•Bab 13•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"SNERTT!"

Senyap sekejap sebelum bunyi itu kembali bergema di dalam bilik hotel kami.

"Kau okey ke ni, Nai? Tak nak jumpa doktor?"

"Sneerttt!"

Qai mengetap bibir sambil mengerling lantai yang dilitupi karpet berwarna Beige. Bilik hotel kami dipenuhi dengan kotak-kotak tisu yang sudah kosong. Tisu-tisu basah yang menyerap air mata dan hingus aku pula bertaburan di atas lantai dan katilku. Tukang kutip dia siapa nanti? Haha, tak lain tak bukan Qai.

"Sudah-sudahlah tu menangis, Nai. Dah masuk lima jam kau menangis ni." Qai yang duduk di sebelah, terus memujuk. Tangannya perlahan-lahan menepuk belakang badan aku seperti seorang ibu yang sedang memujuk anaknya.

"Aku...Huwaa!! Aku memang bodoh! Betullah apa yang Nel cakap, memang aku bodoh. Bodoh!" Aku menjambak rambut aku yang sudah sekusut rambut puntianak sebelum menarik gebar menutup seluruh badan aku yang sedang duduk menonggeng sambil menyebamkan wajahku ke bantal.

"Dahlah, Nai. Sia-sia je kau menangis sebab jantan tu. Kalau aku jumpa dia, aku belasah dia sampai dia cacat! Tunggulah!"

"Aku benci dia, Qai...Sampai hati dia buat aku macam ni..." Aku menggosok mataku yang berair.

"Sebab inilah aku benci dia! Sejak aku nampak dia dengan betina..."

Qai pangas menekup mulutnya, seakan baru saja terlepas cakap sesuatu yang tidak sepatutnya aku tahu.

Aku mengintai wajahnya di sebalik gebar yang menyelimuti badanku. Apa maksud Qai?

"Kau ada sembunyikan apa-apa ke daripada aku, Qai?"

"Urrr...Tak ada apa-apa pun. Aku salah cakap je tadi. Haha..." Qai kelihatan terkulat-kulat mahu memberi jawapan yang meyakinkan lagi firasat aku bahawa ada perkara yang disorokkan Qai daripada pengetahuan aku.

"Baik kau bagitahu aku, Qai! Kalau tak aku cakap kat Muq yang kau suka dia!" Aku lempar gebar jauh dari aku dan duduk bersila menghadap Qai.

Terbelalak mata Qai dan dia menyatukan tapak tangannya lalu digosok-gosok, bagaikan sedang merayu.

"Sahabat, jangan buat saya begini. Tidakkah sahabat kasihani pada saya?"

"Kalau kau tak bagitahu aku, tak apa." Aku capai telefonku yang berada di meja sebelah katil, kononnya nak telefon Muq.

"Jangan! Okey, okey! Aku bagitahu." Qai laju saja mengangkat tangannya sebagai tanda suruh aku berhenti dengan apa yang aku mahu buat.

"Tahu takut..." Aku tersenyum puas.

"Fine. Aku pun pernah nampak Hazrel berdua dengan Farah di cinema. Dulu." Teragak-agak Qai berkata, seolah serba bersalah untuk memberitahu kebenaran.

"Dan kau tak bagitahu aku pun? Bila kau nampak?" Terkejut aku mendengar pengakuan Qai. Rupanya sudah dua orang mengetahui hubungan mereka berdua.

"Kau jangan terkejut pulak." Qai menggenggam erat tanganku, bagaikan mahu menyalurkan kekuatan pada aku kerana dia tahu saat ini, diri aku sedang lemah.

"Cakap, Qai!" lentingku. Aku mahu tahu! Aku tidak akan tenang selagi aku hidup dengan penipuan dan pengkhianatan yang ditabur Hazrel untukku.

"Pertama kali aku nampak mereka, dua tahun yang lepas. Aku ingat mungkin mereka kawan rapat saja, jadi aku biarkanlah. Kadangkala aku bosan duduk rumah dan jalan-jalan dekat mall. Jadi, di situlah beberapa kali aku tersempak dengan mereka. Aku tak naklah terus lompat ke konklusi dan bersangka buruk tapi aku dah tak sedap hati.

Bila aku asyik nampak mereka ni mesra semacam je, aku yakin mereka tu bukan sekadar kawan rapat je. Setahun yang lepas, aku approach mereka lepas habis tengok movie."

Qai seperti keberatan mahu menyambung bicaranya.

"Aku marah dia dan kata aku dah tahu hubungan dia dengan Farah. Aku ugut dia untuk beritahu kau yang dia curang. Awalnya dia pun marah-marah aku tapi lama-lama dia merayu kepada aku untuk tak beritahu kau. Dia tak nak kau terluka, katanyalah. Aku sangka, dia akan tinggalkan Farah dan insaf. Tapi rupanya, dia masih teruskan hubungan dia dengan Farah."

Sesak nafas aku mendengar apa yang disampaikan oleh Qai. Semangat aku kian melemah tapi kata-kata Nel yang ringkas tapi cukup untuk membangkitkan sedikit semangatku, kembali terngiang di corong telingaku.

"Menangis untuk lelaki sebodoh dia, tak berbaloi, Cik Nayra. Sangat tak berbaloi."

"Kenapa...Kenapa kau tak beritahu aku?"

Wajah Qai menjadi serba bersalah. Digenggam lebih erat tanganku.

"Maafkan aku, Nai. Aku tak nak beritahu sebab aku tak nak kau sedih macam ini. Sumpah memang sebab itu je aku sembunyikan hal ni daripada kau. Aku tak nak kau tersakiti, cukuplah kau dah sedih dengan penceraian mak bapak kau. Aku tak nak pula kes Hazrel curang tambahkan kesedihan kau. Aku tak sangka Hazrel masih berani teruskan hubungan tu walaupun lepas aku gertak dia."

Air mata yang hampir mengalir, aku seka menggunakan lengan bajuku. Aku tak salahkan Qai, bukannya salah dia. Aku faham tujuan dia untuk rahsiakan perkara sebesar ini.

"Tak apalah. Dah pilihan Hazrel untuk curang..."

Untuk menghadam segalanya dalam masa sesingkat ini, agak sukar bagiku. Kesakitan di hati, masih bersisa. Mustahil untuk aku singkirkan rasa sakit ini dalam jangka masa yang pendek. Memang makan masalah untuk mengubat hati ini. Kalau sudah terubat pun, parutnya akan tetap berbekas di hati.

"Aku minta maaf sangat-sangat, Nai. Aku harap kau kuat. Lepas ni, kita bawa rombongan gangster pergi belasah jantan tu. Kau nak? Aku ada orang boleh tolong bab tu."

Belakang badannya, aku pukul. Jeritannya mengisi ruangan bilik kami. Merepek lagi dia! Aku dah ada pengalaman kena saman, takkan aku nak tambah pengalaman nak meringkuk dalam lokap pula?

"Omo! Sorry, sorry weh! Sakit ke?" Aku lekas bertanya sambil menggosok belakang badannya.

"Taklah. Tak sakit pun. Sikit pun tak sakit." Qai tersenyum manis tapi aku tak bodoh untuk tak sedar renungan tajam itu.

"Sorrylah, Qai. Aku tak sengaja."

"Ya, ya, ya. Kau semuanya tak sengaja. Boleh kira berapa banyak parut aku kat badan disebabkan tangan mengerikan kau! Aku pesan awal-awal lah, malang betul laki kau! Hari-hari kena belasah dengan bini gangster. Tahu tak?!"

Aku tersengih. Satu lagi, tangan aku ni. Kekuatan yang dimiliki tangan aku ni, lain maceim.

Sekali tu, aku tak sengaja pun tertumbuk muka pembuli Dani sewaktu dia berumur tujuh tahun. Yang terkejutnya, pembuli si Dani tu perlu dikerjakan ke hospital sebab rahang kirinya patah! Nasiblah mak tak kena saman disebabkan perbuatan aku dan ibu bapa si pembuli sudi memaafkan aku. Dibuatnya mereka simpan dendam, naya je aku. Yang kenanya mak, bukan aku atau Dani.

"Eh, pasal Nel tu kan. Kau betul-betul pasti ke? Dah fikir masak-masak?" Qai mengubah topik perbualan.

Aku terdiam.

"Aku pasti."

"Aku bukan apa. Cuma aku takut  tindakan kau tu je yang makan diri."

"Aku percayakan Nel. Lagipun, aku dah terikat dengan dia sebab kejadian kat kafe tu." Keluhan berat terlepas.

"Dia masih tak nak lepaskan kau sebab benda tu?"

Aku mengangguk lemah.

"Kalau orang tu Nel, mungkin aku boleh percaya. Nel macam orang yang baik. Bagusnya dia nak tolong kau," puji Qai. Senyuman aku menyenget, mahu saja aku membidas pujian Qai tu namun aku biarkan saja.

Baik? Perkataan baik tu tak sesuai langsung dengan Nel. Perkataan yang lebih sesuai untuk Nel adalah, selfish. Suka mengambil kesempatan dalam kesusahan. Menyakitkan hati. Kerek. Mengerikan. Licik.

Sinis? Patutlah orang kata lidah kita ni setajam belati. Memang betul pun sebab kata-kata Nel itu menusuk ke dalam kalbu terus!

"Ha...Ya. Baik."

Dan perbualan kami petang tadi, kembali berputar di dalam benak fikiranku.

🐟🐟🐟

Imbas kembali...

"Ubat? Ubat apa?" tanya aku, hairan.

Nel senyum lagi dan membawa tubuhnya ke depan lagi. Tangannya bersatu dan memandang sepasang mataku. Lama.

"Yes. Ubat. Ubat membawa maksud, penyelesaian."

"Maksud encik?"

"Let's make a deal."

Ah sudah. Deal apa pula dia mahu buat? Dahlah aku dah terikat untuk cuci baju dia setiap hujung minggu. Masalah apa yang sedang menanti aku?

"Deal apa?"

"Memandangkan you tahu teman lelaki you curang, I ada rancangan."

"Rancangan apa pulak?" Berkerut-kerut dahiku.

"Rancangan yang akan manfaatkan dua pihak."

"Maksud encik?"

"Let me ask you, apa you akan buat bila tahu teman lelaki you curang?"

Aku berfikir lama. Apa yang aku akan buat sebenarnya? Serang dia macam hari tu? Oh, satu tindakan yang sangatlah tak matang dan terburu-buru. Atau aku patut cekik Farah sampai tinggal nyawa-nyawa ikan saja? Yang tu memang confirm straight bawa aku ke lokap. Hahaha.

"Entah."

"Entah?"

"Hurm. Entah." Aku mengangguk.

"I pasti you takkan buat entah saja. Think." Nel mengangkat kedua belah keningnya yang separa tebal itu.

"Jadi, apa perlu I buat?"

"You know, the best revenge is to actually show them your life is getting better. Agree?"

Terkelip-kelip aku, bingung dengan apa yang mahu dikatakan oleh Nel. Namun dalam aku keliru juga aku angguk juga.

Nel mendengus kasar apabila dia sedar aku masih tidak dapat menangkap maksud tersirat di sebalik kata-katanya.

"My point is, to show that your good without that guy. Apa nama dia? Hazan? Haura? Hanafi? Whateverlah. To show that guy, you've move on and live a happy life. That's the best revenge. Not through violence. You hear me?"

Aku mengohkan. Malu juga dengan ayat terakhir Nel itu. Ada logik juga kata-kata Nel. Apa reaksi Hazrel? Adakah dia akan merayu kepadaku untuk kembali bersama setelah aku tahu kebenaran? Atau dia buat endah tak endah saja?

"Jadi...Apa rancangan bijak encik?"

Nel menarik senyuman licik. Aku pasti, di sebalik senyuman itu ada niat yang tersorok. Sama ada niatnya itu baik mahupun bakal menjahanamkan hidup aku sekali lagi.

"We are gonna fake dating."

"What?!" Aku bangun dan menepuk meja kuat. Beberapa pelanggan yang duduk berdekatan kami, memandang aku. Aku menunduk sedikit atas keterlanjuan sikap aku. Aku duduk semula.

"Yep, you hear me. Loud and clear."

"Encik gila ke apa? Kita kenal pun tak sampai sebulan dan encik cadang kita untuk pura-pura dating? Memang betullah, encik ni memang gila!"

"Bila masa I gila?" soalnya seraya mengangkat sebelah keningnya.

"Orang gila je akan bercakap sorang-sorang dalam kereta." Aku tersenyum sinis.

"You pernah dengar tentang kewujudan earpod?"

Terpempan aku. Apa dia cakap? Earpod? Jadi yang dia cakap sorang-sorang, yang aku sangka dia sedang berkomunikasi dengan hantu, sebenarnya sedang berbual dengan seseorang menggunakan earpod yang dipakai di sebelah telinganya saja?

Lagi sekali, aku telah memalukan diri aku.

"I maafkan. So, sambung perbincangan kita."

Muka aku berubah rona. Aduhai, Nayra. Kau ni, suka je cari pasal. Memang betullah Nel kata kau ni kena ubah sikap tu.

"Jadi, you setuju?"

"Kenapa encik tiba-tiba nak fake dating dengan saya?"

Nel membetulkan jam tangannya yang dililit kemas di pergelangan tangan. Ini satu lagi tindakan yang aku tidak kuat untuk melihat. Nampak bergaya betul!

"I buat untuk kepentingan kita berdua."

Aik? Apa maksud dia?

"You mean?"

"You fikir I akan tolong you tanpa meminta balasan? Itulah tujuan I buat deal ni, untuk memberi manfaat untuk kita berdua. I tolong you, you tolong I. Win-win situation is it?"

Rahang aku terjatuh mencecah lantai. Aku patutnya boleh hidu rancangan licik dia. What do you expect from a guy you just met, Nayra? Dia takkan tolong kau free kan? Kalau hidung dia berdarah disebabkan kau pun dia dah suruh cuci baju dia, apatah lagi dalam situasi ini.

"Kenapa encik nak tolong saya?"

"Sebab I kesian dekat you."

"Buat apa kesian?"

"Sebab you kena dumped."

Uhuk. Sentap aku. Menusuk ke jiwa!

"You tak teringin ke tengok teman lelaki you...Wait, your ex menyesal sebab dah buang you dari hidup dia? Tak nak tengok dia merayu-rayu nakkan you balik? Itu bukan sebuah kepuasan ke untuk you?"

Betul! Betul sangat apa yang Nel cakap. Bohonglah kalau aku kata aku tak nak tengok Hazrel dalam keadaan begitu.

Dalam hati, aku sudah gelak jahat macam ahli sihir. Jap, satu-satunya ahli sihir ialah Aunty Rina. Okey aku tarik balik apa yang aku kata.

"Jadi, as in exchange, saya kena tolong encik apa?"

"Macam ni, there's this one girl yang mak I nak jodohkan. Namanya, Fauziah but she calls herself Fazzy sebab rasa nama tu kampung sangat. So, perempuan ni asyik terhegeh dekat I and won't give up even for a second. So, I kena dapatkan sekurang-kurangnya a girlfriend atau kita pura-pura bertunang. I dah rimas dengan dia sebab mengekor je I ke mana-mana termasuk studio."

Aku mengangguk lambat-lambat. Fauziah eh. Nama kampung kepala bapak dia. Dasar tak bersyukur, mak bapak dah bagi nama elok-elok, ditukarnya jadi Fazzy. Yuk!

"So, saya hanya perlu pura-pura jadi girlfriend encik?"

"Exactly." Nel memetik jari.

"Let me get this straight. Encik menyamar jadi boyfriend saya dan saya menyamar jadi girlfriend encik?"

"Pandai pun. Ingatkan lembap sangat."

Aku menggulingkan mata. Balik-balik, aku jugalah yang kena perli!

"So...Macam mana, Cik Nayra? Your in?"

Aku mempertimbangkan baik buruknya rancangan Nel. Tak dinafikan memang menguntungkan kedua belah pihak. Aku dapat buat Hazrel cemburu dan menyesal sebab dah menduakan aku. Nel pula, dapat lepas dari cengkaman minah Fazzy ni.

"Cik Nayra? You setuju?"

Beberapa minit aku tidak bersuara. Akhirnya, aku membuka mulut.

"Baik. Saya setuju. Apa langkah kita yang pertama?"

Nel senyum puas apabila mendapat persetujuanku.

"Yang tu, kita akan bincang lain kali. So, I akan sediakan kontrak. Nanti kita set date and time untuk berjumpa semula untuk tandangan kontrak."

Haih, perlu ke sampai buat kontrak bagai ni? Macam buang masa je. Kami ni bukannya buat projek besaran ke apa. Takat fake dating aje pun.

"Alright." Aku mengangguk. Entah betul ke tidak keputusan yang aku buat.

"Bagus! I harap kita dapat bekerjasama dengan baik, Cik Nayra." Nel hulurkan tangannya. Ragu-ragu, aku menyambut tangannya. Digenggam tangan aku kuat. Sangat kuat!

Aku pandang penuh ketakutan wajah Nel yang nampak sama mengerikan dengan raksasa bertanduk tiga.

"Saya pun harap begitu, encik."

"Berhenti panggil I encik. Takkan you nak panggil I encik bila kita fake dating. Panggil I Nel. Faham?"

Aku angguk lagi. Banyak songeh betul pak cik kurang matang ni.

"See you when I see you, Nayra."

Nel pamer senyuman kacak. Tapi dalam kacaknya pun, dia seekor musang yang banyak sangat muslihatnya!

Sly fox, that's him!

Yep, fake dating trope! My fav <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro