11 | Halal dan Haram

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi." (Al Baqarah, ayat 173)

"Dan makanlah daripada rezeki yang sudah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik." (Al Maidah, 88)

️☘️☘️☘️

Yoongi dan Namjoon duduk di gazebo yang berada di tengah-tengah taman resort. Kicauan pagi burung dan mentari yang bersinar naik mengindahkan suasana. Kedua-dua jejaka itu sibuk berbincangkan tentang perihal album mereka yang mendatang. Meskipun tidak dimaklumi apa-apa oleh agensi, apa salahnya jika mereka melakukan persiapan awal?

"Jadi, apa konsep yang sesuai untuk kali ini?" Yoongi membuka suara setelah agak lama mereka berkutat dengan iPad dan laptop peribadi untuk mencari menghasilkan lagu baru dan hal lain yang berkaitan.

"Hurm, aku tak berapa pasti untuk konsep. Kita kena bincang dengan Bang PD-nim untuk tu. Fokus sekarang adalah, buat lagu baru." ujar Namjoon, kemudian kembali menatap laptop peribadinya. Yoongi mengangguk.

"Aku fikir nak buat kolaborasi." Yoongi mengeluh perlahan.

"Tapi aku kena cipta dulu instrument dan pilih penyanyi yang mana sesuai untuk lagu,"

"Baguslah," setuju Namjoon. Dia tahu kelebihan Yoongi yang bukan sahaja merupakan seorang idol rapper sahaja, malah mempunyai bakat produser yang sangat menarik dan kreatif.

Sedang asyik berbual, tiba-tiba Yoongi melihat sosok tubuh yang melewati mereka. Matanya dikecilkan. Samar-samar wajah yang diperhatikan tadi bukanlah staff atau stylist noona yang dia kenali.

"Kenapa hyung?" Namjoon hairan melihat Yoongi yang menatap jauh, tanpa basa basi, dia menatap arah yang sama.

"Aira!"

****

"Aira!"

Aira memalingkan wajahnya kepada si pemanggil. Dari jauh dia melihat dua orang jejaka berada di sebuah gazebo dan salah seorangnya sedang melambai ke arahnya.

Aira tersenyum kecil dan menapak ke arah mereka berdua.

"Hai Namjoon oppa," Aira membongkokkan badannya sedikit. Jarak mereka agak jauh. Kemudian dia menatap ke arah jejaka di
samping Namjoon.

Mulut jejaka itu sedikit ternganga dan matanya tidak lepas daripada memandang Aira. Aira mengenakan tudung bawal labuh, blouse labuh dan seluar slack labuh. Kelakuan lelaki itu membuatkan Aira tidak selesa sehingga dia tersedar kerana disinggung oleh Namjoon.

"Er, maaf." Jejaka itu menundukkan matanya seraya menggosok lehernya segan.

Melihat kecanggungan itu, Namjoon berdehem sejenak, pandangan beralih pada Aira yang masih lagi berdiri di hadapan mereka.

"Aira, ini Yoongi oppa. Produser kumpulan kami." Namjoon mengenalkan Yoongi. Mahu tidak mahu, Yoongi tersenyum juga. Senyum canggung.

"Oh, nama saya Aira." Aira memperkenalkan diri. Namjoon ketawa kecil melihat reaksi Aira.

"Dia kenal nama Aira, cuma tuan badan je tak."

Sekali lagi Aira tersenyum nipis. Agak canggung kerana lelaki bernama Yoongi itu kelihatan agak pendiam. Namun Aira cuba bersangka baik, pasti dia seorang yang kurang berinteraksi dengan orang luar.

"Kulit oppa Yoongi putih. Macam perempuan," Aira cuba bergurau. Menghilangkan kecanggungan ini. Dia sebolehnya ingin bergaul mesra dengan orang baru di sekelilingnya.

Yoongi yang awalnya tadi diam kini tergelak kecil. "Sejak lahir,"

Tanpa Yoongi sedar, Namjoon sudahpun mengukir senyuman sinis kepadanya.

"Oppa berdua buat apa kat sini?" tanya Aira sambil wajahnya didongakkan sedikit ke arah langit biru dengan sinaran matahari yang cukup silau.

"Itu..." Namjoon meletakkan laptopnya di tepi.

"Kami buat kerja sikit."

"Kerja apa?" soal Aira, ingin tahu.

"Mari la duduk dengan kami," ajak Yoongi.

Meskipun ragu, namun Aira menurut sahaja, lagipula tidak sunyi sangat kerana tempat mereka duduk itu berhampiran dengan restoran resort, kedengaran samar-samar suara chef dan pelayan yang sibuk memasak masakan tengah hari nanti. Dia tidak duduk di tengah-tengah, tapi di pinggiran sahaja.

"Mana Adam?" tanya Namjoon. Rasa aneh jika tidak ada Adam bersama Aira.

"Ouh, sebenarnya Aira beli makanan sikit kat kedai sana. Abang Adam keluar lambat sikit. Nanti sampai la tu kut,"

Kedua-dua lelaki itu mengangguk.

"Aira, boleh tak oppa nak tanya?" Yoongi menatap ke arah Aira sambil menggosok matanya.

"Ya?"

"Kenapa daging khinzir haram dalam agama korang?"

"Eo? Kenapa oppa tanya?" soal Aira.  Dari mana lelaki itu mengetahui perkataan itu.

"Oh itu..." Namjoon menggosok tangannya seketika.

"Saja nak tahu,"

"Apa yang oppa berdua nak tahu?" Aira menggaru telapak tangannya perlahan. Agak kekok.

"Jelaskan. Sebab oppa pernah dengan istilah tu kat website. Tentang pemakanan yang haram dan sebagainya. Tapi oppa tak berapa faham, sebab banyak. Tak tahu mana yang betul," jelas Yoongi.

Sebenarnya dia agak terkesan dengan kata-kata Seokjin semalam mengenai pemakanan kerana makanan itu yang sering dia makan. Terus dia mencari tahu dengan iPadnya. Namjoon juga menemaninya.

Terkedu Aira mendengarnya. Belum sempat Aira membuka suara, datang satu suara mencelah.

"Aira buat apa kat sini?"

Serentak ketiga-tiga orang itu berpaling. Kelihatan Adam yang kemas berbaju t-shirt lengan pendek berwarna biru muda dan berseluar trek.

"Hai Adam!" Namjoon melambaikan tangannya. Adam membalas lambaian Namjoon kemudian matanya beralih pada lelaki berwajah putih pucat yang kelihatan agak asing di situ.

"Ini Yoongi oppa," Aira memperkenalkan Yoongi. Yoongi tersenyum kecil.

"Macam Jin hyung," gumam Yoongi.

Adam tersengih dan membongkokkan badannya sedikit ke arah Yoongi.

"Saya Adam,"

"Ya, hyung tahu. Jom duduk sama-sama." Adam berasa senang apabila dipelawa. Dia duduk di sebelah Aira tapi agak dekat dengan kedua-dua lelaki itu.

"Ha, Aira buat apa kat sini tadi? Kata nak beli, dah lama abang tunggu." bebel Adam perlahan membuatkan Aira tersengih.

"Hehe, jangan marah dia. Hyung yang ajak berbual tadi." bela Namjoon. Adam mengangguk sahaja.

"Erm, boleh tak oppa tanyakan hal tu kat abang Adam? Dia lebih tahu daripada Aira."

"Ha,? Hal apa?" dahi Adam berkerut memandang Aira, Yoongi dan Namjoon silih berganti.

"Tentang kenapa daging khinzir diharamkan dalam agama korang,"

Hampir dua minit suasana lengang tanpa suara, dengan perlahan bibir Adam mengukir senyuman manis.

"Boleh je," Adam membetulkan kedudukannya sedikit.

"Ni mesti Jimin dan Seokjin hyung yang bagitahu kan?"

Namjoon dan Yoongi mengangguk. Kalau bukan dari dua member mereka itu, sampai sekarang mereka tidak tahu istilah haram itu.

Aira di samping Adam hanya mampu menatap. Dari Adam rupanya mereka tahu istilah tu.

"Sebenarnya agak sulit nak bagitahu tentang haram ni sebab ia melibatkan hukum agama. Nak saya teruskan?" Adam meminta izin. Kerana hal itu hal yang besar dan tidak boleh dibuat main-main.

Yoongi dan Namjoon mengangguk. Mereka berasa ingin tahu. Itu yang berada di benak mereka sekarang ini.

"Sebenarnya, khinzir ini merupakan haiwan yang kotor dan makanannya kebanyakkan dari najis. Itu hyung berdua boleh tengok mana-mana artikel ataupun doktor."

Adam berdehem seketika sebelum menyambung. Yoongi dan Namjoon menunggu bicara Adam.

Dia melanjutkan, "Jika hyung memperhatikan kebiasaan khinzir, hyung akan melihat perbezaan dengan haiwan lainnya. Misalnya, lembu atau kambing tidak makan rumput tempat manusia berjalan. Mereka makan makanan yang bersih dan sehat. Tapi khinzir itu makan kotoran. Mereka makan tikus dan ular, mereka bahkan makan kotorannya sendiri. Khinzir makan makanan yang tercemar."

Sedangkan kami sebagai Muslim diwajibkan apa yang diizinkan halal, baik, dan bersih."

Yoongi dan Namjoon terdiam seketika. Menghadam semua perbicaraan Adam.

Namjoon teringatkan makanan kegemarannya iaitu Samgyeopsal iaitu  hidangan Korea yang popular biasanya disaji sebagai makan malam. Ia mengandungi hirisan tebal daging perut khinzir berlemak. Daging itu biasanya tidak diperap dan tidak diperisakan, dimasak di atas pemanggang di meja makan.

"Tapi agama kami dan beberapa agama sahaja yang melarangnya. Tidak ada masalahnya kalau hyung berdua makan," Adam cuba menyenangkan keadaan.

"Tak mengapa. Lagipun ada pepatah Korea mengatakan 'Khinzir berbahaya semasa musim panas'.
Pepatah itu menyebut khinzir akan menjadi busuk dan kuman membiak dengan mudah di dalamnya.

Itulah mengapa ramai orang tidak makan khinzir, daging khinzir telah banyak dibekalkan, harganya murah sehingga banyak restoren daging itu dibuka di Korea." jelas Namjoon. Dia sudah membaca hal itu sebelum-sebelum ini. Walaupun dia menggemari lauk yang mengandungi bahan inti daging itu, tidak ada masalah untuk dia menikmatinya.

Mulai sekarang, dia harus pelan-pelan dan menjaga pemakanan.

"Apa tu halal?" Yoongi perasan ada satu istilah yang aneh di sebalik jawapan Adam.

"Halal itu berlawanan dengan haram.  Contohnya makanan yang dijamin bersih dan sihat sepenuhnya," ringkas sahaja Adam menjawab. Dia tidak mahu melebih-lebih pula. Bimbang akan menimbulkan ketidakselesaan.

Serentak Namjoon dan Yoongi mengangguk perlahan. Memahami setiap bait bicara Adam.

"Macamana korang berdua nak bezakan makanan tu halal atau tidak?" Yoongi bertanya. Tapi benarkan, bagaimana ia mahu membezakan makanan itu halal atau haram?

"Di Malaysia mudah bezakan. Di setiap bungkusan makanan mahupun minuman, akan ada logo halal yang dah disahkan oleh JAKIM. JAKIM itu adalah singkatan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Jabatan itulah yang bertanggungjawab tentang segala hal yang berkaitan dengan Islam di Malaysia.

Jadi, tidak ada masalah dan majoriti makanan yang dijual di Malaysia adalah halal. Jika ada yang haram, itu kadang-kadang dari kedai bukan Islam dan dinyatakan. Majoriti masyarakat Malaysia adalah Islam." terang Adam panjang lebar.

"Dan isu ini agak sensitif. Jika ada yang melibatkan soal haram ini akan diambik tindakan oleh pihak tadi." jelas Aira. Dia kemudian mengeluarkan sebungkus coklat dan memberikan kepada Adam.

"Macam ni rupa logonya,"

Namjoon menyambut huluran bungkusan itu daripada Adam dan menelitinya. Yoongi turut melakukan hal yang sama.

"Jadi sebab itulah Adam tolak pemberian Jimin hyung?" soal Namjoon. Adam mengangguk lalu mengukir senyuman kecil.

"Maafkan dia ya? Dia tak tahu." ujar Yoongi. Dia menyerahkan kembali bungkusan itu kepada Aira setelah puas meneliti.

"Tak mengapa, lagipun dia tak salah. " tutur Adam, bibirnya ramah mengukirkan senyuman manis

"Yah, hyung!" tiba-tiba lima pemuda serentak menuju ke arah mereka.

"Wah, dah termakbul kata-kata aku semalam. Hari ni dah jumpa Aira." Taehyung melompat dan duduk di sebelah Yoongi. Begitu juga dengan yang lain.

"Hai Aira! Adam!" serentak mereka yang baru sahaja datang itu menyapa. Kedua-dua yang disapa itu hanya mampu tersenyum dan menyapa kembali

"Oppa semua tak ada shooting ke sekarang?" soal Aira, di menarik sedikit hujung bajunya dan mengesot.  Mujurlah Adam nampak dan melindung.

"Hari ni tak. Tapi petang nanti naik bot!" kata Jimin teruja.

"Eo? Samalah. Kami pun naik bot juga." balas Adam.







Maaf baru update. By the way agak mencabar juga mencari dan menulis yang berkaitan dengan hal-hal serius berkaitan dengan hukum-hukum agama ni.

Kebanyakan yaya ambil di beberapa artikel di internet.

Jika ada kesilapan atau kesalahan fakta , mohon beritahu segera.

Baca juga Someday 🤧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro