▪︎🌹- 82 ▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nurin!"

Sayup-sayup dia mendengar suara Zafrael memanggilnya. Nurin cepat-cepat meletakkan kembali kotak itu ke dalam almari. Kertas tadi dicampak begitu saja, tak ada masa nak lipat-lipat!

"Nurin..."

Wajah Zafrael tersembul di balik pintu. Berkerut dahi melihat Nurin yang menutup pintu almarinya. Memegang sehelai t-shirt nipis miliknya.

"Kau buat apa kat dalam ni?" Soalnya. Memeluk tubuh sambil bersandar di pintu.

Nurin terkulat-kulat disitu. Kepala yang tak gatal digarunya. "Ah...err...saya ambil baju awak. Haa, saya pinjam baju awak..." ujar Nurin sambil menunjuk sehelai baju milik Zafrael.

"Baju aku? Buat apa kau pinjam baju aku. Baju kau dah tak ada ke?" Zafrael menghampiri Nurin. Berdiri di depan gadis itu. Meminta penjelasan.

Kelakuan Nurin nampak gelisah. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Melihat tatapan Zafrael begitu, membuatkan dada Nurin makin berdebar. Seperti dia tertangkap mencuri saja.

"Bukan lah! Baju saya ada je, cuma saya tiba-tiba rasa panas. Tu yang saja pinjam baju awak. Baju saya semua tak sesuai. Saya pinjam tau..." Nurin sengih. Nak tutup kegugupan di wajahnya.

Zafrael diam menatap Nurin. Tak lama itu, dia mengangguk.

"Awak pula, kenapa tiba-tiba balik? Biasa masa macam ni awak tak balik lagi" Nurin bertanya, melangut ke atas menandang wajah Zafrael.

Seketika, Nurin teringat kembali benda yang ditemui tadi. Tanpa dia sedar, dia mengelamun sambil merenung wajah Zafrael.

'Apa yang awak sembunyikan dari saya, Zaf?'

"Hoi!" Zafrael memetik jari di depan muka Nurin. Kening berkerut melihat Nurin yang diam merenung mukanya.

Ada apa-apa ke dekat muka dia?

Kepala berpaling ke kanan, melihat mukanya dicermin. Tiada apa-apa. Kacak macam biasa. Zafrael kembali memandang isterinya.

"Oii!" Zafrael menjerit sedikit kuat, ingin menyedarkan Nurin yang dah macam patung tak bernyawa depan dia.

"Oii kau!" Nurin melatah kuat. Zafrael yang tadinya serius terus ketawa melihat tingkah Nurin.

Nurin pula sudah menekup muka dengan baju Zafrael. Malu! Kenapa lah dia boleh melatah depan Zafrael! Kan dah malu!

"Ish! Awak ni!" Lengan Zafrael ditampar kuat oleh Nurin.

"Eh aku pulak! Kau tu yang berangan tak habis-habis. Apa, kau ingat muka aku bertukar jadi Taehyung BTS ke?" Zafrael berkata dalam nada mengejek.

Nurin mengigit bibirnya. Perasaan sedihnya hilang mendengar suara mengejek Zafrael. Tak habis-habis nak mengata idol kesayangan dia.

"Taehyung tu hensem lagi lah dari awak" ujar Nurin geram. Kecik besar kecik besar je dia pandang Zafrael.

"Alah kau ni, petik sikit pun nak melatah. Tak hingin aku Tehuyung kau tu..." ujar Zafrael.

"Taehyung lah! Taehyung! Tehuyung tu awak!"

Nurin segera keluar dari bilik itu. Makin lama boleh darah tinggi berdebat dengan Zafrael. Melihat kelibat Nurin hilang dari bilik, tawa Zafrael terhenti. Wajah dia sekelip mata berubah.

Tangan dia mengeser pintu almari miliknya. Melihat kotak hitam yang teralih dari tempat membuatkan Zafrael faham. Bibir dia menarik senyuman sinis.

"Baguslah kalau kau dah tahu..."




























"Nak pergi mana?" Warda bertanya apabila melihat kelibat gadis itu yang menuruni tangga dengan penampilan cantik.

"Macam biasa lah, mummy..." ujar gadis itu sambil mengoles lipstik merah di bibir tebalnya.

Warda mengangguk kecil. Dia kembali melihat kuku jarinya, mengasah perlahan hingga berkilat. Gadis itu menapak menghampiri Warda, menadah sebelah tangannya.

"Dah kenapa pulak?" Warda mendongak sedikit, memandang wajah gadis itu yang sudah dihiasi mekap tebal. Bibir merah menyala.

Ditambah dress ketat yang mengikut bentuk badan membuatkan sesiapa saja tertelan air liur melihatnya.

"Duit..." katanya dengan muka tak bersalah.

Warda mendengus. Pengkilat kuku sedikit dihentak ke atas meja kopi. Purse miliknya yang berada di celah sofa diambil, satu kad bank ditarik keluar. Ditaruh kasar di atas tangan gadis itu.

Gadis itu mengukir senyuman lebar. Melihat kad bank itu kini dalam genggamannya.

"Thank you, mummy...muahhh..." pipi Warda dikucup kuat. Membuatkan kesan lipstik itu melekat di pipi kanan Warda.

Segera Warda mengelap kesan itu dengan tisu. Memandang jengkel ke arah gadis itu yang sudah menghilang di balik pintu. Warda kembali mengambil pengilat kuku.

Tak pula dia bertanya kemana gadis itu pergi. Warda sudah tahu kemana, kerana hanya satu tempat saja gadis itu selalu pergi. Lagipun, gadis itu tidak boleh pergi jauh-jauh dari Warda. Kerana hanya Warda saja yang boleh pergerakkan gadis itu.,





























"Keluar!"

Alisa mengheret kasar tubuh gadis itu keluar dari bilik Zafrael. Bengang. Masuk saja bilik itu, nampak kelibat orang dibencinya. Lagi bertambah rasa benci apabila Zafrael juga sama naik.

Kevin, lelaki itu diam di belakang Alisa. Dia juga nampak bingung melihat adegan di hadapannya. Lebih-lebih lagi gadis yang diseret keluar oleh Alisa.

"How dare you touch me, bitch!" kedua tangan Alisa dihempas kuat. Dia segera berlari ke dalam bilik itu. Berlindung di belakang tubuh Zafrael.

Wajah Alisa kemerahan menahan marah. Kedua tangan dia dikepal di sisi badan. Bengkak hati melihat Zafrael yang kembali merangkul gadis itu. Melihat-lihat tubuh gadis itu dengan wajah risaunya.

"Lisa! Kenapa nak buat kecoh kat sini? Mana adab?" Zafrael memarahi Alisa. Gadis di belakang Zafrael tersenyum sinis melihat Alisa dimarahi kekasihnya.

"You okay?" Dia berbalik melihat tubuh gadis itu lagi. Risau ada luka atau kesan cengkaman Alisa.

"Tengok tangan I ni..." adunya manja. Menunjuk pergelangan tangan kanannya yang terdapat kesan cengkaman. Sudah tinggal kesan kemerahan.

Zafrael menghembus nafas kasar. Menarik gadis itu untuk duduk di kerusi miliknya. Dia kembali memandang wajah Alisa yang berdiri tegak di depan pintu.

"Tengok! Apa Lisa dah buat? Perlu ke berkasar macam tu dekat dia?"

Alisa menghembus kasar nafasnyaz. "Yang kau nak bela betina tu sangat dah kenapa? Kau dah lupa apa yang dia buat dekat kau?"

Tiada lagi panggilan hormat. Kali ini amarah Alisa betul-betul meledak melihat kemesraan Zafran dengan perempuan itu.

"Benda dah lepas. Lagipun, benda tu dah lama berlalu. But apa nak kenang balik" jawab Zafrael seadanya.

Alisa tergelak mendengar jawapan Zafrael.

"Bela lah perempuan tu, jangan sampai benda sama berulang kau balik dekat papa...mama...memang aku harap dorang tak terima maaf kau lagi!"

"Lisa! Tak baik cakap macam tu dekat along. Akak tau aka—"

"Kau diam! Aku tak cakap dengan kau perempuan! Jijik aku nak dengar suara acah-acah kau tu!" Jerkah Alisa keras. Cukup membuatkan staf-staf di luar sana panjang leher melihat ketegangan di ruangan bos mereka.

"Nur Alisa!"

Alisa memandang Zafrael yang nampak marah. Dia tersenyum sinis.

"Apa? Abang nak bela lagi betina sun—"

Pang! Kepala Alisa terteleng ke kiri. Tamparan cukup kuat mampu mengegarkan kesunyian bilik itu. Kevin di belakang dengan pantas menahan tubuh kecil Alisa. Mata dia membulat besar, menatap tak percaya kepada Zafrael.

Alisa ketawa kuat melihat kesan darah di tangannya. Mata dia merah menatap wajah Zafrael yang seakan tak bersalah menampar dirinya.

"ZAFRAEL!"

Zafrael mendengus melihat kedatangan Zafran dan Zafuan. Dia memandang dua lelaki itu dengan wajah masih lagi menahan amarah.

Zafran meluru menerkam Zafrael. Menarik anak sulungnya dengan kasar.

"Siapa beri kamu izin tampar Alisa? Siapa?!" Zafrael mencengkam kuat kolar kemeja Zafrael. Hingga membuatkan tubuh mereka saling berhadapan.

Zafuan memeluk tubuh Alisa. Kevin lega melihat kedatangan Zafran yang tepat pada masanya.

"Zaf tak suka Alisa cakap macam tu..." suara Zafrael kedengaran perlahan, namun sampai ke telinga papanya. Suara dia tersekat kerana cekikikan kuat Zafran di lehernya.

"Alisa adik kamu! Tergamak kamu tampar dia sebab perempuan tu!" Zafran seakan tidak percaya dengan balasan anaknya.

"Dia milik Zaf pa! Dia pemilik hati Zafrael!" Dengan kuat dia menolak tubuh Zafran. Mengusap lehernya yang tercekik kerana Zafran.

Zafran terkekeh mendengarnya. Pemilik?

"Habis tu, Nurin apa? Isteri kamu kat rumah tu, yang mengandungkan anak kamu tu...kau anggap dia apa Zaf?!"

Zafran tak habis fikir dengan Zafrael. Dia kecewa. Sangat-sangat kecewa.

"Nurin? Dia hanya perempuan yang Zaf jadikan rumah tumpang sampai Zaf jumpa balik pemilik rumah Zaf yang sebenarnya..."

Tanpa sedar, gadis yang duduk di belakang Zafrael tersenyum lebar. Suka mendengar bahawa Zafrael masih lagi menunggu dia kembali. Ini bermakna cinta Zafrael padanya tak pernah pudar walaupun lelaki itu sudah berstatus suami.

"Papa kecewa dengan kamu Zaf! Kalau betul kamu tak sukakan Nurin lagi, lepaskan dia..." dengan suara lirih Zafran bersuara.

"Zaf takkan lepaskan Nurin!" Ujar Zafran tegas. Dia takkan sesekali melepaskan Nurin.

Zafran mencerlung tajam.

"Lepaskan dia, Zaf! Tak guna kamu pertahankan Nurin kalau hati kamu pada dia lagi! Papa tak nak kamu jadi suami dayus!"

Zafrael ketawa kecil. Dayus? Rasanya macam ya...

"Zaf takkan lepaskan Nurin kalau bukan Nurin sendiri yang minta. Kalau Nurin nak pertahankan hubungan kami, Zaf akan buat hidup Nurin gantung tak bertali"

Zafran memicit dahi mendengar penjelesan anaknya. "Sampai hati Zaf. Kamu sedar tak apa kamu cakap ni"

"Zaf sedar dan Zaf terlebih sedar, pa. Zaf harap papa terima dia dalam keluarga kita. Nak tak nak, dia akan jadi sebahagian dari keluarga kita nanti..."

Zafrael mendekati gadis itu. Merangkulnya erat dan melabuhkan ciuman di dahi gadis itu.

"Kami tak setuju!"

Zafuan dan Alisa membantah. Mereka tak setuju jika perempuan itu masuk dalam keluarga mereka.

"Setuju atau tak, dia tetap akan jadi isteri aku"

Brak!

Pintu bilik itu kembali menjadi mangsa hentaman. Kali ini mereka terpaku melihat Nurin yang berdiri dengan linangan airmata yang membanjiri pipinya. Di sisinya ada Puan Ramlah dan Amin juga Nur Nasuha yang jelas sekali nampak raut kecewa di wajahnya.

Nurin mengelap airmatanya. Memandang Zafrael yang nampak biasa saja melihat dirinya.

"Kalau itu awak nak, kita berpisah..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro