▪︎🌹- 73 ▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tak guna!"
Puteri jatuh terduduk dan memegang pipi kirinya. Dia menatap takut-takut wajah Warda. Sungguh nasibnya sangat malang berjumpa dengan wanita sihir itu. Lebih malang lagi apabila dirinya dijadikan 'budak' oleh Warda.

"Kau ni, aku bagi kau keje yang mudah. Kau cuma perlu menyamar bukan aku suruh kau kantoikan diri kau, perempuan!" Warda menarik kuat rambut Puteri.

Puteri menangis teresak-esak. Sungguh dia tidak tahan menerima siksaan dari Warda. Belum lagi Angel. Puteri ingin saja mengakhiri hidupnya. Tapi memikirkan ibunya yang terlantar sakit dia rela menjadi patung Warda dan Angel.

"Bodoh"

Buk! Tubuh Puteri ditolak kasar. Warda bercekak pinggang. Memandang sosok seorang gadis yang berdiri di muka pintu. Memeluk frame gambar seseorang.

"An—Angel?" Warda menatap gugup anaknya. Angel perlahan menghampiri Warda.

"Kenapa buat patung Angel macam tu?" Soalnya dengan riak polos. Memeluk erat frame gambar di dadanya.

"Why Angel tak sleep lagi? Dah lewat kan?" Warda cuba mengalih topik. Tidak mahu Angel bertanya soal Puteri.

Angel diam. Berjalan mendekati Puteri yang ketakutan. Meringkuk di sudut dinding. Memeluk erat kedua kakinya. "'Mama tak patut sakitkan patung Angel. Kalau dia menangis macam mana? Macam mana dia nak jumpa Adib ma? Macam mana Adib nak balik pada Angel nanti?"

Angel mengusap pipi kiri Puteri. Masih ketara lagi belas tamparan Warda disitu. Warda sudah panik. Tidak, Angel tak boleh masuk campur urusannya.

"Sakit?"

Puteri angguk kecil.

Sungguh, dia lagi takut berhadapan dengan Angel. Gadis itu cukup pandai menyembunyikan emosinya.

Prang! Bahu Puteri terhinjut. Menatap nanar bingkar gambar yang telah pecah berhampiran kakinya. Angel ketawa kecil. Menepuk-nepuk tangannya.

"Sa—sayang?" Warda mendekati anaknya.

Buk!
Pang!

Warda memegang pipinya. Terasa sesuatu yang hangat mengalir di celah bibirnya. Warda bergetar ketakutan melihat Angel yang suka menatapnya tajam.

"Perempuan tua tak guna! Aku dah pesan banyak kali dekat kau! Jangan pernah usik patung aku!"

Tubuh Warda dipijak oleh Angel. Warda menjerit kesakitan. Sungguh, kalau dia menutup pintu tadi pasti Angel tidak tahu tindakannya.

"Arghhh! Sa—sakit!"

Angel ketawa puas. Dia menghentak kepala Warda ke lantai sebelum mendekati Puteri. Warda menatap tajam tubuh Angel dari belakang. Tak guna!

"Jangan pernah sentuh budak aku lagi nenek" Angel memapah Puteri keluar dari bilik gelap itu.

Meninggalkan Warda yang meringkuk kesakitan di atas lantai. Wanita tua itu mengigit kuat bibirnya. Lagi-lagi dia kalah di tangan Angel. Tak guna!

"Perempuan gila! Kau tunggu nasib kau nanti! Orang terakhir aku bunuh adalah kau!"






















Kevin melangkah tergesa-gesa mendekati Aston yang tertidur di depan monitornya. Sampai saja di hadapan lelaki berambut blonde itu, dia menendang kerusi yang diduduki Aston hingga membuatkan lelaki itu hampir saja terjatuh kerana terkejut.

"Fuck! What the hell man?!" Maki Aston. Suaranya terdengar serak kerana baru bangun dari tidur.

Matanya sepet memandang wajah Kevin yang kelihatan kabur. Sungguh, dia baru saja ingin memasuki alam mimpi. Dikejutkan dengan tendangan tak bermoral dari Kevin.

"See it!"

Dengan malas Aston mengambil telefon milik Kevin. Mengosok matanya sambil melihat skrin telefonnya. Seketika, mulut Aston terlopong luas.

"Damn!"

Prang! Telefon Kevin pecah dilempar oleh Aston. Sedangkan si pemilik menatap nanar telefonnya yang sudah tak terbentuk.

"Bodoh! Telefon aku pecah bongok!" Kevin menyentak kepala Aston. Geram kerana tanpa rasa bersalah Aston melempar telefonnya.

Aston mengaduh sakit. "Ah sorry bro. Aku lupa tu telefon kau. Jangan risau, nanti aku ganti yang latest punya keluaran" Aston sengih.

Kevin senyum. "Okay deal!"

Aston segera menaip sesuatu di monitornya hingga keluar satu virus tidak lama itu sebuah fail terbuka dan segera Aston keluar dari web itu setelah berjaya mencuri data milik seseorang.

"Kau curi data siapa tu?" Kevin bersandar di meja kerja Aston. Sejak kejadian itu, Aston banyak habiskan masa di bilik kerjanya.

"Nenek tua" jawab Aston. Memeriksa fail itu sehingga dia menjumpai sesuatu yang menarik.

"Kau tengok ni" tunjuk Aston. Menunjukkan beberapa gambar yang berjaya dia curi dari data Warda.

Setelah itu, dia menghantar virus miliknya ke data peribadi Warda. Pasti perempuan tua itu mengamuk kalau tahu data miliknya berjaya diceroboh oleh seseorang.

Kevin menatap wajah Aston tak percaya.

"Wow"

Aston tersenyum melihat reaksi Kevin.

"Bukan tu je. Ada lagi. Ni...ni..." Kevin klik satu persatu folder yang berjaya dia buka. Kevin menekup mulut tak percaya.

"Gila! Ni lagi gila dari Zyan!" Kevin tidak tahu ingin berkata apa lagi. Dia sungguh terkejut.

"That why kita kena hati-hati. Perempuan tua ni memang elok berjumpa dengan ruas dia. Kau tahu kan siapa yang paling sesuai untuk hancurkan nenek tua ni" Aston menutup kesemua folder itu.

Dia akan tunjuk pada Zyan nanti. Kevin meraup wajahnya. "Tak sangka dia boleh jadi gila segila macam tu"

"We can do everything untuk kepuasan hati termasuk buat anak sendiri jadi gila. Ah, satu lagi—" Aston memandang Kevin. "Menghancurkan budak kecil sampai boleh created new character"

Kevin tidak tahu bereaksi macam mana. Bagi dia, Warda adalah perempuan jelmaan setan yang sesungguhnya.

"Kalau anak dia sendiri dia boleh buat. Kenapa tak pada bos kita?"

Kevin mengangguk. Ada betulnya jugak.

"We need more prove untuk jatuhkan nenek tua tu"

"Yes we must. Satu lagi, kita tak boleh nak halang Angel sebab perempuan tu dah gila dan tak betul lagi. Bukan sikit dos yang Warda suntik pada budak tu"

"Aku tahu. Untuk Angel biar aku handle" Kevin tersenyum sinis.

Tidak sabar mahu melihat reaksi Angel nanti.





















"Kau masak apa?"
Nurin terkejut. Dia mendapati Zyan sudah bersandar di dinding memerhati dirinya yang sedang mengacau lauk di atas dapur.

"Kari kepala ikan" gumam Nurin perlahan. Menutup api dapur setelah masakan dia matang. Mengelap tangannya pada baju yang dipakai.

"Awak lapar? Nak makan sekarang atau tunggu yang lain?" Nurin berjalan menuju ke meja bar.

Dia ingin membuat susu untuknya. Terlupa pula untuk minum susu pada pagi tadi dan sekarang baru dia ada masa untuk minum susu ibu mengandung.

"Tunggu yang lain sekali" Zyan mendekati isterinya. Memerhati Nurin yang membancuh susu.

Tidak lama itu kedengaran derap langkah mendekati ruang dapur. Muncul Nur Nasuha yang mengendong Naufal yang nampak lemah bersandar di bahu mamanya.

"Siap dah masak Sarah?"

"Baru je mama. Nak hidang sekarang ke?" Nurin membasuh gelas yang baru saja digunakan olehnya.

"Boleh jugak. Semua dah tunggu kat ruang makan. Ah, Sarah boleh tunggu je kat sana. Lauk pauk mama suruh bibik yang hidangkan"

Nurin mengangguk saja. Lagipun dia mulai berasa sakit pinggang kerana berdiri terlalu lama. Nurin terkedek-kedek berjalan diikuti oleh Zyan.

"Kau okay tak?" Zyan berbisik di sebelah isteeinya. Dia nampak riak wajah isterinya nampak berkerut sejak tadi lagi.

"Okay. Biasalah sakit pinggang sebab berdiri lama-lama" ujarnya dan duduk di kerusi berhadapan dengan ibu mentuanya.

Zyan yang berasa kasihan mengurut lembut pinggang isterinya. Berharap boleh melegakan sakit Nurin.

"Banyak kamu masak Sarah" Zafran melihat pelbagai lauk terhidang di atas meja.

"Itu lah bang. Banyak juga ni. Kan mama dah pesan masak simple-simple je" Nur Nasuha mengeleng kepala melihat kedegilan menantunya.

Nurin senyum. "Alah mama. Bukan selalu Sarah masak banyak macam ni. Boleh tahan sampai malam. Lagi pun, Sarah gian nak masak. Dah lama rasanya tak masuk dapur sejak mengandung ni"

Nur Nasuha tersenyum kecil. "Takpe sayang. Mama tak marah pon. Mama cuma risau kamu sakit je. Tengok tu, dah sakit pinggang"

Nurin menggaru keningnya. Nak buat macam mana dia gian ingin memasak.

"Takpe ma, lagi pun ni dah lega abang urutkan" Nurin menjuih ke arah Zyan yang masih mengurut perlahan pinggangnya. Sedikit rasa lega.

Nur Nasuha tersenyum. Dia memandang Naufal yang duduk di atas ribaannya.

"Opal nak makan apa sayang? Nak bubur?"

"Amau mam"Naufal mengeleng kepalanya.

Mula dah budak kecik tu tanak makan. Demam punya pasal.

"Mana boleh macam tu sayang. Kena makan. Nanti Opal tak sihat ha" pujuk Nur Nasuha. Sejak semalam Naufal kurang makan. Hanya dua suap lepas tu muntah.

"Amau maa" mata Naufal sudah berakhir. Nur Nasuha mengalah. Membiarkan Naufal meneluk lehernya.

Zafran yang melihat Naufal begitu mengusap lembut kepala anaknya. "Takpe. Nanti suap dia bubur. Ubat dia dah makan?"

Nur Nasuha geleng. Mata Naufal nampak berair menandakan demam dia masih belum surut lagi. Nurin yang melihat Naufal demam turut berasa sedih.

Mansion mentuanya berasa sunyi tanpa celoteh si kecil Naufal.

"Kakak suapkan Opal bubur nak?" Nurin cuba memujuk. Naufal sedikit memaling wajahnya.

"Atat cuap?"

"Ya sayang. Nak tak hmm?"

Naufal mengangguk lemah. Nur Nasuha dan Zafran tersenyum.

"Biar aku dukung budak tu" Zyan segera berdiri memutari meja makan. Ingin mengambil alih Naufal ke kendongannya.

Nurin tidak jadi bangun. Membiarkan suaminya mengendong Naufal.

"Suap je dia kat sini" ujar Zyan sejurus saja dia duduk. Memangku Naufal yang bersandar lemah di dadanya.

"Awak nak makan macam mana?"

"Kau tak nampak aku tengah makan?" Kening Zyan terjungkit tinggi. Mengangkat sudu di tangan kirinya.

Nurin mencebik bibir. "Hmm tak"

Suasana di meja makan bertukar sepi. Masing-masing makan dan Nurin yang sesekali menyuapi bubur kepada Naufal. Zyan pula sesekali mengurut kepala Naufal yang mengadu pening.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro