PB | 03

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SUSUK tubuh yang sedang ralit menyisir rapi rambut panjang miliknya ditatap sayu. Lama renungannya kepada si isteri. Renungan bersama sinaran anak mata yang jelas sedang kesayuan dan kepiluan. Sudah dua bulan berlalu setelah wanita itu memutuskan untuk berbuat tidak peduli dengannya. Sudah dua bulan juga hubungan mereka suami isteri yang sememangnya dingin semakin bertambah renggang. Hambar. Tiada lagi tawa mesra. Tiada lagi belaian manja. Tiada lagi kata manis. Semuanya terasa kaku. Semuanya terlihat suram.

Sangat tipu andai dia mahu mengatakan bahawa cintanya buat wanita itu sudah pudar. Tetapi, tipu juga andai dia mengatakan bahawa dia boleh meneruskan hubungan mereka dan berpura-pura seolah-olah tiada apa yang terjadi. Layakkah aku terus mendampinginya, andai suatu hari nanti, aku akan pergi meninggalkannya? Layakkah aku terus mengikat dia dengan status perkahwinan kami, andai suatu hari nanti, sekeping hati lembut milik sang kesayangan akan disakitinya? Layakkah aku terus mempertahankan cinta ini, andai suatu hari nanti, hati ini tidak akan lagi wujud cinta buatnya?

Dan layakkah aku, seorang Rayyan Harith yang tidak punya apa-apa... buat seorang Aisyah Humaira?

Kestabilan syarikat yang merosot sejak akhir-akhir ini. Kesihatan yang semakin memburuk dari hari ke hari. Hala tuju masa depan yang semakin kelam dan suram. Layakkah aku? Sungguh, hatinya tinggal masa untuk berkecai. Jujur, jiwa lelakinya hanya tunggu masa untuk kembali mati.

Tuhan? Huh? Siapakah Dia? Untuk apa lagi aku ingatkan Dia? Bertahun-tahun aku sembahyang, mengabdikan diri kepada-Nya. Tetapi, apakah pengakhirannya? Dia tidak pernah mengabulkan permintaanku. Dia tidak pernah mendengar doa-doaku. Dia mengambil pergi satu-persatu manusia yang aku sayang. Selepas ini, siapa? Siapa lagi? Si kembar, Raisha Hanani? Atau... si isteri, Aisyah Humairanya?

Seorang demi seorang manusia yang ada bersama dan rapat dengannya meninggal dunia. Apakah aku nasib aku memang malang sebegini? Apakah aku ini hanya membawa 'sial' buat mereka semua? Tidak. Dia tidak sanggup andai seorang Aisyah Humaira juga diambil pergi daripadanya. Dia tidak akan membiarkan wanita itu mengalami nasib yang sama dengan keluarganya yang lain. Yang paling penting, dia sangat tidak mahu wanita itu merasai kesakitan yang sama apabila dia kehilangan semua manusia yang disayanginya dahulu. Tidak sama sekali!

Perlahan-lahan, dia melangkah dan mendekati si Isteri yang tampak sangat ralit dengan tingkahnya itu. Selesai menyisir rapi rambut, wanita itu terlihat mengoles sejenis krim putih pada wajah. Kemudian, losyen tangan dan kaki pula yang disapukan oleh si dia di tubuh sendiri.

"Aira..." Sebaris nama itu dipanggil perlahan. Reaksi wanita itu dicarinya. Tetapi, sayang... hanya wajah beku, tanpa senyuman, tanpa kemesraan, yang ditayangkan oleh si dia kepadanya. Dia hanya mampu akur. Pasrah. Sudah pasrah menghadapi kedinginan, kebisuan dan juga kesinisan daripada wanita itu. Dia tidak akan menyalahkan wanita itu. Sememangnya silap dia dari awal. Tetapi, maaf, Aira... I can't hold it anymore. Saya dah tak sekuat Rayyan Harith yang dulu. Saya dah penat. Saya dah lelah. Saya dah cukup sakit dengan segala perkara yang terjadi. Jadi, ya. Saya pilih untuk...

"We need to talk," pintanya senada kepada wanita itu. Sengaja dia tidak mempamerkan perasaannya kepada sang isteri.

"Tak ada apa yang perlu dicakapkan lagi. Awak yang minta kita untuk jadi macam ni... dingin... jauh. Sememangnya itu apa yang awak nak, kan? Saya hanya ikut apa yang suami saya minta."

Betapa sinisnya tutur kata yang terbit daripada seulas bibir milik kesayangannya itu. Dia hanya mampu menelan dengan hati yang separa rela. Sedih yang tidak terucap. Tidak akan dimarahi wanita itu. Tidak akan diseksa jiwa wanita itu lagi. Cukup. Cukup luka yang sudah aku toreh di hatinya sebelum ini. Aku sudah tidak sanggup melihat dia semakin sakit andai dia terus bertahan di sisiku.

"Just for a while," pintanya lagi. Kali ini, penuh mengharap. Wajah itu ditenung dalam. Redup.

"Rayyan, awak..." Tidak sempat Humaira mahu meneruskan ayatnya, apabila kata-katanya sudah dicantas laju oleh sang suami.

"For the last time, wi..wife..."

Tubuh Humaira terus terkaku. Lidahnya terasa kelu. Anak matanya terpaku lama di wajah seorang Rayyan Harith. Kosong. Wajah itu kosong. Tidak beriak. Tetapi, anak mata itu... sinarannya tampak sungguh sayu dan redup. "What do... do you mean?" Dia menyoal bingung kepada lelaki itu. Wajahnya berkerut-kerut seketika cuba menghadam apa yang diperkatakan oleh Encik Suami.

"Sini, ikut saya," arah Rayyan sebelum dia menarik lembut tangan kanan si isteri agar bangkit dan mengikut langkah kakinya. Wanita itu dibawa menuju ke arah katil lalu didudukkan di birai katil mereka. Kemudian, dia pula yang mengambil tempat dengan meletakkan kedua-dua belah lututnya di atas lantai. Tepat menghadap kepada seorang Aisyah Humaira. Setelah dipastikan wanita itu benar selesa, dia mencapai kedua belah tangan yang terletak di ribaan itu dan digenggam erat jari-jemari halus milik isterinya.

"Ke.. kenapa?" soal Humaira pelik. Dia tergagap kerana dia sangat gusar dengan apa yang dilakukan oleh sang suami. Sangat tiba-tiba. Sihatkah dia?

Rayyan hanya mendiamkan diri. Membisu. Lama. Ulas bibirnya terkatup rapat. Tiada bicara. Tidak mengeluarkan sebarang suara. Hanya anak matanya yang ralit menatap jauh ke dalam anak mata sang Isteri. Redup renungannya. Juga sayu.

"Ra... Rayyan..." Humaira menegur lagi. Semakin pelik dan gusar dengan tingkah lelaki itu.

"Hubby, love. Call me hubby," suruh Rayyan tiba-tiba.

Serta-merta, seorang Aisyah Humaira terus tersenyum gembira. Hatinya teruja. Rayyan Harithnya sudah kembali? Kan? "Hubby... hubby, kenapa?" soalnya tidak sabar. Wajah itu dipandang bersama anak mata yang jelas sedang bersinar bahagia.

Tidak menjawab persoalan isterinya, sepasang mata Rayyan terus terpejam rapat. Hati terasa meruntun sayu. Pilu. Sanggupkah aku? Sanggupkah aku menghilangkan senyuman bahagia yang terukir di ulas bibirnya kala ini?

Tanpa dipinta, satu demi satu kenangan lama menerjah kembali di ruang ingatannya pada ketika itu. Kenangan manis di antara mereka. Sejak kali pertama mereka bertemu sehinggalah pertemuan kedua kembali tercipta di antara mereka. Kemudian, ianya disambung pula dengan saat bahagia mereka ketika disatukan di dalam satu ikatan suci.

"Aku terima nikahnya, Aisyah Humaira binti Khalid dengan mahar sebanyak tujuh puluh ringgit, tunai."

"Sah?" Saksi dipandang.

"Sah!" Kedua jejaka itu mengangguk.

"Alhamdulillah..."

Kemudian, ruang ingatannya diterjah pula dengan ucapannya pada saat hari persandingan mereka berdua.

"My life has been better since the day I met you, Love. Saya masih ingat lagi waktu kali pertama kita berjumpa sebab itu adalah hari yang paling penting bagi saya. Hari di mana saya berjumpa dengan seseorang yang akan menjadi manusia teristimewa dalam hati saya. Hari di mana saya bertemu dengan seorang wanita yang akan memberi saya pengertian makna sebuah cinta. Cinta yang sebenar-benarnya cinta. Cinta yang tak pernah saya sangkakan daripada seseorang yang pernah bergelar guru saya... ustazah kelas agama saya."

Humaira masih lagi tertunduk malu. Jari-jemari di ribaannya tergenggam erat sesama sendiri. Wajahnya semakin memerah. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa hatinya sedang cair. Cair dengan setiap luahan daripada ulas bibir Rayyan Harith, si dia yang tidak pernah tak berjaya menyentuh dan mengusik sekeping hati milik seorang Aisyah Humaira.

"Aisyah Humaira binti Khalid..." Lembut panggilan Rayyan kepada 'bidadari hati'nya itu. Gitar di ribaan sedari tadi dialihkan dan diletakkan di sisi yang satu lagi. Tubuh dibawa mendekat dengan tubuh isterinya. Jemari kasarnya pula naik dan berlabuh di sisi wajah ayu milik sang kesayangan. Wajah itu didongakkan sedikit kepadanya.

"Bersama awak, saya temukan kekuatan yang selama ni saya cari dan dengan menikahi awak, saya telah menyempurnakan seluruh hidup saya. Terima kasih kerana hadir dan menjadi yang paling indah sebagai kurniaan Tuhan kepada saya." Dia menyambung bicaranya lagi. Anak mata milik wanita itu direnung sedalam-dalamnya. Penuh dengan sinar kasih yang masih bersarang di jiwa. Yang tidak pernah sekali pun padam di ruangan dada. Sekali-sekala, jemari kasarnya mengusap lembut di wajah si Isteri.

Kemudian, dia kembali membuka mulut dan menutur bicara dengan nada suara yang tersangat lembut dan romantis. Juga tatapan yang redup serta memikat.

"Dengan bersaksikan Tuhan Semesta Alam, saya berjanji pada awak dan saya pertaruhkan seluruh kehidupan saya untuk janji ini... saya akan sayang dan cintakan awak sampai ke hujung nafas saya. Saya akan jaga dan bahagiakan awak sehingga awak takkan rasa kurang satu apa pun dekat dunia ni."

Wajahnya semakin mendekat dengan wajah isteri kesayangan.

"Lillahi Ta'ala, saya cintakan awak. Sejak bertahun dulu, pada hari ini, juga hari-hari mendatang... dan cinta yang terukir kemas di ruangan jiwa saya ini akan selamanya menjadi milik awak, cinta..."

Humaira memejamkan sepasang matanya rapat. Kedengaran tulus sekali ucapan daripada ulas bibir milik Suami tercinta membuatkan jiwa wanitanya terasa damai dan bahagia pada masa yang sama. Dan pada waktu itu, ulas bibir seorang Rayyan Harith berlabuh lembut di dahi wanita kesayangannya.

Setelah itu, ianya diganti pula dengan malam pertama mereka. Malam pertama yang betul-betul merasmikan si dia menjadi hak miliknya yang mutlak.

"Jadi, bidadari saya untuk malam ini dan malam-malam yang akan datang, love?" Dia kembali menumpukan perhatian kepada apa yang tergendala sebentar tadi.

Humaira mengambil nafas seketika. Sesak ruangan dadanya dengan apa yang dipinta sang Suami. Kiasan yang penuh makna tersembunyi. "Saya kepunyaan awak sepenuhnya, Hubby," balasnya gemersik. Kali ini dengan tangan kiri yang mulai naik dan melingkari tengkuk suaminya manakala jemari belah kanan mengusap lembut di rahang yang terbentuk di wajah lelaki itu.

Rayyan masih lagi tersenyum dengan pandangan matanya yang kembali kuyu. Pipi kanan wanita itu dikucup sekali lalu. "To having you is my dream and to loving you is my honour. I love you, Aira. I love you so much. Tak akan mati rasa ni selagi awak masih mendengar detak jantung saya setiap kali awak peluk saya."

Pucuk hidung mereka kembali berlaga.

"Bismillahirahmanirrahim..." Doa dibaca perlahan untuk pendengaran dia dan isterinya sebelum... "Assalamualaikum, isteriku."

Ruang ingatannya disajikan pula dengan saat mereka hangat berbulan madu di bumi tempat idaman sang kesayangan, Australia.

"Oh, honey, now..." Kedua belah tangan yang menutupi telinga wanita itu dialihkan dengan sebelah tangan. Satu-persatu. Tangan yang lagi sebelah pula masih merangkul erat tubuh itu di dalam pelukannya. Aisyah Humairanya itu mengalah juga. Kedua belah tangan itu sudah jauh daripada telinga si dia. Tetapi, tidak dibiarkan terus jatuh ke sisi. Malah, kedua belah tangan wanita itu diletakkan melingkari tengkuknya. Dia kembali menyambung nyanyiannya.

"Take me into your loving arms, kiss me under the light of a thousand star." Anak matanya merenung tepat dan sangat dalam di anak mata bening milik sang kesayangan.

"Place your head on my beating heart, I'm thinking out loud." Tubuhnya dibawa semakin menunduk dan wajahnya juga semakin mendekat dengan wajah si dia.

"Maybe we found love right where we are..."

Selesai sahaja lirik itu dinyanyikan buat pendengaran isteri tercinta, dia terus melabuhkan bibirnya di ulas bibir kemerahan milik si Isteri. Sekali lagi. Tetapi, kali ini agak lama mereka saling 'bersentuhan' dan berpelukan di bawah taburan bintang di langit malam itu.

Sehinggalah kemanisan mereka yang terakhir. Ya, yang terakhir, pada malam itu.

"Saya cintakan awak dan segala kekurangan awak, Rayyan Harith. Terima kasih. Terima kasih kerana memilih saya menjadi pendamping hidup awak," ucap Humaira perlahan di celah leher sang Suami.

Tiba-tiba, pelukan di tubuhnya terasa semakin dieratkan oleh lelaki itu. Eh? Bukan dah tidur ke tadi?

"Saya pun cintakan awak, Aisyah Humaira. Always and forever, you will be my beautiful wife."

Sungguh, dia tidak sanggup apabila mengenangkan segala kemanisan yang sudah mereka nikmati bersama. Dia tidak kuat untuk meneruskan hasratnya. Kenapa aku yang diuji sebegini, Tuhan? Kenapa ujian ini sangat sukar untuk aku tempuh? Sakit, ya Allah. Sakit. Tetapi, kenapa Engkau tidak mahu mendengar rintihanku? Kenapa Engkau tetap mengambil pergi orang-orang yang aku sayang? Adakah Engkau terlalu membenciku, Ya Allah? Kebencian yang mendalam sehinggakan Engkau menghadirkan pula sakit ini di dalam diriku?

Memorinya disinggahi pula dengan berita yang baru diterima seminggu yang lalu.

"Setelah ujian dilakukan ke atas tubuh badan awak, kami mendapati bahawa sememangnya awak mengalami kanser. Kanser otak dan ianya sudah mencapai peringkat yang ketiga."

"Hubby..." Teguran daripada suara halus itu membuatkan dia kembali sedar ke alam nyata.

Sepasang matanya kembali dibuka dan wajah penuh bahagia milik si Isteri direnung dalam. Maaf, Aira. Mungkin hari ini, saya terpaksa hilangkan segala gembira dan senyuman pada wajah awak. Tetapi, saya janji. Ianya tak akan lama. Tak akan lama sebab...

Time heals the pain.

Suatu hari nanti, sakit itu akan pudar seiring dengan waktu yang berjalan dan andai kelak, ditakdirkan senyuman awak kembali, walau tanpa saya disisi, saya ikhlas, Cinta. Saya ikhlas melepaskan awak pergi. Demi bahagia seorang Aisyah Humaira.

"Awak..." Humaira memanggil lagi.

"Maafkan saya, cinta," pintanya senada. Sedang cuba menguatkan hati agar tidak kalah dan tidak mengalirkan air mata di hadapan wanita kesayangan.

"Hubby..." Humaira bersuara lembut sebelum dia pula yang mengambil alih dan mengenggam erat jemari kasar milik sang suami. "Saya maafkan awak dan akan sentiasa memaafkan awak," sambungnya.

Rayyan tertunduk sebak. Hanya seketika sebelum dia kembali mengangkat pandangan dan wajahnya dibawa mendekat dengan wajah sang isteri. Ulas bibirnya dibawa berlabuh di dahi seorang Aisyah Humaira. Lama dan hangat ciuman itu terletak.

Humaira hanya membiarkan. Langsung tidak membantah. Hatinya sangat gembira dengan apa yang dilakukan suaminya. Mungkinkah kemanisan si dia sudah kembali? "Saya rindu awak, hubby..." ucapnya perlahan. Gemersik dalam tunduknya dan di saat bibir lelaki itu masih lagi menyentuh dahinya.

Rayyan tersenyum. Sinis senyuman itu. Maaf, Aira. Saya tak sanggup membalas kata rindu daripada awak sedangkan saya tahu selepas ini awak akan parah terluka kerana saya.

Setelah hampir seminit lamanya, dia kembali menjauhkan wajahnya daripada wajah wanita itu. Anak matanya dibawa merenung dalam di anak mata bening milik si dia sebelum... "Mulai malam ini, saya lepaskan awak sepenuhnya daripada hidup saya," tuturnya perlahan. Penuh kelembutan. Walaupun, dia tahu bahawa ayat itu akan menghancurkan perasaan si isteri.

"Hub... hubby, a.. apa mak..maksud awak?" Humaira terkejut mendengarkan bicara itu. Lepaskan? Tak mungkin dia maksudkan... Sang Suami yang melepaskan genggaman tangan mereka lalu bangkit berdiri dari terus melutut di atas lantai hadapannya dipandang. Meminta penjelasan.

"Aisyah Humaira binti Khalid, saya ceraikan awak dengan talak satu."

Humaira pegun. Seakan ada guruh yang berdentum tepat di tepi telinganya. Dunia terasa seakan berhenti berputar. Agak lama dia kaku di situ sebelum air jernih dan hangat mulai terasa bertakung di kolam matanya. Perit. Hati tidak mahu percaya. Tetapi, akal mengiyakan perkara ini. Dia... dia ceraikan aku?

"A... awak..." Terasa bergetar suaranya memanggil lelaki itu. Menahan tangis.

"I'm sorry, Love..." ucap Rayyan perlahan. Anak matanya terus dialihkan ke tempat lain. Sudah tidak sanggup memandang kesedihan dan kepiluan di sepasang mata bening milik si kesayangan. Ya, aku memilih jalan ini. Jalan untuk melepaskan si dia yang aku sayangi. Seorang Aisyah Humaira.

"Hubby... ke.. kenapa?" Terasa sangat berat dan sukar Humaira mahu mencerna baris ayat yang mempunyai makna yang pedih menikam jiwa. Soalan yang mahu diajukan juga terasa seakan tersekat di kerongkong. Serasa tidak mampu dia mahu menghadam lafaz yang sudah jelas disebut oleh Encik Suami tadi. Atau... bekas suami?

"Malam ni, awak tidur sini. Saya tidur tempat lain. Esok, kita bincang untuk failkan penceraian ni," tutur Rayyan senada. Tidak ditunjukkan rasa sakit dan pedih yang bertamu di kamar hati.

"Awak..." Empangan air mata seorang Aisyah Humaira sudah pecah. Dia merengek halus sambil tangan dibawa mengenggam erat lengan baju lelaki itu. Kain baju di tubuh lelaki itu ditarik-tarik perlahan.

Rayyan mengetap rapat bawah bibirnya. Terasa kalah hatinya mendengarkan tangisan dan rengekan itu. Terasa kalah juga hatinya melihatkan mutiara jernih yang gugur satu persatu di wajah ayu milik si dia. Dibiarkan tingkah wanita itu yang menggoncang lengannya agak kuat. Pada masa yang sama, sepasang mata redup miliknya juga dipejam rapat. Saya minta maaf, Love. Saya minta maaf...

"This is my choice. For your good. I'm sorry, Aira." Giginya diketap kuat saat menuturkan baris-baris ayat itu. Dikawal sehabis baik nada suaranya supaya kedengaran biasa.

"Saya tak nak. Kenapa awak buat saya macam ni? Hubby..." Humaira kembali merengek seperti anak kecil. Tidak terjangka dek akal fikirannya bahawa kemanisan yang ditunjukkan lelaki itu adalah yang terakhir. Terakhir sebelum dia dilepaskan daripada ikatan suci yang mengikat mereka berdua.

"Don't call me 'hubby' anymore. We are nothing now." Ya, mereka bukan lagi sesiapa. Pada saat Rayyan Harith melafazkan ungkapan cerai itu, maka, jatuhlah talak ke atas seorang Aisyah Humaira dan mereka bukan lagi sepasang suami isteri.

Tanpa mengendahkan rayuan dan rengekan wanita itu lagi, dia terus meleraikan pegangan tangan bekas isteri di atas lengannya. Juga tanpa bicara yang lebih lagi, dia langsung mengatur langkah untuk pergi dan meninggalkan wanita itu sendiri di bilik tidur mereka. Bilik tidur yang menjadi saksi kemanisan mereka. Bilik tidur yang menjadi saksi kehangatan cinta mereka. Bilik tidur yang menjadi saksi bahawa mereka pernah bahagia bersama.

Maafkan saya, Aira... Saya bertindak kejam dengan melepaskan awak. Tapi, saya akan menjadi semakin kejam jikalau saya terus mengikat diri awak dengan diri saya. Kerana saya sayangkan awak, cinta... saya lepaskan awak demi bahagia awak di kemudian hari.

Manakala, wajah Humaira pula sudah sangat kemerahan kerana esakan yang berlagu. Mengapa awak sanggup melafazkan sebaris ayat itu, Rayyan? Mengapa awak sanggup melakukan perkara yang halal, tetapi sangat dibenci oleh Allah itu? Apa saya ini tiada nilai sebagai isteri awak ke, Rayyan Harith? Sehinggakan sebegitu sekali benci dan marah awak kepada saya...

"Allah..." Kalimah suci itu diungkapkan sayu. Sudah tidak terasa tubuhnya mampu tegak lagi dalam posisi. Dia terus rebah di atas tilam empuk itu. Air matanya mengalir deras dan membasahi selimut tebal di atas katil itu. Lama dia berkeadaan begitu. Menghamburkan rasa sedih dan pedih di hati. Meluahkan rasa sesak dan pilu di dada.

Setelah tidak terdaya menghamburkan tangisan lagi, dia langsung bangkit dan menuju ke arah meja solek. Ada sesuatu yang mahu diambilnya. Sebuah alat untuk ujian kehamilan ditatapnya sayu dengan air mata yang masih lebat. Terketar-ketar bibirnya menahan esakan. Terdapat dua garis halus yang terukir di situ.

"Awak tahu, Rayyan? Saya nak berikan berita gembira kepada awak. Tapi, awak? Awak berikan berita sedih untuk saya. Awak hilangkan perasaan teruja yang saya rasa sejak pagi tadi. Walau dingin macam mana pun layanan saya pada awak atau layanan awak pada saya, tapi, saya tak boleh nak nafikan yang saya gembira. Saya bahagia mengandungkan zuriat awak. Terima kasih, Rayyan Harith. Terima kasih di atas lafaz 'bahagia' yang awak ucapkan." Ya, lafaz 'bahagia'. Lafaz bahagia tanda si dia juga meraikan kehadiran permata cinta mereka.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi ujian ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro