Chapter 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sebuah kereta kuda biasa yang telah dipesan oleh Ming tiba, beberapa orang juga telah membantu untuk menaikkan kotak-kotak kayu ke dalam tempat muatan. Setelah semuanya selesai, Ming mengarahkan pemandu untuk terus bertolak tanpa menanti sesiapa mengucapkan selamat tinggal.

Aihan masih dalam keadaan bersedih. Mana tidaknya, baru sahaja tadi dia kehilangan dua orang ahli keluarga yang paling dia sayangi dalam hidupnya. Walaupun seorang daripada mereka tidak langsung menghargai kehadiran Aihan dalam rumah itu. Tetapi hanya disebabkan dia seorang perempuan, tempatnya telah dikosongkan dan tidak diizinkan berada dalam rumah itu lagi.

"Aihan... jangan sedih. Aku sentiasa akan berada di sisi kau." Ming sedari tadi berusaha memujuk Aihan. Dia tahu agak sedikit susah, kerana gadis itu juga masih dalam keadaan emosi yang tidak begitu stabil, "Aihan tak sangka pakcik. Orang yang Aihan percaya dan sayang, khianati Aihan. Ayah langsung tak sayangkan Aihan..."

"Ayah kau tu memang seorang yang sangat keras kepala. Daripada dulu lagi, aku ingatkan bila kau semakin membesar nak jugalah dia menyayangi kau dan ubah perangainya. Tetapi sayangnya dia terlalu pentingkan diri sendiri. Semoga dia akan berubah nanti?"

Ming tidak kisah tentang Tian mahupun Mei, mereka berdua tahu menjaga diri sendiri. Bagaimana dengan Aihan, dia seorang gadis muda. Baru berumur dua puluhan. Apa saja yang boleh dia buat di usia semuda itu. Masih banyak yang perlu dia belajar.

Kereta kuda mereka dihentikan oleh seseorang. Dia berjalan ke arah kereta kuda itu dan menarik tirai berwarna kuning yang menjadi pemisah antara Aihan dan orang yang berada diluar. Kelihatanlah wajah Niu yang dingin, "Aihan. Macam mana boleh jadi begini? Bagaimana kau boleh kena halau."

Aihan terkejut melihat kehadiran Niu disitu, setahu Aihan, tidak pula dia ada menceritakan kepada sesiapa tentang dia dihalau dari rumah Keluarga Huo. Yang tahu perkara ini hanyalah Ming. Aihan memandang tajam ke arah Ming sebelum dibalas dengan gelengan, "Jangan nak menuduh sembarangan. Aku tak ada beritahu pada sesiapapun. Sumpah."

"Jangan salahkan pakcik Ming. Memang aku sendiri terdengar pergaduhan kau semasa berada diluar rumah. Aku... bersimpati dengan apa yang telah menimpa kau Aihan. Aku tidak akan dapat membayangkan jikalau akulah yang berada di tempat kau. Mungkin aku tidak akan sekuat kau."

"Sudahlah Niu, aku malas nak mengingati kisah lama. Sekarang aku sudah bebas daripada rumah yang selama ini menyeksa aku. Sekarang aku mahu ke Wilayah Ling dan hidup dengan tenang bersama dengan pakcik Ming. Dia lebih memahamiku daripada ayah dan ibu kandung aku sendiri."

"Kalau begitu! Biarlah aku mengikut kau orang berdua. Aku sudah lama ingin meninggalkan Wilayah Zhao dan meneroka sesuatu yang baharu."

Ming menghentikan perbualan mereka seketika, "Nanti dulu, bagaimana dengan ibu dan ayah kau pula Niu. Tidakkah nanti mereka akan risau akan kehilangan kau dan akan menyalahkan Aihan?"

Niu tersenyum sebelum membalas kepada Ming, "Janganlah risau pakcik. Saya sudah memberitahu mereka tentang saya ingin pergi mengembara melihat tempat orang. Dan mereka telahpun izinkan saya. Jadi, bolehkah saya ikut sekali pakcik?"

Setelah Ming berfikir, akhirnya dia memberikan anggukan beserta senyuman. Aihan adalah juga teman untuk berborak selain dirinya nanti. Tidaklah bosan asyik melihat wajah yang sama sahaja. "Bagus! Terima kasih pakcik!" Niu mengucapkan terima kasih kepada Ming sebagai tanda penghargaan sudah memberikan keizinan untuk mengikut sama.

Ming mengangguk, "Sudah, kau duduk dalam. Aku nak berada diluar." Ming membukakan tirai dengan lebih luas supaya Niu dapat masuk ke dalam, Niu teragak-agak sama ada mahu atau tidak dia masuk ke dalam, "Janganlah takut. Masuk saja ke dalam tu, lagipun Aihan mesti ada banyak benda nak dibualkan dengan kau. Masuklah!"

Niu akhirnya melangkah naik ke dalam kereta kuda sebelum tirainya ditutup oleh Ming. Dia pun duduk dibahagian pemandu dan melibaskan tali ke arah kuda supaya teruskan berjalan. Dan kereta kuda mereka pun menyambung semula perjalanan yang tertangguh.

❀❀

Keesokan harinya, mereka merancang untuk singgah sebentar di sebuah rumah tumpangan yang juga merupakan kedai minuman untuk berehat. Perjalanan yang bakal mereka tempuhi sangat jauh berbatu-batu sebelum sampai ke Wilayah Ling, jadi akan memakan tenaga yang agak banyak.

"Kita singgah sini. Berehat dahulu disini sebelum teruskan perjalanan esok. Macam mana?" Soal Ming pada Aihan dan Niu, mereka hanya senyum dan mengangguk, "Bolehlah pakcik, lagipun Aihan dah lapar. Jauh kita dah pergi. Satu makanan pun belum masuk perut."

"Baiklah." Ming melompat turun dari kereta kuda membawa dirinya masuk ke dalam kedai, manakala Niu menambat kuda itu disebuah tempat yang sesuai dan tidak menganggu mana-mana pedagang ataupun pengembara untuk melalui jalan. Niu membantu Aihan untuk turun ke bawah dan berjalan memasuki kedai dan rumah tumpangan.

"Mereka nampak macam kaya..." bisik seorang lelaki kepada seorang perempuan. Mereka berdua sedang duduk di salah sebuah meja dalam kedai itu, "Nampak macam suami isteri, muda dan mentah pula tu." tambah sang lelaki lagi kepada si wanita.

"Jangan jadi bodoh, mereka nampak saja begitu. Tapi..." jari telunjuk wanita yang menutupi seluruh muka dengan kain berwarna biru muda ditunjukkan ke arah Ming yang membuat pesanan air untuk diminum, "Mereka ada peniaga. Dilihat dari rupa dan juga kelakuannya terhadap si gadis, memang sah dia adalah penjaga gadis muda itu."

"Jadi, apa yang patut kita buat? Nak tunggu malam inikah?"

"Jangan, penjaga dia tidak kosong. Aku tahu satu cara nak singkirkan dia. Mari ikut aku." Wanita lingkungan usia tiga puluhan mengajak si lelaki untuk keluar dari kedai dan ke suatu tempat untuk berbincang.

"Pesanlah apa-apa pun!" Suruh Ming dengan wajah yang ceria setelah mendapatkan tempat duduk untuk mereka bertiga, "Pakcik janganlah bermain-main, kita mana ada duit banyak nak pesan apa sahaja." Tegah Aihan dengan wajah cemberut. Sengaja saja Ming nak kenakan dia, sudahlah dia tengah lapar.

"Siapa kata aku tak ada duit? Ni apa?" Ming mengeluarkan seketul duit emas China daripada uncang kain berwarna merah, dengan senyum bangga dia menunjukkan duit itu kepada Niu dan Aihan, terbeliak mata mereka berdua melihatnya, "Aku tahu kau nak tanya dimana aku dapatkan duit ini? Senang sahaja, aku memang ada sedikit duit simpanan. Senanglah nak gunakannya masa susah macam sekarang ni."

"Selain pakcik Ming, aku kan ada duitnya. Kenapa kau nak risau?" Niu juga mengeluarkan duit syiling yang banyak dari uncang kain miliknya, dia kan kerabat diraja, mustahillah tidak memiliki satu apa duit pun sebelum pergi mengembara. Mustahil!

"Wah! Kau orang berdua memang hebat. Tak sia-sia Aihan ikut pakcik dan juga Niu." Tidak tergambar rasa gembira kerana ramai orang sudi berbuat apa sahaja untuknya.

1033 Words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro