7 | The First Page

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tuan, Agent Daud datang nak jumpa tuan." Cempaka Berduri menyapa dari muka pintu ruangan pejabat Tuan Kelapa Muda.

"Daud? Ha, bagi dia masuk." Tuan Kelapa Muda memberi keizinan.

"Silakan." Cempaka Berduri menjemput Rayyan di belakangnya untuk masuk.

"Ha Daud, duduk duduk. Ada apa kau datang ni?"

"Terima kasih tuan. Sebenarnya tuan, saya ada satu permintaan nak mintak tolong dengan tuan." Seusai duduk, Rayyan memberanikan diri, terus menyatakan hasratnya.

"Apa dia tu?"

"Sebenarnya tuan, saya... saya nak mintak tolong tuan kalau boleh, saya nak mintak duit payment saya sikit in advance. Sebab..."

"Sebab kau nak jamin abang kau kat lokap?"

"Eh, macam mana tuan boleh tahu?"

"Huh, kau ingat aku tak ambil tahu ke semua latar belakang korang? Kau tahu kan kerja kita apa? Undercover agent. Semua pasal korang aku dah ada by the tip of finger je."

"Wah, memang hebat betul ya team kita ni..."

"Semestinya... Pasal abang kau tu, kau tak perlu risau, semua aku dah uruskan. Ikat jamin abang kau sedang dalam proses. Lawyer untuk kes abang kau pun dah di-hire. Jadi kau tak perlu risau apa-apa sekarang ni, just fokus dengan training kau."

"Wah, terima kasih tuan! Saya tak tahu macam mana nak balas semua jasa tuan ni!" Rayyan jelas teruja dan berterima kasih dari riak mukanya.

"Kalau kau nak balas jasa aku, do well in your training and after that, give all out for the mission. Itu saja."

"Baik tuan. Saya janji akan buat yang terbaik. Saya janji takkan kecewakan tuan!" ujar Rayyan bersungguh.

"Bagus. Ha lagi satu, sebab kau tak boleh selalu balik rumah, jadi aku dah hire dua orang nurse untuk jaga mak dengan ayah kau yang sakit kat rumah tu. Jadi kau tak payah susah hati okey?"

"Baik tuan. Terima kasih sekali lagi tuan!" ucapan Tuan Kelapa Muda sebentar tadi jelas melegakan hatinya.  

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Abang, abang... Boleh tolong tak bang? Riyad nangis lagi..." Seorang budak lelaki menyapa Ezayrill yang sedang berjalan menuruni tangga pejabatnya membawa sekotak barang yang terakhir.

Mulai hari ini, dia sudah perlu mengosongkan rumah flat yang disewa sebagai pejabatnya kerana gagal membayar sewa tempoh hari. Memandangkan sudah mendapat pekerjaan yang lebih baik sekarang, Ezayrill akur saja untuk keluar daripada flat tersebut.

"Lah, dah kenapa lagi tu? Thomas hilang lagi ke?" tanya Ezayrill yang jelas sudah dapat menjangka apa yang terjadi.

"Ya bang, Thomas hilang lagi. Sejak pagi tadi," jawab budak itu.

'Alahai... Budak-budak ni ingat aku buat kerja amal ke buat kerja cari-cari ni? Bapak korang tak upah aku hari ni ye, jadi aku tak cari,' bisik Ezayrill dalam hati.

"Abang Aril... tolonglah cari Thomas... Dia hilang lagi lepas balik jalan-jalan pagi tadi... Huwaaa..." Kali ini Riyad sendiri pula yang datang merayu Ezayrill selepas abangnya.

'Adoyai la budak-budak ni... Fuhh!'

"Yelah yelah, abang tolong carikan..." Akhirnya Ezayrill termakan juga pujuk-rayu mereka.

"Yeayyy! Abang Aril memang terbaiklah!" Budak kecil berdua itu bersorak girang.

'Dan dan je budak-budak ni. Nasib baik aku tak lama lagi bakal masyuk, so takpelah kali ni aku tolong free free je.' Ezayrill tersenyum sendiri memikirkan masa depan barunya yang bagaikan durian runtuh.

"Kat mana last Riyad bawak Thomas sebelum dia hilang?" Ezayrill memulakan soalan penyiasatnya.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Dee, kau sempat ke ni nak pergi meeting terus lepas ni? Tak rushing ke nanti? Kalau kau rushing takpe je kalau kau tak join. Kitorang okey je plan bertiga je, serius..." Salah seorang daripada empat orang wanita yang sedang duduk di kedai mamak itu memula bicara.

"Eh, takpelah. Ni Deanna Arissa kot... Tempat meeting aku tu tak jauh mana pun dari sini. 15 minit je naik kereta. Don't worrylah, sempat punya sampai tempat meeting. Surprise event untuk Wana ni pun equally important tau untuk aku. Best friend kita dah nak kahwin kot next week... How come I'm not joining?" balas wanita bernama Deanna Arissa itu yakin.

"Okeylah babe kalau kau insist." Rakannya itu akhirnya akur.

"Kakak, roti biasa, roti telur, roti planta siap." Seorang mamak pekerja kedai makan datang membawa hidangan yang dipesan mereka.

Pada masa yang sama, Ezayrill sedang mencari Thomas berhampiran kedai mamak tersebut.

"Ha, itu pun si Thomas! Kau pergi kedai mamak pulak ye kali ni... Siap kau Thomas!" Ezayrill akhirnya menemui Thomas, si kucing gemuk sedang berkeliaran di kedai mamak itu.

"Gemuk-gemuk macam tu pun suka main lari-lari eh! Siap kau kucing gemuk, aku dapat kau!" Ezayrill asyik berbicara sendiri lalu bergerak ke kedai mamak tersebut.

Si Thomas sedang berlari-berlari berhampiran meja sepasang pasangan yang sedang menikmati juadah mereka. Jelas daripada riak wajah mereka yang mereka kurang selesa dengan keberadaan Thomas di situ menganggu.

"Shuhh, shuhh..." Wanita itu akhirnya mengusir si Thomas daripada tempat mereka.

Thomas terus berlari-lari menghampiri sebuah meja di mana seorang mamak yang sedang menghadap meja makan membelakanginya. Mamak itu sedang khusyuk mengemas meja lantas mengangkat beberapa cawan dan pinggan yang bersisa kuah kari ke atas dulangnya. Boleh tahan tinggi juga pinggan dan cawan pada dulang yang dibawanya itu.

"Alah, asal kuah aku macam tak cukup banjir je ni?" rungut Deanna melihatkan kuah kari pada roti canai banjirnya tidak memuaskan hati.

"Mamak!" Deanna memanggil pekerja berhampiran tetapi tidak dilayan.

"Mamak tu macam tak dengar je babe." Rakan di sebelah memberi pandangan.

"Takpelah biar aku pergi kaunter je. Macam lambatlah nak tunggu mamak ni datang. Ramai orang pulak pagi ni." Deanna bangun dari duduknya untuk berjalan membawa pinggan roti canai dengan kuah karinya ke arah kaunter.

Melihatkan situasi Thomas yang betul-betul sedang bermain-main di belakang mamak itu merisaukan Ezayrill. Kalau si mamak menoleh saja, pasti terjatuh kerana terkejut atau kerana terpijak Thomas, si kucing nakal.

Dengan pantas Ezayrill berlari mendapatkan Thomas dan ketika itu jugalah Deanna di meja belakang bangun dengan tangannya memegang sepinggan roti canai berkuah kari.

Pergerakan serentak Ezayrill dan Deanna dengan hala yang sama menyebabkan mereka berlanggar secara tidak sengaja. Pinggan kuah kari Deanna terpelanting ke atas lalu jatuh menimpa kepalanya. Habis rambut dan seluruh wajah Deanna dimandikan dengan kuah kari manakala Thomas pula selamat mendarat di pelukan Ezayrill.

Bunyi kuat perlanggaran yang berlaku menarik perhatian seluruh kedai makan. Semua mata tertumpu pada Deanna yang sudah bermandikan kuah kari. Ada juga yang spontan tertawa kecil.

"Aaahhhh! How dare you!" jerit Deanna setelah tergamam beberapa saat. Dia melihat dirinya yang sudah sangat kotor. Rambut lurusnya sudah melekit dek terkena kuah kari pekat. Begitu juga dengan seluruh muka dan bahagian atas bajunya.

"Oh my God! Hey mister, mata you letak mana eh? Tak nampak ke ada orang kat depan ni?" Salah seorang rakan di meja yang sama dengan Deanna meninggikan suara pada Ezayrill yang sedang terkedu dengan muka terkejut.

"Ah, cik sorry..." Ezayrill mengeluarkan sapu tangan daripada kocek seluarnya ingin membantu wanita di hadapan setelah kembali tersedar daripada terkejut.

Jelingan tajam Deanna bagaikan bilah pisau yang akan membelah Ezayrill kepada dua pada bila-bila masa saja. Amarah terlihat jelas daripada kornea matanya.

Deanna menolak kasar tangan Ezayrill seraya melempar jelingan maut. Deanna yang sudah terlalu berapi dengan kemarahan beredar daripada kedai mamak menuju keretanya.

Dua orang rakan Deanna bergegas mengekorinya. seorang lagi rakannya memanggil pekerja kedai mamak untuk mengira harga makanan mereka sebelum turut beredar.

"Ok'oww..." Ezayrill hanya mampu tersengih kelat. Mahu minta maaf pun sudah tidak sempat, wanita yang sudah bermandi kuah kari itu telah berlalu pergi.

"Babe, kau okey?" Salah seorang rakan Deanna menyapa risau.

"Arggghhh! Geramnya... Tak guna punya jantan!" Deanna jelas masih sangat marah. Kalau Ezayrill ada di depannya saat ini, mahu saja lelaki itu dicekik-cekiknya sampai lunyai.

Ketiga-tiga rakannya hanya mampu berpandangan sesama mereka.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Dee, macam mana meeting?" Rakan Deanna, Janet bertanya melalui telefon pintar.

"I've lost the tender all thanks to mamat kucing tadi tu! Kalau dia tak mandikan aku dengan kari takdelah aku terlewat datang meeting penting tu! I'll never forgive that loser!" ujar Deanna masih marah tetapi kali ini berbaur kecewa kerana telah kehilangan tender besar syarikatnya.

"Dee, kau okey ke? Kau nak aku datang teman kau kat rumah ke?" pelawa Janet yang risau akan keadaan emosi rakan baiknya itu.

"Takpelah Jane, aku nak rehat sendiri je kot sekarang ni," balas Deanna berubah lesu. Badannya tiba-tiba terasa sungguh letih.

Talian telefon dimatikan secara tiba-tiba tanpa sebarang kata-kata penutup daripada Deanna.

Janet menjadi bertambah risau. Dia tahu betapa bersungguhnya Deanna mempersiapkan segala perancangan dan persediaan untuk mendapatkan projek besar itu dalam masa beberapa bulan ini. Kegagalannya pasti memberi impak yang besar pada emosi Deanna.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Masuklah, mulai hari ni rumah ni adalah rumah korang." Tuan Kelapa Muda mempelawa mereka berempat yang sedia berdiri di muka pintu sebuah unit kondominium mewah itu.

Mereka berempat berjalan masuk ke dalam kondominium mewah itu sambil mata mereka melilau dengan keterujaan masing-masing. Unit kondominium yang bakal mereka diami itu telah didekorasi dengan design yang sangat cantik sesuai dengan suasana mewah yang dibawanya.

Ruang tamu yang luas disiapkan dengan set perabot lengkap, tak kurang juga dengan set televisyen LED besar yang bagaikan mini panggung wayang.

"Ada empat bilik dalam rumah ni jadi setiap seorang akan dapat bilik masing-masing. Pandai-pandailah korang bahagi macam mana. Setiap bilik pun ada bilik air masing cuma master bedroom tulah besar sikit dari yang lain, siapa yang nak duduk situ, pandai-pandailah korang decide. Hari ni korang boleh berehat-rehat dulu kat rumah, esok, training start okay? Aku nak korang semua prepare mental dan fizikal masing-masing. Korang dah jadi satu team sekarang ni. Get to know each other dan yang paling penting... be professional, jangan bergaduh okey?" pesan Tuan Kelapa Muda seolah-olah dapat menghidu sesuatu.

"Bergaduh? Haha... no worries la tuan, kitorang semua ni professional young adult. Benda childish macam tu takkan jadi. Kan?" Rayyan memandang Ezayrill, Faezal dan Hyqal silih berganti mengharapkan sokongan. Namun dia umpama bercakap dengan angin, tiada siapa memberi respon.

Kan?" Rayyan bertanya sekali sambil mengebil mata serta menyiku Ezayrill dan Faezal di sebelahnya.

"Ha? Ya..." Akhirnya dapat juga satu jawapan terpacul keluar dari bibir seorang Faezal Qadry. Dua 'suspek utama' yang dijangka akan melakukan perkara tersebut yang malah tidak memberi respon.

Tuan Kelapa Muda yang memerhati dari tadi hanya melirik mereka tanpa kata.

"Okeylah, kalau takde apa-apa aku balik dulu." Tuan Kelapa Muda mengangkat kening dengan mengukir senyuman sebelum bergerak pergi.

"Okey, terima kasih tuan," ucap Rayyan dan Faezal manakala Ezayrill dan Hyqal pula hanya menunduk sedikit kepala.

Kesemua mereka membawa haluan masing-masing menjenguk-jenguk sekitar kawasan rumah.

Setelah lima minit berlalu, satu demi satu mereka duduk di ruang tamu. Apabila Hyqal, orang yang terakhir muncul di ruang tamu, Rayyan memulakan topik perbualan.

"So sekarang ni, macam mana kita nak pilih bilik?"

"Aku tak kesah je mana-mana pun." Faezal yang pertama memberi jawapan.

"Aku pun tak kesah." Ezayrill juga setuju.

"Aku nak master bedroom." Tiba-tiba Hyqal meluah jawapan berbeza, membuatkan mereka yang lain terdiam.

Ezayrill mendengus sinis. Dia sudah sangat kenal dengan perangai Idlan Hyqal. Sama saja perangainya sejak 13 tahun dulu, langsung tidak berubah!

"Ah, aku okey je." Rayyan tidak kesah.

"Aku pun tak kesah." Faezal juga setuju saja.

"Aku pun nak master bedroom!" Ezayrill pula tiba-tiba tidak setuju, seolah-olah sengaja mencari fasal.

"Hmm, kalau macam tu korang dua share bilik jelah." Semudah itu Rayyan memberi usul penyelesaiannya.

"No way!" Serentak Hyqal dan Ezayrill membantah.

"Hahaha... Kelakarlah korang dua ni. Macam love-hate drama TV je aku tengok. Acah-acah benci tapi sebenarnya suka sama suka, serasi bersama..." Rayyan dapat idea spontan pula menganjing mereka berdua.

"Pfft..." Faezal juga hampir ketawa, terhibur dengan lawak spontan Rayyan.

•• ━━━━━ ••●•• ━━━━━ ••

"Sebelum mula training, aku akan perkenalkan korang berempat dulu dengan target korang masing-masing," tutur Tuan Kelapa Muda di hadapan Bilik Mesyuarat.

Slide pada projektor yang telah dihidupkan ditukar kepada gambar beserta profil seorang wanita muda.

"Zakri, target kau adalah Maria Adeena, seorang anak Pengerusi syarikat minyak besar, Essentiel, yang bakal mengambil alih syarikat bapak dia, Dato' Ibrahim Masdi tak lama lagi. Dia adalah seorang influencer social media atau budak-budak sekarang panggil InstaFamous dan juga part-time model," terang Tuan Kelapa Muda memulakan penerangan.

"Daud pulak, target kau adalah Datin Rohiyah, isteri Datuk Sri Maidin Talib, seorang ahli politik yang memang ramai gigolo-gigolo muda. Jadi kau mesti cari cara untuk pikat dan jadi salah seorang gigolo dia."

"Kismat pulak, target kau adalah perempuan simpanan Datuk Borhan Abdullah, Izzati Nordin atau nama panggilan dia di club, Zetty, seorang pelayan kelab malam."

"Dan terakhir sekali, Jalal, target kau ialah CEO muda yang baru dilantik di syarikat ayah dia sendiri, selepas tamat pengajian master di University of Harvard, iaitu Deanna Arissa Tan Sri Ghani Hussein. Dia ni berbeza daripada target yang lain. Dia ni adalah seorang perempuan yang tak pernah bercinta sebab dalam kepala otak dia cuma fikir tentang kerja, kerja dan kerja. Dia pun tak percaya perkahwinan atas dasar cinta. Dia akan terima siapa saja calon yang ayah dia tetapkan untuk dia. Jadi tugas kau adalah untuk ubah prinsip hidup dia tu. Tough work is it?" Tuan Kelapa Muda mengerling ke arah Ezayrill yang sedang fokus membaca slide.

"Wow, dia hidup zaman apa ni terima calon suami pilihan ayah? Tak percaya perkahwinan atas dasar cinta?" Rayyan ataupun kini bergelar Daud memberi reaksi terkejutnya sambil ketawa kecil.

TBC

Nak tau siapa dapat master bedroom? Hahahaa...

Amacam? Nampak macam susah je kan target yang diorang dapat... Faezal yang tak tahu pasal InstaFamous dapat InstaFamous, Rayyan yang mungkin fobia dengan tawaran nak kena jadi gigolo Datin Maimona hari tu kena menyamar jadi gigolo.

Hyqal, masih fobia tak dengan perempuan kelab macam Emily? Dan Ezayrill pulak, kena pikat perempuan yang dah berdendam dengan dia sebab insiden 'Mandi Kari'... macam mana pulak tu?

Lepas ni training dah mula. Apa pulak ragam budak-budak 'retro' 4 orang ni? 👀

Tunggu sambungan bab seterusnya okey...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro