•Bab 3•

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HAZREL KASYAF!"

Bergema satu kafe dengan suara aku yang ibarat halilintar. Rata-rata sudah tertoleh-toleh ke arah aku termasuklah Qai dan mamat tu.

Kaki aku laju saja mengatur langkah ke meja Hazrel dan... Perempuan tu!

"Sayang...You buat apa kat sini?" Tergagap-gagap Hazrel bertanya. Berubah terus air mukanya saat terlihat aku yang sedang mara ke arahnya.

"Aku buat apa kat sini? Patutnya aku tanya kau! Kau buat apa dengan perempuan ni?!" Aku halakan jari telunjuk aku ke wanita berusia awal 30-an itu. Penampilan wanita itu atas sampai bawah, semuanya berjenama mahal. Mewah! Solekan pula kalau boleh tebal lah lagi dua tiga inci untuk cukupkan rupa opera Cina. Lipstik merah menyala tu kalau boleh, tonyoh lah lagi banyak!

"Nayra! Hormat ibu tiri you!" Hazrel bersuara pula.

Aku hormat perempuan yang dah rampas ayah? Yang menyebabkan ayah sanggup ceraikan mak? Ceit. Lawak apa ni?

"Suka hati akulah nak hormat ke tak? She doesn't even deserve my respect!"

"Amboi, banyak cantik you ni," sampuk wanita itu. Aku tak suka panggil dia mama macam yang disuruh oleh papa. Yang hanya layak dipanggil ibu adalah mak. Jadi aku sekadar panggil dia aunty Rina saja.

"Memanglah saya cantik. Aunty baru perasan ke?"

Belum sempat aunty Rina mahu membidas, Hazrel sudah memintas.

"Sudah, sudah! Nai, kita bincang tempat lain. Tempat ni tak sesuai. Malu orang tengok," pujuk Hazrel. Dia cuba untuk memegang tangan aku tapi laju saja aku menepis.

"Oh, tahu pun malu?! Kau keluar dengan perempuan ni, tak fikir malu? Curang dengan aku? Wah, aku memang diperbodohkan hidup-hidup!" Aku gelak besar sambil menepuk-nepuk tanganku.

"Apa yang you merepek ni, Nai? Siapa curang ni?"

"Tanya lagi apasal?! Bodoh ke kau ni?"

"Tak, masalahnya I memang tak faham apa yang you cakapkan ni. Tiba-tiba you datang serang I. Mana I nak tahu!"

"Buat-buat tak tahu pulak! Kau bercinta cintun dengan mak tiri aku! Dah, aku dah jelaskan kan?" tempikku lebih kuat. Hati aku ni makin sakit melihat wajah selamba badak Aunty Rina. Dah rampas kekasih aku, buat bodoh pula!

"You dah salah faham ni, Nai..."

"Salah faham? Ini kau kata aku salah faham?!"

Tiba-tiba aku dapat rasakan lengan aku disentuh seseorang. Qai sudah berada di sisiku dengan wajah yang risau. Date si Qai pula masih duduk elok di meja mereka sambil menonton drama kami. Tenang saja raut wajahnya, barangkali tak nak masuk campur.

"Sudahlah tu, Nai. Jom balik. Semua orang dah tengok kita lain macam dah. Kau nak kena viral ke?" bisik Qai cemas. Lengan baju aku digenggamnya kemas.

"Eh, biarlah! Aku tak habis lagi dengan jantan ni!"

Tak fikir panjang, aku terus capai sudu yang berada di atas meja dan ingin baling ke muka Hazrel. Kena muka ahli sihir ni pun bagus juga. Biar cacat muka dia!

Kltang!

Bunyi berdenting sudu yang jatuh menyembah lantai kafe membuatkan kami semua tergamam. Mata aku membesar. Begitu juga dengan Qai. Mulut kami berempat ternganga besar. Sudu yang aku harap kena muka Hazrel...

Kena dekat muka date si Qai!

"Awak!" Qai segera mendapatkan lelaki itu. Kepala lelaki itu terdongak sedikit apabila sudu itu mengena tepat hidung mancungnya. Matanya tak berkelip seakan-akan sedang mencerna apa yang baru saja berlaku.

Hazrel meraup wajahnya lama. Mukanya nampak penat. Matanya yang biasanya bulat itu tampak layu sungguh.

Aku mahu memeriksa keadaan mamat tu tapi kaki aku pula berat betul mahu melangkah ke arah meja mereka.

"Klien yang I jumpa is mak tiri youlah, Nai." Tiba-tiba Hazrel berkata lemah.

Aku berdehem.

"Macam mana aku boleh percaya kau? Semua tu tipu helah kau jelah. Kau fikir aku bodoh sangat ke?" Aku sambung jerkah. Tapi dalam nada yang sedikit terkawal. Masih jerkah tapi perlahan sedikit berbanding tadi. Dah buat malu, takkan aku mahu menjerit lagi?

"You tak percaya? Have a look!"

Hazrel serahkan beberapa fail yang terletak elok di atas meja kepada aku. Aku tersenyap sekejap. Entah kenapa aku jadi teragak-agak pula. Dalam keterpaksaan, aku sambut juga fail-fail itu.

Mahu terbeliak biji mata aku membaca isi fail itu. Sungguh! Aku selak-selak kertas di dalam fail itu, tak puas hati. Benar, nama yang tertera adalah nama Aunty Rina dan isinya adalah urusan jual beli rumah lamanya di Putrajaya. Patutlah Aunty Rina guna khidmat Hazrel sebab dia seorang penguam!

Bibirku, aku ketap. Rasa macam nak sorokkan muka kat belakang Qai. Qai pula sudah tutup mukanya dengan tangannya.

Rasa malu aku sudah tidak terkata! Malu kuasa tiga! Sudahlah aku melulu tuduh mereka berdua. Lagi gempak, aku jerit kasi satu alam dengar suara gempita aku. On top of that, aku baru cederakan anak orang! Kenapalah aku tak fikir akibat daripada perbuatan aku? Kenapa aku tak berfikir secara rasional tadi? Main serang aje kan dan mendapat!

"Now your satisfied, honey?" tanya Aunty Rina sambil mengangkat sebelah kening. Kelihatan angkuh gayanya.

"Habis, kenapa jumpa malam-malam?" Ego aku, masih aku mahu jaga. Nak cover gitu.

"Baru pukul 8.30 malam, dear. Mak tiri you yang ajak I jumpa di sini sebab kebetulan memang I makan malam dengan kawan-kawan I dekat sini. Dia memang ada cuba book appointment dengan I tapi tak ada slot pula. Alang-alang I ada di sini, dia ajaklah berjumpa. Kalau you tak percaya, periksalah CCTV. Memang I dinner dengan kawan-kawan I di sini."

Panjang lebar Hazrel menjelaskan perkara sebenar. Dari raut wajahnya, tak nampak macam dia menipu. Kalau dia menipu, sah-sahlah aku dapat hidu.

Tak berani aku mahu bersuara setelah apa yang baru berlaku. Mata aku singgah pada Qai yang sedang memegang bahu lelaki itu. Di tangan lelaki itu, ada beberapa helai tisu dan...

Hidung dia berdarahkah?! Ya Allah apa yang aku buat kat anak orang tu?

"Dear, you nak I hantar balik ke?" Lambat-lambat Hazrel menyoal. Mungkin dia takut aku hamburkan amarah aku lagi.

Aunty Rina buat bodoh je seolah-olah dia tiada di situ. Siap meniup-niup kukunya yang panjang mengalahkan kuku puntianak. Jujur aku cakap, kuku puntianak sepuluh kali ganda lagi lawa daripada kuku ahli sihir ni.

"Urr...Tak apalah. You sambunglah bincang dengan Aunty Rina. I boleh balik sendiri." Kekok pula rasanya. Sudahlah dah buat salah plus malukan diri sendiri. Urk...

"Eh, tak apalah. Sikit lagi ni nak habis. You naik dengan siapa datang sini?"

"Dengan Qai."

"Macam tu I hantarlah you alang-alang you ada dekat sini. Kejap, biar I habiskan perbincangan I dengan Aunty Rina. You tunggu sekejap je. Boleh?" Hazrel tersenyum manis.

Hailah, kenapalah aku syak lebih-lebih? Jika difikirkan semula, memang tiada langsung aksi mesra-mesra yang berlaku antara Aunty Rina dan Hazrel. Pegang tangan jauh sekali. Kedua-duanya nampak serius saja.

Aku mengangguk kecil dan meminta diri. Aku perlu pastikan mamat tu okey! Kang kalau kena masuk hospital, aku nak jawab apa dengan mak bapak dia? Kata yang aku dah terbaling sudu kat anak dia sampai hidung berdarah? Mahu kena tampar aku.

Kaki aku menghala ke meja Qai. Mujurlah Qai masih di situ. Tapi aku tak nampak pun mamat tu. Pergi tandas ke?

"Qai..."

Qai pantas memberi jelingan tajam. Gulp! Tak tertelan air liur aku jadinya. Mestilah dia marah tentang kejadian tu. Kau punya pasallah, Nayra! Ikut kepala kau je. Sudahnya, akal waras kau tu, kau letak ke tepi. Apa nak jadilah dengan kau ni, Nayra?

"Dia dah balik." Dingin suara Qai memberi jawapan. Nampak sangat masih marah dengan aku.

"Alah, maaflah, Qai. Aku betul-betul marah tadi." Lengannya, aku rangkul erat.

"Kut ya pun marah, boleh tak kau fikir sikit? Malu sikitlah, Nai! Kau tu perempuan, buat cara perempuan. Ini tidak, tak fikir apa-apa terus diserang si Hazrel dengan mak tiri kau tu. Boleh tak fikir orang sekeliling kau? Padahnya? Nel juga yang kena!"

Nak tak nak, aku kena hadap jugalah bebelan Qai. Muka aku makin merah apabila menyedari mata-mata manusia di sini ralit memandang ke arah kami. Memang sahlah sebab kejadian memalukan tadi.

"Siapa Nel? Lelaki tu ke?" Kening aku spontan ternaik. Aku tak ambil tahu pula nama date si Qai ni.

"Habis? Takkanlah nama bapak kau?" perli Qai.

"Yelah, yelah. Apa-apa je. Nel...Okey ke?" Ragu-ragu aku mengajukan soalan. Takut juga kalau giliran Qai pula yang mengamuk besar.

"Nasib tak mati anak orang tu. Hidung dia berdarah banyak. Dia minta diri awal sikit sebab nak ke klinik."

Melopong aku. Kuat sangat ke aku baling tadi? Sahlah kuat, kalau tak kuat, tak berdarah hidung dia.

"Aduh... Kau ada nombor telefon dia ke?" Jangan salah faham ya. Aku minta nombor telefon dia sebab aku nak minta maaf atas apa yang terjadi. Rasa bersalah aku bergunung kalau aku tak minta maaf.

"Hurm...Nak minta maaflah tu."

"Hehe. Bolehlah, Qai. Balik nanti aku janji aku masak sedap-sedap untuk kau. Nak?" Nak raih kemaafan Qai ni bukan senang okey. Kena guna taktik makan je baru jalan.

"Betul?" soal Qai untuk kepastian. Aku angguk laju. Qai melorek senyuman senget.

"Okey. Aku maafkan. Pasal Haz tu..." Belum sempat Qai mahu sambung cakap, aku sudah potong.

"Salah faham je. Haih...Aku juga yang dapat malu. Nanti Haz hantar aku balik, kau baliklah dulu ya?" Keluhan demi keluhan terzahir dari dua ulas bibirku.

Qai menggumam. Ada sesuatu di muka Qai...Dia tetap tak puas hati lagi ke? Biarpun dia sudah memaafkan aku, aku tahu sangat jauh di sudut hatinya, dia masih menanggung malu. Kalau dia rasa malu, aku lagilah! Bodoh, kau Nayra! Bodoh!

"Nanti aku bagi nombor telefon Nel. Sekarang ni, aku nak kau minta maaf dekat pihak kafe ni sebab dah timbulkan kekecohan."

Rasa nak terjelepok saja sekarang. Dah buat, pandai-pandailah minta maaf!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro