isi di dalam itu.

Tiada apa-apa melainkan gambar kahwin dan gambar selfie nya. Dia terus membuka notes dan sekali lagi dia tertarik pada tajuk 'Zayn in Da House'. Tanpa membuang masa dia membuka notes itu dan membacanya.

Goosebumps!
Nurin Qaisarah dh jadi isteri sah aku.
Layan dia baik² mcm mana kau layan dia sebelum ni.

Your nigthmare 🤡

Dia berdecit melihat notes itu. Segera dia kembali duduk di birai katil sambil membetulkan juntaian anak rambut yang hampir menutupi matanya. Zafrael tersenyum sinis melihat foto selfie dirinya juga terselit sama dalam notes itu.

"Aku tak tahu pulak, Zayn bodoh macam ni" kutuknya perlahan. Tidak sedar bahawa mereka berdua orang yang sama.

Zafrael mencampak telefonnya di atas katil. Menongkat dagu, sambil memikirkan sesuatu. Terasa lain apabila mengingatkan dirinya telah sah menjadi suami Nurin. Bagaimana agaknya reaksi gadis itu?

Krek!

Dia berpaling dan melihat Nurin masuk sambil mengelap rambut panjangnya menggunakan tuala kecil. Juga membawa helaian baju kotor untuk dimasukkan ke dalam bakul untuk dicuci bersama baju kotor yang lain.

Nurin mengangkat wajah sebaik saja selesai membungkus rambutnya menggunakan tuala. Terkebil-kebil matanya melihat si suami merenung dirinya umpama dia baru saja keluar dari gua.

"Ehem!" Nurin berdehem kuat. Hingga menarik perhatian Zafrael yang termenung itu.

"Awak taknak mandi ke? Bukan kita nak bertolak balik tengahari ni?" Soal Nurin perlahan. Dia mengutip pakaian kotor suaminya yang berselerak di tepian bakul baju.

Main campak je. Nurin rasa geram tapi ditahan kerana mengingat status dirinya kini. Nurin malas mahu membebel panjang macam Puan Ramlah.

"Balik? Balik mana?" Zafrael berkerut dahi. Sungguh dia seperti orang hilang ingatan.

Nurin bercekak pinggang. Dia menghampiri sang suami yang masih duduk di birai katil. Juga mendongak memandang dirinya meminta penjelasan.

"Balik rumah awak lah wahai cik suami" Nurin masih cuba bersabar. Walaupun tahap sabar dia dah berada di paras berbahaya.

Zafrael mengangguk umpama budak sekolah yang baru saja dapat arahan dari seorang guru. Patuh saja mendengar arahan dari Nurin. Pada tika itulah, Nurin menyedari sesuatu yang janggal mengenai suaminya. Jari dia naik menyentuh dagu si suami.

Zafrael sudah cuak melihat Nurin yang mengerakkan wajah dia ke kiri dan kanan. Mata Nurin umpama laser yang sedang mengimbas keseluruhan wajahnya. Nurin memetik jarinya di hadapan Zafrael secara tiba-tiba.

"Kau dah kenapa?!" Zafrael tepis tangan Nurin yang asyik memegang wajahnya. Takut pula dia dengan Nurin.

Nurin tersenyum saja.

"Bapak firaun dah tak ada. So, Mr Zafrael...awak belum hilang ingatan lagi kan?"

Nurin menjungkit kening beberapa kali. Zafrael pula sudah naik hairan melihat Nurin yang bereaksi biasa melihat dirinya telah kembali.

"Mana kau tahu aku Zafrael?"

"Alah masalah kecik je ni. Celah gigi saya jelah nak teka awak ni Zafrael or Zyan" Nurin tersenyum bangga.

Mana dia tahu? Tentu lah dari dua orang adik iparnya iaitu Zafuan dan Alisa. Semalam, sebelum masing-masing tidur Nurin sempat berbual dengan si kembar. Mereka mengajar Nurin macam mana mahu bezakan abang mereka yang ada dua personaliti itu.

Pertama, Zayn dia tak banyak cakap. Tegas dan dingin. Paling penting rambut Zayn yang suka dibuat gaya pacak dan gaya-gaya rambut yang terkini. Fashionable. Paling penting- the devil one.

Kedua, Zafrael. Dia dingin dan tegas pada hal-hal tertentu. Gaya rambut yang sama- terjuntai di dahi. Sedang cakap kpop style. Tak ada beza antara mereka berdua- tapi Zafrael hati dia mudah lentur dan lembut dari Zayn yang macam bapak firaun.

Itu kata si kembar. Macam-macam gaya mereka deskripsi tentang abang mereka. Alisa bercerita, Zafuan menjadi model tidak berbayar untuk membuatkan Nurin lebih faham.

Zafrael mengeleng kepala melihat Nurin tersengih-sengih di depannya. Tanpa perasaan, dia menonyoh kepala Nurin hingga Nurin hampir saja terjatuh ke belakang. Mujur dia sempat berpaut di lengan Zafrael.

"Eii apa ni! Main tolak-tolak orang! Tumbuk kang!" marah Nurin apabila dirinya diperlakukan sebegitu oleh Zafrael.

"Tangan kecik ada hati nak tumbuk aku. Dari layan kau, baik aku mandi"

Tuala Nurin yang disangkut diambil oleh Zafrael dan terus keluar tanpa mempedulikan teriakkan Nurin. Zafrael tersenyum-senyum sendiri. Bahagia juga bila kahwin ni.

Sedangkan Nurin yang ditinggalkan dalam bilik mendengus tidak puas hati. Dah tolak orang lepastu keluar macam tu je tanpa meminta maaf. Hati Nurin berdongkol rasa geram.

























"Banyaknya kau beli? Nak bagi-bagi dekat jiran rumah aku?"

Nurin memutarkan bebola matanya apabila telinganya mendapat sindiran dari Zafrael. Lelaki itu terus saja bergerak sebaik saja Nurin memasang seatbelt dan memangku dua plastik berisi makanan ringan.

"Mulut awak boleh tahan jugak eh? Dah makan ubat ke belum?" Nurin laju saja menunding jari di hadapan wajah suaminya. Tak puas hati apabila disindir depan-depan macam tu.

Zafrael tidak menepis, sebaliknya dia mengenggam erat jari telunjuk Nurin. Di genggam di atas pehanya menggunakan tangan kiri. Tangan kanan digunakan untuk mengawal stereng kereta.

Di belakang, tiga buah kereta lain menyusul. Kereta Zafran, Ryu dan Kevin. Mereka bergerak pulang bersama dan masing-masing memakai jarak yang selamat untuk mengelak dari musuh bertindak.

Nurin pula sudah terjerit-jerit apabila jarinya digenggam kemas oleh Zafrael. Bengkak rasa hati bila kena macam tu. Nurin pasrah dan menolah ke luar tingkap. Tapi perutnya yang berbunyi kecil membuatkan Nurin tidak dapat menahan rasa laparnya.

"Awak lepas lah...saya lapar ni..." rengek Nurin. Wajah kasihan dibuat untuk meraih simpati Zafrael.

Zafrael yang tidak sampai hati, melepaskan genggaman tangannya. Nurin bersorak kecil. Tangan dia laju mengoyak bungkusan roti coklat gardenia. Mengigit kecil dengan wajah bahagianya.

Perempuan dan makanan memang tidak dapat dipisahkan.

"Untuk aku tak ada?"

Nurin berhenti mengunyah. Dia memandang Zafrael di sebelahnya. Lelaki itu masih fokus memandang jalan raya di hadapan. Jari kecil Nurin mencubit kecil roti miliknya dan dihulurkan di depan mulut Zafrael.

Zafrael pula tersenyum melihat Nurin yang peka mengenainya. Dia makan roti dari tangan Nurin. Zafrael suka diperlakukan begitu, umpama Nurin masih mengambil berat tentang dirinya.

"Nak lagi ke?"

Zafrael geleng. Dia sudah makan hampir separuh roti itu bergilir dengan Nurin. Melihat Zafrael mengeleng kepala, Nurin mengangguk kecil. Dia mengoyak plastik roller coaster pula dan kembali mengunyah.

"Awak ngatuk tak?"

"Hmm" balas Zafrael dengan deheman. Memang dia mengantuk. Mahu buka radio tapi tiada siaran yang menarik perhatian dia.

Nurin berkira-kira mahu bertanya kepada Zafrael. Alang-alang dia bertanya dan mulakan sesi soal jawab mana tahu rasa mengantuk Zafrael boleh hilang.

"Kita main Q&A nak tak?"

Zafrael menoleh ke arah Nurin seketika. Dalam teragak-agak dia angguk juga. Nurin memusing badannya sedikit ke tepi. Dia sangat bersemangat apabila si suami melayan kehendaknya.

"Macam mana awak dapat bezakan diri awak yang ni dan satu lagi?" Tanya Nurin penuh berhati-hati.

Zafrael tersenyum kecil mendengar soalan yang diajukan oleh Nurin. Nampak sangat gadis itu ingin tahu mengenai hidupnya.

"Tubuh kami sama. Kami berkongsi jiwa tapi satu je yang berbeza kalau kau nak tahu..." Zafrael berjeda. Sengaja membuat Nurin tertunggu-tunggu.

"Apa yang berbeza? Cakaplah cepat..." gesa Nurin tidak sabar.

"Beza sebab kami tak sedar apa yang jadi sebenarnya. Bila aku jadi diri aku. Bila aku jadi Zayn. Kami tak sedar. Sebab tu terbentuk dari diri kami sendiri. Macam aku cakap, kami satu tubuh, satu jiwa dan satu akal yang sama. Benda ni terbentuk sebab aku sendiri cipta"

Zafrael menjawab tenang. Lagipun, memang dia sudah bersedia awal untuk menghadapi kenyataan ini. Dengan orang luar, Zafrael tidak akan ambil kisah dan malas mahu melayan jika mereka mahu mengambil tahu hal peribadinya.

"So, awak create Zayn tanpa awak sedar? Macam tu?"

Zafrael mengangguk.

"Tak jumpa pakar? Awak tak cuba ke nak pulihkan diri awak?" Nurin bertanya lagi. Dia sangat-sangat ingin mencungkil rahsia jiwa Zafrael.

"Dah banyak pakar aku jumpa. Tapi sama je- at the end aku akan bergantung pada ubat. Normal untuk pesakit mental macam aku" jawab Zafrael dalam nada sedikit dingin.

Nurin tersedar bahawa suara Zafrael bertukar lain. Mata lelaki itu menunjukkan kemarahan yang dipendam. Nurin bertindak untuk menyentuh tangan kiri suaminya. Mengenggam lembut dan mengelusnya perlahan.

Zafrael kembali tenang. Nurin menarik nafas lega. Tidak mahu emosi lelaki itu terganggu.

"Susah untuk aku kawal diri aku. Lagi-lagi bila Zayn muncul tanpa aku sedar. Aku tak boleh nak kawal dia. Macam kau nampak, aku normal macam kau. Tapi hakikatnya, kita tak sama. Kau tak lalui macam aku lalui sebelum ni. Tapi aku cuba untuk kuat demi mama"

Zafrael menahan sebak. Mengingati zaman kanak-kanak dia yang sangat suram. Menjadi mangsa buli dan ejekkan rakan-rakan dia yang lain. Dilemparkan kata-kata kasar hingga membuatkan Zafran memutuskan untuk menghantar Zafrael bersekolah di luar negera dan di awasi oleh Hunt.

Zafrael pernah memukul rakan sekelasnya hingga budak itu hampir saja kehilangan kakinya kirinya kerana dipukul menggunakan batang kayu hingga hampir hancur tulangnya.

Bukan itu je- banyak lagi tapi Zafrael tidak mahu mengingati benda itu. Kerana itu bukan dia tapi Zayn- dia yang kawal dan membuatkan dirinya menjadi sebegitu.

"Hunt banyak tolong aku selama ni. Dia yang ajar aku untuk kawal diri. Dia ajar Zayn macam mana nak kawal sisi gelapnya. Aku sendiri hampir putus asa- tapi sebab mama aku kuat sampai sekarang"

Nurin berasa pilu tiba-tiba. Tanpa sedar airmata mengalir di pipi. Zafrael segera menoleh apabila mendengar esakkan kecil dari Nurin.

"Lah nangis pulak" Zafrael tergelak kecil.

Dia menarik tangannya dari genggaman Nurin dan mengosok kepala gadis itu perlahan. Nurin memandang Zafrael sambil mengelap airmata yang sudah terhenti kerana pujukan dari Zafrael.

"Nangis lah sebab awak lalui benda tu semua. Saya memang tak faham keadaan awak. Tapi, saya nak jadi isteri yang terbaik untuk awak-"

Nurin menarik tangan Zafrael dari kepalanya. Dibawa tangan itu ke dadanya. Nurin tersenyum manis apabila mata mereka saling bertatapan.

"-saya akan jadi isteri yang selalu berada di sisi awak. Kita kongsi sama-sama dan lalui semuanya sama-sama. Apapun yang berlaku, awak tetap suami saya. Sejak lafaz akad malam tu, saya dah tekad untuk terus setia bersama awak. Saya harap itu akad terakhir untuk saya..."

Zafrael tersenyum. Terharu mendengar kata-kata Nurin.

"Sweet talker jugak eh kau"

Prak!

Hati Nurin patah seribu. Dia menghempas kuat tangan Zafrael apabila lelaki itu menghancurkan suasana romantis mereka.
Zafrael sudah terbahak-bahak ketawa melihat wajah kelat Nurin. Bergema kereta itu dengan ledakkan tawa dari Zafrael.

"Malas saya nak layan awak! Baik saya tidur!" Nurin bersandar di kerusi. Memejam mata dan menutup wajahnya menggunakan sweater miliknya.

Bengkak hati mendengar ledakkan tawa dari suaminya. Penat-penat dia rangka ayat macam tu- dengan tidak bersalahnya Zafrael menghancurkan suasana romantis mereka.

Tawa Zafrael berhenti apabila dengkuran halus dari Nurin kedengaran. Zafrael tersenyum mengingati kata-kata Nurin.

"Aku janji ini akad terakhir untuk kau. Kita sama-sama harunginya..."































Malas taip panjang² lenguh jari.

Apapun...

Selamat membaca yeorobun~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro