PB | TRÀILER

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Jemput tengok video trailer yang dibuat oleh nraina_am untuk karya saya yang bertajuk Penghulu Bidadariku!

https://www.youtube.com/watch?v=u2HW7H7oPEY

DEMI memastikan kau bahagia,
Aku rela mengorbankan kebahagiaanku.
Demi memastikan kau terjaga,
Aku rela mengorbankan kehidupanku.

Mungkin mereka menganggap aku terlalu lemah.
Namun, mereka tidak tahu bahawa kelemahanku yang sebenar adalah melihat kesedihanmu.

Didiagnosis dengan kesakitan,
Dibimbangkan dengan kehidupan,
Diimbasi dengan kehilangan,
Mereka tidak akan memahami.
Walau berpuluh kali aku cuba meyakinkan.

Bukan tempat aku letak duduk mereka,
Bukan diri aku menjadi diri mereka,
Bahkan, bukan kehidupan aku tercipta untuk kehidupan mereka.

Berkatalah apa sahaja, aku terima.
Asalkan kesayanganku meraih bahagia pada akhirnya.

Dan, seandainya sudah tertulis kisah kami berakhir begini,
Seandainya sudah tertulis jodoh kami tidak bersatu lagi,
Seandainya engkau sudah bukan milikku kini,
Aku rela. Demi bahagiamu.

Teruskan kehidupan.

Berbahagialah, cintaku.
Dia yang terbaik buat engkau, bukannya aku.
Maafkan aku, aku tidak mampu mempertahankan dirimu sebagai bidadari syurgaku.

Selamat tinggal, Penghulu Bidadariku...

-Rayyan Harith bin Affendi-

📌Credit to:
@nrainaa39 (instagram)
nraina_am (wattpad)
Nr Ainaa_am (youtube channel)

Thank you for this amazing trailer. I really love it! 🥰 Feel sampai. Cantik! Paling best banyak adegan air mata (Rayyan Harith terutama). 🤣

Yang lain, support lah dia... 😁 video trailer lain yg dia buat pun cantik ii. Ada menang kategori Idol Designer dalam pertandingan anjuran The Starzys Team! 😆

Anyway, jangan lupa bagi komen pasal video trailer PB ni! Nak tahu ada yang menangis tak. 😂

Thank you in advance! ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro