PL9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Skrin laptop itu dipandang lama. Kepala legar berfikir mahu mencari kerja melalui laman sosial. Haih, cari kerja zaman sekarang ni memang susah betul. Mesti ada je syarat yang tak boleh ikut.

Bbam!

Dum!

Krek!

Sedang Han Aerin sibuk menaip di laptop dalam bilik tidurnya, tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dari tingkat bawah. Tanpa membuang masa gadis itu bangkit lalu berlari kearah bunyi yang bising itu.

Sampai sahaja, terus bebola matanya terbutang. Melihat sekeliling ruang tamu yang bersepah.

Pembetulan...

SANGAT BERSEPAH!

Dengan makanan berterabur atas lantai,

Pasu pecah,

Dinding kotor sebab diconteng,

Kerusi terbalik,

Mainan bersepah.

Keluhan berat dilepaskan. Penumbuknya sudah dikepal menahan geram. Kakinya laju sahaja berjalan untuk mencari seseorang yang hanat sangat menyepahkan rumahnya.

Hanya seorang sahaja yang berada didalam fikirannya kini.

Sampai sahaja di dapur, terlihat Jungkook sedang bermain kuali dan senduk di lantai. Gerangan itu toleh lalu tersengih memandang gadis itu.

Tiada senyuman langsung terukir dibibir Aerin. Matanya tajam sahaja memandang Jungkook yang sedang seronok bermain kuali itu.

Dia berfikir sejenak.

Baginya semenjak Jungkook ada, hidupnya jadi tak terurus. Dan sejak dia ada juga, kerja hilang, kawan-kawan semua jauhkan diri darinya, jiran mula benci padanya.

Dan disebabkan dia juga, orang pandang hina pada aku, dia orang pijak aku. Bisiknya sendiri.

Betul kata Taehyung. Kenapa aku harus seksa diri aku? Kenapa aku harus pilih Jungkook padahal dah ada orang yang mampu bagi aku kebahagiaan dan segalanya? Bisiknya lagi.

Aerin tersenyum sinis.

Sangkaannya, jika dia terus bersama dengan budak CACAT itu, dia tidak akan pernah merasakan apa itu kebahagiaan.

Tung! Tung!

Semut berkawad satu satu horay horey...
Semut berkawad satu satu horay horey...
Semut berkawad satu satu Didi kutip gula batu, dan semua berkawad pulang ke busut, berjumpa ratu se...

"Argh!"

Jungkook dengan gembiranya mengetuk kuali dengan senduk sambil menyanyi namun tiba-tiba telinganya berasa sakit kerana dipulas dengan kuat.

"Aerin, sakit! Kenapa Aerin tarik telinga Kook!"

"Kau ni memekakkan telinga aku jelah! Sini kau ikut aku!"

Telinganya Aerin tarik kuat sambil menuju ke ruang tamu. Terkedek-kedek Jungkook mengikut langkah Aerin sambil menahan sakit ditelinganya.

Sampai diruang tamu, badan Jungkook dihempas kuat ke lantai. Jungkook sudah terduduk lalu pandang Aerin dengan mata yang berair. Telinganya yang sudah merah menyala itu dipegang.

"Kau tengok apa yang kau dah buat kat rumah aku!"

Jungkook pandang sekeliling ruang tamu yang sangat bersepah dan kotor kemudian dia kembali memandang wajah Aerin yang bengis itu. Perlahan Jungkook mengesot kebelakang. Tidak mampu menatap wajah Aerin. Wajah yang penuh kebencian.

"JAWABLAH!"

"Wargh!"

Jungkook sudah menutup kedua belah telinga. Badannya menggeletar hebat. Air mata mengalir dengan derasnya. Takut benar dia pada Aerin yang seperti bukan manusia itu.

"Kau ni memang kerja nak menyusahkan aku jelah! Dah tumpang rumah aku tu buatlah cara tumpang! Kau fikir kau kat dalam rumah ni raja? Semua benda aku kena buat untuk kau?"

Dahi Jungkook dijentik banyak kali melepaskan geram. Habis merah dahi Jungkook dibuatnya. Jungkook sudah mengadu kesakitan namun Aerin hanya mengendahkannya.

"Wargh! Omma!"

"Siapa omma kau! Omma kau dah mati lah bodoh MATI!"

Badan sasa Jungkook pula menjadi mangsa pukulannya. Sempat Aerin mencapai senduk lalu disebat badan Jungkook bertalu-talu tanpa rasa belas kasihan. Melepaskan segala rasa stress dan dendam pada lelaki yang tidak bersalah itu.

"Oi, cacat! Kau dengar sini eh. Aku nak kau bersihkan semua ni sampai berkilat, faham!"

Tiada jawapan dari Jungkook malah dia memeluk lutut dengan erat. Air mata laju sahaja mengalir. Sungguh tidak disangka, dia harus menelan kata-kata kesat yang lahir dari mulut gadis yang dia sayang.

"FAHAM TAK!"

Perut Jungkook ditendang kuat yang membuatkan Jungkook sekali lagi menjerit kesakitan. Di dalam hatinya sudah menjerit memanggil ibu tercinta.

"F... Faham..."

Aerin tertawa sinis.

"Masa kecil tak mahu mati, dah besar menyusahkah orang."

Terus Aerin berjalan menuju ke biliknya dengan hati yang puas.

Perlahan sahaja kata-kata Aerin namun masih dapat didengar oleh Jungkook. Sakit, itu yang dia rasakan. Hatinya bagaikan rasa ditikam dengan pisau saat mendengar kata-kata Aerin yang bersahaja.

"O... Omma... Aerin dah tak sayang Kook..."

VOTE
TRIMAS

______________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro