04 | Kisah Lalu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

'Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.'

☘️☘️☘️

Malam itu, Tuan Hanafi akan makan malam bersama keluarganya di restoran yang dikhaskan di resort tersebut. Namun kali ini ruangan makan itu agak sesak kerana ia turut digunakan oleh kru VVIP yang membuat rakaman di sana. Terpaksalah pihak resort memohon maaf dan membenarkan mereka sekeluarga makan di ruang yang agak tersorot sedikit, namun masih lagi di ruang makan tersebut. Cuma agak jauh namun tempat itu jauh lebih aman dan selesa serta dihiasi permandangan rembulan malam yang sangat cantik.

Adam telahpun sembuh setelah seharian berehat. Syukurlah.

"Aira pergi mana je tadi?" soal Adam selesai sahaja makanan yang dikunyahnya sudahpun mendarat selamat di dalam perut. Dia perasan Aira tiada semasa Puan Aisyah pergi ke bilik air.

"Jalan-jalan," ujar Aira. Sememangnya dia jalan-jalan sekitar sebelum pulang kerana mendapat panggilan dari Adam mengenai keberadaannya petang tadi. Namun sebaik sahaja Aira tiba, Adam tertidur pula kerana masih terasa mual.

"Maaf tak dapat teman Aira," Adam menepuk bahu Aira perlahan.

"Takpe, abang kan sakit tadi." Aira tersenyum manis.

Tuan Hanafi dan Puan Aisyah hanya tersenyum melihat kemesraan dua anaknya itu.

"Abi, abi pergi kat mana tadi?" soal Aira, ingin tahu. Mana tidaknya, baru hari pertama mereka di situ, mereka ditinggalkan oleh Tuan Hanafi. Meskipun ianya percutian, namun tidak akan lari dari tanggungjawab yang bagi mereka lebih utama.

"Hari ni abi ada taklimat sikit dengan rombongan abi. Esok baru kegiatan abi dijalankan,"

Aira dan Adam mengangguk faham. Puan Aisyah tersenyum sahaja. Dia tahu tanggungjawab yang dipikul oleh suaminya itu amatlah besar. Dia sangat menyokong seratus peratus pekerjaan suaminya itu. Kerana jalan yang diambilnya itu sangat indah dan bermakna.

"Bila Adam habis STPM nanti, Adam ikut abi boleh?" pinta Adam dengan penuh pengharapan seraya membuatkan Tuan Hanafi tersenyum dan mengangguk kecil.

"Boleh,"

Adam memandang ke arah Puan Aisyah dan umminya turut menganggukkan tanda setuju.

"Ummi, abi, abang. Aira nak pergi tandas kejap." tutur Aira. Ketiga-tiga mereka mengangguk sekilas. Aira pergi ke arah belakang resort, hampir terkejut dia dibuatnya apabila hampir berlanggar dengan seorang pemuda.

"Joesonghabnida (Maaf),"

****

Seokjin tidak menyangka, dia hampir berlanggar dengan seorang gadis bertudung sebaik sahaja keluar dari lorong yang menuju tandas lelaki dan juga perempuan. Mujurlah , sempat dia membelok sedikit tetapi mendengar kata maaf yang terpacul dari gadis itu membuatkan dia sedikit terkejut.

Orang Korea kah? Sebaik sahaja dia mahu menanyakan lebih lanjut, gadis itu telah pun berlalu masuk ke dalam tandas wanita. Mahu diikut apa kata staff dan orang-orang nanti? Terpaksalah dia berlalu ke arah ruang makan yang dipenuhi oleh staff dan rakan-rakannya.

"Hyung, lama nya. Tengoklah Si Kook ni, tak sampai satu minit habis susu pisang yang hyung bagi tadi." seloroh Taehyung yang duduk di samping Seokjin.

Seokjin hanya tergelak kecil. Si maknae (termuda) Jungkook sememangnya peminat tegar susu pisang. Jungkook yang baru selesai meneguk air kegemarannya itu hanya tersengih.

"Lama nya hyung kat tandas." tegur Jimin yang sedang menyuakan cebisan daging yang sudah dipotong.

"Sakit sangat perut tadi," kata Seokjin, dia kemudian mengambil tempatnya. Matanya beralih pada Namjoon yang sedang berbual sakan dengan Hoseok dan Yoongi. Dia seakan mahu memberitahu apa yang dia lihat tadi pada Namjoon kerana Namjoon pasti mengenali susuk yang dilihatnya tengah hari tadi.

"Weh, Namjoon." Seokjin menepuk pundak Namjoon sebaik sahaja mereka menuju ke arah bilik mereka. Semua yang lain sudah ke depan, hanya beberapa staff yang bertugas sahaja yang berada di kawasan itu.

"Yow, kenapa hyung?" Namjoon menoleh.

"Aku terserempak dengan seorang gadis. Kau kenal rasanya," pundak Namjoon dia tepuk berkali-kali tetapi perlahan.

"Aku pun. Sebelum hyung lagi," beritahu Namjoon membuatkan Seokjin menekup mulutnya tidak percaya.

"Yakah? Kau bercakap dengan dia tak? Dia orang Korea kan?"

Anggukan Namjoon membuatkan Seokjin terkejut sekali lagi.

"Aku harap dapat jumpa dia lagi esok,"

"Kenapa? Korang ada temu janji ke apa ni?" hairan Seokjin.

"Tak adalah,"

Namjoon tersengih kecil.

Seokjin hanya mampu mengerutkan dahinya. "Staff tahu tak pasal ni?"

Namjoon menggeleng. "Tak. By the way dia bukan sasaeng. Tapi masa jumpa dengan dia tak de la pulak staff."

Seokjin mengangguk. "Nampak gayanya bukan. Kalau ya, pasti dia akan ikut kita sekarang betul tak?"

Namjoon ketawa kecil. Teringat kejadian mereka pernah diikuti sasaeng semasa World Tour di Eropah. Bukan setakat tu sahaja, mana-mana pergi pasti ada. Mujurlah agensi mereka mengeluarkan notis amaran. Lega mereka dibuatnya meskipun masih juga takut.

Sasaeng adalah peminat yang bertindak mendekati para artis atau idola lain secara melampau, yakni dengan mencerobohi ruang peribadi artis tersebut.

Bermacam-macam kes berlaku yang melibatkan sasaeng, bukan sahaja pada diri mereka malah pada idol lain juga. Sehingga ada idol kpop yang memundurkan diri dari bidang tersebut kerana kerap terkena gangguan sasaeng.

Namjoon kemudian merangkul bahu Seokjin dan bersama-sama menuju ke arah tempat penginapan mereka yang hanya tinggal beberapa langkah sahaja lagi.

Sungguh, shooting hari ini agak memenatkan.

****

Malam itu, Aira tidak dapat tidur kerana masih mengingati kes petang tadi. Di mana dia bertemu dengan seseorang yang mengatakan dirinya adalah seorang Atheist. Jam di dinding sudah pun menunjukkan pukul 2.30 pagi.

Kerana tidak kelanjuran mahu tidur, Aira memutuskan untuk ke ruang makan untuk minum air masak. Tekaknya berasa haus kerana suhu aircond mencapai 16 Darjah Celcius. Sempat dia menutup aircond sebelum menapak keluar.

Sebaik sahaja dia menuju ke arah ruang makan, kelihatan Tuan Hanafi sedang membuat kerjanya di meja makan.

"Abi tak tidur lagi?" suara Aira membuatkan Tuan Hanafi mendongak ke arahnya.

"Tak, Aira. Ni kenapa? Haus?" soal Tuan Hanafi, menatap anak bongsunya itu dengan senyuman manis di bibir. Dia sering melakukan kerja pada waktu tengah malam dan meluangkan masa pada waktu siang bersama keluarganya meskipun separuh hari.

Aira mengangguk pelan. "Abi nak air?"

Tuan Hanafi mengangguk kecil. Aira menuangkan air dan meletakkan dua gelas yang disediakan oleh pihak resort di atas meja kemudian dia menarik kerusi.

Seraya duduk di hadapan Tuan Hanafi, Aira melihat kertas-kertas kerja yang terpampang di hadapannya. Kertas yang diisi dengan puluhan pamplet mengenai prinsip-prinsip Islam. Kelihatan menarik reka bentuk nya.

"Memang abi akan sediakan pamplet eh?" soal Aira seraya memegang pamplet, dilihat isi kandungannya.

"Bukan sekadar memberi pamplet Aira, abi dan kawan-kawan abi akan ajar dieorang cara solat, membaca Al Quran, memberi pengetahuan agama dan bersuci. Kerana ramai lagi orang asli kat sana yang kurang pengetahuan tentang semua tu.

Lagipula, sayang kalau akidah mereka akan rapuh atau risau mereka akan kembali ke pegangan animisme mereka ataupun tiada pegangan agama.

Sebab tula, abi cadangkan buat pamplet untuk mereka tampal kat rumah mereka. Cara solat berserta beberapa perkara penting lagi supaya mereka dapat amalkan setelah rombongan abi dah selesai."

Aira tersenyum mendengar menjelasan Tuan Hanafi. Kesungguhan abinya itu mengajarkan orang lain memeluk agama Islam meskipun tidak lahir sebagai seorang Muslim. Tapi, kerana Allah sayang, abinya itu masuk Islam dan alhamdulillah, dia dilahirkan dalam Islam. Satu keistimewaan yang tidak akan terjadi kepada mana-mana manusia yang terpilih.

"Abi,"

"Ya?"

"Boleh ceritakan macamana abi tergerak hati nak masuk Islam?" soalan Aira membuatkan Tuan Hanafi berdehem seketika. Memikirkan hal yang telah membuatkan dirinya berubah beberapa dekad yang lalu. Terlalu lama.

Hansol tersenyum sebaik sahaja kakinya menapak di KLIA. Kali pertama kakinya menjejak ke tanah Melayu itu. Bukan sebagai seorang pelancong, tetapi seorang pelajar jurusan engineering. Ya, dia berjaya melanjutkan pelajaran di bumi Malaysia itu.

"Hansol, right?" Hansol mengangguk sambil melontarkan senyuman kepada seorang lelaki yang lingkungan 30 an yang kemungkinan seorang staff di universiti yang bakal dia masuki.

"Follow me, let me send you to the university."

"Hallo, my name is Kim Hansol. Nice to meet you all." tutur Hansol sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam rumah sewa yang sudah didaftarkan.

Ada lima orang termasuk dirinya. Keempat-empat mereka menyambutnya dengan ramah.

"Assa... eh, hye Hansol. Nama saya Arman." lelaki bernama Arman itu menghulurkan tangannya dan disambut baik dari Hansol.

"Wajdi,"

"Fahmi,"

"Azhar,"

Hansol tersenyum. Tingkah laku housemate itu semua sporting, membuatkan dia berasa selesa. Dia juga turut mempelajari beberapa istilah bahasa Malaysia kerana selalu mendengarkan perbualan housematenya. Malah housemate nya juga mengajarnya.

Sepanjang tinggal bersama mereka, Hansol melihat kejadian-kejadian yang tidak pernah dia lihat sebelum ini.

Setiap pagi, tengah hari, petang, waktu matahari terbenam sehinggalah larut malam, dia akan melihat housematenya itu memakai kopiah dan membentangkan kain yang bernama sejadah di lantai dan melakukan pergerakan. Itu kadang-kadang berlaku kerana para housematenya itu akan melakukan hal sebegitu jika mereka terlewat akibat kelas yang berlarutan, jika tidak mereka akan melakukan pergerakan itu di masjid.

Namun Hansol tidak mahu menganggu atau bertanyakan hal itu kerana para housematenya itu semua bukan jurusan sama dengannya. Jadual kelas mereka terlebih padat berbanding dirinya, sampaikan satu hari, dia sahaja berada di rumah sewa kerana mereka semua ada kelas. Tidak miss kelas langsung.

Pernah Hansol ingin bertanyakan apa jurusan yang diambil oleh para housematenya itu, namun dia takut menganggu pula. Ada masa free nanti, dia akan bertanya.

Sebulan berlalu, Hansol berasa tidak sabar mahu bertanyakan hal itu. Hari itu mereka berehat kerana universiti mereka cuti peristiwa satu hari. Itu adalah kesempatan yang baik.

"Korang, boleh aku tanya?" soal Hansol sebaik sahaja dia duduk di kerusi. Keempat-empat housematenya yang sedang duduk berborak berpaling ke arahnya serentak.

"Ya, Hansol? Ada apa?" tanya Arman lembut.

"Apa jenis gerakan yang korang lakukan setiap hari tu?"

Semua yang ada di hadapannya berdiam sejenak, menghadam pergerakan yang dimaksudkan oleh Hansol.

"Yang macam ni-" Hansol berdiri sambil menunjukkan cara bertakbir ratul ihram. Itu sahaja gerakan yang sempat dihafal sepanjang dia melihat itu.

Semua berpandangan sebelum tersenyum.

"Itu namanya solat, Hansol." tutur Fahmi seraya mempersilakan Hansol duduk semula.

"Solat, apa itu?" Hansol menggaru kepalanya. Itu adalah istilah yang dia tidak pernah tahu sepanjang 19 tahun dia hidup di muka bumi ini.

"Solat itu adalah beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu."

Hansol diam, tidak membantah. Entah mengapa dia berasa tertarik.

"Kau nak tahu lebih lanjut?" tanya Wajdi sambil menongkat dagunya. Tanpa ragu Hansol mengangguk.

Dan malam itu jugalah mereka berempat mengajarkan Hansol tentang lima solat fardu, syarat wajib solat, syarat sah solat, rukun solat dan sebutan niatnya. Hansol sepertinya banyak bertanya membuatkan mereka berempat menjadi semangat mengatakan perihal itu kepada Hansol.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro