•Bab 27•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"TAMBAH lagi, Piah, Ez. Awat sikit sangat ambik? Tambah lagi!"

"Uih, haruslah aku tambah, Ta oi. Sedap nak mampus hang masak!" Mak Cik Sepiah ketawa sambil menambah nasi ke dalam pinggannya.

Nel yang duduk di sebelah maknya hanya tersenyum dan mengangguk-angguk secara sopan.

Ceh, propa je tu. Depan aku bukan main sindirlah, bulilah...Depan mak? Wah, macam malaikat!

"Hang ni awat, kakak? Duk tenung anak teruna orang tak lepas?"

Aku cepat-cepat menoleh ke arah mak dan Dani yang sedang memandang aku. Aku hanya tersengih sebagai respon.

"Mana ada, mak. Pandai-pandai je mak."

"Aihhh, tak salah tengok anak mak cik. Dia pun single trang trang," usik Mak Cik Sepiah secara halus sambil hujung matanya memandang Nel dengan penuh makna. Nel hanya menggeleng perlahan dan menyuapkan nasi ke dalam mulut.

Pipi aku automatik berbahang! Eh, bukan sebab aku suka mamat ni. Lebih kepada malu diusik begitu.

"Apa mak ni. Kesian Nayra, tengok pipi tu dah merah dah."

Segera aku mengambil sebuah gelas untuk diisi air mango ais yang dibuat oleh mak.

"Astaghfirullah, budak ni lagu mana boleh cuai?"

"Hah?"

Aku yang sedang ralit menuang air mango ke dalam gelas aku, menundukkan pandangan ke atas permukaan meja. Terus terbeliak-beliak mataku.

Mak ai, aku pergi siram air mango ni ke atas pinggan aku. Memang tak jadi nasi campurlah ni, dah jadi nasi campuran air mango! Habis banjir pinggang aku dengan air mango.

"Awat dengan hang ni, kakak? Lain kali tuang ayaq, hati-hati. Bukan tangan buat lain, mata pandang tempat lain."

"La!" Aku cepat-cepat bangkit dari duduk. Macam mana aku cuai sangat? Takkan aku asyik tengok muka cicak ni?

"Pi cepat basuh pinggan tu. Nel, hang pi tolong sat Nayra tu. Lap meja ka apa." Mak Cik Sepiah sudah menepuk lengan Nel.

Nel yang terkejut dengan tepukan itu, terus bangun lalu mencapai sehelai kain buruk dan mula mengelap meja yang dibasahi sedikit air mango.

"Akak, lepas ni akak tak payahlah buat nasi dengan lauk untuk laki akak nanti. Bagi je makan nasi banjir air mango. Confirm sedap sampai menjilat jari!" tutur Dani sebelum dia gelak tanpa rasa malu. Oh, seronoklah dia gelakkan aku depan tetamu?

Nak marah Dani tak boleh sebab Mak Cik Sepiah dan Nel ada. Kalau aku buat juga, mahu kena libas badan aku dengan rotan mak.

Sudahnya, aku mampu menjegilkan mata saja sebagai tanda amaran kepada Dani tapi biasalah, budak-budak zaman sekarang ni mana makan saman. Dijelirnya lidah adalah.

Aku terus melangkah ke sinki, jauh dari meja makan. Aku buang dulu nasi dan lauk yang sudah dibanjiri air mango.

"Kenapa tak makan je? Sedap tu I rasa."

Dengar suara pun dah kenal. Bayang-bayang dia pun aku dah boleh kenal.

"Kau senyaplah. Kau nak rasa ke?"

"Kalau air tangan you, I makan je." Nel sempat menyenyit mata. Air mango yang terserap ke dalam kain itu, keluar apabila diperah oleh Nel.

"Bisinglah kau ni."

"Biar I basuh pinggan tu."

Nel mengambil pinggan itu daripada  tangan aku dengan lembut sekali. Dia membuka paip air dan membilas dengan cermat pinggan itu.

"Suka hati kaulah." Orang nak tolong, buat apa tolak?

"Nak pergi mana tu?"

"Nak pergi balik ke mejalah."

"You duduk sini sampai I habis basuh pinggan you ni."

Berkerut habis dahi aku.

"Satu pinggan je pun. Kau jangan mengada sangat nak suruh aku tunggu."

"Mengada pun, dengan you je."

"Kau ni! Buat aku geli-gelaman lagi dengan kau."

"Why? Butterflies in stomach?"

Dia ni, memang pandai saja kenakan aku. Pusing sana, pusing sini kena balik juga kat aku. Aku malas nak cakap lebih, aku tunggu dia sambil sisi badan disandarkan pada dinding.

"Ok, siap!"

"Finally, a minute feels like a whole one hour."

Baru saja aku mahu membuka langkah, aku pegun. Badan tak boleh bergerak. Kaki rasa dipakukan ke lantai. Peluh mula membasahi tapak tanganku.

"Kenapa you berhenti? Ada apa-apa ke?" Nel yang datang dari belakang aku, bertanya lembut.

"Nayra, you okey ke tak ni?" Nel bergerak sedikit ke hadapan dan kepalanya disengetkan ke sisi sedikit untuk melihat riak wajah aku denga lebih jelas.

"Tu...Tu..."

"Hurm? Tu?" Nel nampak lebih keliru. Aku halakan jari telunjuk ke depan, lebih tepat ke bawah tangga menaiki ruangan meja makan.

Nel turut mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjuk.

"Is that..."

Dan objek tu melompat.

"KATAK, KATAK!!!" Aku meloncat-loncat cemas apabila melihat katak itu sudah bergerak dan melompat ke merata-rata tempat.

Tanpa aku sedari, satu kerusi aku heret dan cepat-cepat aku panjat. Tak cukup dengan itu, aku panjat almari pinggan mak dan bergayut di situ. Kalau boleh, tinggi lagilah!

"Pfft. Katak je pun. Bukannya ular ke apa. I ingatkan apalah tadi." Nel tersenyum lucu dan menutup wajahnya dengan telapak tangan sebelum meraup rambutnya ke belakang.

"Nel! Tak kelakar tau! Tak kelakar langsung!"

"Bagi I kelakar."

"Nel!! Tak kelakar weh! Tolonglah halau katak tu. Pandai-pandailah kau halau katak tu keluar." Aku sudah merayu dengan bersungguh-sungguh.

"Boleh tu boleh. Tapi mana boleh I tolong free-free je. Kenalah ada ganjaran."

"Apa kau punya ganjaran?! Aku suruh kau halau katak tu je?!"

"Ha, minta tolong orang lepas tu ada hati nak marah kita. Dahlah, I nak naik. Nak sambung makan." Nel sudah berura-ura mahu meninggalkan aku.

"Jangan, Nel! Okey, okey. You cakap je ganjaran apa, nanti I fikirkan. Sekarang ni tolonglah halau katak tu. Pretty please?" Aku mengelipkan mata beberapa kali. Sekarang ni, terpaksalah aku berbaik-baik dengannya. Kalau tak, macam mana aku nak naik atas?!

"Hurm...Okey. I tolong you dan nanti I beritahu apa ganjarannya. Okey?"

"Okey, okey!"

"Very well." Nel menggerakkan kepalanya ke kiri dan kanan menghasilkan bunyi letupan ototnya. Kekura tangan ditekan ke tangan sebelahnya, menghasilkan juga bunyi yang kuat.

Nel dengan tenang tanpa ada rasa gentar bagaikan pahlawan, mencapai sebatang penyapu yang tersandar di tepi dinding. Dia perlahan-lahan menghampiri katak itu yang sedang bersembunyi di sebalik tong sampah.

"Meh sini, froggy. Akak biawak takut  dengan froggylah."

Kuaja Nel.

Tiba-tiba katak berkulit gelap itu melompat keluar dari tempat persembunyiannya. Mahu tak meraung aku lagi.

Sudahlah aku bergayut macam ni, memang boleh jatuh. Kalau aku jatuh seorang tak apa, jangan almari mak ni saja yang tumbang dengan aku. Habis 'anak-anak angkat' mak rosak.

Nel mengekori saja ke mana katak itu melompat. Aku yang rasa berdebar.

"Nak lari pi mana tu? Meh!" Nel membuka pintu belakang rumah, dan menolak-nolak katak itu menggunakan penyapu di tangannya.

"Pergi main dengan kawan-kawan yang lain. Bye, froggy! Datang lagi tau!"

"Nel!!"

"Gurau-gurau." Nel tayang sengihan, menampakkan sedikit giginya.

Katak itu akhirnya selamat keluar dari rumah aku. Fuh! Tapi tak boleh lega sangat sebab ada mata-mata baru yang sedang tekun memerhatikan kami.

"Katak pun bising. Bukannya siamang ke apa yang masuk." Dani yang berada di tangga paling atas memerli. Ah sudah.

"Allahu, Nayra. Hang buat kami ni terkejut. Rupanya katak ja. Dok pikiaq penyamun ka apa." Mak dan Mak Cik Sepiah masing-masing sudah menggenggam sebatang kayu yang aku pun tak tahu mereka ambil daripada mana.

"Hai...Mak ni sikit lagi nak panggil jiran-jiran."

"Hehe..."

"Dah, hang tunggu apa lagi?! Turunlah dari almari pinggan mak tu! Kalau pecah, hang mau ganti ka?"

Sedar akan aku sedang bergayut di tepi almari pinggan mak, terkial-kial aku cuba turun semula. Pandai naik, tapi tak reti turun.

Tiba-tiba Nel menolak kerusi itu dekat denganku. Terkebil-kebil aku memandangnya.

"Turunlah cepat. Orang dah memudahkan kerja tu." Nel menjuihkan kerusi yang ditolaknya. Memahami niatnya, kaki aku memijak permukaan kerusi itu dan akhirnya kedua belah kaki mendarat di atas lantai.

"Thanks." Aku ucap. Macam kurang ajar sangat dia dah tolong tapi tak berterima kasih.

"Most welcome, my lady."

Aku membetulkan baju lengan pendek aku. Muka takut tadi aku buang jauh-jauh. Kang kena sindir lagi dengan mak dan Dani.

"Dah-dah! Mai naik atas, sambung makan."

"Hang, Nayra. Hang okey ke idok? Mak cik tengok pucat ja muka tu."

"Pucat?" Tangan aku sudah meraba-raba of wajahku.

"Pucat, nak. Kesian hang. Takpalah, meh makan." Mak Cik Sepiah menepuk bahu aku sedikit. Gila kau tak pucat nampak katak gergasi tadi. Gergasilah sebab saiz dia double lagi besar daripada saiz katak biasa.

Mak Cik Sepiah, Mak dan Dani sudah menghilang. Si Dani tu sebelum blah dah buat muka sehodoh dugong.

"Huh." Aku menghembus nafas kasar. Lap sikit peluh di muka.

"Ganjaran I?"

Lupa mamat ni ada lagi kat sini.

"Hurm, apa ganjaran kau tu?"

"Ganjaran I? Urm..."

Lambat-lambat Nel tersenyum. Senyuman dia membuatkan aku berasa takut campur malu. Aku lantas menyilang tangan ke dada. Terus berubah riak muka Nel.

"Bukan itulah! Kotornya otak you."

"Habis? Kau nak apa sebenarnya, cicak?"

"Nak awak."

Pembaca sekalian, sekiranya anda berfikir saya akan memblush, salah besar hahaha. Mungkin sikit jelah. Sikit je. Tak sampai 1%? Atau mungkin 5%?

"Gotcha! Your blushing, sweetie."

"No, I'm not."

"Yes you are, my dear. And you look so cute that I might bite your cheecks." Nel menguntum senyuman manisnya sambil kedua belah tangan diletak ke belakang badannya. Eh, gedik pulak mamat ni!

"Gigitlah! Aku gigit kau balik!"

"Kat mana tu nak gigit, sayang?"

Aku tergigit lidah sendiri. Sudah. Kenapa aku terlepas cakap macam itu? Gila tak cari pasal! Rasa macam nak cabut mulut sendiri.

"Apa kau nak?"

"Okey, I cakap ya?"

"Cakaplah."

Nel menapak ke depan, aku pula yang ke belakang. Tak sanggup berdekatan dengan Nel. Pandangan mata kami terikat. Lama dia berdiam diri. Jantung aku sudah berdegup kencang, menanti ayat yang bakal ditutur oleh Nel.

"I nak..."

Dia menundukkan sedikit badannya ke arah aku sampai bibirnya berada di sebelah telingaku. Apa dia nak cakap? Be my wife? Marry me? Jadi milik saya?

Apa yang aku melalut sekarang ni?

Nel memaniskan wajahnya, bagaikan dapat meneka apa yang berada di ruang fikiranku.

"Teman I makan cendol esok."

Kalau aku sepak dia ni, aci tak?

.....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro