•Bab 17•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BAYANGAN kereta BMW kepunyaan Nel yang sudah meluncur laju meninggalkan aku di depan pintu pagar rumahku, aku hantar melalui ekor mataku.

Keluhan aku lepaskan. Beg kertas berwarna putih yang mengandungi dress yang dibeli Nel, aku angkat dan belek.

Dah nak tergolek biji mata aku apabila mengetahui harga untuk sehelai dress ini semasa berada di kaunter pembayaran. Tapi Nel selamba saja hulur kad kreditnya dan bayar dress tersebut tanpa banyak cakap.

Kerek-kerek pun dia, aku rasa bersalah juga sebab dia kena belanja aku dress yang harganya mampu mencekik aku sampai kesemputan oksigen.

Belum aku membuka pintu pagar kecil, aku disapa suara garau milik Muq. Wajahku aku paling ke arah tembok yang memisahkan rumah kami dan jumah jiran sebelah. Terpampang wajah Muq yang nampak manis seperti biasa.

"Oh, Muq! Sorry tak nampak tadi. Letih sangat." Aku senyum mesra dan mengurut sedikit bahuku yang lenguh.

Muq senyum manis. Dia nampak macam nak keluar pakai smart macam ini.

Baru aku nak seru nama sahabat aku yang mungkin masih terbongkang di atas katil, biar dia dapat berkomunikasi sikit dengan buah hati dia.

"Tak apa. Saja tegur dah alang-alang awak ada di sini. Baru balik dari mana?"

"Balik shopping." Aku bawa beg kertas itu ke depan, menayangnya kepada Muq.

"Pergi shopping boleh pun boleh penat ke?"

"Hurm...Penatlah. Hati dan kaki sama-sama penat." Tawa aku lepaskan.

"Kaki saya fahamlah kalau penat. Yang hati tu dah kenapa?"

"Hati penat menolak godaan sale."

Muq menyambut kata-kataku dengan tawanya yang merdu. Alahai, bang. Ketawa tu merdu sungguh. Mana tak tergugat iman kawan aku tu?

"Awak beli apa tu?" Muq menjuihkan bibir ke arah beg kertas yang aku jinjit.

"Oh ni? Dress simple je nak pakai pergi reunion."

"Ah, I see. Bila reunion tu? Kat mana?"

Dalam hati, aku tak adalah kutuk Muq tapi hairanlah kenapa dia tanya soalan banyak-banyak ni. Tapi tak apalah, dia tanya soalan je pun. Bukan minta nak kahwin dengan aku pun.

Bukannya aku tak suka kalau bersembang dengan jiran tapi aku jenis yang malas nak bergaul dengan manusia. Tak ramah sangat. Tapi nak buat macam mana, kena jugalah beramah karang kena cop biadap. Dengan Muq dan Seth jelah yang aku rapat.

"Minggu depan, kat Langkawi. Pergi dengan Dani." Malas nak fikir macam-macam, aku jawab juga soalannya.

"Adik awak tu kan?"

"Ha'ah siapa lagi?" Seth dan Muq memang dah kenal dengan adik tak kenang budi aku tu. Beberapa kali Dani singgah rumah sewaku, dia sempat melepak dengan Seth dan Muq. Macam mana boleh kamceng tu, aku tak pastilah sebab adik aku ni memang the total opposite dengan aku.

Muq mengangguk-angguk. Matanya melingas ke belakangku seperti sedang mencari sesuatu atau...Seseorang. Aku turut tertoleh ke belakang.

"Cari Qai ke?" Senyumanku aku cuba sorokkan dari pandangan mata Muq.

"Tak adalah, tak nampak pula kawan awak tu. Dania kat dalam rumah ke?"

"Ada je, dia kerja berkurung je dalam rumah tu. Maklumlah sejenis manusia yang tak suka keluar rumah. Kenapa? Nak jumpa ke?"

"Eh, tak, tak. Tak nak pula kacau Dania." Pantas Muq menggeleng. Dapat aku kesan kemerahan di kedua belah pipinya. Malu ke tu, bang oi? Kalau sudah suka sama suka dah, masuk minanglah cepat-cepat.

"Muq!!" Satu jeritran nyaring yang boleh buatkan gegendang telinga aku pecah kedengaran kuat.

Terangkat tinggi bahu aku dan Muq, terkejut punya pasal. Sampai terlurut kaca mata Muq. Mata kami menghala ke pintu rumah jiran sebelah yang terbuka luas. Mengikut suara tu, aku agak tu suara Seth.

"Lola buat hal lagi, Cik Nai!"

Mendengar saja nama Lola, aku terus terjerit kecil dan menekup pipi sampai pipi aku ternaik. Cemas aku berbalas pandangan dengan Muq yang nampak sedikit kegusaran. Muq menggaru belakang lehernya.

"My baby!" 

Seth muncul di muka pintu rumahnya dengan muka memerah. Sama ada dia marah atau malu. Sahlah dia marah! Kucing aku dah buat hal, takkanlah dia nak malu-malu pula?

Kucing bertuah aku, Lola berada dalam dukungan Seth. Seth kelihatan sedang menahan amarah, pun begitu dia mendukung Lola dengan lembut sekali tanpa menggunakan kekerasan.

"Sorry sangat-sangat, Seth. Sorry sangat! Tak tahu macam mana Lola boleh masuk lagi."

Pantas aku menghampiri tembok dan Seth menyerahkan lola, kucing berbulu lebat berwarna oren terang itu kepadaku. Dapat saja Lola, aku peluk Lola erat sampaikan Lola juga sudah rimas dalam pelukanku.

"Kali ni apa pula, Seth?" Muq mencelah.

"Kali ni, habis dia cakar cadar katil Ez." Seth mengeluh halus dan mencekak pinggang. Sebelah tangan memegang dahi.

Ez? Tak pernah dengar nama itu. Atau mungkin itu jiran yang baru masuk rumah sebelah?

Aku menarik nafas , membuat bunyi terkejut. Aku mencerlung Lola yang buat muka tak berdosa. Dia boleh lagi goyangkan ekornya dan melibasnya ke muka aku.

Oh, inilah makhluk yang telah menjahanamkan macam-macam barang dan perabot milik jiran aku. Siapa yang ajar dia buat jenayah berat begini?! Kucing mana yang berani ajar Lola kesayangan aku buat jenaya?

Sudah masuk kali ke-tiga Lola ceroboh masuk rumah Muq dan Seth. Aku dah suruh Qai jaga elok-elok kucing tu tapi macam mana boleh terlepas pula?

"Naughty you, Lola! No no food for you. Pepandai cari makan sendiri!"

Lola yang buat bodoh terus meliuk-liukkan badannya seakan memujukku. Aku tayang muka tak peduli.

"Tak apalah, nak buat macam mana. Benda dah jadi. I'll talk to Ez," ujar Seth dengan tenang sekali.

"Maaf tau, Seth. Seriously, hari tu pasu awak pecah pun saya rasa bersalah. Saya gantikan yang baru ya?" Dalam diam, kecik besar je aku pandang Lola yang sudah buat pelbagai kemusnahan dalam rumah Seth tu.

"Tak payahlah, Cik Nai. Cadar je pun. Saya rasa Ez takkan marah. Lainlah kalau Lola rosakkan carik-carikkan kertas kerja Ez, yang tu on the spot juga dia mengaun. Tak pun, saya rasa dia akan buat Lola ni lauk malam ni." Seth berseloroh. Amboi, kawan Seth ni. Sampai ke tahap nak buat kucing aku jadi lauk?

Mujurlah Seth bukan panas baran seperti Dani. Setiap kali Lola buat hal, pasti Seth bertindak rasional dengan memaafkan saja Lola dan aku sebagai tuan Lola. Pula tu, Seth masih boleh bergurau senda selepas makanannya dibawa lari oleh Lola beberapa minggu yang lalu.

Bagai mengerti saja ayat terakhir Seth, Lola menyembunyikan wajahnya di sebalik leherku dan digesel-gesel hidung kecilnya ke situ. Tahu takut!

"Cuak juga saya tengok Lola tu, Nai." Muq tertawa kecil.

"Dia memang. Kalau bukan Encik Ez yang buat lauk, saya yang buat dia jadi lauk dulu."

Lola melakukan tindakan yang cukup pantas, dia lantas menolak aku dan melompat turun ke bawah. Terlari-lari Lola masuk ke dalam perkarangan rumah lalu bersembunyi di sebalik sangkarnya.

"Amboi, lari terus!" Seth tidak menahan dirinya dari tergelak melihat kerenah si kucing.

"Hurm...Memang. Bertuah punya kucing! Siapa ajar dia pun tak tahulah."

"Sudahlah tu. Kesian kucing tu. Saya maafkan jelah. " Seth menggeleng-geleng kepala. Muq sekadar gelak-gelak saja.

"Saya masuk dululah. Maaf sekali lagi ya, Seth. Lain kali, saya kurung dia je dalam rumah dengan Qai. Tolong cakap kat kawan awak tu, saya minta maaf sangat-sangat tau. Kalau perlu ganti cadar dia, awak bagi je nombor telefon saya dekat dia."

Selesai saja berbual pendek dengan kedua-dua jiran aku, baru aku masuk ke dalam rumah. Pintu rumah, aku tutup perlahan. Tangan aku, aku daratkan di atas dahi di bawah rambutku yang dipotong pendek di bahagian dahi.

"Apa yang bising-bising dekat luar? Kau ada buat parti ke kat luar sana?" Suara Qai menerobos gegendang telingaku.

Qai nampak selamba berjalan turun tangga dalam baju pijamanya, mata sekuyu mata panda, rambut macam sengaja tiru rambut kuntilanak.

Qai menguap besar, sangat besar sampai bau mulutnya menusuk hidungku.

"Oi, kau menguap biar senonoh sikit boleh tak? Tak gosok gigi lagi ke?"

Tubuhku aku rebahkan di atas sofa panjang. Beg kertas aku jatuhkan di atas lantai beralaskan karpet.

"Macam mana kau tahu?"

"Mana taknya, sampai ke sini bau mulut kau tu. Busuk!" Aku mengetip hidungku dengan hujung jari-jemariku, menghalang bau busuk yang menghuni mulut Qai memasuki hidungku.

"Ya eh? Maaf, sahabat. Baru bangunlah. Tak sempat nak gosok gigi." Qai merenggangkan tangannya, turut menggeliat sedikit. Bahunya ditumbuk-tumbuk perlahan dengan tangan kanannya. Digosok sebelah matanya yang ada sisa tahi mata.

Sebenarnya aku sudah boleh agak kenapa Qai sering tidur lambat kebelakangan ini, sebab sedang pulun mengejar deadline untuk manuskrip terbarunya. Memang patutlah dia bersengkang mata sampai lewat malam demi menyiapkan manuskrip yang telah tertangguh lama.

"Kau ni, aku suruh kau jaga Lola betul-betul! Tak pasal-pasal je dia pergi cakar cadar katil orang. Macam mana Lola boleh terlepas lagi masuk rumah sebelah?" soalku berang.

Sudah aku berpesan berkali-kali kepada Qai untuk menjaga Lola dengan baik, ini apa kes sampai tiga kali selinap masuk rumah sebelah?

Qai yang tengah minum air kosong, tersedak teruk sampai tersembur air yang diminumnya.

"Tak sangka Lola betul-betul masuk." Dapat aku dengar suara Qai, tapi antara dengar tak dengar sajalah.

"Apa kau cakap?" Laju aku mengajukan soalan.

"Semalam aku saja main-main dengan Lola lepas itu, aku berlawak dengan dia. Aku suruh kucing tu pecah masuk rumah sebelah, intip dan berikan maklumat terkini pasal cinta hati aku. Sekali dia bagi pakej cakar cadar katil!"

Qai menekup mulutnya dan ekspresi terkejut jelas terserlah. Kepulan asap tebal bagaikan keluar dari kedua lubang hidungku sambil anak mata memanah wajah Qai.

"Nai...Kau jangan marah aku...Aku tak sangka Lola akan betul-betul ikut cakap aku." Dalam menayang riak muka ketakutan, Qai boleh lagi tersengih-sengih.

"Itu bukan salah Lola, tapi kau! Kau tu yang tak reti jaga si Lola. Kalau tak, kucing tu tak ada terlepas. Sudahlah dia cakar-cakar cadar katil Ez!"

"Ez? Siapa tu? Pakwe baru kau ke? Cepatnya kau cari pengganti." Tiba-tiba Qai jadi lurus bendul.

Tak dapat menahan sebal di hati, aku capai bantal di atas sofa dan dengan satu balingan, bantal itu mengenai tepat dahi Qai. Kepala Qai terdorong ke belakang.

"Auch! Kau baling batu ke bantal?!" pekik Qai, telapak tangannya selamat berada di dahi.

"Hotak lu pakwe aku. Jiran sebelah kita a.k.a kawan lama Seth dengan Muq tu yang baru pindah masuk."

"Dah masuk? Handsome ke tak, Nai? Untung-untung je dapat cuci mata hari-hari." Seperti sudah lupa kesakitan di dahi, Qai mengelipkan matanya berkali-kali. Fikir comel ke? Huh.

"Kau sibuk nak tahu jiran sebelah handsome ke tak kenapa? Muq nak campak mana?"

Sakit hati aku apabila Qai boleh lencongkan topik. Kalau bukan fikir dia kawan aku, dah lama aku ikat dia ketat-ketat kat batang pokok depan rumah kami.

"Dalam hati aku!" Qai memusingkan badannya, persis seorang puteri. Puteri? Tergelak aku sekejap.

"Kau! Pasal Nel tu, apasal kau tak beritahu aku?! Pandai ya kau berahsia dengan aku." Aku buka topik tersebut. Terus memudar senyuman Qai. Tangannya memegang perut secara tiba-tiba. Muka berkerut habis macam terkena buasir.

"Adu, adu! Manyak sakit loh. Apa aku makan semalam eh? Astagfirullah, sakitnya rasa macam nak patah tulang-tulang aku. Aku cau dulu eh?"

"Mana kau nak..."

Aku tak habis bercakap lagi, dia dah berdesup naik atas semula. Macam flash. Spesies adik akulah ni. Sekelip mata saja boleh lesap. Dani turunkan ilmu lesap melesap dia dekat kawan aku ke?

Tapi peliklah. Kenapa Qai nampak macam mahu mengelak? Dia ada sembunyikan apa-apa ke daripada aku?

Satu sikap Qai yang dia tidak pernah tunjukkan. Biasanya dia jarang sorokkan apa-apa daripada aku. Almaklumlah, Qai ni yang jenis jujur. Apa yang dia rasa atau tahu, semua dia sembur.

Aku tak mahah tuduh melulu atau bersangka buruk tapi sesuatu tentang Qai benar-benar membuatkan aku curiga...

Ada apa dengan Nel dan Qai?

Ehem, ehemm. Maaf bosan bahhh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro