PB | 24

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TERIMA kasih sebab memahami saya," ucap Raisha perlahan. Sayu sahaja suaranya kedengaran di kala itu.

"Bye. Waalaikumussalam," balasnya lagi kepada pemanggil di talian sebelah sana. Seseorang yang jauh beribu batu daripadanya. Jujur, dia rindu kepada pemilik suara itu. Tetapi, buat masa sekarang, sangat mustahil dia mahu pulang ke Malaysia dalam keadaan kesihatan kembarnya masih lagi tidak menentu.

Selesai perbualan itu, telefon bimbitnya dijauhkan dari telinga yang tidak beralas dengan sebarang kain. Telefon bimbit itu diletakkan di meja solek sebelum langkah kaki diatur menuju keluar dari bilik dan ruang tamu yang serba putih menjadi tempat persinggahannya.

Ketika itu, kedengaran bunyi sebuah alat muzik yang dimainkan oleh seseorang. Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang sedang duduk di bangku berhadapan dengan piano. Piano itu juga berwarna serba putih. Kelihatan khusyuk dan leka sahaja lelaki itu dengan mainan pianonya. Lagu yang dimainkan oleh si kembar terasa menyentuh hati. Sangat menyentuh hati wanitanya. Lagu nyanyian daripada kumpulan Ungu begitu menusuk kalbu. Lagikan saat dia melihat wajah kosong dan tidak beriak milik kembarnya. Tetapi, mengapa suara itu kedengaran begitu sayu?

Sungguh, nyanyian itu seakan meluahkan rasa hatinya. Seakan si kembar betul-betul mengetahui dan mengingati masa silamnya. Permainan piano dan nyanyian daripada kembar lelaki dihayati sepenuh jiwa. Langsung tidak didekati dan diganggu lelaki itu. Dibiarkan sahaja si kembar melayan perasaannya sendiri.

"Menatap indahnya senyuman di wajahmu,
Membuatku terdiam dan terpaku.
Mengerti akan hadirnya cinta terindah,
Saat kau peluk mesra tubuhku.

Banyak kata,
Yang tak mampu kuungkapkan,
Kepada dirimu.

Aku ingin engkau selalu,
Hadir dan temani aku,
Di setiap langkah yang meyakiniku.
Kau tercipta untukku,
Sepanjang hidupku.

Meski waktu akan mampu,
Memanggil seluruh ragaku.
Ku ingin kau tahu,
Ku selalu milikmu,
Yang mencintaimu..."

Air matanya jatuh tanpa dapat ditahan lagi. Pada saat ini, jiwa wanitanya sedang kesayuan. Kesayuan kerana keadaan si kembar. Juga kesayuan kerana berita yang baru diterimanya. Entah kenapa, walau lelaki itu sudah tidak mengingati masa silamnya, tetapi tetap juga dia merasa sebak. Seakan dapat dirasai kesakitan dan kepiluan yang bakal ditanggung oleh si kembar, suatu hari nanti. Apabila keadaan dirinya sudah sembuh keseluruhannya. Apabila ingatan dirinya sudah pulih sepenuhnya.

Iyan, I don't know how to tell you this. Seriously, I'm scared to tell you about them.

Esakannya cuba ditahan sedaya upaya. Tetapi, entah bagaimana, lelaki itu boleh menyedari kehadirannya di situ. Seraut wajah yang sedang tertumpu penuh kepadanya ditatap sayu. Air mata yang jatuh bertimpa-timpa di wajah tidak sempat diseka apabila si kembar sudah memanggilnya dekat kepada lelaki itu. Langkah kaki diatur perlahan ke arah kembarnya.

"Kenapa Sha menangis?" Soalan yang sangat prihatin daripada si kembar membuatkan dia semakin sebak. Kemerahan wajahnya menahan esakan yang sedang berlagu pilu.

Sha? Sejak kembar lelakinya sedar daripada koma yang panjang, panggilan si kembar kepadanya sudah berubah penuh. Tiada lagi 'I, You' yang selalu digunakan sebagai kata ganti nama mereka. Hanya panggilan menggunakan nama manja masing-masing yang sering keluar daripada ulas bibir pucat itu.

Tetapi, bibir nipis itu tidak lagi pucat seperti suatu masa dahulu. Tubuh itu juga sudah kembali berisi seperti waktu sihatnya yang dahulu. Tidak lagi cengkung sehingga hampir menampakkan tulang-temulang di tubuhnya. Kepala itu juga sudah kembali ditumbuhi rambut. Walau, masih lagi pendek persis seorang askar.

Sungguh, dia bersyukur dengan keadaan lelaki itu sekarang. Walau kembarnya itu masih lagi belum pulih ingatan, tetapi sekurang-kurangnya fizikalnya sudah menunjukkan pembaikan. Doktor yang melakukan pembedahan dan merawat kembarnya juga ada menyatakan bahawa lelaki itu sangat bertuah. Pembedahan yang dilakukan hanya memberi kesan kepada ingatannya. Bukan kepada kewarasan akal fikirannya. Bayangkan sahaja jikalau kehidupan si kembar tidak lagi normal sekiranya dia hilang kewarasan fikiran? Tidak sanggup rasanya dia mahu melihat kehidupan si kembar pada waktu itu jikalau perkara tidak diingininya itu benar berlaku.

"Sha?" Panggilan daripada lelaki itu kedengaran lagi apabila dia hanya membisu dan leka dalam pemikirannya.

Sepasang matanya kembali tertumpu penuh pada seraut wajah itu. Sangat kosong riak wajah itu. Anak mata itu juga sangat polos. Bibir itu pula tanpa seulas senyuman. Sudah dua bulan si kembar sedar dari koma, tetapi sepanjang tempoh itu, tidak pernah lagi dia melihat senyuman dan gelak tawa yang manis daripada lelaki itu. Yang ada hanyalah senyuman tipis mahupun kelat yang terukir di hujung bibirnya.

Dia rindu...

Rindu kembarnya yang dulu. Kemanisan dan kenakalan si kembar yang paling dirinduinya. Tetapi, dia sedar, dalam keadaan sekarang ini, tidak mungkin dia dapat melihat semua itu.

Air mata yang membasahi wajah kemerahan miliknya dikesat dengan belakang telapak tangan sebelum dia duduk melutut di hadapan si kembar yang sedang duduk di atas bangku dan laju sahaja dia memeluk tubuh lelaki itu tanpa meminta izin.

"Iyan..." Dia mengongoi perlahan memanggil nama kembarnya. Sesak rasa di hati. Perasaan yang ditanggung terasa sangat berat.

"Sha ada masalah?" soal lelaki itu lagi. Masih prihatin. Tetapi, sungguh keprihatinan itu hanya menjerut rasa di hati wanitanya.

Belakang tubuhnya terasa diusap-usap penuh sayang oleh kembar lelakinya. Dia hanya mampu teresak-esak di dalam pelukan lelaki itu. Langsung tidak mampu membalas pertanyaan berkali-kali daripada sang kembar.

She's married, Iyan...

Wanita kesayangan you... sudah dimiliki lelaki lain dan anak perempuan you... sudah menjadi tanggungan lelaki itu.

How can I tell you this? How can I let you hurt again?

Semakin kuat tangisannya kedengaran di sebalik pelukan erat di tubuh si kembar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro