•Bab 11•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

PETANG itu, aku cantik mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna biru laut. Rambut aku pula, aku biarkan saja mengurai. Wajahku pula hanya disolek tipis saja.

Mujurlah sepupu si Qai membenarkan Qai membawaku ke majlis ini. Kalau tidak, makanan yang masuk ke dalam perutku haram dek aku bukan tetamu jemputan majlis persandingan sepupu Qai.

Qai dan aku sedang enak menjamah nasi minyak bersama beberapa lauk pauk dan air sirap. Lama tak merasa nasi kenduri, bila dah dapat memang aku melantak habis-habisanlah.

Aku hampir terjerit apabila ada tangan yang menepuk aku dari belakang. Sahlah bukan Qai sebab Qai duduk di sebelahku. Habis, siapa yang menepuk bahuku secara tiba-tiba? Hantu?

"Hah! Jumpa pun. Panggil semalam, tak menyahut terus cabut ya?"

Suara Seth! Aku terus berpaling ke belakang dan melihat Seth sedang tersengih nakal. Di sebelahnya ada Muq yang menahan ketawa.

"Awak ni, Seth! Terkejut orang ni tahu tak Sudahlah tak beri salam, terus sergah orang macam tu." Aku mengurut dadaku yang dihempas rasa terkejut yang masih belum hilang. Dia ni kalau aku mati mengejut, bila dah jadi hantu, aku datang kacau kau, Seth!

Seth selamba ketawa. Qai pula nampak terkejut campur malu-malu kucing melihat lelaki yang dipujanya turut berada di sini. Ceh, kalau malu tu, tetap malu juga.

"Awak buat apa di sini, Seth?"

"Pengantin lelaki ni member waktu universiti kami. Dia yang jemput kami ke sini."

Ternganga aku. Rupanya sepupu lelaki Qai kawan lama Seth dan Muq. Qai juga seperti aku, menjemput lalat untuk masuk ke dalam mulut. Kecilnya dunia ni.

"Oh patutlah kau orang ada kat masjid semalam."

"Kau orang pula buat apa di sini?" Muq pula bertanya.

"Qai ajak saya ke sini. Member lelaki awak tu, sepupu Qai."

Seth membetukkan mulutnya seperti 'O'. Muq memeluk tubuh sambil memandang aku. Kedua-dua jejaka ini nampak kacak dengan baju batik.

Aku mengerling Qai yang menundukkan wajah sambil menguis nasi di pinggannya. Aku tersenyum, inilah masa untuk aku biarkan Qai berbual dengan Muq. Kali ini, aku tidak mahu menolongnya. Pandai-pandailah kau, Qai. Kalau aku tolong kau setiap masa, bila kau nak belajar kan?

"Saya kena pergi tandas kejap. Perut aku memulaslah. Qai, kau berbuallah dengan Muq ya?"

Anak mata aku menghantar isyarat kepada Seth untuk meninggalkan Qai dan Muq berdua-duaan. Seth tahu yang Qai menaruh hati kepada Muq tanpa perlu beritahu aku. Tapi aku tak ada pula tanya Seth jika Muq pun suka Qai. Tak nak Seth fikir aku menyibuk pula.

"Eh, ada orang telefon akulah, Muq. Aku pergi jawab kejap. Temankanlah Cik Qai." Seth menepuk bahu Muq sebelum dia segera mengangkat kaki dan berpura-pura bercakap dengan seseorang di talian.

Qai menggeleng-geleng memandang aku. Aku mengangguk tenang. Baru saja Qai mahu menarik lengan aku, aku lekas-lekas meninggalkan meja kami.

Setelah aku keluar dari dewan hotel, aku menyandarkan badan ke dinding seraya menghembus helaan nafas lega.

Aku mencatur langkah ke arah tandas yang tidak jauh dari aku. Sewaktu aku berjalan ke tandas, aku disediakan dengan sebuah kejutan.

Kaki aku serta merta membuat lencongan ke dalam tandas di sebelahku tanpa berfikir panjang dan bersembunyi di sebalik dinding yang memisahkan tandas dan koridor.

Gelak tawa seorang lelaki dan perempuan merobekkan jiwa dan raga aku. Mulut aku terasa berat untuk berkata apa-apa. Otak aku terus jadi blank.

Terutama sekali...Hati aku. Hati aku bagaikan disengat-sengat sehingga menjadi bengkak.

Hujung baju kurungku, aku ramas kasar. Sedaya upaya, aku cuba menahan air mataku dari tertumpah. Apa yang aku nampak benar-benar menghancurkan diriku.

Hazrel. Farah.

Aksi manja mereka masih segar dalam mindaku. Apa bendanya sampai peluk bahu dan pinggang? Yang paling ketara, aku sendiri nampak Hazrel mengucup ubun-ubun Farah. Apa yang mereka lakukan di hotel? Hotel kut! Dan aku pasti, mesej yang dihantar Hazrel tempoh hari sebenarnya untuk Farah dan bukan untuk aku.

Wah, bodohnya aku tak nampak semua itu!

Aku tergelak kecil mengenangkan kebodohan aku. Patutlah Farah bukan main baik dekat aku. Siap tawarkan bilik pejabat dalam butik pengantinnya. Adakah dia rasa bersalah sebab rampas kekasih aku? Adakah dia tahu Hazrel sebenarnya teman lelakiku?

Aku kenal Farah lama, dari zaman universiti lagi. Dan apa yang dia buat? Tikam belakang aku. Ya, dia tikam belakang aku.

Mungkin Hazrel tak curang dengan mak tiri aku tapi dia curang dengan kawan aku. Masih sama, dia curang dengan aku. Pandai dia menutup kesalahannya. Dasar jantan. Pergi matilah dengan dia punya sayang-dear.

Derapan kaki kedengaran, seperti ada orang mahu masuk ke dalam tandas. Aku menoleh ke tepi dan sekali lagi, aku terperanjat besar.

Lantai yang licin nyaris-nyaris membuatkan aku tergelincir. Nasiblah aku berjaya menstabilkan badanku semula.

"Encik Nel?!"

"Cik Nayra?"

Aku dan Nel saling berpandangan. Dia keliru, aku juga keliru. Dia merenung aku dari hujung rambut sampailah ke hujung kasut. Kemudian, dahinya berkerut seribu. Sukar untuk aku tafsirkan air mukanya sekarang. Cemas? Gelabah? Risau? Mana satu?

Sebab otak aku kosong sangat, aku tak dapat berfikir apa-apa. Lama-kelamaan, otak aku kembali berfungsi.

Ini tandas perempuan kan? Apa yang Nel buat di sini? Dah kenapa dia masuk tandas perempuan. Dia nak intai perempuan ke? Dan apa yang dia buat di hotel ini? Dia kerja sini juga ke?

Sebelum aku mahu membuka mulut, aku dan Nel tersentak mendengar derapan kaki yang semakin menghampiri. Mata Nel terbelalak sebelum memandang belakang.

Tak semena-mena, pergelangan tangan aku dicapai oleh Nel dan tubuhku ditolak beberapa langkah ke belakang. Tak sempat aku mahu menghadam apa yang berlaku mahupun menolak tubuh Nel menjauhiku.

Tahu-tahu saja aku sudah berada dalam salah sebuah kubikel tandas. Aku ditolak rapat ke dinding dan dada bidang Nel menjadi sapaan mataku. Nel segera mengunci pintu kubikel.

Aku mendongak untuk memandang Nel yang lebih tinggi daripada aku. Silau mata aku sekejap dek cahaya lampu yang terpasang di siling.

Baru saja aku mahu memarahinya, dia meletakkan jari telunjuk di bibirku. Keningku bercantum.

Tercengang-cengang aku dengan keadaan ini. Apa yang dia mahu buat? Cabul aku? Sudah ceroboh tandas perempuan, lepas itu mahu mencabulku? Ya Allah, lindungilah aku!

Aku menjegilkan mata. Berani dia nak buat apa-apa terhadap aku? Ini Nayralah, pemegang tali pinggang hitam!

Dia menggerakkan mulut tanpa suara. Dari pemerhatianku, dia seolah-olah mengatakan ada orang dalam tandas.

Heh, tahu pun takut. Yelah, tak histeria ke mana-mana wanita yang melihat seorang lelaki di dalam tandas perempuan?

Aku cuba menolak dadanya menjauhi aku, tapi makin rapat pula dia menolak aku ke dining. Tak cukup dengan itu, dikuncinya sebelah tangan aku. Kehangatan tangannya mengalir ke dalam tanganku.

"Apa encik nak buat?" bisikku geram.

"Diam." Dia membalas dengan nada berbisik juga.

"Kenapa saya kena diam? Baik encik lepaskan saya sebelum saya jerit kuat-kuat," ugutku.

"Diam, Nayra!"

Belum ada peluang untuk aku menjerit, dia segera menekup mulutku. Aku terkelip-kelip. Bahunya aku tolak sekuat-kuatnya tapi nampaknya Nel lebih kuat! Yelah, dia kan lelaki. Aku ni, hailah macam udang kecil saja kalau mahu dibandingkan dengan Nel.

Kami berdua diam. Hanya desahan nafasnya saja yang kedengaran. Haruman badannya pun sudah cukup menyengat ke dalam hidung aku. Nasiblah baunya tak melebih macam setengah lelaki yang macam tuang satu botol minyak wangi pada badan mereka.

Tiba-tiba, bayangan Hazrel bersama Farah kembali di layar fikiranku. Hati aku, terasa pedih semula. Terasa ada berpuluh-puluh belati menikam jiwaku.

Di luar sedar, air mata aku mula bertakung di tubir mataku.

"Cik Nayra?"

Panggilan daripada Nel, bagaikan tak masuk ke dalam telinga aku. Tubuh aku rasa lemah, sangat lemah. Aku bagaikan berada dalam dunia aku sendiri.

Sebaik saja kedengaran seperti pintu kubikel terkatup, Nel laju membuka pintu kubikel dan menggenggam tangan aku. Tindakannya itu, aku biarkan saja tanpa membangkang.

Ditarik aku keluar dari tandas. Langkahnya begitu pantas sehingga aku terpaksa mengikut rentaknya.

Akhirnya kami sudah berada di koridor. Nel menghembus nafas lega dan melepaskan tangan aku. Diraup rambutnya ke belakang dan sebelah tangan turun ke pinggangnya.

"Apa you buat kat dalam tandas tu, Cik Nayra?" Nel mula soal siasat aku.

Aku tak menjawab soalannya.

"Cik Nayra? You dengar tak?"

Diam lagi.

"Cik Nayra, you..."

Belum habis ayat Nel, aku sudah jatuh terjelepok di atas lantai. Terkejut Nel jadinya, dia cuba menyambut badanku daripada jatuh menyembah bumi tapi tak sempat.

"Cik Nayra! You okey ke tak ni? Sakit ke?" Cemas Nel bertanya dengan mata yang kian membulat.

Tanpa disangka-sangka, aku menghamburkan tangisan di situ juga. Meraung sikitlah. Macam budak kecil, ya aku tahu tapi aku terlalu sedih. Semuanya untuk melepaskan beban di hatiku.

Aku tertunduk-tunduk seraya melepaskan esakan. Sesekali aku sedut hingus aku yang sikit lagi meleleh turun ke bibirku.

Nel mengeluh dan duduk mencangkung di hadapanku. Dia melekapkan telapak tangannya ke pipi dan sikunya ditekan ke peha. Aku dah tak peduli akan malu yang aku perlu pikul. Biarlah! Aku sedih, kau tahu apa?

Dalam aku menangis teresak-esak, aku dapat rasakan matanya setia memandangku tanpa ada niat mahu berbicara. Dia membiarkan aku menangis puas-puas.

"Don't waste your tears for someone as useless as him. He doesn't even deserve you." Akhirnya, Nel berkata perlahan. Bagaikan mahu memujukku. Tapi dia tak pujuk pun aku, tak ada suruh aku berhenti menangis ke, bangun ke. Dia biarkan saja aku tenggelam dalam duniaku sendiri.

Kejap, macam mana dia tahu aku menangis sebab Hazrel curang? Dia stalk aku ke apa?

"I saw them. I tak ingin stalk you." Nel mendecit perlahan.

Wah, benar. Dia boleh baca fikiran aku! Eh, tapi tu letak ke tepi. Aku mahu sambung menangis ni.

"Huwaaaa!"

Aku menangis lebih kuat. Nel sempat membuat eyes roll. Dia gerak sedikit rapat denganku dan membisiki sesuatu di tepi telinga aku.

"Buruk betul you menangis."

Pap!

Aku bagaikan terkena Deja vu. Ya, aku pasti aku pernah dengar ayat yang lebih kurang sama suatu ketika dahulu. Hanya seorang saja yang pernah berkata begitu. Dan aku takkan pernah lupa gerangan yang pernah melemparkan ayat itu.

Selamanya aku akan ingat dia.

Ke Nel ni...

Takkanlah. Nama mereka lain. Muka pun lain. Tak mungkin mereka orang yang sama. Lagipun, lama sudah aku tidak mendengar berita tentang si dia tu.

"Oh, dan... Pasal kes tandas tu." Dia menunjuk ke arah tandas dengan jari telunjuknya yang runcing. Aku hanya mengerling sedikit ke arah tandas.

"I maafkan."

Mata aku yang merah macam dituang sabun, terbeliak luas. Apa dia kata? Maafkan aku? Apa dia melalut? Dengan selambanya pula dia boleh cakap begitu?

"Saya tak buat salah apa-apa." Suaraku kedengaran sungguh serak. Aku rasa kan solekan aku pun comot habis dek kesan air mataku. Lagi-lagi mascara aku. Omaigad! Adakah warna hitam mascara dan eyeliner aku turut mengalir bersama air mataku? Jika ya, mesti aku nampak gila hodoh sekarang ni!

"Cuba you tengok tandas mana you masuk tadi." Nel menguntum senyuman manis.

Takut-takut aku mengecilkan mata ke arah tandas tersebut dan mataku akhirnya memandang papan tanda yang tergantung berwarna biru di dinding sebelah pintu masuk utama tandas.

"Uhuk, uhuk!" Aku terbatuk-batuk sambil menepuk kuat dadaku dan sikit lagi aku mahu menyembam muka aku di atas lantai. Tak percaya dengan apa yang aku lihat.

Kalut punya pasal kerana aku tak mahu Hazrel nampak aku, aku dengan yakinnya masuk tandas lelaki yang aku sangka tandas perempuan.

Patutlah Nel gelabah melihat aku dalam tandas lelaki! Sudahlah aku dengan yakin kata itu tandas perempuan. Dia buat semua itu tadi untuk menyelamatkan aku! Tak ke terkejut kalau lelaki yang masuk dalam tandas tadi melihat aku di situ? Ya Allah, bodoh aku nampaknya makin tak terkawal!

Nayra, your such an embarrassment!

"Dah faham, sweetheart?" Nel masih dengan senyuman manisnya.

Mata aku kembali berair. Aku nak nangis semula. Aku rasa mahu berlari-lari di sepanjang koridor sambil menarik rambutku yang panjang.

Ya Allah, mengapa aku ni memang memalukan? Bila aku boleh berhenti jadi memalukan begini? Lagi-lagi semua kejadian memalukan ini berlaku apabila aku dengan Nel? Tapi Nel tak ada pun, aku selalu juga memalukan diri sendiri. Hurm.

Kakak nak mak! Dani, tolong kakakmu ini!

"Huwaaaaa!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro