15 | Idola

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Apa yang hadir, Apa yang pergi,  Semuanya mengajar satu manfaat buat diri kita yang laluinya,Walaupun ia sukar di tafsir pada manusia.Tidak mengapa, Dirimu difahami dan diketahui oleh Yang Maha Kuasa."

️☘️☘️☘️


"Hai,"

Aira menoleh ke arah si pemanggil. Dia baru sahaja selesai membasuh tangan di wastafel yang terletak tidak jauh dari tempat makan.

"Oh, Namjoon oppa!" Aira menundukkan sedikit tubuhnya sebelum mengukrkan senyuman.

"Namjoon oppa sorang je ke?"

"Tak. Ada yang lain kat sana," Namjoon menundingkan jarinya ke arah meja hujung yang dipenuhi dengan set rakaman dan staff mereka. Para member pula sedang bergelak sakan di meja mereka.

"Oh, ada apa jumpa Aira?" soal Aira sambil tangannya mengelap tangan dengan tisu yang sempat diambil di wastafel.

"Aira lepas ni ada apa-apa tak? Kami ingat nak ajak sembang," tutur Namjoon.

Aira fikir sejenak. "Oh, ada. Pukul 2.00 petang nanti Aira dengan Adam nak snorkeling. Oppa semua ada tak aktiviti tu?"

Namjoon menggeleng. "Oh snorkeling...Hurm... Ada,"

Aira menjadi teruja. "Yakah? Boleh la kita menyelam sama-sama!"

"Baguslah, idea yang menarik!"

Namjoon tersengih. Sebenarnya mereka sudahpun snorkeling, namun its okay. Boleh mohon pada staff. Artis kesayangan kan!

****

"Wah, jinja. Kena menyelam lagi?" Hoseok buat muka. Kata-kata yang keluar dari mulut Namjoon cukup membuatkan dia terkedu seketika.

"Sekali sekala. Sebab Aira dan Adam join juga. Kesian la tengok dieorang berdua je yang snorkeling. Dahlah keluarga dia je ada kat sini," sokong Jimin.

"Eo? Aira dan Adam snorkeling?" Dahi Hoseok berkerut.

"Haah. Hyung nak ikut jugak ke?" soal Jimin risau. Bukan dia tak tahu Hoseok jenis yang mabuk laut.

"Boleh juga. Sebab bosan juga duk sorang-sorang. Semalam ada dieorang berdua temankan,"

"Eoo sebab tu la hyung makan aiskrim tu?" Jungkook menyoal.

Semalam Hoseok dengan selambanya datang ke arah mereka sambil menikmati aiskrim yang berbau itu membuatkan mereka berempat kecuali Jimin dan Seokjin menekup mulut. Hoseok hanya tertawa sahaja.

"Haah, free pulak. Ko ade?" Hosoek mengejek lalu tertawa.

"Ew," Yoongi mencebik.

"Tapi seriusla hyung nak menyelam jugak?" Taehyung bertanya.

"Ani (Tidak). Tengok kat tepi jeti je," Hoseok menggelengkan kepalanya. Boleh pengsan dia kalau turut menyelam.

"Nasib baiklah staff bagi. Lagipun lewat lagi shooting," ujar Seokjin. Bosan juga kalau menghabiskan masa di dalam bilik. Nak tengok tv tak ada translate!

"Kajja(Jom)! Kita dah lambat!"


****

Di sinilah Aira dan Adam sekarang. Sudah lengkap berpakaian snorkeling dengan bantuan para staff yang bertugas di resort. Puan Aisyah dan Tuan Hanafi tidak melepaskan peluang itu.

"Eeii tak sabarnya!" Aira bersorak kecil sebaik sahaja kakinya memasuki area bot yang akan membawa mereka ke tempat snorkeling.

"Huish, excited sangat Aira ni." Adam tersengih.

"Dah lama tak snorkeling." Tuan Hanafi memandang ke arah lautan yang indah itu. Begitu juga dengan Puan Aisyah.

"Eo? Itu Namjoon oppa!" Aira melambai ke arah tujuh figura yang menuju ke arah mereka diiringi beberapa orang staff.

Puan Aisyah dan Tuan Hanafi menghala pandangan yang sama. "Oh, itukah artis di bawah agensi besar tu?"

"Haah ummi, dieorang ni idol group dari Korea." ujar Adam.

"Idol group?" Puan Aisyah mengerutkan dahi.

"Haah. Dekat Korea ada banyak idol group dan antaranya mereka. Kumpulan BTS. Orang biasa panggil KPOP."

Puan Aisyah mengganggukkan kepalanya, mengiyakan ucapan Tuan Hanafi. Sudah lama dia tidak berkunjung ke negara asal mereka dan pastinya dia lupa tentang kehidupan masyarakat mereka di sana. Lagipun, semasa dia berada di sana dia tidak tahu serba serbi tentang KPOP mungkin kerana tidak terlalu gemilang ketika itu.

"Anneyounghaseyo (Hai)," ucapan enam member BTS itu dibalas mesra oleh keluarga itu. Masing-masing tersenyum. Terbongkok-bongkok keenam member apabila melihat ibubapa Aira turut bersama.

"Ibubapa Aira?"

Tuan Hanafi tersenyum mengangguk membalas jabat tangan yang dihulurkan Namjoon.

"Kamu pasti leader BTS, Kim Namjoon."

Namjoon tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Tuan kenal kami tapi anak tuan tidak,"

Tuan Hanafi tertawa. "Sibuk sekolah kut,"

"Wah puan sangat cantik," puji Jimin membuatkan Puan Aisyah tersipu malu. Mereka berenam mengambil posisi duduk di bot itu. Yoongi dan Jungkook angguk bersetuju.

"Kamu berenam apa kurangnya. Semua kacak," balas Puan Aisyah membuatkan mereka semua tertawa kecil. Adam dan Aira tersengih melihat itu.

"Eo, mana Hoseok oppa?" tanya Aira  apabila dia mendapati sahaja.

"Oh, Hoseok hyung, dia mabuk laut tapi ada je kat jeti tu. Tengok dari jauh." ujar Taehyung.

"Yakah? Kesian Hoseok oppa." Aira memandang sayu ke arah jeti. Ada Hoseok yang sedang tersenyum ke arahnya.

Bot yang didiami mereka telahpun berlepas ke sedikit ke tengah untuk aktiviti snorkeling. Masing-masing sudah siap memakai semua peralatan snorkeling dan memakai jaket dengan kemas.

"Are you ready?"

"Yes!"

Aira berada di sebelah kiri Namjoon. Dipandangnya ke arah Adam yang turut berada di sebelah kirinya. Digenggam tangan Adam dengan erat.

"Bismillahirahmanirrahim..."

Mereka semua sudahpun selamat memasuki lautan.

Aira masih memejamkan matanya namun tepukan hangat Adam pada bahunya membuatkan pelan-pelan dia membuka matanya. Dapat dia melihat Namjoon dan member yang lain melambai ke arahnya. Begitu juga dengan Tuan Hanafi dan Puan Aisyah. Mereka bersama-sama bergerak ke dasar laut dan menikmati indahnya ciptaanNya. Tidak putus-putus dia memuji kebesaran Maha Pencipta.

Adam menarik tangan Aira menuju ke arah batu karang yang sangat banyak dah cantik. Juga terdapat beratus-ratus ikan yang tinggal di situ.

Aira mengeluarkan kamera anti air yang sempat diselitnya dan merakam setiap detik yang berharga. Tidak dilupa gambarnya bersama keluarga dan juga gambarnya bersama member BTS di dasar laut. Dan member BTS yang lain turut mengambil gambar bersama mereka menggunakan kamera milik mereka.


****

"Ee, mana aci aku takde dalam ni!" Hoseok mengomel sambil tangannya tidak habis-habis membelek galeri kamera kalis air itu sejak para member pulang dari aktiviti snorkeling beberapa minit yang lalu.

"Takpe hyung. Nanti kita amik lagi," pujuk Jimin sambil mengelap rambutnya yang dengan tuala.

Hoseok memuncungkan bibirnya kembali membelek lagi. Namun dia berhenti sejenak dan menunjukkan suatu gambar kepada Jimin.

"Ini siapa?" soal Hoseok. Pada gambar itu kelihatan wanita Korea dan lelaki Korea yang dalam lingkungan 30 an.

"Itu mak ayah Aira dan Adam. Cantik dan kacak kan! Like parents like son and daughter!" tiba-tiba Taehyung masuk campur.

"Haah, serius aku dengan Yoongi hyung tengok tak berkedip. Untuk kali keduanya jumpa orang Korea pakai kain camtu." sahut Jungkook yang baru tiba setelah usai mandi.

Hoseok mengangguk sambil tersenyum manis. "Haih cantik betul. Kan bagus kalau semua gadis Korea pakai macam ni,"

"Korang ada nampak Namjoon?" tiba-tiba Seokjin muncul dengan keadaan yang sudah rapi.

"Tak pula. Ada hal dengan Bang PD kut," duga Jimin lalu duduk di sebelah Taehyung setelah mengeringkan rambutnya.

"Hal?" Dahi Seokjin berkerut.

"Entah, last aku nampak dia bawak dua beg kertas besar." kata Yoongi.

****

Di sinilah Namjoon sekarang. Bersama dengan Aira dan juga Adam di sebuah kafe. Sebelum mereka beredar ke penginapan masing-masing, Namjoon telah membisikkan pada Adam untuk bertemu dengan mereka berdua setelah selesai.

"Ada apa oppa?" soal Aira. Langsung tidak kekok kerana sudah beberapa hari berjumpa dengan idol terkenal itu.

"Boleh oppa tanya kamu minat idol group yang mana?" soal Namjoon dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya. Fikirnya, pasti Aira dan Adam tidak mengenali mereka kerana mereka meminati idol yang lain.

"Idol group?" Aira dan Adam berpandangan sesama sendiri sebelum sama-sama tersenyum.

"Oppa, Aira dan Adam tak tahu KPOP itu apa sebelum kami kenal oppa dan kawan-kawan oppa lagi. Lagipun kami tak berapa minat sangat nak tahu sebab banyak benda yang kami  perlu buat. Tak salah untuk minat oppa semua. Tapi kami dah ada idola untuk diri kami sendiri." ucap Aira dengan nada yang agak gementar kerana takut menyinggung seorang idol di hadapannya.

"Oh, maksudnya kamu berdua dah ada idola selain daripada idol KPOP?" duga Namjoon.

"Boleh sharekan pada oppa? Oppa nak tahu."

Aira dan Adam sama-sama memandang sesama sendiri. Seolah-olah berfikir mahu mengatakan ia ataupun tidak. Namjoon sabar menanti walhal dia turut ingin tahu apa yang diidolakan oleh kedua mereka.

"Disebabkan ini kemahuan Namjoon hyung, kami bagitahu. Idola pertama kami adalah Rasulullah SAW, iaitu Muhammad bin Abdullah. Dan kedua, Sultan Muhammad Al Fateh." ujar Adam dengan tenang.

Namjoon mengangguk senang. "Oh begitu,"

Aira dan Adam tersenyum kekok namun cuba untuk membuat reaksi biasa.

"Tapi kami suka karya oppa semua. Semua mesej yang oppa semua sampaikan dari setiap lagu sangat menyentuh dan bermakna," jujur Aira mengatakan membuatkan Namjoon tersenyum suka.

"Iyakah? Lagu apa yang Aira dah dengar?"

"Spring Day. Lagu tu pasal kerinduan seorang sahabat kan? Sungguh Aira hampir menangis pertama kali dengar," tutur Aira bersungguh-sungguh.

"Lagipun oppa dan Yoongi oppa kan yang tulis lagu tu?"

Namjoon mengangguk. "Haah, kami penulis lagu. Memang banyak yang suka lagu tu. Oppa tulis lagu tu masa musim bunga. Waktu tu oppa duduk atas bangku dan tiba-tiba ada  kelopak bunga jatuh. Dan lirik tu terlintas dalam fikiran oppa."

Aira dan Adam berasa kagum.

"Hebatlah. Lepas ni Aira dan Adam akan dengar lagu-lagu oppa semua. Semangat!"

"Terima kasih kerana minat dan suka lagu kami. Oppa hargai sangat. Lagipun oppa nak bagi kamu berdua album dari zaman kami debut sampai lah album terkini kami iaitu BTS : BE,"

Melolot mata Aira dan Adam dibuatnya apabila Namjoon memberikan dua beg yang berukuran agak besar. Setahu mereka satu album mencecah ratusan ringgit. Dan album yang diberikan oleh Namjoon kini lebih dari sepuluh album.

"Yah, oppa. Tak apa ke ni?" soal Aira dengan nada yang tidak percaya sambil membelek-belek album yang diberikan oleh Namjoon. Begitu juga dengan Adam.

"Anggaplah itu hadiah dari oppa kerana banyak yang oppa belajar dari Aira dan Adam,"

Aira dan Adam mengukirkan senyuman. "Terima kasih banyak-banyak oppa/hyung!"







Terasa jeles tak bila taip yang Namjoon bagi album free tu? hehe

Terima kasih kepada yang menantikan percious RAIN.

Idola kita sebagai umat Islam tidak lain tidak bukan adalah Rasulullah SAW. Moga kita mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak! Salam Maulidur Rasul jangan lupa berselawat!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro