4 | Faezal Qadry's POV

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Boi, tidur pukul berapa semalam? Kenapa mata nampak sebam sangat tu?" Tanya ummi risau.

"Boi tidur awal je semalam, tapi tak tahulah eyebag ni sebab penat sikit kot. Hehe..."

"Ummi tahu Aboi memang semangat sangat nak siapkan projek Aboi tu, tapi jangan sampai tak cukup tidur, tak rehat semua tau. Kesihatan Aboi tu kena jaga."

"Ya ummi, Boi tak lupa, jangan risau."

"Ni Aboi dah makan belum?"

"Dah."

"Krkkkk~" Perut aku tiba-tiba berbunyi dengan agak kuat, mengganggu kelancaran penipuan aku sejak tadi. Ummi dah hampir percaya kot. Cis!

"Aboi, Aboi tipu ummi ya?" Ummi mula sangsi.

"Eh, mana ada, betullah ummi. Okeylah ummi, Aboi dah nak kena bersiap pergi kelas ni. Bye ummi. Lain kali kita video call lagi ya."

"Okeylah, bye. Aboi jangan lupa makan tau. Rehat pun kena cukup. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumsalam."

Fuh, hampir nak kantoi. Nasib baik aku sempat cari alasan nak matikan talian.

"Krkkkk~", perut aku berbunyi lagi. Kali ni semakin kuat daripada tadi. Mana tidaknya, kali terakhir aku makan rasanya tengah hari semalam. Sekarang ni dah pukul 1.30 petang. Lapar tu memanglah lapar, tapi nak buat macam mana, keterujaan aku untuk siapkan Android Controlled Pick And Place Robotic Arm Vehicle Project (Projek Kenderaan Lengan Robotik Kawalan Android) aku ni, ataupun nama yang aku bagi dia, ACAP (macam nama Asyraf yang disebut secara comel), mengatasi segala rasa lapar dan mengantuk. Aku pun belum tidur lagi sejak semalam. Sebab tulah hampir terkantoi dengan ummi tadi.

Kenapalah waktu ni jugalah ummi nak video call? Aku pula dah terbiasa, spontan je angkat kalau ummi call. Niat di hati nak buat-buat tak perasan je mula-mula tadi. Haha jahat jap.

Okay now focus back to my ACAP. Tinggal sikit saja lagi. Hanya tinggal nak siapkan bahagian Bluetooth Module dan sikit-sikit touch up lagi dekat cables and connectors, settlelah. Tak sabarnya nak tengok 'anak' aku ni siap sepenuhnya. Anak yang membuatkan aku kekurangan tidur beberapa bulan ni. Macam jaga anak betul dah. Hahaha...

"Zal, kau dah makan belum? Kelas kejap lagi pukul 2 kan?" Roommate aku, Hashidi bertanya.

"Sekarang dah pukul berapa?"

"1:50." Jawab Shidi.

"Alamak, macam tak sempat je aku nak singgah kafe?"

"Memang tak sempatlah bro. Hari ni kelas Prof. Ravindran tau. Lambat 5 minit, no entry..."

"Huh, tak sempatlah macam ni."

"Nah, ambil roti ni. Aku belikan in case kau lupa makan lagi."

"Thanks bro. Kau memang sahabat sejati." Aku menyambut roti Gardenia bun yang dicampakkan ke arah aku sebelum Shidi bergerak keluar. Dia tak ajak aku keluar sekali sebab dia dah tahu aku takkan berganjak sampai aku selesaikan bahagian yang aku dah nak hampir siap.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku berlari laju agar sempat masuk ke kelas AI Specialist Prof. Ravindran. Aku nampak Prof. berjalan menghampiri pintu. Mesti dia dah nak pergi tutup. Semakin laju aku memecut dan tepat-tepat saja aku sampai di muka pintu dewan kuliah, pintu sudah ditutup 3/4.

"Faezal, kenapa kamu lambat?"

"I'm sorry prof. I was too into finishing my project until I can't keep track of the time."

"What project are you working on?"

"FYP Project Prof."

"But you guys haven't going through your proposal defend just yet right?"

"Yes Prof, but I did some early preparation for myself."

"Wow, that's impressive. Okay go in. But don't be late again next time."

"Okay, thank you prof."

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Sekarang dah boleh pergi makan kan? Jom!" Ajak Hashidi.

Tiba-tiba aku terfikir rasa macam ada sesuatu tertinggal. Alamak proposal aku!

"Di, rasanya macam still tak bolehlah. Kau pergi dululah eh nanti aku datang. Proposal aku tertinggal kat atas meja lecture hall tadi rasanya."

"Oh, okey." Shidi menepuk bahu aku sebelum beredar.

Aku sampai di dewan kuliah tadi semula. Aku mencari-cari proposal aku di sekitar tempat duduk aku tadi. Proposal aku tiada di mana-mana tapi Erhad ada di situ.

"Erhad, kau ada nampak proposal aku tertinggal kat sini tak tadi?"

"Proposal? Ni ke?" Erhad mengangkat proposal aku lalu aku merampasnya dengan pantas.

"Ha, betullah ni aku punya. Thanks." Aku terus menyimpan proposal aku ke dalam beg galas kemudian ingin segera beredar.

"Kau nak jual dekat aku tak? Aku bayar berapa je harga kau nak jual." Langkah aku terhenti dengan tawaran out of the blue daripada Erhad.

Aku renung dia dengan kening berkerut, "Thanks, but no thanks."

"Kau fikir betul-betul Zal, kau tahu kan aku siapa? Apa yang aku kata nak mesti aku akan dapat."

Aku terus saja berjalan tanpa menoleh ke arah Erhad, si anak orang kaya yang paling berlagak yang pernah aku jumpa. Dia ni memang perangai macam ni pun. Aku tahu dah. Sejak first year lagi. Dia anggap semua orang macam bawahan dia je sesedap hati.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Hari ni aku keluar nak cari kapasitor baru untuk anak aku si ACAP. Kapasitor yang aku guna sekarang ni tak cukup power.

"Abang, laptop ni dah keluar ads pop-up mengarut padahal saya baru je beli tiga hari lepas."

"Tapi kakak, masalah macam tu bukan berpunca dari laptop. Mungkin kakak ada bukak mana-mana website yang ada virus."

"Mana ada. Saya betul-betul baru beli. Baru bukak internet sikit-sikit je. Mana ada saya masuk website mengarut-mengarut. Tak, saya tak kira sekarang ni saya nak replacement kalau tak, saya nak refund terus."

Kejap, aku macam kenal suara tu! Susuk perempuan kurus bertubuh tinggi yang sedang berbalah dengan jurujual kedai laptop itu seperti sangat tidak asing bagi aku.

Aku terus berjalan menghampirinya sambil mengamati wajah itu dari tepi. Betullah itu Aleya! Dia masih sama macam dulu, suka berbalah dengan jurujual. Aku ingat lagi dulu dia selalu gaduh dengan makcik kantin sebab bagi portion makanan dia kurang. Aduh, kelakarlah...

"Bang, ni laptop yang latest edition ke?" Aku acah bertanya sambil berdiri di sebelah Aleya.

"Pejal?" Yeah, Aleya akhirnya noticed aku.

Aku mengukir senyuman manis kepadanya. "Ya, it's me."

"OMG, kau apa khabar sekarang? Lama dah kita tak jumpa kan? Kau pun dah makin handsome nampaknya... Mesti girlfriend keliling pinggang ni?" Aleya berseloroh selepas menjerit teruja.

"Eh, taklah. Mana aku ada girlfriend." Aku yang segan dibuatnya.

"Ye yelah tu... Okey jom lepak-lepak minum kopi. Aku ada banyak benda lagi nak sembang dengan kau ni." Ajak Aleya dengan teruja.

Aku dan Aleya singgah di Old Town White Coffee berhampiran untuk lepak-lepak bersembang seperti waktu dulu-dulu. Aleya masih ingat yang aku suka kopi. Hahaa...

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Kau nak pergi mana ni beria bersiap? Biasanya rambut pun kau tak pernah minyakkan? Ni pe cer berpomade tiba-tiba ni?" Hashidi si penyibuk dah mula menyoal-siasat.

"Aku nak keluar jumpa kawan."

"Siapa kawan yang special sangat tu?" Hashidi ingin tahu lebih terperinci. Dah agak dah.

"Kau ingat Aleya? Childhood bestfriend aku tu."

"Aleya? Oh, first love kau tu eh?"

Aku tersipu malu dengan usikan spontan Shidi. Shidi ni pun takyah ah kantoikan aku doh...

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku sudah sedia menunggu di Kafe Le Florida seperti yang dijanjikan.

Kenapa aku rasa terlebih nervous ni eh? Bukannya aku nak confess dekat Aleya pun hari ni. Haha! Mungkin sebab hari ni aku nak keluar dengan dia secara dirancang selepas sekian lama tak jumpa?

"Jal." Suara lembut Aleya kedengaran menyapa dari arah belakang.

Kemudian Aleya muncul di depan aku. Di sebelahnya berdiri seorang lelaki tinggi yang berpenampilan... stylo mungkin? Siapa tu? Kenapa Aleya bawa dia sekali?

"Jal, kenalkan, ni... boyfriend aku, Zafran. Zafran nilah bestfriend I yang I selalu cerita tu, Faezal. Jal, kau kenal tak Zafran ni? Dia Instafamous tau. Dia pun dah ada start dapat offer berlakon drama baru-baru ni."

Apa dia cakap tadi? Boyfriend? Aku terkedu seketika. Kemudian aku kembalikan semula ekspresi ceria semampu aku.

"Oh hai Zafran. Hmm, Instafamous? Apa tu?" Aku menghulurkan tangan terlebih dahulu dengan senyuman yang cuba ku ukir manis lalu soalan spontan itu terpacul keluar daripada mulut aku. Betul ni, aku memang tak tahu, apa tu Instafamous?

Zafran menanggalkan kaca mata hitam yang dipakainya lalu memandang aku dari atas hingga bawah sebelum menyambut huluran tanganku itu.

"Alah Zal, kau takde Insta ke? Instagram?" Tanya Aleya.

"Oh social media ke? Kalau tu aku takde."

Aleya separa ketawa. Tak percaya mungkin.

"Hai bro. I've heard a lot about ya. But what I saw wasn't like what I expected though..." Sapa Zafran separa ketawa. Mungkin memang dia ni jenis mudah terhibur kot. Husnuzon...

"What you do for life bro?" Tanya Zafran.

"Oh saya masih study." Balasku jujur.

"What course bro?"

"Robotic engineering."

"Oh woww, now I'm impressed." Zafran membesarkan matanya.

Okey dia ni menganjeng ke apa ek? Hmm...

Kami bertiga duduk minum sambil makan dessert bersama-sama. Walaupun aku memang sebenarnya tak expect yang Aleya akan bawa orang lain lepas berapa tahun dah kitorang tak pernah berjumpa. Tapi mungkin aku lebih terkejut lagi sebab orang yang dia bawa tu ialah boyfriend dia!

Yalah, Aleya seorang budak perempuan yang baik dan cantik, takkanlah single lagi kot kan? Walaupun jujur aku cakap, sebenarnya aku dah tunggu selama 9 tahun untuk jumpa Aleya semula dengan harapan yang dia masih single. Haha, entah apa-apa jelah aku ni kan?

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Entahlah, rasanya hari ni aku tak ada mood nak sambung siapkan projek. Esoklah aku pasang kapasitor baru tu dekat ACAP.

"Zal, Dr. Yunus panggil kau." Shidi terus saja menyergah aku dengan muka serius.

"Kenapa?"

"Aku pun tak sure Zal. Tapi nampak macam perkara serius."

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Apa awak buat malam dua hari lepas?" Tanya Dr. Yunus bersama ekspresi tegang.

"Saya... ada kat bilik hostel siapkan projek..." Jawabku jujur, walaupun dalam hati bermain seribu persoalan dan kerisauan.

"Awak bawak balik barang-barang hardware dalam bilik?" Nada Dr. Yunus naik seoktaf.

"Hmm, saya..." Aku tak tahu nak jawab apa sebab dah terkantoi pula.

"Macam mana awak boleh buktikan keberadaan awak waktu tu? Pada pukul 11.45 malam!"

"Kenapa Dr.?" Aku semakin hairan.

"Awak tengok CCTV ni!" Dr. Yunus memasangkan footage CCTV di laptopnya.

Seorang lelaki lelaki masuk ke bilik Dr. Yunus lalu menyelongkar laci mejanya dan mengambil keluar sesuatu yang kelihatan seperti PCB (printed circuit board).

Aku perhatikan figura lelaki itu dengan teliti. Eh, itu aku!

"Awak dah tengok? Jadi apa alasan awak nak bagi sekarang?"

Bola mataku membesar. Aku terkejut dan speechless! Apakah semua ini? Demi Allah aku memang ada di bilik waktu tu tengah tekun siapkan ACAP!

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Erhad, ni semua kerja kau kan?" Aku datang mencari Erhad di ruangan table tennis tempat dia selalu lepak.

"Kerja apa? Apa kau merepek ni? Aku tak faham." Jawab Erhad selamba.

"Kau buat deepfake muka aku kat CCTV Bilik Dr. Yunus kan?"

"Kau ada bukti ke nak tuduh aku ni? Ada ke CCTV yang tunjuk muka aku buat deepfake guna muka kau?" sindir Erhad, tersenyum sinis dengan muka selamba.

"Tapi aku boleh tolong settlekan masalah kau dengan satu syarat. Projek Robotic Arm kau, aku punya!" Erhad memberikan cadangan bodohnya. Aku dah agak ni mesti kerja dia punyalah! Dia nak sangat dapatkan ACAP sampai sanggup memfitnah aku!

"What? Memang tu yang kau nak dari awal kan? Kau jangan mimpilah! Aku akan buktikan yang memang kau yang rancang semua ni!" Aku memberikan senyuman sinis yang jelas mengambarkan seluruh amarah aku saat ini.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Pagi-pagi lagi aku dah dipanggil ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Aku tahu pasti ada perkara yang mengejutkan sedang menunggu.

"Surat Penggantungan Belajar." Aku membuka sampul yang diberikan staf HEP kepada aku dan menerima kejutan yang sungguh besar daripadanya.

Apa? Mungkin ke diorang dah hantar surat ni dekat rumah? Ummi!" Kerisauan lantas menyergah fikiran aku.

Ring!

Telefon aku tiba-tiba berdering. Aku tengok nama kenalan yang terpampang. 'Makcik Rusnah'. Hati aku mula risau lalu aku capai handphone dengan pantas.

"Hello makcik..."

"Aboi, ummi kamu, ummi kamu kena serangan jantung!"

Surat di tanganku terjatuh ke lantai.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Erhad!" Di tangan aku memegang proposal dan ACAP aku.

"Ha, macam nilah... Kau dah buat keputusan yang tepat Zal." Erhad tersenyum dengan senyuman yang sungguh menjijikkan pandangan mata aku saat ni.

"Tapi aku akan bagi ni kat tangan kau lepas surat penggantungan aku dah ditarik balik!" Kataku penuh serius dan tegas.

"Okey okey, no problem." Erhad menjongket sebelah bibirnya dengan berlagak sekali.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

Aku baru je bagi projek kesayangan aku yang aku dah spend masa berbulan-bulan untuk siapkan dengan penuh semangat dekat tangan si tak guna Erhad. Aku dah tak boleh panggil dia dengan panggilan yang baik lagi sekarang. Aku betul-betul geram! Seluruh hati aku tengah membara dengan segala rasa yang berbaur sekali; marah, sakit hati, sedih dan DENDAM! Ya, aku betul-betul bertekad dalam hati yang aku akan buat segala cara untuk balas dendam pada dia!

"Dik." Seorang lelaki usia lingkungan 30-an menghulurkan sehelai pamplet sambil tersenyum kepada aku. Kertas itu dihulurkan di hadapan laluan aku jadi aku pun ambil sajalah.

Ramai betul orang dekat sini, rasanya aku nak cepat-cepat blah untuk pergi ke tempat yang lebih sunyi, mana-mana sajalah. Aku nak jerit sepuas hati.

Aku lihat ada tong sampah berhampiran. Kertas yang buat semak di tanganku ingin aku buang saja terus, alang-alang.

Tiba-tiba mataku terkunci pada perkataan "Bintang Filem" yang aku terbaca pada pamplet tu.

"Audition Pencarian Bakat Sebagai Bintang Filem"
Tajuk Filem : Abang Playboy Si Ejen Rahsia Itu Kekasihku
Genre : aksi romantik-komedi
Pencarian bermula 5 Januari sehingga 4 Februari

Anda berbakat? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Andalah yang kami cari!

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

⁉️ INFO EKSTRA ⁉️

Artificial Intellegence (AI) atau kecerdasan buatan atau kepintaran buatan - merupakan kajian kejuruteraan mesin cerdas yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia. Kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.

Deepfake atau palsu tulen ataupun pemalsuan/kepalsuan dalam - ialah bahantara yang menggantikan rupa atau wajah seseorang dalam media audiovisual sedia ada (baik gambar atau video) dengan rupa orang yang lain menggunakan rangkaian neural buatan. Bahantara ini selalunya digunakan dengan menggabungkan dan menindan bahantara sedia ada ke atas bahantara asal menggunakan kaedah pembelajaran mesin yang dikenali dengan nama pengekod auto dan rangkaian perseteruan janaan.

Final Year Project (FYP) atau Projek Tahun Akhir - Kursus yang memerlukan pelajar universiti di tahun akhir untuk menjalankan projek penyelidikan dalam bidang pembelajaran mereka di bawah penyeliaan seorang pakar akademik (pensyarah) di jabatan yang berkenaan.

Android Controlled Pick And Place Robotic Arm Vehicle Project (Projek Kenderaan Lengan Robotik Kawalan Android) atau nama manja yang diberi Faezal sebagai ACAP.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro