PENUNGGU GUA

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TAJUK : PENUNGGU GUA
AUTHOR : AISYFIFI
GENRE : HORROR
P/P : 2K.

"PERGH! Lega dapat rehat puas-puas dah cuti sem ni. Fuh!" Azri menghela nafas lega seraya merebahkan tubuh ke atas katil bujangnya.

Matanya cuba dilelapkan. Mahu merehatkan tubuhnya.

Pada waktu yang sama, Ijam, Joey dan Zakri baru pulang ke rumah sewa mereka mula riuh berborak berselang-seli dengan gurauan kasar hingga mengganggu ketenteraman Azri yang baru hendak terlelap.

"Wei, kauorang ni balik je buat bising. Aku nak tidur pun tak senanglah!" bebel Azri dengan riak tidak puas hati.

Mereka tergelak mendengar bebelannya.

"Rileklah kawan." Ijam mendekati Azri yang masih dipembaringan.

"Banyaklah kau rilek!" rengus Azri dan terus menutup wajahnya dengan bantal. Mahu melayan kantuknya semula.

"Azri? Wei, kitaorang cadang tadi... cuti sem ni, apa kata kita pergi holiday adventure?" Joey bersuara setelah melihat Azri mahu kembali membuat tahi mata.

"Holiday ke mana? Aku mana ada duit nak pergi bercuti. Duit yang ada ni aku nak save untuk belajar. Banyak nak pakai duit oi," balas Azri dalam keadaan wajahnya yang tertutup dengan bantal.

"Ish, bab tu kau jangan risau. Kita pergi ke tempat yang tak perlu menggunakan ongkos yang banyak. Tak perlu sewa hotel. Tak perlu cari homestay. Kita cari tempat free untuk bermalam. Dan aku dah tahu tempat mana kita akan pergi," celah Zakri pula dengan kening dijongket-jongketkan.

Kata-kata Zakri telah berjaya menarik perhatian Azri untuk membuka pekungan bantal pada wajahnya itu. Dan dia memandang Zakri dan rakan-rakannya yang lain.

"Kat mana?" tanya Azri ingin tahu.

Zakri tersengih tanpa menjawab persoalan Azri. Bukan sahaja dia, bahkan Ijam dan Joey juga begitu. Sengihan mereka meninggalkan tanda tanya di hati Azri.

***

GUA PELANGI, LENGGONG

TERKEDU Azri di situ setelah tibanya mereka berempat di dalam kawasan hutan yang memang jauh dari tempat tinggal penduduk kampung.

Azri merenung ke sekelilingnya sambil bercekak pinggang.

"Wei, ini ke tempat percutian yang kauorang kecohkan sangat tu? Apa yang syoknya? Hutan? Gua? Apa bendalah! Menyesal aku ikut kauorang. Kalau aku duduk di rumah sewa kita tu, dah boleh membuta sekarang ni tau!" dengus Azri meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"Eh, ini yang dinamakan percutian adventure. Tempat màcam ni baru seronok," kata Zakri sambil tersengih.

"Eh, kau bebel banyak pun tak guna. Dah alang-alang sampai dah kat sini, jom set up khemah. Lepas tu, kita pergi cari kayu api sebelum malam menjelma," cantas Ijam yang sejak tadi mendiamkan diri dengan tangannya ligat menyelongkar beg pakaiannya.

Manakala, Joey pula tengah asyik melayan lagu di dalam handfreenya dalam keadaan duduk menyandar pada batang pokok besar tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang mula bersiap untuk memasang khemah.

Azri yang sememangnya tidak suka dengan tempat sebegitu terlihat pula Joey yang ralit mendengar lagu tanpa membantu rakan-rakan memasang khemah terus menegur.

"Joey! Kau ni, duduk je tercongok dekat situ. Tak reti nak bantu kawan-kawan kau ke?"

Joey memandang Azri yang sudah menyinga di situ terpaksa akur. Tanpa banyak bicara, dia bingkas berlalu membantu mereka memasang khemah. Kemudian, mereka mula mencari kayu api. Dan bermandi-manda di sungai berdekatan sebelum malam menjengah tiba.

***

MALAMNYA, mereka berkumpul di hadapan unggun api untuk menghangatkan tubuh yang mula terasa dingin dek terkena angin malam sambil berbarbeque. Segala makanan yang dibeli dari pekan siang tadi mereka bakar separuh untuk malam itu. Yang separuh lagi disimpan untuk esok siang.

Lama mereka melepak makan di situ dengan menyanyi berborak bagai hingga tidak sedar jam sudah menginjak ke angka 10:00 malam. Azri yang sudah berbelas kali menguap itu mula meminta diri untuk masuk tidur lebih awal dari rakan-rakannya yang lain.

Tidak lama kemudian, mereka yang lain turut masuk tidur kerana masing-masing sudah kepenatan seharian membuat kerja tanpa rehat. Azri tidur satu khemah dengan Joey. Manakala, Ijam pula satu khemah dengan Zakri. Nyenyak mereka tidur malam itu ditemani angin dingin malam.

Dalam angka 1:00 pagi Azri terjaga dari tidurnya apabila terasa perutnya memulas.

"Aduh, masa ni la kau nak buat hal perut oi... ish!" decit Azri dalam keadaan menyeringai menahan sakit perut.

Bahu Joey digoyang-goyangkan. Azri cuba mengejut Joey kerana mahu mengajak lelaki itu menemaninya.

"Wei, Joey! Joey... teman aku, wei. Aku nak terberak ni. Sakit perut memulas ni. Wei, bangunlah!" kejut Azri.

Joey tersedar dan dengan mudah sahaja dia bingkas bangun duduk. Azri lega.

Lalu mereka berdua keluar menuju ke sungai untuk membuang apa yang patut. Joey hanya menunggu di atas tebing tanpa bersuara sepatah.

"Joey, kau okey tak?" Sengaja Azri bersuara kerana terasa seram pula apabila suasana sepi sebegitu.

Hanya kedengaran deruan arus sungai yang mengalir sahaja saat itu.

"Hmm..." Hanya itu respon Joey membuatkan Azri menjuihkan bibir.

Sudah terbiasa dengan Joey yang pemalas dan berat mulut.

Setelah habis membuang, mereka kembali ke khemah. Azri berjalan di hadapan. Dan Joey membuntuti dari belakang. Ketika Azri ingin memboloskan diri ke dalam perut khemah, dia seakan terperasan ada yang sedang memerhatikannya dari lorong hendak ke pintu gua yang terletak tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka.

Azri terasa meremang dan terus masuk ke dalam khemah tanpa menoleh.

Alangkah terkejutnya dia tatkala terlihat Joey sedang nyenyak tidur siap pakej air liur basi meleleh dari hujung bibirnya lagi. Azri menggigil resah.

'Kalau yang tidur ni Joey, habis yang teman aku tu siapa?' desis hati kecilnya sudah mula rasa gerun.

Dengan kekuatan yang dia ada, dia cuba beranikan diri untuk menoleh ke belakang. Mahu melihat siapa yang menemaninya tadi.

Tika itu jelas terpampang ada sesosok makhluk yang sudah merangkak laju seperti keliwon menuju ke arah khemahnya seiring dengan membunyikan suara keras garau seperti suara hantu ju-on membuatkan Azri terperanjat besar. Tindakan drastik yang dilakukannya adalah melompat atas Joey yang sedang nyenyak tidur. Siap pakej memeluk sahabatnya erat lagi hingga terlupa menutup zip pintu khemah.

Joey terkejut apabila terasa ada sesuatu menghempapnya. Kelopak matanya dibuka sebelah. Terloncat bangun dia apabila mendapati Azri sedang memeluknya erat. Tanpa menunggu, tubuh itu ditolak kasar hingga Azri tergolek ke sebelah.

"Woi! Kau ni dah buang tabiat ke apa peluk-peluk aku bagai? Kau ingat aku gay ke? Uish mintak simpang!" marah Joey yang disangkanya Azri sengaja memeluknya kerana nafsu.

Azri yang baru tersedar meliar ke sekelilingnya. Dan merenung ke luar dengan teragak-agak dek kerana ketakutan menguasai diri. Kosong. Makhluk berupa keliwon tadi sudah hilang. Azri menghembus nafas lega dan laju sahaja dia menarik zip hingga tertutup rapat. Dan merangkak laju menempel di sebelah Joey dalam keadaan menggelabah.

Joey pelik.

"Kenapa dengan kau ni? Ha, kau jangan nak peluk-peluk aku lagi. Tidur jauh-jauh sana!" usir Joey. Khuatir jika Azri memeluknya sekali lagi. Geli.

Azri yang masih ketakutan berbaring semula di sebelah Joey tanpa sepatah kata. Joey pula sudah tidur membelakangkan Azri.

Dalam keadaan menggigil, Azri cuba memejamkan matanya dengan ditemani ayat-ayat suci Al-Quran dibacanya hinggalah dia terlena.

***

KEESOKAN paginya dalam jam 10:00 mereka berempat memulakan aktiviti untuk menjelajah gua.

Hanya Azri berwajah pucat tidak bermaya. Namun membuntuti mereka bertiga dari belakang. Takut tinggal sendiri. Dia tidak menceritakan apa yang terjadi semalam kepada rakan-rakan kerana khuatir jika mereka tidak mempercayainya. Tambahan Joey si pendiam dan pemalas itu. Dia lagilah tak ambil kisah hal-hal hantu bagai. Entah-entah jenis hantu pun dia tak kenal.

Ketika mereka tiba di pintu gua, mereka berempat berhenti berehat seketika. Ijam dan Zakri sibuk berswafoto. Dan dipaksa Azri juga Joey bergambar sekali sebagai kenangan. Sebelum masuk ke gua, sempat Ijam membuang air kecil pada dinding gua agak jauh sedikit dari rakan-rakannya. Dengan tidak semena-mena...

Uhuk! Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Ijam dikejutkan dengan bunyi suara orang terbatuk-batuk berhampirannya. Melilau anak matanya ke sekeliling mencari arah suara itu. Dilihatnya rakan-rakan sibuk berborak dan tak ada yang terbatuk-batuk sebegitu rupa. Namun dia malas hendak ambil peduli dan terus kembali menyertai mereka yang lain.

Mereka mula menjelajah gua dengan menggunakan torch light seorang satu. Ketika masuk ke situ, tiba-tiba Azri terasa seram sejuk. Dan seakan terasa hembusan nafas dingin di belakang cuping telinganya membuatkan dia tersentak dan terus menoleh ke belakang. Kosong. Tanpa menunggu dia terus melajukan langkahnya membuntuti rakan-rakan yang sudah berada di hadapan.

Berjalan puas-puas jelajah, tiba di satu kawasan seperti katil batu istana. Zakri ingin membelek kawasan itu. Azri pula membelek satu batu yang berbentuk seperti air terjun.

Manakala Ijam dengan Joey membelek di kawasan berdekatan . Ijam yang berjalan agak jauh sedikit dari mereka, terjumpa sesuatu di sebalik dinding gua dalam kawasan gelap. Kotak besi yang sudah terbuka. Dengan perlahan dia mendekatinya. Membuntang luas matanya. Bibirnya mengoyak senyum hingga ke telinga.

"Ni kalau Zakri tahu confirm suka," bicara Ijam sendiri dan terus memanggil Zakri.

Zakri mendekatinya. Joey yang malas itu hanya duduk di katil batu sambil merehatkan diri. Azri pula menyertainya di situ kerana terasa suhu tubuhnya kurang baik. Mungkin demam akibat terjumpa hantu semalam.

"Wei, harta karun? Mana kau jumpa?" tanya Zakri teruja sambil bertinggung mengadap peti besi lama berukiran emas.

"Aku jumpa kat sinilah. Aku tahu kau mesti suka duit syiling lama zaman Indian William tahun 1880-an ni. Pergh! Kalau jual ni mahu beratus ribu dapat. Kaya kita, Zakri!" ujar Ijam mula membayangkan kehidupan mereka setelah menjual semua syiling lama berbentuk quadrilateral simetri satu peti itu yang ada cap Malaya dan British Borneo Queen.


Zakri tersenyum menyeringai seakan menanam agenda tersendiri.

"Berat ni. Siapa nak angkat?" tanya Zakri.

"Kita angkat berdua. Dan bahagi dua hasil jualan ni, amacam?" saran Ijam masih kekal dengan riak terujanya.

"Okey. Cantik! Jom kita keluar dari sini dan terus gerak balik Ipoh!" ajak Zakri bersetuju dengan saranan Ijam.

Tanpa menunggu, mereka berdua terus mengangkat peti besi yang berat itu keluar dari situ dan mengajak Azri serta Joey keluar dari gua bersama.

Azri dan Joey berpandangan sesama sendiri. Pelik dan tertanya-tanya apa yang Zakri dan Ijam bawa?

Tiba di pintu gua, Zakri meletak peti itu ke atas tanah gua. Ijam pelik.

"Kenapa kau letak?"

Azri dan Joey yang sudah berdiri di luar pintu gua hanya menunggu.

"Azri, Joey? Kauorang turun dulu. Aku nak ajak Ijam teman aku ambil barang aku tertinggal dekat dalam kejap," kata Zakri membuatkan mereka berdua menurut arahan tanpa sebarang bantahan.

"Kau tertinggal apa?" Ijam tertanya-tanya.

"Telefon aku. Tadi aku tertinggal dekat dalam. Jom!" Zakri masuk ke dalam bersama Ijam.

Tiba di satu kawasan kawah gua, Zakri berhenti melangkah dan menjengah di situ. Ijam yang terpinga-pinga turut menjengah ke dalam kawah.

"Apa yang kau tengok? Barang kau tinggal dalam ni ke?"

"Ha'ah. Cuba kau tengok ada tak telefon aku jatuh dalam tu," suruh Zakri.

Ijam menunduk sambil menyuluh di dalam kawah gua itu. Tanpa sedar, Zakri berjalan dan berdiri di belakang Ijam. Dan...

Dush!

Satu tendangan maut dilayangkan pada punggung Ijam hingga membuatkan lelaki itu terjatuh ke dalam kawah. Dan sepi.

Zakri tersenyum sinis.

"Sorry kawan. Aku terpaksa tolak kau sebab aku tak nak share dengan kau. Aku nak kaya seorang. Selamat tinggal Ijam!" Dan lelaki itu terus berlalu ke pintu gua.

Ketika dia tiba di pintu gua tiba-tiba halwa telinganya menangkap bunyi suara dengusan kasar membisikkan sesuatu.

"Pulangkan apa yang bukan milikmu! Kelak binasa diri!" Suara seorang perempuan yang seakan benar-benar marah membuatkan bulu roma Zakri mencacak naik.

Zakri malas hendak menghiraukan bisikan itu terus berlalu keluar dari gua.

Peti besi diangkat dan dibawa turun gua dengan penuh berhati-hati.

Namun ketika kakinya melangkah pada batu gua, dengan tidak semena-mena dia terasa ada tangan menarik kakinya kasar hingga membuatkan dia jatuh ke bawah dan tersangkut pada batu tajam berbentuk seakan pisau.

"Argh!" Darah memercik ke serata tempat.

Zakri yang nyawa-nyawa ikan terlihat seorang gadis berpakaian diraja gunung ala-ala puteri gunung ledang mendekatinya bersama senyuman yang menyeramkan .

"Adakah kau takut? Jangan diambil barangku. Kelak binasa diri! Hahaha..." Nyaring tawanya mengilai dan menghilang.

Bunyi jeritan itu mengejutkan Azri dan Joey.

Mereka berlari semula ke arah gua. Saat itu mata mereka terbuntang dan terkejut apabila mendapati Zakri sudah mati tertusuk batu tajam.

Dan mereka ingin pergi dari situ kerana mahu mencari bantuan, tanpa diduga...

Zas!

Tubuh mereka dililit dengan akar pokok tarzan dan ditarik masuk ke gua. Mereka menggelupur mahu lepaskan diri. Dan tubuh mereka dicampak ke dalam kawah gua. Sekelip mata, sepi. Darah memercik keluar. Seorang gadis tersenyum sinis.
Siapakah?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro