18 | Manusia dan Hidup

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Last chapter.

Sekadar pengetahuan, jalan cerita hanyalah rekaan semata-mata dan doakan yang terbaik untuk kita dan mereka.

We all knows where we are from ♥

☘️☘️☘️

Buku teks Pendidikan Syariah Islamiah dibelek satu persatu. Buku tulis di sebelahnya masih kosong. Ditatap dan dibaca satu persatu isi di muka surat itu. Mereka sekarang berada di dalam kapal terbang, menuju ke Korea Selatan.

"Apa Aira buat ni?" Adam di sebelah seat Aira bertanya. Pelik benar dia dengan adiknya yang satu tu. Ada ke buat homework dalam kapal terbang? Buku tulis yang kosong itu dibelek.

"Kerja sekolah." kata Aira tanpa memandang Adam. Dia sibuk meneliti buku teks yang bertulisan Jawi itu.

"PSI?" Adam melihat tajuk yang terpapar pada halaman hadapan buku itu.

"Haah, subjek baru."

"Oh," Adam tersenyum. Dia meminta buku itu daripada Aira dan membelek halaman satu persatu. "Rindunya nak belajar ni-"

"Best ke belajar ni?" Aira memandang ke arah Adam yang masih membelek-belek buku itu.

"Best, banyak ilmu yang kita dapat. Nama pun Pendidikan Syariah Islamiah. Mestilah banyak tentang Islam. Ada banyak perkara yang kita tak tahu kita belajar.

Tengok ni. Mula-mula kita akan belajar bab Akidah lepastu bab Usul Fiqh, Ayat Hukum, Feqah, Hadis Hukum dan Sejarah Perundangan Islam. Dan setiap bab tu akan ada topik-topik kecil yang berkaitan."

Aira mengangguk sahaja.

"Aira dah belajar sampai bab mana dah?"

"Ada kerja pasal macamana nak tuntaskan teori Carles Darwin tentang manusia itu daripada beruk."

Adam senyum sejenak.

Teori Darwin terhadap asal-usul manusia amat tidak menyenangkan kerana keimanan hanya membenarkan bahawa manusia adalah keturunan Adam iaitu khalifah fil 'ardh. Walau bagaimanapun, dalam dunia sains, pemerhati sejarah alam semulajadi (Natural History) telah menyaksikan banyak bukti pemerihalan evolusi penyebaran spesies dan kepupusan di seluruh dunia sebagaimana Teori Darwin dan Teori Wallace.

Konflik ini menjadi asbab tiada yang berani bangkit untuk membawa pencerahan kepada bukti-bukti pandang alam tersebut dan perkaitannya dengan manusia, manakala pensekularan sains dengan agama mengaburi pengetahuan sejarah alam yang memberi dampak kepada bidang biologi.

Sebenarnya, Al-Qur'an telah memberikan gambaran tentang kehidupan di bumi malah menyatakan dengan jelas bahawa tamadun-tamadun manusia terdahulu adalah jauh lebih maju daripada yang dinikmati sekarang. Ini bercanggah daripada yang diperihalkan oleh ahli sejarah disebabkan kerangka yang mendasarinya adalah kerangka evolusi Darwinian.

Apa yang perlu sekarang adalah satu kerangka dalam menyangkal teori-teori tersebut berdasarkan pendekatan Sains Tauhidik. Kertas ini bertujuan membawa satu pencerahan yang 'radikal' tentang kejadian manusia berbanding makhluk lain melalui pendekatan "elemental"; "divisional" dan "historical" dan akhir sekali melakar pohon leluhur hidupan (The Tree of Life) yang lebih nyata (tanpa kehadiran manusia),

"Macam ni jawapan dia,"

Adam menerangkan satu persatu kepada Aira dan meminta adiknya itu menulis nota ringkas.

"Asal kejadian manusia menurut Al-Quran, iaitu manusia berasal daripada nabi Adam dan isterinya Hawa. Manakala teori Charles Darwin menyatakan manusia berasal daripada beruk adalah TIDAK BENAR.

Jadi, hujah untuk menolak teori Charles Darwin ada tiga. Yang pertama, Al-Quran iaitu

Allah menerangkan asal kejadian manusia daripada nabi Adam dan Hawa.

Kedua, Akal. Tidak pernah kita temui atau mana-mana fakta beruk bertukar menjadi manusia.

Ketiga, Sains. Manusia terjadi hasil percantuman sperma dengan ovum."

Adam berdehem seketika sebelum memulakan sesi penerangannya.

"Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah:

Firman Allah:
ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين

maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari "pati" (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta" [surah al-Mukminun, ayat 12-14]

Manusia dijadikan melalui beberapa proses yang unik, rapi teratur menurut sunnah dan sistem yang ditentukan Allah."

"Macamana proses kejadian manusia menurut Al-Quran, abang?" soal Aira.

"Proses Kejadian Manusia Menurut Al-Quran ada lima. Iaitu Nutfah, Alaqah, Mudghoh, I'zhom, Janin.

Nutfah
Iaitu (sperma + ovum dalam rahim ibu) - 40 hari.

Alaqah
(segumpal darah) - 40 hari

Mudghoh
(seketul daging) - 40 hari

Malaikat meniupkan roh (melibatkan alam roh)

I'zhom
Tulang dibaluti dengan daging

Janin
Lengkap anggota asas seperti telinga, mata, hidung, mulut, tangan, kaki dan lain-lain.

"Oh macam tu." Aira mengangguk. "Tapi proses yang Malaikat meniupkan roh tu macam mana abang?"

"Yang tu hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Ianya disebutkan di dalam Al-Quran. Para saintis tidak dapat menanggapinya kerana ilmunya terbatas."

"Subhanallah. Kalau menurut sains pula abang?"

"Proses Kejadian Manusia Menurut Sains, manusia dari segi fizikal, terdiri dari kumpulan sel, tulang, saraf, darah dll yang membentuk jasad.

Kedua, sperma + ovum dalam rahim ibu membentuk janin yang membesar secara berperingkat. Setelah cukup tempoh, janin lahir ke dunia sebagai bayi."

"Eum, abang. Aira ada soalan. Proses kejadian manusia melalui kajian sains ni, bercanggah dengan Al-Quran tak?"

Adam tersenyum.

"Bagus soalan Aira. Proses kejadian manusia melalui penemuan sains tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Hanya proses peniupan roh ke dalam janin sahaja yang tidak ditemui oleh ahli sains, kerana ilmu manusia terbatas, hanya mampu mengkaji perkara nyata sahaja."

"Termasuk yang Malaikat meniupkan roh tadi?"

"Yes, pandai adik abang." Adam memuji Aira membuatkan gadis itu tersengih. Namun tidak bertahan lama apabila gadis itu memandang semula ke arah Adam dan bertanya.

"Kenapa kajian sains tak dapat mengkaji tentang roh, ya abang?"

Adam hanya menggeleng sambil tersenyum tipis. Haih banyak tanya pula adiknya ini.

"Firman Allah:
وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja" [surah al-Isra', ayat 85]

Roh adalah urusan Allah. Ilmu manusia terbatas, hanya mampu mengkaji perkara yang nyata sahaja. Mereka tidak mampu mengkaji roh kerana ia perkara ghaib."

Aira tertegun mendengar penjelasan Adam. Allahuakhbar!

"Kita dapat lihat bukti kekuasaan Allah melalui proses kejadian manusia yang unik, rapi dan teratur menurut sistem yang diatur oleh pencipta yang Maha Agung.

Seterusnya, proses penciptaan anggota manusia seperti telinga, mata, jantung dan anggota lain dan diletakkan di tempat yang sesuai dan berfungsi dengan baik.

Ketiga, peniupan roh yang tidak dapat dikaji oleh ahli sains membuktikan kekuasaan Allah.

Keempat, pengurniaan akal kepada manusia yang mampu berfikir, berusaha dan mencipta sesuatu membuktikan kekuasaan Allah."

"Subhanallah! Allah Maha Berkuasa. Sungguh apa yang diciptakanNya sangatlah hebat-" Aira kagum. Namun dia berpaling ke arah Adam seraya bertanya.

"Tapi kan, kenapa semua manusia dicipta dengan pelbagai bangsa dan rupa ya abang?"

Adam membasahkan bibirnya seketika. Dia kemudian meminum air masak yang tersedia oleh pihak kapal terbang seketika. Banyak benar air liurnya berkerja untuk menerangkan pada Aira.

Tapi tidak mengapa, dia suka itu. Mengongsi ilmu. Lebih-lebih lagi adiknya sendiri dan para readers.

"Hikmah Allah SWT menjadikan manusia pelbagai rupa dan bangsa adalah supaya manusia memperhambakan diri kepada Allah tanpa mengira rupa dan bangsa.

Yang kedua, manusia dapat berkenalan, tolong-menolong dan menghargai keistimewaan masing-masing.

Yang ketiga, supaya manusia menjadi khalifah Allah dan sama-sama memakmurkan muka bumi.

Dan yang terakhir, setiap orang boleh menilai keistimewaan dan kelemahan masing-masing, supaya tidak sombong dan takabur."

Aira tersenyum mengangguk. Dia akhirnya sudah memahami.

"Terima kasih abang. Aira faham sangat apa yang abang ajar."

"Aira tahu? Kita yang Allah SWT ciptakan sebagai manusia sangatlah istimewa."

Alis kanan Aira terangkat. "Apa keisitimewaannya?"

"Keistimewaan manusia, mereka dikurniakan akal, mampu berfikir dan mencipta sesuatu. Kemudian mereka dilantik sebagai khalifah Allah untuk memakmurkan bumi. Manusia dicipta sebaik-baik kejadian yang diciptakan, dan yang paling penting, manusia dapat beribadat kepada Allah dengan sempurna.

"Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT." Aira dan Adam berpandangan sebelum pandangan mereka beralih pada tingkap pesawat, menikmati pemandangan indah yang diciptaNya.

Kepada readers, apa yang dibaca, moga bermanfaat!

****

"Wah Aira...kenapa sweet sangat ni?" Namjoon tersenyum sendiri. Dia membuka hadiah pemberian agak lewat kerana menyertai perjumpaan dengan para manager untuk comeback mendatang.

Semua member telahpun membuka hadiah pemberian Aira. Aira membuat jurnal yang sangat cantik dan kreatif dari hari pertama mereka bertemu dilengkapi gambar-gambar mereka. Bahkan ada gambar-gambar mereka semasa snorkeling bersama. Kelakar pula apabila melihat Aira yang menampal gambar Hoseok yang mungkin Aira ambil dari internet untuk melengkap gambar itu. Tetapi mulus sahaja tampalan gambar itu membuatkan Hoseok juga seakan berada di situ.

Tidak dilupakan kata-kata semangat yang ditulis oleh gadis itu serta abangnya.

Terkenang pula ketika mereka menghantar pemergian Aira dan keluarganya di jeti. Sempat mereka menukar nombor telefon tanpa pengetahuan staff dan akan membuat group chat sendiri setelah mereka pulang ke Korea nanti.

Semua member tidur awal kerana kepenatan yang teramat. Orang yang paling sedih dan banyak menangis kerana rindukan kenangan bersama Aira dan Adam ialah Jimin. Tidur awal dibuatnya, maklum lah Jimin orangnya hati tisu.

Namjoon tersenyum memperhatikan bagaimana Aira membuat kronologi pertemuan mereka. Tak sangka pula Aira menangkap gambarnya sewaktu mereka mula-mula berbual di bangku dengan telinganya bertindik. Tersenyum lebar dia dibuatnya. Siap letak tarikh lagi. Perempuan its really complicated dalam semua benda!

Mahu tidur dia tidak merasai itu kerana mengenang hal yang berlaku di sini. Terlalu banyak momen indah yang terjadi padanya. Dia kemudian mencapai sweaternya dan keluar dari penginapan dan menuju ke pantai.

Namjoon berjalan di pinggiran pantai. Jam di Korea sekarang pastinya dalam lingkungan pukul 11.00 tengah malam namun di Malaysia, awal setengah jam.

Sekarang jam tangan dan telefon pintar milik Namjoon adalah waktu jam Korea.

Pihak agensi sudah meminta mereka menukar waktu jam, namun Namjoon tidak, dia ada agendanya sendiri.

Iaitu menikmati alam.

Bunyi desiran ombak malam kedengaran mungkin agak menyeramkan di telinga orang lain namun tidak bagi lelaki bernama Namjoon itu. Dia seolah-olah menikmatinya.

Angin laut itu terasa panas. Mungkin kerana kitaran Sains yang berkait dengan alam.

"Eomma, nampaknya usaha Joon selama ni membuahkan hasil." Namjoon tersenyum menatap laut yang berwarna biru kehitaman. Ditambah pula dengan sinaran rembulan yang hadir dari celah-celah awan dan menghasilkan kilauan jernih di permukaan air laut.

Namjoon tersenyum. Terimbas kembali sewaktu pihak agensi mereka hampir berada di ambang muflis, dan ketekanan, tenaga mereka dalam menghasilkan lagu baru, konsep baru, dana, koreografi baru, dan macam-macam lagi.

Dia tersenyum kemudian menunduk. Cuba melihat samar-samar kasut yang dipakainya.

"Tapi adakah kejayaan ini akan berkekalan? Atau ia akan berhenti apabila kami tiada nanti?"

Namjoon mendongak langit yang membiru pekat itu. Berjuta-juta bintang yang berkedipan bertebaran di ruangan matanya.

"Adakah... aku sedang mencarimu Tuhan?"

Namjoon kembali menatap laut dengan meluruskan pandangannya. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodienya.

Dia memejamkan matanya.

Segala apa yang pahit manis mula terbayang dalam mindanya. Dari permulaan BTS dibentuk, dihina haters, dikira plagiat, dan pelbagai lagi sehinggalah mereka berjaya menjejaki Billboard dan menjadi idol paling berjaya di dunia dan ternama.

Dan sehinggalah...

Takdir menemukan dia dengan seorang gadis remaja beragama Muslim yang seolah-olah menyedarkan dia suatu hal.

Bahawa dunia ini.

Tidak berjalan dan berlangsung dengan sendiri....

"Perlukah aku mendengarkannya lagi?"

Tangan kanannya mengeluarkan iPod dan earphone kemudian memasangkan pada kedua-dua telinganya. Setelah itu, dia menekan punat playlist.

Killa hadzil ard mataqfii masahah
Lau na'isibla samahah
Winta'ayasna bahub
Lau tadiqil ardi naskin kalli galb

Killa hadzil ard mataqfii masahah
Lau na'isibla samahah
Winta'ayasna bahub
Lau tadiqil ardi naskin kalli galb

Abtahiyyah wabsalam
Ansyaru ahlal kalam zainuddin yahtirom
Abmahabbah wabtisam
Ansyaru bainil anam hadahu deen assalam

Killa hadzil ard mataqfii masahah
Lau na'isibla samahah
Winta'ayasna bahub
Lau tadiqil ardi naskin kalli galb

Abtahiyyah wabsalam
Ansyaru ahlal kalam zainuddin yahtirom
Abmahabbah wabtisam
Ansyaru bainil anam hadahu deen assalam
Deen assalam

Abtahiyyah wabsalam
Ansyaru ahlal kalam zainuddin yahtirom
Abmahabbah wabtisam
Ansyaru bainil anam hadahu deen assalam

Abtahiyyah wabsalam
Ansyaru ahlal kalam zainuddin yahtirom
Abmahabbah wabtisam
Ansyaru bainil anam hadahu deen assalam
Deen assalam

Entah mengapa air mata Namjoon menitis. Meskipun dia tidak terlalu faham apa yang disampaikan oleh lagu itu, namun entah mengapa dia berasa sebak.

Dan yakin ada makna yang sangat indah di sebalik lirik yang dialunkan.

Mungkin inikah reaksi ARMY international yang mendengar lagu sedih mereka jika tidak diberikan terjemahan.

Contohnya Spring Day?

Namun Namjoon mengakui, lagu ini jauh lebih bagus daripada Spring Day.

Lagu ini pernah trending dan terkenal pada tahun lalu dan ia tidak menghalang untuk seorang idol mengetahui hal itu. (mungkin...)











Ok, sebenarnya tentang teori Charles Darwin tu Yaya petik nota dari buku teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 (KBSM) punya, bukan KSSR ya.

Semua manusia memiliki fitrah beragama. Dan itu yang author terapkan pada watak Namjoon dalam cerita ini. Bukan sahaja wataknya tapi semua.

Moga bermanfaat dan maaf atas kesulitan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro