Bab 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"KAU betul ke okey, Nai?"

"Tak adalah. Baik sangat. Tak sakit pun, sayang." Aku tersenyun manis walhal dalam hati rasa nak cakar-cakar saja muka Qai. Sudahlah tinggalkan orang macam tu je. Kalau Nel tak ada di situ, merangkak-rangkak aku keluar dari gim tanpa pertolongan sesiapa.

"Ish. Orang tanya betul-betul ni!"

Qai menghulurkan mangkuk berisi airskrim oreo kepadaku sebelum melabuhkan duduk si sebelahku di atas sofa.

"Mana kau tadi? Aku tak nampak pun kau kat gim?"

"Urk...Tiba-tiba editor telefon aku, ajak berjumpa. Katanya urgent. Sorrylah."

"Habis? Tak boleh beritahu aku? Telefon kau tu apa guna dah? Kalau tak pakai, bagi aku. Aku campak masuk laut. Tak pasal-pasal Nel yang kena hantar aku pergi klinik." Aku memasamkan lagi wajahku.

Nasiblah tak teruk mana keadaanku. Hanya perlukan rehat yang secukupnya. Kalau teruk, memang patah riuk aku patahkan tulang mamat tu.

Tadi pun Nel yang tanggung kos ubat-ubat aku di klinik. Sudah banyak kali aku halang dia untuk membayar tapi dia dengan keras kepala dia, masih nak bayar. Sudahnya, aku biarkan jelah Nel yang bayar. Lepas tu, terus dia hantar aku pulang.

"Babe, I'm really sorry. Kau nak aku jejak tak lelaki miang tak sedar diri tu? Aku boleh hantar geng kongsi gelap belasah dia ataupun aku hantar dia pergi Thailand, jual semua organ dia. Kau nak?"

"Merepek lagi!"

Merepek-repek pun aku takut juga kalau Qai betul-betul buat apa yang dia cakapkan. Tak mustahil tau. Kan Qai ni 'bijak' dia lain macam.

"Aku tak merepeklah! Nasib Nel ada. Kalau tak, aku rasa nazak lelaki tu dikerjakan kau. Kau betul ke tak nak buat laporan polis? Kau ingat lagi muka dia? Nama dia? Dia kerja apa?Tinggi berapa?" Bertubi-tubi Qai menembak aku dengan soalan.

"Tak perlulah. Dia dah lari dah. Kali ni aku lepaskan dia. Tapi kalau aku jumpa dia lagi sekali memang aku takkan teragak-agak terajang dia. Biar dia kira berapa batang gigi dia yang keluar."

"Benar! Kalau kau tak buat macam tu pun, aku yang akan kerjakan dia dulu."

"Kau tak jawab kan soalan aku semalam? Kenapa kau tak beritahu aku Nel tu bukannya blind date kau?"

Qai fikir dia sudah terlepas? Haha, jangan mimpi. Selagi dia tak buka mulut, selagi itu jugalah aku akan desak dia.

"Oh yang itu...Ah...Aku sebenarnya lupa nak cakap. Haha, lupa. Aku kan pelupa sikit." Tawa Qai pecah dan dia buat-buat ketuk kepalanya. Jelas sangat tawanya dibuat-buat saja.

"Lupa ke memang tak nak beritahu?" Tanganku naik memeluk tubuh.

"Memang aku lupalah! Janganlah marah lama-lama." Qai memeluk erat lenganku dan menggeselkan pipinya ke lenganku. Ceh, manja.

"Betul kau lupa?"

"Ya! Memang aku lupa." Qai mengangguk-angguk.

"Betul? Tak tipu?"

"Ya, Nayra sayang. Saya tidak menipu."

Aku mengeluh. Dah kalau begitu, malaslah aku mahu terus menyoalnya. Nak desak-desak pun tak ada guna. Bukannya dia mahu buka mulut. Lagipun, bukan masalahku Nel bukan blind date Qai. Bukannya beri impak yang besar bagi Qai atau aku.

"Lusa kau pergi Langkawi ke dengan Dani?"

"Haah. Dia ajak aku pergi reunion sekolah kami."

"Alah, aku nak ikut juga tapi editor bertanduk empat aku tu desak aku siapkan manuskrip aku." Qai mengeluh pasrah. Dia memejam mata dan mendongak kepalanya. Kakinya yang dilunjurkan digoncang-goncang tanda tak puas hati.

"Terima jelah. Nanti aku borong coklat banyak-banyak untuk kau. Apa macam?" Aku tersengih. Mata Qai mulalah bersinar-sinar. Sebut apa-apa makanan, automatik mata bercahaya.

"Banyak cantik, bos!" Qai menunjukkan ibu jarinya sambil tersenyum lebar menampakkan gigi gerahamnya di belakang.

Kemudian kami sama-sama ketawa.

🐟🐟🐟

SEMENTARA menunggu Dani menguruskan bilik hotel kami, aku berehat di ruangan yang penuh dengan sofa-sofa empuk. Sekejap-sekejap, aku membelek majalah hiburan yang disediakan di sebuah meja kecil di depanku.

Telefonku bergetar pendek menandakan ada mesej baru masuk. Evil Sociopath. Heh.

Evil Sociopath

I datang malam nanti sebab I ada hal sekarang. Majlis tu start pukul berapa?

Aku terus menaip.

You

Oh. Pukul 8 malam. Jangan datang lewat tau!

Evil Sociopath

Tengoklah kalau sempat. Flight I pukul 7 malam ni.

You

Asalkan awak jangan lambat. Tau! Malu saya nanti. Jangan sampai Dani tahu rancangan kita.

Nel hanya seen saja mesej aku tanpa mahu membalas. Telefon aku simpan. Dani tahu Nel akan datang malam ini, tapi aku tak cakaplah siapa secara spesifik. Sekadar cakap rakan saja yang mahu turut serta.

Dani tak syak apa-apa dan tidak banyak tanya. Habislah kalau Dani tahu Nel tu hanya teman lelaki palsu aku. Aku perlu pastikan Dani tidak tahu menahu tentang rancanganku dan pandai-pandailah aku cuba alih perhatiannya dari menghidu perkara yang sebenar.

"Nah, kad bilik akak."

Mati lamunanku apabila sekeping kad berwarna emas dilempar ke ribaku. Kepala aku angkat memandang Dani yang sudah menyandang beg galasnya.

"Lusa kan kita balik, kak?"

Aku mengangguk. Alang -alang sudah datang Langkawi, tak salah kan kalau mahu meneroka kota bersejarah ini. Fikirku, aku mahu pusing-pusing Langkawi puas-puas sebelum pulang ke Selangor. Tak lupa juga aku mahu borong banyak-banyak coklat! Tapi aku ada terfikir juga mahu pulang ke kampung. Mahu melepaskan rindu terhadap mak yang sudah lama ditahan. Hurm, nantilah aku berbincang dengan Dani.

"Okeylah. Jumpa dekat lobi malam ni, kak. Aku telefon tu nanti, jangan akak buat pekak pula tak angkat."

"Ya, ya. Tahulah! Banyak cakaplah kau ni, dik."

"Aku banyak cakap sebab risaukan akak. Bukan orang lain. Dah, aku nak naik dah. Daa!"

Dani mengangkat tinggi tangannya sambil berjalan ke lif. Dasar adik lupakan kakak. Ditinggalkan aku macam tu? Memang patut aku sedekah dia dekat buaya. Hidup aku pun senang.

🐟🐟🐟

MALAM sudah menjelma. Majlis reunion tersebut diadakan di dewan hotel yang aku menginap.

Dengan penuh keyakinan, aku menapak ke lif untuk turun ke lobi seperti dijanjikan Dani. Punat untuk ke turun bawah aku tekan.

Sempat aku melihat pantulan aku di dinding marmar yang licin. Tak tipu tapi memang aku nampak gila elegen memakai dress ini. Pandai Nel pilihkan dress untuk aku. Boleh tahan citarasi dia.

Aku memasuki lif sebaik saja pintu lif terbuka luas. Tak ada orang, sempatlah aku nak touch up sikit muka aku. Kut ada sisa cili ke lada ke terselit di celahan gigi aku. Kan dah malu tu?

Aku keluar dari lif dan menuju ke lobi. Dari jauh aku sudah mampu melihat Dani bersandar di meja penyambut tetamu sambil wajahnya menunduk memandang skrin telefonnya. Entah apa dia belek tu.

"Oi!"

Terkejut punya pasal Dani terus angkat muka. Matanya terbutang. Dah kenapa dia ni? Aku pakai macam badut ke?

"Kak! Fiuwit! Asal lawa sangat? Kau nak memikat siapa? Nak buat kejutanlah ni ya untuk dia?"

Terus mati mood aku. Dengar namanya pun aku rasa macam nak muntah segala isi perutku.

"Kenapa? Akak memang sentiasa lawa. Kau je yang tak tahu." Aku flip hair dengan gaya angkuh. Ingat Aunty Rina sorang je boleh main flip-flip hair? Huh!

"Sedarlah diri tu, kak. Pakai mekap, kasut tinggi-tinggi memanglah lawa. Cuba akak tanggal mekap tu? Gerenti muka kalah Mak Lampir! Haha!"

Masam habis muka aku. Ada ke muka aku yang lawa ni dia panggil Mak Lampir? Ini spesies si Nel lah ni. Hari tu kain buruk, esok lusa apa pula?

"Habis? Kau tu hensem sangat ke?"

"Eh, aku memang hensem. Beratur semua perempuan nakkan aku. Akak apa tau?" Dani menaikkan wajahnya menampakkan hidungnya lebih tinggi dengan angkuh sekali.

"Sudah-sudah! Nak pergi ke tak ni?"

Dani tersengih dan mengangguk. Dia membetulkan baju kemeja hitamnya. Kami berjalan bersebelahan ke dewan hotel. Makin lama, makin kuat debaran jantung aku. Betul ke apa yang aku buat? Macam mana kalau aku salah dan Hazrel tak bawa pun Farah? Tapi kalau dia bawa Farah, bonuslah kiranya. Hitting two birds with one stone.

Sampai saja di pintu dewan, aku dan Dani mendaftarkan nama kami selaku bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong.

"Yang akak ni kenapa? Muka pucat macam baru kena sergah jembalang."

"Hah? Tak ada apalah." Pucat sangat ke muka aku ni? Nayra, cool. Kau bukannya nak pergi berperang, kau nak balas dendam dekat ex kau yang tak guna tu je!

Dani memimpin aku masuk ke dalam dewan. Fuh, kau nampak adik aku ni jahat-jahat pun sweet juga tau.

"Meja kita nombor berapa?" Aku bertanya.

Dani mengeluarkan kad nombor meja kami.

"Nombor 7."

Terus melilau-lilau mata aku mencari nombor meja kami. Haha, tipu jelah. Aku cari Hazrel. Tapi kelibatnya tak ada pula. Sesekali rakan-rakan lamaku datang menegur. Tegur macan dah kenal sangat dengan aku padahal aku pun lupa siapa mereka. Aku cakap sikit-sikit je.

"Faroukh!"

Ah, sudah. Adik aku buat jejak kasih dekat sini. Lepas tu lupakan aku. Ya, bagus sangatlah tu. Aku juga yang ditinggalkan sorang-sorang.

Sementara Dani berborak panjang dengan rakannya, aku sambung mencari meja kami. Jumpa saja meja aku, aku hempaskan punggung di atas kerusi. Aku tersenyum dan mengangguk kecil kepada insan-insan yang duduk sekali di meja kami.

"Mana Nel ni?" Aku mengerling jam tanganku. Risau aku kalau dia tak sempat datang. Ya Allah tolonglah jangan lambat!

Telefonku aku keluarkan dan mendail nombor Nel. Malangnya, hanya operator yang jawab. Sikit-sikit suara perempuan tu! Mana kau, Nel?!

Aku toleh ke kiri dan kanan. Tersembul biji mata aku apabila batang tubuh tegap seorang lelaki yang aku kenal sangat memasuki dewan dengan senyuman yang lebar.

Laju aku tundukkan kepala ke bawah meja, mengharapkan Hazrel tak nampak aku. Pedulikanlah orang-orang yang duduk di mejaku.

Eh, kejap. Kenapa aku sorokkan diri padahal tujuan aku untuk bersemuka dengan Hazrel? Aduhai, Nayra! Gelabah punya pasallah ni!

Sambil aku menundukkan kepala ke bawah meja dan rambut dibawa ke depan supaya Hazrel tidak dapat mengecam aku, aku nyalakan skrin telefonku dan menaip mesej untuk Nel agar dia segera sampai ke hotel.

Sekejap-sekejap, aku mengangkat kepala, terintai-intai dari bawah meja. Dia nampak macam seorang diri saja, nampak biasa menyapa rakan-rakannya. Tak ada pula Farah. Betul ke dia bawa Farah?

Nel ni pun satu! Kalau tak reti jawab telefon, biar aku kisar je telefon dia dalam blender. Online pun tak!

"Nayra? Nayra kan?"

Satu suara menegurku. Aku naikkan sedikit wajahku. Orang sebelah rupanya yang menegur. Ingatkan siapa.

"You ingat I lagi tak?" Wanita itu bertanya teruja.

Adu, masa ni jugalah nak ingat mengingat ni. Aku dalam masalah ni! Tapi tetap juga aku maniskan muka supaya tak nampaklah biadap sangat.

"Urrr...Ingat! Lama dah tak jumpa kan?" Aku buat-buat kenal padahal aku pun dah tak ingat siapa wanita ini.

"Ya Allah, Nayra! Lamanya tak jumpa. Lawanya you sekarang, kalah model!"

Aku mengangguk-angguk sambil mengukir senyuman kekok. Alamak, siapa pula dah ni? Maklumlah masa sekolah menengah dulu aku bukannya ramai kenalan pun. Dua tiga orang jelah. Masuk universiti pun sama juga. Haha, aku bukan introvert ke apa, cumanya aku malas nak bergaul dengan orang.

Sambil wanita itu berkata sesuatu, mata aku membesar melihat susuk tubuh yang berdiri cantik di sebelah Hazrel, sedang elok memeluk lengannya.

Nampaknya memang betul tekaan Nel. Hati aku bagaikan ditembak berkali-kali melihat kemesraan dua orang manusia itu. Sedaya upaya aku cuba menahan kesakitan di hati aku.

I hope both of you rot in hell!

Tiba-tiba, Hazrel dan Farah berjalan ke arah mejaku. Masih tak nampak aku. Aku terus gelabah, aku patut cakap kepada mereka? Tampar dua-dua sekali? Sekali pakej dengan tarik rambut? Atau aku patut jerit dan maki mereka berdua menggunakan mikrofon? Biar satu dewan tahu kebenarannya?

Uh! Mana satu?! Aku perlu buat apa? Kalau Nel ada, mesti senang. Lagi-lagi dia dengan mulut pedasnya, mesti dia bagi skrip kaw-kaw punya.

"Nayra, is that you?"

Nel, I need you!

Sendunya lahai🗿✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro