▪︎🌹- 55▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Angel menahan geram. Kedua tangan dia digenggam erat hingga kukunya berubah memutih. Angel tidak sangka penyerangan dia pada malam semalam tidak membuahkan hasil. Apa yang dia dapat adalah sebahagian besar anak buahnya terkorban.

Tapi Angel tetap puas hati kerana berjaya menghancurkan salah satu markas penting Zafrael. Angel tertawa kuat melihat satu kejayaan dia.

"Angel..."

Lelaki berpakaian serba hitam itu menunduk hormat. Angel menatap tajam lelaki itu.

"Aku dah hantar tiga orang anak buah kita menyamar di mansion Zafrael. Nak teruskan ke rancangan penculikkan Nurin?"

Angel geleng. "Tunggu dulu. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang paling berharga. Kau tunggu arahan dari aku. Bila aku dah bagi arahan tu kau suruh budak-budak tu buat kerja dorang!"

Lelaki itu mengangguk. Dia mengerti kerana Angel bukan suka buat kerja secara gelabah dan memerlukan perancangan teliti. Angel tahu Nurin di bawah pengawalan ketat. Lagi-lagi gadis itu selalu bersama Zafrael.

"Tapi aku ada satu kerja untuk kau..."

Lelaki itu mengerut dahi. Dia menunggu tugasan baru yang diberikan Angel untuknya.

"Aku nak kau 'usik' perempuan tu sikit je...tak banyak pun. Aku nak kau buat dia sakit dan trauma..."

Angel senyum sinis. Otak gila dia mula menjalankan idea untuk menyakiti Nurin. Dia mendekati lelaki itu dan membisik perlahan. Lelaki itu terus mengangguk faham.

"Bagus. Aku nak kerja kalini berjaya!" Tegas Angel. Dia tak mahu gagal macam penyerangan markas Zafrael.

"Dah keluar..."

Lelaki itu segera keluar dari bilik kerja Angel. Sebaik saja bunyi pintu ditutup, Angel duduk di pinggiran meja kerjanya. Dia menatap foto yang selalu menjadikan dirinya tenang. Angel tersenyum sendiri. Jari dia memutar hujung rambutnya. Dia tersenyum lebar menatap lelaki di dalam frame gambar itu.

Adib. Lelaki yang memahami dirinya.

"Soon, you akan jadi milik I balik. Tapi I akan pastikan perempuan tu merana sebab dia rampas you dari I. Tapi I akan pastikan dia rasa sakit lepas dia rampas you dari I, Adib! Macam mana I rasa sakit! Macam tu jugak dia rasa nanti! I janji Adib!"

Angel menepati janjinya di depan gambar Adib. Lelaki yang menghuni hatinya hingga kini. Angel tersenyum-senyum sendiri. Membayangi dirinya bersanding di sebelah Adib tidak lama lagi.

Dia berjalan menghampiri rak buku. Dia menarik sebuah buku historical yang warna telah kusam dan kulit bukunya agak lain daripada buku-buku yang lain. Sebaik saja dia tarik, sebuah pintu terbuka dari balik rak itu. Angel segera masuk ke dalam bilik itu dan pintu bilik itu tertutup dengan sendirinya.

Angel menyanyi kecil sambil tangan dia mengambil satu tali cemeti sepanjang 2 meter dari dinding. Angel menyusuri lorong gelap itu hingga dia berhenti di hadapan sebuah sel kurungan. Angel tertawa kecil melihat seorang gadis berbaring meringkuk dan seluruh badannya penuh luka sayatan.

"Tch- kesian kau kan. Aku dah cakap kau patut ikut arahan aku, tapi apa kau buat? Hmm...kau berani lawan aku!"

Gadis itu membuka matanya melihat Angel berdiri di hadapan sel besi yang menjadi tempat dia tidur selama satu bulan. Gadis itu mengetap gigi menatap marah ke arah Angel.

"Kau memang tak guna! Kau gila Angel! Kau libatkan orang tak bersalah! Aku muak dengan kerja dengan kau, Angel!"

Angel hanya tersenyum. Dia membuka pintu sel itu dan berdiri tegak di hadapan gadis itu.

Pak! Gadis itu menahan rasa sakit apabila libasan tali itu mengenai kulit di bahagian belakang badannya. Kesan sayatan lain baru ingin pulih dan harini ditambah luka baru.

"Kau patut dengar arahan aku Puteri! Kau patut halang perempuan tu dari kahwin dengan tunang aku!"

"Aku taknak terlibat dengan kau lagi Angel! Tak cukup ke kau dah bunuh mak aku hah! Kau dah seksa aku selama ni! Aku muak hidup dengan kau! Kau memang tak guna Angel!" Puteri menjerit kuat. Airmata dia mengalir deras di pipi.

Puteri ingin saja menikam Angel hingga tidak bernyawa lagi. Dia sudah serik menjadi 'budak' Angel selama ini. Menjadi mata-mata Angel hanya kerana Angel mahu dia melaporkan setiap perkembangan Zafrael setiap sejam.

"Kalau kau ikut arahan aku bunuh perempuan tu mak kau masih selamat! Tapi apa kau buat? Kau tak buah kerja yang kau suruh dan ni nasib kau sebab kau tak ikut arahan dari aku!"

Pak!
Pak!
Pak!

Puteri menggigit bibir bawahnya. Dia menahan rasa sakit dan pedih di belakang tubuhnya. Angel tidak akan berhenti selagi belum puas menyeksa Puteri. Gadis itu gila!

"Kau sepupu tak guna!"

Puteri tidak mampu lagi menahan rasa sakitnya dan pengsan tidak sedarkan diri. Angel menghentikan dirinya dari terus menyeksa Puteri dan melempar kasar tali cemeti itu.

"Kau bodoh Puteri. Aku bagi kau hidup senang tapi kau bela perempuan tak guna tu! Aku akan pastikan kau akan terus jadi 'budak' aku dan aku akan terus menjadi bayangan aku..."

Angel tersenyum penuh makna. Dia akan pasti Puteri menerima balasan setimpal kerana telah mengingkari arahan darinya. Angel akan membuat Puteri menjadi kambing hitam dan dibunuh oleh Zafrael. Tidak sia-sia dia menjadikan Puteri mata-mata dia selama ini. Sangat berbaloi untuk Angel menjalankan misi dia yang seterusnya iaitu menjadikan Nurin mangsa seterusnya.


















Alisa mendengus kuat melihat Hakim dan Rossa berdiri di hadapan sebuah butik yang sama dengannya. Mood Alisa terus down melihat kemunculan makhluk perosak itu. Alisa menarik tangan Jannah di sebelahnya.

"Eh kau nak gi mana? Cakap nak masuk butik tu..." Jannah terhairan melihat Alisa yang tergesa-gesa melangkah pergi.

"Aku takde mood lah Gee!"

Jannah menghentikan langkahnya membuatkan Alisa yang menarik lengan dia turut berhenti sama. Jannah memandang Alisa yang kelihatan agak masam. Tadi bukan main ceria lagi masa mereka masuk mall. Sekarang hmm- macam asam keping.

"Pulak. Kau cakap nak beli dress baru untuk majlis fesyen next week. Ni pehal pulak kau nak cancel tiba-tiba"

"Tu...kau tengok sendiri..." bibir Alisa memuncung ke belakang mereka. Jannah segera menoleh dan melihat objek yang menjadikan seorang Alisa hilang mood.

Seketika, bibir Jannah ternaik melihat dua makhluk perosak itu masuk ke dalam butik yang ingin mereka kunjungi. Jannah terus menarik tangan Alisa menuju kembali ke butik itu.

"Eh- kau nak bawak aku gi mana ni!" Alisa kalut mengikut langkah kaki Jannah yang bersemangat sekali menarik dirinya.

"Kau buat derk je dengan dua malauan tu. Kalau si perampas tu cari masalah, takpe aku ada backup kau!" Ucap Jannah penuh yakin.

Dia pun tak sabar mahu mengayang Rossa. Dia ingin melihat sejauh mana keberanian Rossa untuk menyakiti hati Alisa. Jannah sudah lama memendam rasa marahnya terhadap Rossa.

Sebaik saja mereka memasuki butik mewah itu mereka disambut baik oleh pembantu butik itu. Malah salah seorang daripada mereka mengiringi Alisa dan Jannah untuk melihat-lihat pakaian di butik mereka.

"What kind of dress do you want, miss?"

"Erm- a simple dress but look elegant" jawab Jannah laju membuatkan Alisa segera menepuk bahu gadis itu.

Pekerja wanita itu tersenyum manis. "This way miss...please follow me"

Mereka berdua mengikuti pekerja itu. Pekerja itu membawa mereka di hadapan sebuah patung manngequin yang mengayakan sebuah dress biru laut yang ditaburi batu permata di bahagian dada dan pinggang.

"This is our limited design and the last one..."

"Wow beautiful. I want that!" Bukan Alisa yang menjawab sebaliknya Jannah. Alisa membiarkan saja Jannah memilih kerana citarasa mereka berdua sama saja.

"Okay miss wait a minute..."

Alisa dan Jannah berbual kosong sementara pekerja itu menguruskan dress yang akan dibeli oleh Alisa. Asyik mereka bersembang satu suara yang agak familiar menyapa gegendang telinga mereka.

"I want that dress! Please pack for me!"

"Uhm...sorry miss. That dress already book by her..." seorang pekerja yang mengiringi Rossa menunjuk ke arah Jannah dan Alisa.

Rossa menatap Alisa tajam. Dia tidak kira dia tetap mahukan dress itu juga. Dia tidak akan kalah kepada Alisa.

"I don't care! I want that dress too!" Bentak Rossa keras. Membuatkan pekerja itu ketakutan. Hakim pula berdiri sombong di sebelah Rossa.

Hari ini dia akan malukan Alisa di hadapan pekerja dan pelanggan di butik itu.

"Tapi kami dah cop dulu. Kau datang-datang menyalak kat sini pulak. Tak sedar diri!" Lancang mulut Jannah mengeluarkan kata-kata kesat kepada Rossa.

Alisa pula diam. Maklumlah dia masih ada jiwa lembut yang datang dari mamanya. Membuatkan Alisa diam dan tidak masuk campur.

"Call your manager! I want to speak with your manager!" Kali ini Hakim bersuara. Dia memandang sinis ke arah Alisa.

Dia tahu Alisa tidak mampu melakukan apa-apa. Jai pula tidak mengikuti Alisa dan membuatkan Hakim yakin gadis itu pasti akan malu.

Tidak lama itu seorang lelaki wanita berusia 30-an menghampiri mereka. Wanita itu segera tersenyum lebar melihat kedatangan Rossa dan Hakim.

"Mrs Vanessa. My wife want that dress. Please prepare it for her..." Hakim menunjuk ke arah dress yang menjadi perhatian Rossa sejak tadi.

"My pleasure Mr Hakim. You get it and prepare for it!" Arah Mrs Vanessa lantang.

Rossa tersenyum kemenangan. Jannah tidak duduk diam dia tetap akan bersuara.

"Kami yang dapatkan dress tu dulu. Please consider it for us..." Jannah menekan setiap kata-katanya.

Mrs Vanessa memandang Alisa dan Jannah atas bawah. Kebetulan Alisa dan Jannah datang ke butik itu hanya berpakaian biasa dan tidak mewah seperti Rossa. Mrs Vanessa tersenyum remeh melihat penampilan dua orang gadis itu.

"I wonder you can't afford it!"

"That dress quite expensive and you can't pay it with huge amount!" Tekan Mrs Vanessa.

Alisa dan Jannah mengetap gigi. Rata-rata pelanggan di dalam butik itu saling berbisik dan memandang sinis kearah dua gadis itu.

"Mr Hakim please follow me..." Mrs Vanessa membawa dua pasangan itu ke kaunter bayaran.

Jannah menghentak kaki kuat tak guna! Jannah laju berjalan dan mendekati pasangan itu. Dengan sekali tamparan, Rossa sudah terjatuh tersungkur di atas lantai. Suasana di dalam butik itu bertukar sepi. Alisa ternganga dengan tindakan Jannah.

"Tak guna! Kau memang sengajakan cari pasal dengan Alisa! Kau tahu dia nak dress tu tapi kau menyibuk nak jugak! Hidup kau memang tak pernah puas erk! Asyik nak kacau hidup orang!"

Rosss mengetap gigi. Dia berdiri dan dibantu oleh Hakim. Mrs Vanessam memandang Jannah dengan riak marahnya.

"Miss you are too rude with my customer! I will sue you for this trouble at my boutique!"

"Kau nak saman haa samanlah. Berapa? 10 ribu? Seratus ribu? Ke sejuta! Haa sebut je nanti dia tolong bayarkan untuk aku..." jari telunjuk Jannah laju menunding ke arah Alisa di belakangnya.

Alisa menepuk dahi. Dia segera mendekati Jannah dan menarik gadis itu bersembunyi di belakang badannya.

"Heh! Dia tak akan boleh bayar. Kau nak bayar pakai apa? Pakai badan kau?" Hakim memandang Alisa atas bawah dan tersenyum jahat.

Alisa kini sudah sampai tahap maksima. Baru saja dia ingin membuka mulut suara garau milik seseorang terlebih dahulu memotong percakapan mereka.

"Who said my fiancee with sold her body?" Darwin berdiri tepat di sebelah Alisa dan merangkul erat pinggang gadis itu.

Darwin menatap Hakim tajam. Dia tidak keseorang dan datang bersama sepuluh orang bodyguard. Mrs Vanessa terkejut melihat kehadiran Darwin secara tiba-tiba.

"Mr Dar-Darwin..."

"Isaac!" Seorang lelaki berpakaian serba hitam dan memiliki tatu di bahagian leher segera menghampiri Darwin.

"Call our HQ and please fired her immadiately!" Darwin menunjuk ke arah Mrs Vanessa yang sudah pucat wajahnya.

Rossa pula sudah ketakutan melihat aura kegelapan yang dibawa oleh Darwin. Malah pelanggan di dalam butik itu terkedu sama melihat pemilik mall berada di depan mata mereka.

"But- please Mr Darwin. Please forgive me..." Mrs Vanessa melutut di hadapan Darwin dan Aliss.

Jannah pula kagum melihat pemandangan di hadapannya. Dia menunjukkan senyuman penuh kemenangan kepada Rossa dan Hakim yang diam tak berkutik.

"Bawak perempuan ni jauh dari mata aku!" Dua orang bodyguard Darwin segera menyeret Mrs Vanessa keluar dari butik itu tanpa bertangguh lagi.

"Isaac kau uruskan dress tu"

Isaac mengangguk dan segera membuat bayaran di kaunter. Tidak lupa dia mengambil black card dari Darwin sebelum membuat bayaran. Darwin memandang Hakim sinis.

"Kau tak habis-habis ganggu tunang aku. Sekali lagi aku nampak muka kau dekat-dekat dengan tunang aku kau tahu lah nasib kau nanti!"

Hakim segera menarik tangan Rossa untuk pergi dari sana. Dia sungguh malu kerana mencari target salah. Niat dia sudah menjadi salah cara. Isaac kembali membawa satu paper bag dan menyerahkan kepada ketuanya.

"They will send that dress soon"

Darwin mengangguk kecil. Dia menyerahkan paper bag itu kepada Alisa. Mata Alisa membulat melihat satu kotak berloga emas di dalam beg itu. Dia menatap Darwin yang juga ketika itu sedang menatapnya.

"Take it. My gift for you..." Darwin kenyit matanya ke arah Alisa dan terus berjalan keluar dari butik itu diikuti Isaac dan bodyguardnya.

Jannah segera menghampiri Alisa dan menekup pipi Alisa.

"I can't believe it! Is that Syed Darwin?! Our hottest head perfect!"

Jannah sudah terkinja-kinja di hadapan Alisa. Gadis itu pula tidak mempedulikan Jannah dan memikirkan sesuatu. Dia pelik kenapa setiap kali dia berhadapan dengan Hakim pasti akan ada Darwin sebagai penyelamat dia sejak akhir-akhir ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro