Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tiga tahun kemudian ...

"Ibu! Bella keluar pergi dulu tau!" Jerit Bella kepada ibunya yang berada di dapur.

"Ok. Hati hati." Laung ibunya dari arah dapur.

Bella keluar dari rumah unutk membeli barang rumah.

Sudah tiga tahun berlalu sejak Ariana hilang tanpa sebarang jejak. Mereka semua juga sekarang ni dah berpecah dan tidak berhubung sesama sendiri.

Adrian dia dah balik ke kerajaannya. Nadia pulak semakin menyepi dan menjauhkan diri dari orang lain. Bella pulak, macam nilah keadaan dia. Cuba berlagak macam tak ada apa apa yang berlaku tiga tahun lepas.

"Terima kasih pakcik." Ujar Bella selepas membayar harga barang yang dibelinya di pekan itu.

Sedang dia berjalan pulang ke rumahnya, dia ditegur oleh sekumpulan lelaki.

"Hi cik adik. Nak pergi mana tu." Kata salah seorang daripada mereka.

Bella hanya buat tak tau dan kembali meneruskan perjalanannya.

Lelaki tersebut bengang. Dengan pantas dia menangkap lengan Bella yang membelakanginya.

"Lepaslah!" Bella meronta ronta di dalam genggaman lelaki itu.

"Tolong!" Jerit Bella sekuat hatinya.

"Hahaha. Siapa yang nak dengar kau menjerit hah. Kita dekat kawasan yang jauh dari kawasan umum." Waktu tu baru Bella sedar yang dia sudah jauh dari kawasan umum. Dak sekarang dia ada dekat tenpat yang agak terpencil dan dia hanya bersama dengan lelaki itu dengan gengnya.

"Kau ni lawalah." Kata lelaki yang satu lagi. Tangannya cuba unutk menyentuh pipi Bella namun ditepis kasar oleh Bella.

"Garangnya dia ni." Ujar lelaki tu lagi. Dia mula mengeluarkan pisau miliknya.

"Disebabkan kau tak suka kitaorang sentuh pipi kau. Kitaorang calarkan jelah. Bolehkan. Sikit je." Dia mula bermain main dengan pisau tu tepat di hadapan mata Bella.

Bella pula hanya memejemkan mata dan hanya membiarkan lelaki itu mengguriskan kulitnya.

5 saat ..

10 saat ..

15 saat ..

Bella membuka matanya apabila menyedari pipinya masih elok dan tidak calar walau sedikit pun. Dia menghalakan pandangannya ke arah depan. Kelihatan kelibat seseorang yang berkerudung melindunginya. Dan dia baru perasan lelaki yang cuba untuk mengguris pipinya itu tidak bergerak di posisinya.

"Hiarghh!"

Rakan rakan lelaki itu yang lain cuba untuk menyerang orang itu. Namun orang itu hanya memberi reaksi tenang sambil tangannya terarah ke arah lelaki itu. Lelaki itu automatik kaku di tempatnya. Kawan kawannya yang lain dah cabut lari dari situ.

Orang itu mula bermain main dengan lelaki itu. Badan lelaki itu bergerak mengikut gerakan tangan itu.

' Mind controller' getus hati Bella.

Setelah puas bermain dengan lelaki itu, orang itu mengalihkan tangannya. Kedua lelaki itu jatuh kesakitan akibat badannya dihempas beberapa kali ke arah pokok.

Setelah itu mereka melarikan diri.

"Kau tak apa apa" tanya orang itu.

Bella tersentak.
"Err..aku ok. Thanks sebab selamatkan aku." Kata Bella kekok.

Orang itu tersenyum walaupun dia tahu yang Bella tak akan dapat melihat senyumannya.

'Banyak benda dah berubah'

"Bella" kata orang tu tiba tiba.

Bella tersentak sekali lagi apabila orang itu menyebut namanya.

"Macam mana kau tau nama aku?" Tanya Bella.

Orang itu diam tanpa menjawab pertanyaan Bella.

"Dia tak suka tengok kau sedih macam ni." Ujar orang itu lalu berlalu meniggalkan Bella yang masih terpinga pinga dengar ayat itu.

♡♡♡

Arissa mundar mandir di hadapan pintu bilik kakaknya. Tujuannya pada mulanya adalah untuk berjumpa dengan kakaknya kerana ada sesuatu yang hendak dibuncangkan. Tapi bila dia masuk bilik tu dia tengok kakaknya dah takde dalam bilik tu. Bila dia tanya orang lain orang itu akan menjawab,

'Dekat biliklah agaknya tu'

Masalahnya sekarang ni, bilik tu dah kosong! Takde penghuni.

"Cubalah kau bawak bertenang sikit. Ini tak dari tadi asyik mundar mandir depan pintu bilik ni. Aku tengok pun pening tau." Tegur Lya pembantunya.

"Tak bolehla. Selalunya kalau dia nak keluar dia akan bagitau aku tau. Ni tak. Tup tup je hilang. Risaulah." Arissa masih menyambung aktiviti mundar mandirnya.

Seketika kemudian, kelihatan seorang perempuan berlari ke arah mereka.
Termengah mengah perempuan bila sahaja dia tiba dihadapan Arissa.

"Rin pergi mana! Rin tau orang risau bila tau yang Rin takde kat istana." Tanya Arissa.

Perempuan yang dipanggil Rin tu pulak hanya tersengih mendengar kata kata adiknya.

"Hehe..sorrylah Rissa. Rin lupalah nak inform." Jawab Rin.

"Asyik lupa je. Nasib baik takde jadi apa apa. Rin kena ingat Rin tu dalam keadaan bahaya. Ada orang yang tengah buru Rin. Ingat sikit." Bebel Arissa.

"Iya. Rin ingatlah. Rissa ni overprotective betullah. Takkanlah Rin nak duk terperap je dalam istana." Kata Rin.

"Ni Rissa nak tanya bila Rin nak balik?" Air muka Rin mula berubah apabila Rissa menanyakan soalan itu.

"Ermm..tengok dululah."

"Rin, kalau nak tunggu Rin bersedia. Memang Rin takkan bersedia. Balik jelah. Rin tak rindu diorang ke?" Tanya Arissa lagi.

Rin hanya mengeluh.

'Belum masanya lagi. Aku akan balik.'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro