▪︎🌹- 84 ▪︎

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"I—ibu..."

Nurin membuka matanya. Benda pertama yang dia lihat adalah siling putih. Puan Ramlah yang mendengar suara halus Nurin segera berdiri, dibantu oleh Nur Nasuha. Langkah kakinya mendekati Nurin yang terkelip-kelip di atas katil.

"Ibu kat sini, Sara..."

Nurin toleh ke kiri. Bibir pucat merekahnya melorek senyuman. Tiba-tiba matanya berasa panas.

"Ibu..." Nurin bangun, cuba untuk memeluk tubuh tua ibunya. Namun segera ditegah oleh Nur Nasuha.

"Jangan dulu, Nurin. Kamu baru je sedar. Jangan banyak bergerak sangat..." tegah Nur Nasuha. Membantu Nurin bersandar di katil.

Kepala katil dinaikkan sedikit tinggi. Puan Ramlah mengangguk kecil, setuju dengan besannya. Nurin baru saja sedar dari bius. Ditambah lagi Nurin baru saja mengalami pendarahan.

"Sara nak ikut, ibu. Sara nak balik rumah kita."

Puan Ramlah mengusap kepala anaknya yang dilapisi tudung sarung. Hati tuanya menjadi sebak melihat keadaan Nurin begitu.

Nur Nasuha dan Alisa saling berpandangan. Mereka faham, jika Nurin ingin kembali ke kampungnya mereka tiada hak mahu menghalang. Tapi Zafrael?

"Ibu tak kisah kalau kamu nak balik ikut ibu. Tapi kamu kena minta izin dengan suami kamu dulu. Kamu tak boleh pergi tanpa izin dia. Status kamu masih isteri dia, Sara..." jelas Puan Ramlah lembut.

Nurin terdiam.
Dia kalau boleh tak nak langsung pandang muka suaminya. Kalau boleh, dia tak nak lagi memandang wajah Zafrael. Dia benci!

"Sara isteri yang baik kan? Jadi, kamu kena ikut cakap suami kamu..." berat mahu berkata begitu, tapi Puan Ramlah tiada hak ingin membawa Nurin begitu saja.

Dia tidak mahu anaknya dicop isteri derhaka.

Nurin tertunduk. Tangannya naik mengusap perut buncitnya. Tanpa sedar, setitis airmata jatuh ke pipi. Nur Nasuha yanh melihat menantunya menangis segera merangkulnya. Memeluk erat.

"Mama akan bercakap dengan Zaf. Mama akan pastikan Zaf izinkan Nurin..."

Nurin mendongak. Matanya nampak sembap. Hidungnya merah. "Betul ke ma?"

Nur Nasuha angguk. "Demi menantu mama, mama akan pastikan Zaf ikut cakap mama..." Nur Nasuha berkata yakin.

Dia tahu Zafrael akan kalah dengan dirinya. Zafrael sangat menyayangi dirinya. Nur Nasuha yakin Zafrael akan mengizinkan Nurin.

"Terima kasih, mama..."

"Sama-sama sayang"

Cup! Kedua pipi menantunya dikucup lembut. Puan Ramlah tersenyum melihat Nurin yang disayangi besannya. Lega hati tuanya.

"Akak, jangan sedih-sedih. Kita semua ada di pihak akak! Kalau along berani macam-macam dengan akak, Lisa sendiri akan buat dia menyesal seumur hidup!" Sahut Alisa. Dia berdiri di hujung katil dengan wajah seriusnya.

Terbayang muka Zafrael membuatkan dia ingin menonjok muka lelaki itu lalu diselam ke dalam air biar putus nafas.

"Alisa..." tegur Nur Nasuha seraya mengeleng kepala.

Alisa mendengus. "Huff! Mama ni tak sporting langsung..." cebiknya.

"Bukan ke kamu ada janji dengan Darwin?"

Alisa tersengih. "Ada, mama. Tapi Lisa malas lah pulak nak jumpa dia..." ujarnya selamba. Duduk di hujung katil sambil menilik kukunya.

Nur Nasuha mengeleng kepala. Ada-ada je. Dia pun pelik macam mana Darwin boleh suka anak gadis dia itu.

Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan mereka. Zafran masuk bersama sosok seorang lelaki berpakaian serba hitam.

"Haa kamu datang nak jemput Alisa ke?" Nur Nasuha menyoal tatkala melihat sosok Darwin di balik tubuh kekar suaminya.

Darwin senyum. "Kebetulan jumpa Tuan Zafran. Ada kerja sikit. Alang-alang datang singgah nak melawat Kak Sara..."

Alisa yang melihat senyuman Darwin mencebik bibir. Acah baik pula. Benci.

Zafuan yang melihat kelakuan kakak kembarnya tersenyum penuh makna. Dia mendekati Darwin. Merangkul bahu lelaki itu dari sisi kanan.

"Kau datang sini nak jumpa Kak Sara ke jumpa kakak aku?" Keningnya dijungkit ke atas beberapa kali.

Darwin menyiku perlahan perut Zafuan.

"Aku nak jumpa Kak Sara lah...lagipun aku ada kerja sikit dengan papa kau" bisik Darwin di hujung katanya.

"Kerja apa?" Zafuan berbisik sama. Memandang Darwin dan papanya.

Darwin senyum sinis. "Budak-budak mana boleh tahu, betulkan Uncle?"

Zafran mengangguk. Walaupun mereka berdua berbisik, telinga tajam Zafran tetap mendengarnya.

Zafuan mencebik. Main rahsia-rahsia pulak.

"Sayang, awak balik dulu dengan Zafuan. Kak Lah dan Amin pun balik lah sekali. Mandi. Rehat."

Zafran mendekati Nur Nasuha. Merangkul bahu isterinya.

"Tapi siapa nak jaga Nurin?"

Zafran senyum. "Ada Alisa. Abang dan Darwin kat sini. Awak balik dengan Kak Lah, Amin dan Paan. Malam ni biar abang jaga Nurin dengan Lisa..." ujarnya lembut.

Tangan kanannya naik mengosok kepala menantunya. Nurin tersenyum melihat ketulusan di mata bapa mentuanya. Tiba-tiba dia merindui arwah ayahnya.

"Paan, hantar mama dan yang lain balik. Jangan lupa amik adik kamu kat rumah Lucca..."

Zafuan mengangguk. Nur Nasuha bergerak menyalami suaminya. "Saya balik dulu, abang. Apa-apa bagitahu saya..."

Zafran mengangguk. Mata dia mengekor memandang pemergian isteri, anak dan besannya. Darwin duduk di sofa sambil menongkat sebelah kaki. Lelaki itu ralit membelek sesuatu di iPad miliknya.

Alisa pula bersandar di bahu lelaki itu. Dalam benci, ada cinta. Alisa malu mahu menunjukkan rasa cinta dia. Itu yang membuatkan Alisa selalu saja sinis apabila melihat Darwin.

"Sara nak apa-apa? Nak makan?"

Nurin geleng. "Sara rasa mengantuk je sekarang ni..." matanya terasa berat. Mungkin saja ubat bius belum habis lagi.

"Tidurlah, apa-apa panggil papa atau Lisa..."

Nurin mengangguk lalu dia memejam matanya. Zafran duduk di sofa single sebelah katil Nurin. Menyilang kaki sambil membuka telefonnya. Mata dia juga mengerling Darwin dan Alisa yang nampak bermesraan di hujung sana.

Bibirnya tersenyum tipis. Teringat pula dia masa muda dulu.























Gadis itu terus menyiksa Angel yang terikat di tiang. Dia suka mendengar suara jeritan Angel yang kesakitan. Dia melibas belakang tubuh Angel hingga meninggalkan kesan. Tak puas dengan itu, dia menghiris kulit Angel hingga mengeluarkan darah.

Ruang dengan cahaya remang itu hanya dihiasi suara jeritan Angel. Tubuh dia menggigil menahan siksa yang dibuat di atas tubuhnya.

Warda? Wanita tua itu belum pulang lagi. Mungkin menjadi wanita panggilan dari lelaki tua berhidu belakang. Dia tak peduli, selagi Warda tidak merosakkan rancangannya.

"Kau memang tak guna Kay!"

Kay ketawa lepas. "Kau baru tahu aku tak guna? Kau tak sedar ke selama ni kau tu jadi kambing untuk aku! Mummy tak akan biarkan aku tertangkap!"

Angel ketap gigi. Bibirnya sudah pucat dan bergetar.

"Kau memang setan! Kau yang buat aku gila! Kau yang bunuh Adib! Kau sengaja buat aku rasa bersalah sebab kau tahu Adib dah tahu niat sebenar kau!"

Kay terkekeh. Dia menepuk tangannya berulang kali.

"Pandai jugak kau ya? Aku ingatkan perempuan gila macam kau ni, dah lupa benda tu..."



"Adib!"

Angel menjerit kuat. Mengejar langkah Adib yang jauh ke hadapan. Dia berdiri di hadapan Adib sambil merentang tangannya. Nafasnya memburu laju.

Adib mengerut dahi memandang gadis itu. Lebih tepat lagi pesakitnya. Adib tidak kisah pesakit dia mahu memanggilnya dengan nama atau gelaran. Adib ingin mereka berasa selesa semasa mendapatkan rawatan.

"Angel?"

Angel tersenyum. Matanya berbinar cerah melihat wajah tampan Adib. Doktor psikiatri yang merawat dia selama 3 tahun ini.

"Adib ingat Angel lagi?"

Adib senyum. "Awak patient saya paling lama saya rawat. Kenapa Angel panggil Adib?"

Angel tersenyum malu. "Boleh kita bercakap?"

Adib terdiam. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Dia tersenyum seraya mengangguk.

"Kita duduk situ..."

Adib menunjuk ke bangku di bawah pokok. Mereka duduk bersebelahan. Angel menyelit rambutnya di celah telinga. Jujur dia gugup menatap wajah tampan doktor itu.

"Angel nak cakap apa? Kejap lagi saya kena check up patient saya..." Adib bersuara. Matanya menatap lurus hamparan kehijauan di depan matanya.

Rasa tenang. Ditambah angin malam menerpa wajahnya membuatkan lelahnya berasa hilang.

"Angel nak cakap yang..."

Adib menanti penuh sabar.

"Angel suka Adib..." ujar Angel dengan wajah merah. Sungguh dia berasa malu.

Adib terdiam. Suka?
"Maaf Angel, tapi Adib tak sukakan Angel..." ujar Adib dengan wajah bersalahnya.

Hati Angel tercarik. Mata Angel terasa memanas mendengar penolakan doktor muda itu. Kedua tangan dia mengenggam kuat dress motif bunga selutut yang di pakai olehnya.

"Ta—tapi Angel suka Adib. Angel cintakan Adib. Kenapa Adik tak suka Angel balik?" Ujarnya dalam nada sayu.

Adib tersenyum tipis. Nafas dihela perlahan.
"Adib dah ada tunang"

Angel memantung mendengarnya. Tunang?

Angel tiba-tiba berdiri. Menatap wajah Adib dengan amarah. Tunang? Siapa tunang lelaki itu?

"No! Adib milik Angel! Adib tak boleh ada sesiapa pun selain Angel!" Jeritnya kuat. Mujur saja kawasan taman itu sepi. Hanya mereka berdua saja.

Adib berdiri. Dia terkejut melihat Angel mengamuk. Adib tak boleh gelabah. Dia harus tenang.

"No! Adib hak Angel! Angel akan bunuh tunang Adib! Dia tak boleh rampas Adib dari Angel!"

Adib membulat matanya. Bunuh? Lebih terkejut lagi dia melihat Angel mengeluarkan pisau lipat dari balik pakaiannya. Pisau itu terselit di tali yang mengikat pinggangnya.

"Arghhh!"

Angel mengamuk. Dia menghunus pisau lipat itu ke arah Adib. Jika dia tak boleh dapatkan Adib, maka orang lain pun tidak boleh! Adib mengelak pantas. Menangkis laju serangan Angel. Hingga tanpa sengaja pisau itu terkena perutnya. Menghiris dalam.

Angel ketawa melihat Adib terduduk sambil menahan darah keluar dari perutnya. Wajahnya dibasahi peluh. Adib memandang Angel tidak percaya. Giginya diketap kuat.

"Angel! Kau memang tak guna!"

Tiada lagi nada lembut. Adib memandang Angel dengan wajah marahnya. Angel ketawa kuat. Pisau lipat itu dimain-mainkan di depan lelaki itu.

"Kau yang tak guna, Adib! Kau mainkan perasaan aku! Aku cintakan kau dan ini yang kau balas untuk aku!" Jerit Angel. Dia tak suka Adib meninggikan suara terhadapnya.

"Siapa cakap aku cintakan kau hah?! Aku cuma bantu kau...bantu kau keluar dari dunia halusinasi kau tu! Aku bukan dia! Dia bukan aku!"

Adib berkata tegas. Dia tahu Angel dalam emosi marahnya. Penyakit gadis itu kembali lagi. Tapi kali ini tidak kena tempat. Adib tidak boleh meminta bantuan, ditambah lagi keadaannya sebegitu.

"Tak! Kau tipu aku! Tipu! Kau sengajakan cakap macam tu sebab nak aku bencikan kau!" Jerit Angel. Dia tak boleh terima semua itu. Dia cintakan Adib! Angel tak bodoh untuk membezakan orang.

Mata Adib terbeliak luas tatkala melihat sosok serba hitam di balik semak samun. Dia melihat sosok itu memegang pistol yang menghala ke arah Angel. Adib memandang Angel yang menangis di depannya.

Tak! Angel tak boleh mati!
Adib dengan sekuat tenaga berlari ke arah Angel. Dia menjerit kuat sebelum menolak gadis itu ke tepi.

"Angel!"

Bang!
Bang!

Dua das tembakan Adib dapatkan di dada. Tubuh Adib perlahan rebah ke tanah. Adib muntah darah dengan baju kemejanya dipenuhi darah. Adib melihat sosok itu pergi dari situ. Angel yang melihat Adib bersimbah darah di depannya menangis teresak-esak.

"Adib bangun! Bangun! Jangan tinggalkan Angel!" Raungnya kuat. Memangku kepala Adib.

Adib tersenyum memandang Angel.

Huk! Huk!
Dia muntah darah. Tangisan Angel makin kuat. Kedua tangannya menangkup pipi Adib. Mengoncang kuat tubuh lelaki itu.

"La—lari..."

"Tak! Angel takkan tinggalkan Adib! Adib tak boleh tinggalkan Angel sendiri! Angel cuma ada Adib je..." lirih Angel sayu. Airmatanya jatuh menimpa wajah Adib.

Adib tersenyum tipis. Tangannya yang dibasahi darah menekup pipi Angel. Adib berasa nafasnya makin sesak. Sekujur tubuhnya terasa sakit yang amat. Angel menangis melihat keadaan Adib.

"La—lari!"

Angel mengeleng cepat kepalanya.

"Lari Angel! Lari!" Gesa Adib tatkala telinganya menangkap suara orang-orang bercakap. Adib tidak mahu Angel tertangkap.

Angel dengan wajah panik berlari menjauhi Adib. Lelaki itu tersenyum melihat Angel hilang di balik bangunan. Mata Adib kemudian tertacap ke arah pisau lipat milik Angel yang terjatuh di sisi tubuhnya. Adib menggapai pisau itu, di bawa ke dadanya.

"Maafkan aku..."

Matanya terpejam rapat. Deru nafasnya mula menipis dan perlahan hilang. Para perawat dan doktor yang tiba di situ terkejut melihat sekujur tubuh Adib disimbah darah. Mereka semua panik dan kelam kabut memanggil perawat lain membawa strecher.

Di balik bangunan, Angel menekup mulutnya melihat tubuh Adib dinaikkan di atas strecher. Tubuh itu ditutupi dengan kain putih. Angel melorot jatuh melihat Adib di bawa pergi.

"Angel tetap cintakan Adib sampai mati..." ujarnya, menatap gelang di tangannya. Gelang milik Adib. Gelang yang selalu dipakai oleh lelaki itu.


Bruk! Tubuh kecil Angel terhempas di atas lantai setelah tali dibuka oleh Kay. Wajah Angel nampak kosong. Jiwanya seolah hilang mengingati kejadian yang selama ini dia tutup.

"Mesti kau ingat dekat doktor tu kan? Mesti kau rasa bersalah kan? Yelah, kau kan pembunuh. Bunuh doktor yang rawat penyakit gila kau selama ni..." kepala Angel ditunjal-tunjal oleh Kay.

Angel diam. Melawan pun tidak. Matanya seolah kosong. Hanya tubuhnya berada disitu. Menerima segala perlakuan Kay terhadapnya.

"Haih, doktor tu pon sama bodoh! Kenapa lah dia selamatkan perempuan gila macam kau ni? Kenapa dia biarkan kau bebas? Kalau tak aku rasa kau ni dah lama kat tali gantung..."

Pipi Angel dicengkam kuat. Kuku panjang Kay mengores pipi gadis itu. Angel menatap Kay dengan wajah datarnya.

"Sebab dia sayangkan aku!"

"Sayang? Hahahahaha...kau jangan buat kelakarlah perempuan gila!"

Tubuh Angel dihempas kasar oleh Kay. Tawa Kay mengelegar bilik itu. Angel ketap gigi.

"Kalau kau nak tahu, aku sebenarnya nak bunuh kau! Aku upah sorang laki ni untuk bunuh kau! Tapi sayang, doktor kesayangan kau tu tahu pula...jadi dia yang kena...tapi aku tetap puas. Sebab apa?" Kay tersenyum penuh makna.

"Sebab aku berjaya hancurkan orang yang kau sayang, Angel..." bisiknya kemudian dia ketawa kuat.

Angel diam. Dia tiada kudrat mahu melawan. Kay yang melihat Angel diam mematikan tawanya.

Memandang wajah lebam Angel dengan wajah puas.

"Aku ada sesuatu untuk kau"

Kay menyeluk sesuatu di dalam poket seluarnya. Mengeluarkan sebuah belati kecil dan diletakkan di depan Angel.

Kay tersenyum.

"Hadiah untuk kau. Mana tahu kau dah tak sabar nak jumpa doktor kesayangan kau kan? Jadi, aku tinggalkan kau kat sini..."

Kay ingin menyentuh kepala Angel namun Angel menepis laju. Kay mengangkat kedua tangan panas bahu.

"Okay, aku takkan sentuh kau!" Kay keluar dari bilik itu. Tak lupa, dia menguncinya dari luar.

Angel meringkuk di atas lantai dingin itu. Menatap lama belati di depannya. Dengan perlahan, tangannya menggapai belati itu. Angel tersenyum kecil.

"Angel..."

Suara itu berbisik di telinganya. Wajah Angel seketika berubah ceria. Angel bangun.

"Adib? Adib ke tu? Adib datang nak bawa Angel ke?"

Angel tercari-cari. Namun tiada sesiapa di bilik itu. Wajah Angel kembali suram.

"Adib datang nak jemput, Angel. Angel nakkan ikut Adib?"

Suara itu berbisik lagi. Mata Angel terpejam seketika tatkala merasai terpaan angin di wajahnya.

"Angel nak ikut Adib. Angel tak tahan lagi. Diorang jahat. Selalu buat Angel sakit..." adu Angel entah kepada siapa.

"Kalau Angel nak ikut Adib, Angel kena dengar kata-kata Adib. Boleh?"

Angel mengangguk laju. "Angel dengar! Angel selalu dengar cakap Adib hihi..."

"Angel ambik benda tu, Angel letak kat tangan kiri Angel..."

Angel segera menggapai belati tadi. Meletakkan di bahagian nadi tangan kirinya.

"Angel tarik kuat-kuat—"

Srak! Angel menarik kuat belati itu menghiris urat tangannya. Lukanya sangat dalam. Mata Angel berasa kunang-kunang. Perlahan, tubuh Angel rebah di atas lantai dingin itu.

Seketika, mata Angel melihat banyangan seseorang. Angel tersenyum lebar melihat bayangan itu makin jelas menyerupai Adib. Tersenyum manis padanya.

"Kita akan kembali bersama, Adib. Tunggu Angel. Angel datang jumpa Adib..." mata Angel terpejam sempurna.

Gelap. Tiada lagi deruan nafas. Angel pergi untuk selamanya. Sudah cukup selama ini dia tersiksa dengan Warda dan Kay. Kini, Angel memilih untuk mengakhiri semuanya.



Di satu tempat, Kevin menatap kosong skrin monitor di depannya. Wajah Kevin entah bila masa dibasahi airmata. Melihat sosok Angel yang terkulai tidak bergerak sama sekali. Darah merembes laju keluar dari pergelangan tangannya.

Kevin tidak boleh melakukan apa-apa. Ternyata, kamera yang dia sembunyikan di dalam bilik itu mengungkap satu kebenaran yang selama ini dia tidak tahu.

Kevin membuka laci mejanya. Mengeluarkan sesuatu yang berlipat dan dakwat pen kelihatan samar-samar namun masih boleh dibaca.

To; Angel my beautiful...

Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Terima kasih kerana beri saya kehidupan yang dulunya saya tak pernah dapat. Angel, ketahui lah bahawa Angel bukan saja pesakit Adib...tapi Angel ada dalam hati Adib. Jauh sudut yang terdalam, Adib cintakan Angel.

Tapi Adib tak berani ungkapkan pada Angel. Adib pengecut. Adib tak nak kalau kata cinta Adib rosakkan hubungan antara pesakit dan doktor. Adib taknak!

Angel lah cahaya hidup untuk Adib. Adib suka semuanya tentang Angel. Adib suka bila Angel ketawa bersama Adib. Adib suka bila Angel bercerita sesuatu dengan Adib. Adik suka semuanya. Tapi, Adib terlalu pengecut untuk perempuan macam Angel.

Ketahuilah, jika Angel jumpa surat ni Adib dah tak ada atas dunia ni lagi. Tapi, Adib harap Angel tetap tersenyum, katawa dan berani! Angel kena ingat Adib selalu bersama Angel. Maafkan Adib rahsia perkara ni...

Tapi kita tak mungkin boleh bersama. Adib ada penyakit yang mematikan. Adib hidup tak lama. Adib ada penyakit dalam kepala Adib. Penyakit tu makin hari makin sakit. Adib tak kuat...

Tapi bila bersama Angel, penyakit itu hilang. Hilang dibawa senyuman Angel. Adib harap, Angel tetap bahagia walau tanpa Adib di sisi Angel.

Terima kasih untuk semuanya,
Kayra Afina.

Your doctor,
Adib .

Kevin menangis semahu-mahunya membaca surat itu. Surat yang ditulis oleh abang kembarnya. Kevin juga baru mengetahui bahawa Adib menghidap kanser otak tahap empat. Dia kini faham kenapa Adib selalu mengelak dan suka menyendiri.

"Abang, aku harap kau bahawa kat sini. Dia dah susul kau tapi dengan cara yang lain. Aku harap kau maafkan aku. Maafkan aku sebab terlambat sedar. Maafkan sebab tak jaga dia dengan baik..."

Tangisan dia berlagu sendu. Kevin menangis sambil tangannya meremas kuat kertas itu hingga tak terbentuk. Dia tersilap menilai Angel. Dia tersilap langkah. Gadis itu merupakan orang teristimewa di hati abangnya.

"Maafkan aku, Angel. Aku janji, aku akan balas perbuatan mereka untuk kau dan Adib! Aku janji!"



















Panjang tak lagi? Ke kurang lagi?

How about this chapter?

Hehe akak ada baca korang bab yang lepas. Masing-masing nak lepuk Zaf ya 😂

Apapun, akak harap korang enjoy. Panjang ni taip. Non stop! Semuanya untuk korang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro