PL1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bbam!

Dum!

Krek!

Sedang Han Aerin sibuk menaip di laptop dalam bilik tidurnya, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dari tingkat bawah. Tanpa membuang masa gadis itu bangkit lalu berlari kearah bunyi yang bising itu.

Sampai sahaja, terus bebola matanya terbutang. Melihat sekeliling ruang tamu yang bersepah.

Pembetulan-

SANGAT BERSEPAH!

Dengan makanan berterabur atas lantai,

Pasu pecah,

Dinding kotor sebab diconteng,

Kerusi terbalik,

Mainan bersepah.

Keluhan berat dilepaskan. Penumbuknya sudah dikepal menahan geram. Kakinya laju sahaja berjalan untuk mencari seseorang yang hanat sangat menyepahkan rumahnya.

Hanya seorang sahaja yang berada didalam fikirannya kini.

Sampai sahaja di dapur, terlihat seseorang sedang bermain kuali dan senduk di lantai. Gerangan itu toleh lalu tersengih memandang gadis itu.

Dan gerangan itu ialah...

bukan bayi...

bukan budak kecil...

Tetapi lelaki dewasa yang berumur 23 tahun.

Siapa?

Ya, dialah Jeon Jungkook a.k.a budak CACAT.

Tiada senyuman langsung terukir dibibir Aerin namun wajah bengisnya ditayangkan pada lelaki istimewa itu.

Sampai bila aku nak hidup macam ni?Sampai bila aku boleh tahan dengan Jeon Jungkook? Sampai bila aku perlu tinggal serumah dengan budak CACAT tu? Bisik hati kecilnya.

Gadis itu sudah tidak tahan. Tidak tahan lagi hidup bersama lelaki yang baginya menyusahkan hidupnya.

Sangkaannya, jika dia terus bersama dengan budak CACAT itu, dia tidak akan pernah merasakan apa itu kebahagiaan.

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro