PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kereta Axia milik Hasya mula mencari parking di basement tingkat ketiga Suria Mega Mall itu. Sudah menjadi rutinnya untuk dia datang awal. Seawal 7:30 pagi dia sudah memasuki kawasan mall dan menuju ke tempat kerjanya. Memandangkan jarak antara Mall itu tidak jauh dengan taman perumahan miliknya menyebabkan dia senang untuk turun bekerja lebih awal.

Sudah sebulan dia bekerja di Ctea Cafe. Dia sanga suka dengan kawasan kerja dan tugasnya. Semuanya menenangkan dirinya. Ini merupakan pengalaman pertamanya untuk bekerja selepas SPM dan dia jatuh cinta kepada kerjanya. Baginya membuat air-air dengan cinta dan kasih seolah-olah membantunya memberikan bahagianya kepada orang lain. Dia bersyukur kerana salah satu doa yang telah dipohonnya termakbul oleh Allah SWT. Menginginkan kerja yang halal dan sesuai untuk dirinya.

"Alhamdulillah." ucap Hasya dan meneruskan langkahnya untuk ke Cafe.









Aroma Red Tea menusuk ke dalam rongga-rongga hidung membuatkan badan terbuai dengan bauannya. Hampas daripada dedaun teh itu dibuang ke dalam tong sampah. Air teh pekat dibawa masuk ke dalam tempat tahan panas untuk dijual. Jam di tangan ditilik sekilas.

"Baru jam 8 pagi lah... Lama lagi nak thumb print ni. Baik aku buka pagar." getus hati Hasya. Sebelum melangkah, sempat tangannya menekan butang mesin memasak air panas sebanyak 2000ml.

Langkah dibawa ke kaunter untuk mendapatkan kunci-kunci pagar. Setelah semua pagar dibuka dia menyambung lagi tugasnya untuk menyediakan pearl. Sebungkus pearl daripada Taiwan ditimbang kepada 700gram. Air panas yang sudah disambut di bawa ke periuk bersama-sama pearl. Aroma black sugar syrup mengganti udara pada bahagian tearista. Semerbak aromanya. Manis.

Sedang ralit membuat menggaul pearl, tiba-tiba lagu Jaz daripada speaker kedai bertukar kepada bunyi alarm yang mengejutkannya.

"Ehh.. dah 8.20 pagilah. Thumb print," dalam kekalutan mesin thumb print di bahagian kitchen dituju. Namun dalam jarak kurang daripada 100 meter, tiba-tiba ada satu figura lelaki yang keluar daripada stor kitchen menghalang langkahnya. Figura lelaki itu yang serba lengkap berpakaian serba hitam menghadap mesin thumb print.

"Thank you. Have A Nice Day." Mesin thumb print itu berbunyi tanda baru sahaja selesai digunakan. Wajah cemberut mula ditayangkan. Namun dirinya malas nak bergaduh dengan gangster kawasan. Malas sungguh dirinya hendak mencari pasal, lagi-lagi dengan pekerja lelaki di hadapannya.

"Dah, tak payah nak bad mood pagi-pagi ni. Aku dulu baru kau lah.Dah tepi, aku nak open kitchen." Sempat tangannya dibawa ke kepala Hasya lalu diketuknya perlahan sebelum membawa langkah kembali ke stor untuk memakai apron dan tag nama. Dalam diam Hasya hanya memerhati dirinya.

"Thank you. Have a nice day."

"Thanks mesin." Namanya ditulis pada kertas 'Attandance Report'. Satu keluhan dilepaskan. Nama lelaki tadi ditulis bersama-sama dengan namanya.

'Haidar'

"Haidar kau shift apa hari ni?"

"Full. Sama macam kau. Malam ni kita dua closing. "

"Ouh... ok. " Setelah selesai, langkah di bawa keluar daripada kitchen ke bahagian hadapan iaitu bahagian tearista. Memandangkan dirinya sampai awal kerja-kerjanya telahpun selesai. Hanya tinggal pearl yang masih belum masak.

Tiba-tiba tekaknya teringin hendak meminum orange red tea. Tangannya lincah mengambil red tea dan orange syrup lalu di masukan ke dalam shaker bersama ais. Setelah selesai air itu di sedut dengan nikmat.

"Sedapnya. " Hasya menikmati airnya di bahagian tearista. Tiba-tiba satu tangan muncul daripada tepi dan di bawa ke atas kepalanya untuk mengambil milky tea di dalam bekas air yang berada di kepalanya. Kedudukan Haidar yang berada di belakang untuk mengambil air menyebabkan jarak antara Haidar dan Hasya ketika itu sangat rapat. Tubuhnya terkaku.

"Awak, boleh tepi sikit tak? Saya nak lalu."

"Kau diam je kat situ. Sekejap je aku nak buat air ni. Tekak aku haus."

Dalam keadaan sebelah kanannya adalah meja kaunter, sebelah kirinya pulak adalah sinki, sememangnya membuatkan Hasya tersepit dalam keadaan tersebut. Badannya tidak ditolehkan menghadap Haidar, kekal statik menghadap topping-topping yang ada sambil menyedut airnya perlahan. Namun, dia merasakan Haidar sedang melihat dirinya. Hasya hanya mampu mengecilkan diri.

"Dah pusing. " dengan kalut Hasya berpusing, dan-danlah ternyata Haidar masih berdiri di belakangnya. Saat dia berpusing, jarak yang tercipta terasa sangat sempit. Membuatkan dirinya berasa sesak. Dengan ketinggian Haidar, dia menundukkan kepalanya menyamai ketinggian ku dan tangannya berpaut pada meja tearista di belakangku kini.

"Ke tepi Haidar. Saya tak selesa."

"Siapa nak dekat dengan kau, aku cuma..." kepalanya semakin menunduk mencari muka Hasya.

"Nak ambil straw ni jelah. Dah-dah tepi, aku nak keluar." Hasya merapatkan dirinya ke bahagian kaunter dan Haidar ke luar. Sebelum membuka pintu sempat dia memusingkan tanda 'CLOSED' pada pintu kepada 'OPEN'.
Sekali lagi jam di kaunter dilirik. Dah jam 9:10 pagi.

Nafasnya diatur kembali. Dia menuju ke arah cermin yang berada berdekatan dengan pintu antara bahagian tearista dan kitchen. Tanda nama yang berada di dalam poket apronnya dipakai dan tudungnya dibetulkan.

"Lenguh gila badan. Ramai pula orang hari ni. Dah 2 petang, nak zohor teruslah kak. Saya keluar rest dululah akak. "

"Pergilah Hasya, awak tu dari pagi dah. Rileklah, akak masuk baru je jam 12.00 tadi, jangan risau. Faris kat belakang tu ada cover awak. Pergilah."

"Terima kasih akak."

Kaki di bawa menuju ke bahagian Thumb print, Faris di kitchen sedang sibuk menggoreng tempura chicken nugget untuk customer.

"Rest ke, Nina?" Semua orang memang dah terbiasa memanggil dirinya dengan hujung namanya. Hasya Amanina. Nina

"Ya... "

"Hati-hati tau Nina. Takut hilang nanti, hati saya tak berpenghuni." Hasya hanya tersenyum kecil. Tahu akan niat Faris hanya untuk mengusik dirinya.

"Haa...Dah start dah dia ni. Dah jangan kacau Nina tu."

"Kak Siti ni kacau daunlah." Hasya hanya ketawa melihat dua rakan sekerjanya sambil menanggalkan apron dan mengambil begnya di stor. Dari dalam stor dia dapat melihat Kak siti dan Faris sedang berborak bersama. Sungguh dia bersyukur ada Co-Worker yang dapat di bawa bergurau. Teammate yang serasi membuatkan pengalaman bekerja buat pertama kalinya terasa sangat seronok. Cuma...

Pintu stor tiba-tiba dibuka oleh seseorang daripada luar. Haidar yang baru sahaja habis rest masuk ke stor dan mengeluh. Matanya tertancap pada Haidar.

"Nak rest dah ke?"

"Ha'ah.. nak pergi dah ni."

"Hei tunggu, sini kejap... Ambikkan topi aku dekat beg kau tu," melihat topi yang berada dekat dengannya, Hasya seraya berkata.

"Amiklah sendiri, saya nak keluar."

"Kau ni tak boleh tolong aku sekejap ke? Tu pun nak berkira ke? Kau ni---" kata-katanya terpotong apabila tangan Hasya pantas menghulurkan topi.

"Nah ambik." Haidar menjongket keningnya. Haidar hanya memandang sinis lalu kepala ditundukkan.

'Apalah dia ni suka sangat tunduk-tunduk. Pikir aku ni anak raja ke kena tunduk hormat bagai' marah Hasya di dalam hati.

"Pakaikan."

Satu arahan itu mematikan dirinya.

"Allahuakbar ! Haidar awak buat sendirilah dah saya nak pergi," Baru sahaja dia hendak berpaling lengannya digenggam kemas. Serta merta pipinya bertukar menjadi merah akibat marah. Lengannya direntap daripada genggaman kemas Haidar. Topi diletakkan di rak yang berdekatan

"Jangan sentuh perempuan sesuka hati awak je. Bukan semua perempuan sama." Dengan marah dia meninggalkan kedai itu.

Semua staff yang ada di CTea Cafe itu membuatkan Hasya senang. Namun berbeza dengan Haidar yang sangatlah dingin kepadanya sejak hari pertamanya bekerja lagi. Sikap Haidar itu bukanlah masalah besar bagi Hasya kerana dia boleh buat tak tahu sahaja dengan sikap Haidar , namun Haidar selalu merapatkan dirinya dengan Hasya. 'Merapatkan' yang dimaksudkan adalah rapat secara fizikal, bukan dengan kata-kata dan perbuatan yang menyenangkan. Perbuatan Haidar menyebabkan hati Hasya berasa tidak senang dengan kehadiran Haidar di sisinya. Sungguh perangai Haidar membuatkan dirinya muak dengan sikap Haidar yang kadang-kadang baginya hanyalah untuk mengambil kesempatan sahaja. Bukan dia tak tahu perangai Haidar sememangnya 'buaya'. Kak Siti dan Kak Dahlia sudah memberikannya peringatan ketika awal-awal lagi masuk bekerja.

Tapi, penampilan dirinya bukanlah 'type' Haidar. Haidar lebih suka perempuan yang seksi dan mampu memikat dirinya. Beberapa kali dia melihat Haidar memandang beberapa customer perempuan berbangsa cina yang masuk ke dalam kedai pada awal dirinya bertugas. Kadang-kadang ada juga Haidar mengusik wanita-wanita itu dengan kata-kata dan senyuman manisnya. Pelik, kenapa perempuan macam dirinya cuba didekati Haidar. Dan-danlah Haidar juga sudah berpunya.

Entahlah, terkadang kita tidak dapat mengagak apa yang bermain di dalam minda seseorang.

"Astaghfirullah al azim..." sedar Hasya dirinya telah mengelamun jauh, cepat-cepat dia kembali ke dunia realiti. Surau yang berada di dalam Suria Mega Mall itu dituju. Dengan pantas dia mengambil wudhu untuk solat Zohor.
Walaupun sibuk, Hasya masih mencari waktu untk bertemu dengan snag pencipta Nya. Baginya kerjanya sekaang adalah anugerah kepada dirinya maka haruslah dia sentiasa bersyukur dengan nikmat daripada Allah SWT.

















"Ehh.. Haidar, aku nak tanya kau ni... Kenapa kau suka sangat kacau Nina tu? Dahlah tu, dia bukan macam perempuan yang kau selalu jumpalah. Perbuatan kau membuatkan dia tak selesa. Kau fahamkan? " Faris memecahkan keheningan kitchen yang lenggang kerana tiada order itu.

"Kau dah kenapa? Kau dah jatuh cinta betul-betul kat ustazah tu ke?"

"Ehh.. kau ni, habistu Laila aku nak campak mana. Aku tegur je. Kau bukan main lagi, selalu usik dia dan rapatkan diri kau dengan dia. Kau jangan cari pasal kalau Mira tau naya kau bro!"

"Diamlah. Aku tahulah kau rilek je. Aku kacau-kacau je dia. Dia tu 'bersih' sangat lurus bendul. Bukannya aku tertarik dekat dia."

"Eleh... Jaga, kata-kata pandai makan tuan."

"Haah... kau nak juga makan penumbuk aku ke Ris?" Haidar menjeling geram. Faris hanya mencebik dan membawa langkahnya ke bahagian tearista.

"Kak Siti nak Pearl Milky Tea satu!" laung Faris.

Haidar yang berada di kitchen hanya melihat Faris dengan tatapan kosong. Bunyi Stor terbuka menyentakkan dirinya daripada lamunannya sendiri. Kepala dipalingkan ke arah stor yang sedang terbuka. Daripada tatapan Haidar, Hasya sedang memakai dengan perlahan apronnya dan membetulkan tanda nama miliknya. Hasya Amanina.

Daripada situ dapat dilihat gadis yang berusia 18 tahun itu sangat sopan dengan tudungnya yang digayakan simple menutupi dadanya. Secalit make-up tidak dapat dilihat pada wajah bersihnya yang putih dan berisi. Pipi sang gadis kelihatan merah akibat baru balik daripada berjalan keluar. Yang menarik Haidar adalah matanya. Mata yang bundar dan galak si gadis di balik bingkai kaca mata itu selalu menarik perhatiannya. Namun mata itu sangat sukar untuk ditatapnya.

"Order, CS1 dua set!" laung Faris dari kawasan tearista. Haidar pantas bergerak menyiapkan order. Namun hujung matanya sempat menangkap kelibat Hasya yang keluar daripada stor. Haidar hanya melihat rakan-rakannya yang mesra ditegur oleh Hasya. Namun dirinya tidak pernah menerima teguran itu. Haidar dengan perlahan hanya mampu melepaskan keluhan.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro