Chapter 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aihan berhenti di tasik belakang rumahnya, dia duduk diatas pondok di tengah tasik dan menangis. Sejak kecil dia selalu diperlakukan dengan kasar oleh ayahnya, semua beban diletakkan atas bahu gadis itu. Manalah dia sanggup nak tanggung! Dua dah dua puluh dua tahun, kenapa ayahnya masih lagi tidak mahu bertolak ansur dan berbaik dengan dia.

'Kenapa ayah tak pernah layan aku dengan baik...selama ini aku selalu dilayan kasar. Kenapa, kenapa!'

Dalam dia tengah bersedih, dia terdengar suara di luar tembok rumahnya, "Psst, psst." Aihan menoleh ke arah bunyi tersebut datang. Dia tidak terkejut langsung kerana tahu siapa yang sedang buat bunyi itu, "Niu, aku tahu tu kau. Keluarlah dari situ." Aihan mengelap air matanya sebelum berjalan ke arah tembok.

Keluar seorang lelaki dari luar, dia memanjat naik ke atas tembok dan masuk ke dalam kawasan rumah dengan senyum kecil, "Aku tahu, kau mesti kenal aku." Niu, sahabat baik Aihan sejak kecil. Mereka selalu bermain bersama. "Macam mana aku tak kenal kau, dari dulu sampailah sekarang kalau nak jumpa aku mesti kau panjat tembok rumah ni. Dah macam pencuri kau tahu tak."

"Janganlah begitu, aku tahu. Kau sedih sebab ayah kau buat semua ni pada kau kan? Nah!" Niu mengeluarkan sesuatu dari jubahnya, satu patung kayu kecil disulam dengan kain sebagai pakaian, rupanya persis sama dengan Aihan. Dan semestinya itu barang yang mahal dan jarang dimiliki oleh orang kebanyakan.

Walaupun Aihan merupakan anak kepada Jeneral Huo, dia tidak pernah sekalipun membelikan apa-apa barangan seperti mainan dan juga alat hiburan lagi kepadanya, yang selalu membelikan semua itu kepada Aihan pun adalah Ming. Kedegilan Tian tidak dapat nak diubah oleh sesiapa walaupun isterinya sendiri.

"Wah cantiknya! Kau bagi pada aku?"

"Sudah semestinya, penat aku dapatkan. Dari tukang pembuat patung hiasan dari daerah Selatan. Susah nak dapat ni." Kembang kempis hidung Niu menceritakan bagaimana dia mendapatkan patung hiasan itu. Nak suruh orang bangga dengan dialah tu.

Buat seketika hilang rasa sedih Aihan, sekurang-kurangnya adalah juga orang yang boleh berkongsi rasa sedih dan gembira. Lega Aihan mempunyai sahabat seperti Niu, "Ya, aku berterima kasih sangat sebab dah berikan anak patung ni pada aku. Aku tak tahu nak balas budi kau macam mana lagi."

Kening Niu sebelah kiri naik ke atas, senyuman nakal dipasangkan, "Kau jadi peneman aku sepanjang hayat sajalah."

Aihan menggaru kepala, "Habis aku jadi sahabat kau ni? Bukan kita peneman ke tu." Ayat itu membuatkan Niu sedikit hampa, dia tak fahamlah pula.

Niu hanya tersengih, "Tak apalah, nanti kau akan faham maksud aku. Baiklah, aku nak pergi dulu. Jangan sedih, nanti wajah kau yang putih mulus ni tak cantik jadinya. Aku pergi dulu, selamat tinggal!" Niu terus berlari dan memanjat tembok itu dan turun di sebelah luar sebelum bunyi tapak kaki Niu menghilang.

Ming yang baru saja sampai, 'Mesti budak tu datang sini lagi. Lebar senyuman Aihan kali ini.'

"Meleretnya senyum kau...dapat hadiah dari sesiapakah?" soal Ming sambil di tangannya membawa semangkuk sup kegemaran Aihan.

"Tak adalah pakcik!" Aihan tersipu-sipu malu, Ming menggelengkan kepala. Macam kita ni baru sehari jaga dia pula, "Nak tipu aku lain kali sahajalah. Bukannya kita tak nampak tadi, senyuman kau dari sini sampai ke pekan seberang Wilayah Zhao pun boleh lihat."

Aihan diam tersengih-sengih, geram saja Ming tengok dia ni, "Sudah, tak payah nak pasang senyum meleret kau tu. Mari sini duduk minum sup kaki ayam yang aku buat. Sedap tau, ini semua semata-mata sebab nak pujuk kau."

"Wah! Terima kasih pakcik!" Ujar Aihan dengan rasa gembira sebelum dia duduk dan menghirup sup itu perlahan-lahan, "Pakcik, kenapa pakcik tak pernah tua?" Aihan tiba-tiba menyoal Ming sambil menghirup sup.

Ming ketawa kecil, "Kenapa, kau nampak aku kacak bergayakah? Tampankah?"

Lengan Ming dicubit perlahan, "Pakcik ni! Ada saja benda yang dia nak selit sekali. Jawablah betul-betul."

"Mungkin sebab aku memang ditakdirkan begitu? Siapa tahu nanti aku akan tua juga. Tunggu sajalah. Lagipun selepas tugas aku selesai, mungkin aku akan-"

"Nak tinggal sekali dengan Aihan kan? Alah kita tahulah pakcik sayangkan kita, Aihan memang suka pakcik tinggal sekali dengan kami semua. Selama-lamanya!"

Ming ketawa, melucukan juga Aihan. Dengan reaksi polosnya, tanpa rasa bersalah, "Tapi, kau kena kahwin tau!"

Mata Aihan membulat besar memandang Ming, "Dengan siapa? Alah Aihan malas nak fikir pasal benda itu. Aihan kalau boleh tak mahu ada kaitan dengan mana-mana lelaki, kalau ada pun, mungkin sebagai sahabat ataupun saudara sendiri sahaja."

Ming mengeluh perlahan, ada perbualan yang terjadi antara Mei dan Tian semasa Ming sedang mereneh sup ayam tadi,

"Sudahlah Tian, jangan marah dengan Aihan sampai begitu sekali. Dia masih gadis muda yang perlukan perhatian ibu bapa. Janganlah menghukum dia begini."

"Aku dah penat mendengar tohmahan orang sekitar pekan terhadap anak kita! Aku malu dengan Aihan. Ini saja cara yang ada untuk tutup rasa malu pada keluarga kita. Lagipun calon pengantin lelaki itu orang yang berkebolehan. Tentu orang tidak akan memperkatakan anak kita." Tian meraup wajahnya yang merah kerana menahan kemarahan.

"Tetapi bukan ini caranya! Kahwinkan Aihan tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Malahan mungkin akan memburukkan lagi hubungan kita dengan Aihan. Cubalah faham Tian!" Mei membantah kerana tidak mahu Aihan semakin membenci mereka suami isteri, terutamanya Tian.

"Kau diam Mei! Ini keputusan aku, sebagai ketua Keluarga Huo. Aku berhak berbuat demikian, demi kebaikan Aihan juga. Kau dan Ming terlalu memanjakan Aihan sampai dia jadi begini, jangan salahkan aku." Tian terus beredar dari situ ke bilik tidur dengan perasaan marah.

Ming merasa tidak sedap hati dengan semua yang dia dengar, dia risau dengan masa depan Aihan. Bagaimana nanti nasib gadis muda itu. Kalau boleh biarlah dia mencari sendiri calon suami, janganlah dipilih secara paksa begini.

Ming mengeluh sekali lagi, banyaknya dugaan yang perlu Aihan hadapi untuk mengecapi kebahagiaan, "Tak boleh. Aku kena juga tolong dia, harapnya dia dapat jumpa jodoh yang sesuai dan layak.."

❀❀

Aihan keluar sebentar untuk berjalan di kawasan pekan bagi mencari ketenangan. Mujurlah ayahnya tiada di rumah pada hari ini, bolehlah dia merasa sedikit bebas daripada selalu. Asyik kena berkurung dekat rumah sampai naik bosan melihat ikan dalam kolam.

Sedang dia berjalan menelusuri kedai-kedai menjual barangan dan juga makanan di sekitar, tiba-tiba dia terlihat tiga orang lelaki sedang tertunduk-tunduk di sebalik lorong, nampak macam mereka sedang mengintip seseorang.

Aihan dengan rasa ingin tahu yang tinggi sengaja mengekori mereka ke lorong yang semakin lama semakin dalam. Apabila dekat dengan mereka, barulah mereka nampak, lelaki-lelaki itu cuba untuk merompak seorang wanita dengan anaknya, Aihan baru saja ingin kesana dan menolong tetapi tangannya tiba-tiba ditarik dari belakang.

"Kau nak buat apa?"

"Nak tolong merekalah! Wanita tu dalam bahaya." Mulut Aihan tiba-tiba ditutup dengan tangan seseorang, "Kau boleh tak jangan bising sangat. Nanti mereka dengar kita, tak pasal-pasal kita pula yang kena bunuh," ujar lelaki itu dengan suara yang tenang.

"Kalau macam tu kau kena tolong dia. Cepat! Cepat!" Tubuh lelaki itu ditolak oleh Aihan ke arah lelaki-lelaki yang masih dalam posisi mengintip. Terkejut dia apabila Aihan bertindak sedemikian, dia memandang Aihan dengan mata yang tajam, tetapi Aihan hanya membalas dengan senyuman tanda semoga berjaya.

Lelaki itu mengeluh sebelum dia menyusup ke arah mereka, di belakangnya telah diselitkan sekali sebatang kayu yang dikutip dari jalanan, "Hoi." Bahu salah seorang perompak lelaki disentuh, tepat sahaja dia berpusing terus kepalanya dipukul dengan kuat.

Kaki dengan pantas dihalakan ke arah perompak lelaki yang kedua iaitu belakang sedikit dari yang paling hadapan, cara yang sama juga dilakukan dan dia dipukul dengan kuat di kepala sehingga pengsan.

"Hai! Nak rompak orang?" Lelaki itu membeliakkan mata apabila Aihan muncul di hadapan perompak lelaki yang terakhir dengan sengihan panjang, baru saja kepala Aihan nak dipukul oleh si perompak, Aihan tersenyum, "Jangan mati tau!"

PAK!

Pukulan terakhir sebelum kesemua perompak tewas begitu sahaja. Wanita yang masih terkejut tanpa mengetahui apa yang berlaku terus melarikan diri bersama anaknya, membuatkan Aihan merasa lega. Kemudian dia memandang ke arah lelaki yang telah menolongnya bersama tadi, "Terima kasih!"

"Sama-sama." Lelaki tadi senyum dengan lebar, "Tak patut kau buat macam tu tadi, macam mana kalau dia apa-apakan kau."

Aihan menjawab, "Takkan boleh punya! Sebab kau kuat. Hmm, nama kau siapa?"

Lelaki itu tersenyum, "Huang. Selamat berkenalan, kau pula?"

Aihan tersenyum lebar sebelum menjawab, "Aihan. Selamat berkenalan."

1355 Words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro