Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bom!

Swoosh!

Krakk!

(Efek berlawan tak jadi)

Ariana sedaya upaya menahan serangan yang dilancarkan Arissa tu. Sebenarnya sekarang ni diorang tgh berlatih guna kuasa masing masing sebab peperangan akan berlaku tak lama lagi.

So, diorang kenalah berlatih. Pada mulanya diorang nak berlatih sendiri tapi sebab mereka akan merasa bosan kalau berlatih sendiri diorang lawanlah.

"Serangan akhir!"

Tangan Arissa mengeluarkan cahaya berwarna hijau dan cahaya itu terus ke Ariana menyebabkan badan Ariana dililit.

"Yeay! Aku menang!" Sorak Arissa.

Ariana tersenyum. Dia menggerakkan badannya sedikit kan serta merta lilitan di badannya hancur menjadi debu.

"Bagus Rissa. Ada peningkatan. Tak sesia aku bagi kuasa lama aku dekat kau. Tapi kau masih belum kuat nak kalahkan aku. " Kata Ariana.

Arissa buat muka.

"Kau takyah cakap ah. Kuasa turun temurun keturunan. Memanglah kuat. Aku ni..haih. Kalau kau tak salurkan kuasa lama dekat aku, I'm a powerless princess." Riak wajahnya mula kendur.

"Hei Rissa. Relakslah. Yang kau ni down sangat pahal. Tak swaglah." Act masa dekat dunia nyata, Ariana minat suga. Tu yang terbawak bawak tu.

Gurau je.

"Walaupun kau takde kuasa, kau kan hebat guna senjata. Semua senjata kau pandai mainkan." Pujuk Ariana lagi.

"Hmm..kan best kalau aku betul betul ada kuasa yang mengalir dalam badan. Kuasa ni pulak bila bila masa je boleh kena rampas." Kata Arissa lagi.

"Kau ni--" belum sempat Ariana menyambung kata katanya..

Bom!

Tang!

Swoosh!

Krak!

Seorang perempuan berlari ke arah mereka berdua.

"Weh korang! Istana induk kena serang!" Kata perempuan tu dengam cemas.

"Serius ah?!" Tanya diorang.

"Aku takde masa nak bergurau. Jomlah cepat." Perempuan a.k.a haiwan yang dikenali sebagai Areine itu segera berubah ke bentuk asalnya.

"Cepat sikit. Fantasia dalam bahaya." Gesanya.

Diorang berdua pulak masih blur dengan keadaan yang berlaku. Areine bengang.

"Woi! Cepatlah naik!" Diorang berdua mula tersedar dengan apa yang berlaku. Tanpa membuang masa diorang terus naik atas Areine dan terbang ke istana induk.

*Areine the Allicorn*

♡♡♡

Istana induk Fantasia..

Semua orang bertempiaran lari. Para pengawal pula sedaya upaya untuk melindungi warga istana daripada tercedera. Terutama Permaisuri Evinda dan Erisha. Mereka sudah menghantar bantuan dan kini sedang menunggu bantuan dari light island (tempat tinggal Ariana dan Arissa).

Seketika kemudian muncullah seekor Allicorn diudara bersama dua orang gadis di atasnya.

"Areine, kau dah panggil kawan kawan kau belum?" Tanya Ariana.

"Dah. Nanti sampailah."

"Bagus. Sekarang ni kita fight dulu. Diorang pun satu main serang je. Bagilah mesej ke apa dulu." Rungut Ariana. Mungkin dia lupa, DEKAT FANTASIA MANA ADA TEKNOLOGI!

Dekat Fantasia semua benda buat guna magik je. Phone pun diorang tak tau apa. Ok. Lupakan topik tu .

Keadaan perkarangan istana sudah hampir tiga suku hancur. Ternyata musuh yang serang diorang ni bukan calang calang.

Pakk!

Ariana mensasarkan tikamannya pada seekor haiwan yang cuba menyerangnya. Serangan diorang ni macam takde penghabisan. Hancur satu, hidup satu lagi.

'Binatang ni macam kena kawal dengan someone. Tapi siapa?' Tanya Ariana kepada dirinya sendiri.

"Ariana! Belakang kau!" Jerit Arissa apabila menyedari ada haiwan yang besarnya berpuluh puluh kali ganda daripada diorang cuba nak serang hendap Ariana.

Ariana memusingkan badannya kebelakang. Baru sahaja dia nak serang--

Baķk!

Ada orang yang dah serang binatang tu.

"Seronok kau lawan tak ajak aku kan Ariana." Kata seseorang.

Here come our crown prince!

"Kau fikir aku ada masa ke nak ajak kau." Tanya Ariana.

"Tak kisahlah tu." Jawab Adrian.

Diorang berhentikan perbualan dan sambung berlawan. Adrian, Arissa mahupun warga istana yang lain sedaya upaya menahan haiwan itu daripada terus terusan menghancurkan istana. Ariana pula sedang ligat memikirkan dari celah dunia mana binatang tu datang.

'Got it. Damn you Milly!'

Ariana yakin yang Milly telah menghantar haiwan tu untuk serang istana.

"Adrian! Kau dengan yang lain lindungi istana. Aku nak keluar kejap!" Jerit Ariana.

"Kau nak pergi mana!" Jerit Adrian balik.

"Aku nak bayar hutang kejap." Kata Ariana lalu menteleportkan dirinya ke pekan utama Fantasia.

Kosong..

Keadaan pekan tu dah takde rupa pekan. Yang kelihatan hanyalah bangunan bangunan yang runtuh. Manakala warga pekan telahpun diarahkan pengawal untuk mencari tempat perlindungan di tempat yang lebih selamat.

Ariana berjalan melalui pekan itu. Di hujung depan sana terdapat satu bangunan tinggi yang seakan akan menara pemerhati yang hampir roboh. Aura gelap telah mengelilingj bagunan itu. Ariana tahu, Milly si pengkhianat ada di situ!

Dua orang pengawal yang menjaga pintu masuk bangunan itu telahpun pengsan akibat menghalang Ariana daripada memasuki bangunan itu.

Ariana memasuki tingkat yang paling tinggi bangunan itu.

Pak!

Pak!

Pak!

(Teruknya bunyi)

Kedengaran bunyi tepukan tangan seseorang.

"Hebat kau Ariana. Kau boleh jejak aku tanpa guna sikit pun kuasa kau." Kata Milly.

"Aku memang hebat. Tak macam kau. Dahlah pengkhianat, lemah pulak tu." Ujar Ariana dengan sinis.

"Oh ya. Mari kita tengok betapa lemahnya aku..." Jawab Milly. Juga dalam nada yang sinis.

Well, permainan baru je mula.

♡♡♡


P/s :- stay tune and don't forget to vote and comment. Bye.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro