02 | Pertemuan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


'Hiduplah sebagaimana semahumu, tetapi ingatlah, bahawa kita akan mati. Dan cintailah siapa yang kamu sukai, tapi ingat, kamu akan berpisah dengannya. Dan lakukan apa yang kamu mahu, tetapi ingat kamu pasti akan menerima balasannya nanti.'

-Imam Ghazali-

☘️☘️☘️

Suasana kelas 4 Harmoni riuh kerana guru mereka tidak hadir. Mahu diganti oleh guru lain, semua guru mempunyai kelas pada waktu itu.

Aira menghela nafas halus, tudung berwarna coklat dan blazzer coklat kehitaman itu dia kibas sedikit.

"Tengok tak MV dieorang semalam? Weh, takleh weh aku tengok muka dieorang, nak pengsan weh!"

Aira memasang telinga. Suara-suara yang bergosip di belakang cuba difokuskan.

"Haah, Ya Allah! Kenapa lah dieorang semua ni cute, hot dan seksi sangat ni?? Aku tak kuat! Serius weh gigil satu badan aku!"

"Nak-nak V, ya ampun! Kalau ada depan aku ni dah lama pengsan!"

Aira mendengus halus. Dia sendiri tidak mengerti kenapa rakan-rakannya itu terlalu minat dengan Kpop.

Aira tidak mahu mengambil tahu tentang Kpop, yang dia tahu Kpop itu berasal dari negara asalnya sendiri. Iaitu Korea Selatan.

Tapi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai itu Aira tidak mahu ambil tahu. Seolah-olah tidak berminat. Bagi Aira, kenapa perlu meminat manusia?

Setiap hari dan saat, Aira akan mendengarkan lagi perbualan itu. Bukan dia tidak kenal rakan-rakan sekelasnya itu.

April, May dan June. Tiga nickname mereka sempena menjadi ahli Kpop. Lagipun nama tu diambil sendiri dari bulan kelahiran mereka.

"Aira, awak pergi mana cuti dua minggu depan?" soal Farra, tablematenya yang baru sahaja tiba dari tandas.

Aira tersentak, mujur tidak kantoi yang dia sedang mendengar gosip orang belakang. Namun dia berjaya mengawal reaksi mukanya.

"Pulau Manukan dekat Sabah," ujar Aira sepatah sambil mengukir senyumannya.

"Wah, best. Saya pula kat Pulau Langkawi." beritahu Farra antusias.

Aira senyum saja, lagipun dia pernah ke Langkawi beberapa waktu lalu.

"Assalamualaikum, boleh saya nak jumpa Aira?" semua mata memandang ke arah si pemilik suara yang sedang berdiri di hadapan pintu kelas.

Adam Daniel Kim, Pelajar Tingkatan Enam merangkap Ketua Pelajar yang sangat disegani dan diminati ramai. Rupanya seiras dengan Seokjin BTS dan sudah semestinya digilai ramai para gadis di sekolah.

"Hensemlah abang awak tu! Macam Seokjin BTS," Farra mencubit lengan Aira. Aira hanya tersenyum kecil. Meskipun dia tidak pernah mengenali siapa yang dimaksudkan oleh rakannya itu.

"Waalaikumussalam, eh Seokjin oppa!" geng gosip Kpop belakang tadi menjawab sambil tersenyum gedik. Ada yang melambai-lambai.

Meskipun Aira yang merupakan adik kepada Adam berada di kelas bersama mereka, mereka tidak pernah menganggu Aira semata-mata untuk rapat dengan Adam. Mereka tidak mahu Aira berasa tidak selesa. Dapat sekelas dengan Aira itu sudah dikira beruntung.

Aira itu tipikal orang yang ramah namun juga tegas. Kerana sifat Aira yang kelihatan agak serius itu juga antara sebab mereka tidak terlalu menganggu Aira.

Adam hanya mampu tersenyum sahaja, sudah menjadi lumrahnya untuk membalas senyuman.

"Ada apa?" soal Aira sebaik sahaja dia tiba di hadapan abangnya itu.

"Hari ni Aira ada apa-apa perjumpaan tak balik nanti?" tanya Adam. Kopiah hitam yang dipakainya dibetulkan.

"Ada rasanya, kenapa?" soal Aira hairan.

"Sampai pukul berapa? Sebab abang ingat nak balik awal hari ni," kata Adam.

"15 minit je rasanya, tu pun kelab Sains dan Matematik." ujar Aira.

"Pukul berapa nak balik? Aira boleh maklum kat cikgu yang nak keluar awal sikit."

"Baguslah, sebab abang ingat nak pergi beli barang sikit." kata Adam. Sesekali dia menoleh dan membalas senyuman kepada beberapa pelajar yang melewati mereka.

"Ok, Aira pun ada nak beli barang juga.."

Mereka berdua ke sekolah menaiki motorsikal milik Adam. Dan sudah semestinya mereka akan pulang bersama.

"Ok, tu je. Apa-apa jumpa balik nanti." sempat Adam mengusik sedikit hujung tudung milik Aira membuat Aira mendengus geram.

"Sweetla abang Aira,"

"Hensem kan..."

"Ala, tengok muka la. Korean kan."

Aira menjadi agak rimas apabila rakan sekelas memuji atau bergosip tentangnya namun dia hanya tersenyum sahaja.

Wajahnya yang Korea tulen itu cukup membuatkan dia menjadi perhatian ramai semenjak dia darjah satu sehinggalah sekarang.

Aqila Nuwaira Kim. Perkataan Kim itu sahaja sudah membuktikan bahawa dia orang Korea asli, namun dilahirkan di negara Malaysia. Aira tahu mereka bermastautin dan sudahpun diiktiraf sebagai penduduk di negara itu.

Kelibat guru subjek mereka tiba. Berpusu-pusu semua orang memenuhi tempat duduk masing-masing. Mungkin mesyuarat sudahpun tamat.

"Kelas bangun! Assalamualaikum cikgu..."

Dan kelas berjalan seperti biasa.

****

"Yow, semua dah settle ke?" soal Namjoon, selaku leader group, dia diamanahkan oleh manager mereka untuk memeriksa semua keperluan ahlinya.

"Sikit je lagi," sahut Hoseok.

"Hyung, pegang elok-elok iPad kau," pesan Jungkook, ahli termuda yang telahpun tergelak kecil kepada ahli bernama Yoongi.

Yoongi tersenyum sinis. Haih, kes kehilangan iPad nya sewaktu mereka melakukan shooting Bon Voyage adalah sebuah prank.

Haih, dah lah macam-macam dokumen penting dalam iPadnya itu termasuk lirik lagu mixtapenya yang akan datang . Mukanya pada masa itu cuba untuk kelihatantenang, walhal siapa tahu hatinya sudah menyumpah seranah.

"Hyung, pulau yang sama kan kita pergi?" soal Jimin, ahli yang mempunyai suara unik dan paling munggil antara mereka.

"Apa nama pula tu?" Taehyung, ahli paling digilai ramai kerana suara dalamnya yang merdu mencelah. Atau dikenali sebagai V, singkatan daripada Victory. Nama panggungnya.

"Pulau Manukan," Seokjin menyampuk. Dia sudahpun selesai mengemas barang.


****

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan telahpun tiba. Mereka sekeluarga akan bercuti di Pulau Manukan dan menetap di resort sana.

"Ni angkat beg," pinta Puan Aisyah sebaik sahaja mereka tiba di jeti. Adam dan Aira menurut tanpa bantahan.

Aira perasan, tidak jauh dari mereka terdapat gerombolan manusia sedang mengeluarkan barang. Ada yang mengeluarkan kamera dan alat-alat penggambaraan dari sebuah bot khas dan besar.

"Malam ni Adam jaga ummi dan Aira ya? Abi ada urusan. InshaAllah tak balik lambat," beritahu Tuan Hanafi sebaik sahaja mereka tiba resort khas mereka.

"Tak mahal ke bang, harga tempahan ni?" soal Puan Aisyah ragu, sememangnya tempat yang bakal mereka duduki selama dua minggu di situ agak mewah.

Tiga bilik berhawa dingin berserta dua bilik mandi. Balkoni dan juga terdapat ruang masak, meja makan, ruang tamu dan tv bersaluran Astro. Dekorasinya sangat cantik dan elegan.

"Sebenarnya kat sini kena limit pelawat sebab ada shooting dari orang negara mana abang tak ingat." kata Tuan Hanafi.

"Sebab abang dah lama tempah resort ni, so dieorang terima."

"Takpalah, lagipun ni rezeki Allah."

Aira dan Adam sudahpun mengangguk.

Tujuan Tuan Hanafi ke Sabah adalah untuk menyampaikan kegiatan dakwah di kawasan berhampiran Pulau Manukan, alang-alang minggu cuti dia dapatlah membawa keluarga sekali bercuti di pulau itu. Meskipun ia sebuah pulau, difahamkan ada sebuah perkampungan kecil di pulau tersebut.

"Wah," Adam mula menyelak langsir di balkoni. Sungguh cantik pemandangan pantai yang dipandangnya.

"Abang Adam, jom kita pergi pantai!" ajak Aira, dia memegang kamera Canon DSLR.

"Jap, abang nak tukar baju."

Aira sudahpun menyiapkan diri dengan memakai tudung shawl labuh dan blouse paras lutut beserta pallazo labuh paras buku lali.

Adam dan Aira menuju ke arah pantai. Sungguh, permandangan yang diciptakan oleh Allah SWT sangat indah.

"Subhanallah..."

"Cepat, snap gambar abang!" pinta Adam sambil berlari ke arah air pantai yang jernih itu.

Aira ketawa kecil. Kameranya dihalakan kepada si abang yang sibuk membuat gaya ala-ala swag dan macam-macam lagi!

Tanpa mereka sedar, mereka diperhati oleh sepasang mata dari jauh.

****

"Wah, pasangan yang bergembira..." Namjoon menyandarkan badannya di kerusi malas. Matanya dipejam rapat.

Kali pertama ke sini, dia turut dipertontonkan oleh pasangan kekasih yang bersuka ria di pantai. Cukup membuatkan dia menjadi cemburu.

Tapi, itu mustahil. Idol sepertinya diikat kontrak dan perjanjian yang mengatakan bahawa dia tidak boleh menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa pun.

Itulah, perjanjian dalam dunia industri Kpop.

"Yow, Namjoon. Tempat ni lagi kau duduk?" soal Seokjin, kemudian dia mengambil tempat di kerusi malas bersebelahan dengan Namjoon.

Mereka sudahpun selesai menyimpan barang-barang dan mereka bebas ke mana sahaja sambil membawa kamera masing-masing. Diberi kebebasan untuk merakam aktiviti sendiri sementara menunggu shooting.

Lagipula hanya satu keluarga sahaja yang bersama mereka di pulau itu kerana agensi mereka memaklumkan tentang keselamatan pada pihak resort. Bermakna, tiadalah peminat-peminat menganggu aktiviti mereka.

"Tu, kejadian yang memeritkan datang semula di hadapan ku..." Namjoon mengetap bibirnya sakan dan ketawa kecil.

Seokjin menghalakan pandangannya ke arah yang dimaksudkan oleh Namjoon.

Ya, kelihatan pasangan kekasih sedang bersuka ria mengambil gambar. Sangat bahagia kelihatannya.

"Haish, yah! Aku dah jeles ni!" Seokjin cuba menutup matanya. Tidak mahu melihat aksi-aksi bagi mereka kelihatan agak romantik itu.
Begitu juga dengan Namjoon.

"Dieorang ni mesti ahli keluarga yang tu kan? Mesti dieorang datang sini nak bulan madu," gumam Namjoon.

****

"Ish, apa ni percik-percik air kat Aira!" Aira cuba melarikan diri daripada Adam yang galak memercikkan air pinggir pantai itu. Dahlah dia memegang kamera, tak ke rosak?

"Ala, kenalah seronok sikit..." Adam tersengih.

"Ish, tengok kat sana! Ada orang tengok! Eaaa malu je!" Aira memuncungkan mulutnya. Pandangannya dihalakan kepada dua orang lelaki yang sedang berbaring di kerusi malas tidak jauh dari mereka. Lagipun, pulau itu kelihatan agak tenang dan sunyi kerana mereka dimaklumkan resort itu telah dikawal ketat oleh agensi besar.

Agensi mana, mereka tidak tahu. Janji mereka bergembira.

"Aira, abang nak pergi tandas la." pinta Adam, tangannya menarik tangan Aira.

Aira menuruti sahaja pintaan Adam, sempat dia menghadapkan wajahnya ke arah dua pemuda yang berbaring di kerusi malas.


*****

"Yah, hyung berdua pergi mana tadi?" soal Taehyung ketika mereka bertujuh menikmati makan petang di sudut tempat resort dan pastinya tempat duduk VVIP.

"Pergi tempat lama yang menyakitkan..." ujar Namjoon.

Mereka berenam ketawa serentak. Sudah semestinya tahu apa yang dimaksudkan Namjoon.

"Tapi, kali ni berbeza. Muka dieorang ada iras-iras Korea tapi yang perempuan pakai kain kat kepala. Macam lilit apa entah," beritahu Seokjin sambil memotong daging yang terhidang menggunakan pisau dan garfu.

"Pakai kain? Macam lilit tuala ke?" soal Jimin yang sedang menghirup jus oren.

Semua yang lain menyambung makan, seolah-olah menanti bicara Seokjin.

"Korang pernah tengok kain camtu, tak silap ramai perempuan pakai...Masa kita... pe...pergi. Hmm..." cantas Namjoon memejamkan mata seketika. Memikirkan sesuatu.

Semua yang lain menanti jawapan dari mulut Namjoon. Huish, suspens betul!

"Ha, masa kita buat konsert kat Arab Saudi tu! Ramai perempuan kat sana pakai kain tu!"

Mereka bertujuh diam sebentar, memikirkan dan menghadam maksud Namjoon.

"Kejap, bukan ke tu na...namanya... tudung? Kan?"

Semua mata memandang ke arah Yoongi.

"Yes, that's right!"

"Wah, mesti cantikkan?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro