37/samsib-chil/sanjyunana

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Festa Alam Sekitar

Today is the day, aku dah berpakaian cantik dan comel untuk Thorn aku tunggu dia di pintu masuk Festa dengan excited. Tengah aku sibuk memanjangkan leher mencari sosok hantu hijau tersebut tiba-tiba ada orang mencuit bahu aku dari belakang. Aku pun pusing ke belakang tapi tak ada siapa kemudian dia mencuit bahu aq dari belakang lagi dan baru aku sedar Thorn berpusing-pusing menyorok kat belakang aku.

Aku tergelak begitu juga dengan Thorn. Kami melompat-lompat gembira macam sudah berabad tak jumpa. Kanak-kanak riang. Kami pun masuk ke dalam. Ada macam-macam tempat yang best yang kitaorang tengok.

Kitaorang main cabutan bertuah, masuk rumah hijau cantik pokok-pokok dia, pergi taman bunga kitaorang dibenarkan petik bunga kat situ tapi kena bayar la HAHA. Paling best bila kitaorang dapat jumpa artis kat sini siap ada konsert lagi. Aku berpeluang tangkap gambar dengan Mira Filzah dan Haqiem Rusli idol favourite aku sebelum dia kahwin lagi sayang dah jadi laki orang kalau tak memang aku masuk merisik ke rumah dia tapi lain umur la pula. Well age doesn't matter right?

Paling tak boleh blah bila ada maskot katak yang viral kat tiktok tu kelakar doh dia tapi nampak macam dia suka kat aku siap jealous dengan Thorn lagi. Thorn pun menyakat dia, dia pegang tangan aku katak tu tolak-tolak bahu Thorn hahaha!!! Diaorang nampak macam dah lama kenal. Aku tak ada la tengok siapa disebalik maskot katak tu tapi aku tangkap gambar dengan dia.

Habis saja kami jalan-jalan disekitar perut aku telah bergedang kelaparan. Aku ajak Thorn makan makan Korea sebab tetiba je rasa nak makan makanan Korea hehe.

"Comel kan katak tu tadi."

"Kau suka katak tu ke y/n?"

"Hm! Comel sangat."

Thorn tak kata apa tapi senyum padaku. Kami pun sambung makan dengan berselera.

S K I P  T I M E

Kami bermain sampai la ke petang. Aku sengaja bawa Thorn ke hulur ke hilir supaya aku boleh bagi dia masa yang banyak dengan aku. Dia pun beli barang untuk pokok dia agak banyak dan aku terpaksa tolong dia angkat barang juga.

"Fuh banyak juga barang yang aku dapat." Kata Thorn tersenyum lebar.

"Hmm banyak betul duit kau." Biasa la orang kaya aku pun tak boleh.

"Mana ada aku sederhana je."

"Nampak sangat tipu, kau guna black card kan ingat aku tak nampak?!"

"Eh! Erkk... Hehe... Kau nampak eh..."

"Jangan sampai aku hantar borang permohonan jadi sugarbaby kat kau nanti."

"Hahaha!!! Kalau kau nak beli apa-apa minta jela kat aku. Kitaorang semua ada satu black card setiap seorang."

"Huish gila ah! Bapak kau kerja apa doh."

"Adalah, business dia tapi Gempa la paling kaya diantara kitaorang."

"Huh? Kenapa pula."

"Gempa ada lebih daripada satu black card."

"Hah?!! Siyes ah?!!"

"Iye... Dia kan anak sulung. Ayah aku nak dia ambil alih syarikat dia suatu hari nanti. Eh?! Asal air liur kau meleleh nih?!"

SLURP

Aku menghirup kembali air liur aku bila dengar pasal harta Gempa. Gila tak terliur, memang cita-cita aku nak kahwin dengan lelaki kaya.

"Hehehe...  Sorry. Aku orang B40 je terdedah pula sifat mata duitan aku." Aku gelak malu.

"Pft- hahahaha!!! Dah kantoi!! Y/n bercita-cita nak cari sugardaddy! Hahaha!!"

"Well, you know. Money money money... Must be funny. In the rich man world! Siapa je tak suka lelaki kaya. Tak hensem tak apa janji kaya tapi kalau hensem duit tak ada BOLEH JALAN!!"

"Tapi kalau lelaki dah ada bini 3 dan dia nak kahwin dengan kau macam mana?"

"Aku tak kesah janji duit nafkah kena masuk. Kau tak nak layan aku tak apa tapi aku nak duit kau."

"Kalau macam tu kau kahwin dengan duit jelah."

"Boleh juga tu. Aku akan jadi sugarmummy!!" Kami tertawa bersama.

"Tapi kan y/n, kau nak buat apa je dengan duit?"

"Kau mesti fikir duit tak boleh bayar segalanya."

"Hm!"

"Kau salah, memang la duit tak boleh bawa masuk kubur tapi duit tu keperluan. Sebab tu aku belajar bagus-bagus aku boleh jadi pandai dan cari kerja yang berpendapatan tinggi. Aku boleh tolong mak aku malah dengan duit yang banyak aku boleh tolong orang susah. Bukan segalanya aku akan guna tapi aku akan bantu orang lain juga. Tanpa lelaki pun aku boleh hidup dengan duit yang aku ada. Aku boleh bahagia cuma kerana duit." Aku tersenyum lembut.

Thorn terdiam mendengar kata-kata y/n. Mungkin kerana tersentak atau tersentuh hati dengan sifat pemurah hati y/n.

"Tapi once kau dah dapat duit yang banyak kau akan rasa nak lagi. Setengah orang memang tak sedar diri, duit dah banyak tapi masih lagi teruskan bekerja dan lupakan tanggungjawab sendiri sebagai suami, isteri, ibu, ayah dan sebagai hamba Allah SWT." Aku senyum lagi pada Thorn.

Mata Thorn nampak sedih dan faham apa yang aku cuba sampaikan. Seperti dia sekarang sedang melalui perkara tersebut tapi aku tak nak tanya tentang hal peribadi keluarganya sebab aku bukanlah sesiapa. Aku sambung lagi.

"Orang kaya mesti fikir... Ohh aku tak suka jadi kaya, mak ayah aku terlalu sibuk dengan kerja. Sebenarnya diaorang tak boleh fikir macam tu, diaorang patut bersyukur dengan apa yang ada. Kat luar sana masih ramai lagi yang hidup susah. Kalau mak ayah tak beri perhatian, kita masih lagi ada kawan-kawan yang boleh beri kita semangat. Kesimpulannya kat sini jalan pandang apa yang kita tak ada tapi pandang apa yang kita sudah ada dan hargai mereka sampai mati." Aku pandang Thorn yang masih mendiamkan diri.

"So Thorn, kau kena bersyukur dengan apa yang ada. Kau ada adik-beradik, aku ni anak tunggal je sedih tau." Aku buat muka sedih.

"Yela, aku akan ingat kata-kata kau tu. Terima kasih y/n." Kata Thorn tersenyum lebar.

****

Di rumah

"Wah Thorn banyak barang kau." Tegur Blaze.

"Mesti, ini semua untuk pokok-pokok aku."

"Risau lama-lama rumah ni jadi hutan." Kata Ais sambil main game bersama Taufan.

"Hali macam mana kat sana? Kau ada bawa y/n jumpa dia ke?" Soal Solar.

"Ada, y/n tak perasan Hali dalam maskot katak tu hehe..." Kata Thorn.

"Okay la tu, sian aku tengok Hali tu nak jumpa y/n pun kena tutup muka." Kata Gempa.

"Mana dia?" Tanya Taufan sambil mata menumpu pada skrin tv.

"Kejap lagi dia balik la tu. Kalau balik sama-sama nanti kantoi la maskot tu Hali." Kata Solar.

Situasi Hali

"Fuh...! Akhirnya selesai juga. Letih juga jadi badut ni." Keluh Hali selepas menanggalkan kepala maskot.

Lalu seketika kemudian Hali tersenyum dan ketawa kecil sambil menggosok kepala maskot tersebut. Entah kenapa kepalanya seperti ada gula-gula kapas yang manis berterbangan bukan itu saja hatinya juga berbunga mekar dan wangi bak di taman bunga. Gembira betul sampai telefon berdering pun dia tak sedarkan diri.

"Woi Hali!"

"Eh?"

"Kau ni kemaruk cinta monyet ke apa tersengih-sengih macam anak syurga. Tu telefon kau berdering tu, angkat la." Kata Saiful rakannya.

"Oh?! Sorry. Ahem.. helo? ...Oh? Gempa! Ha ye ye... Aku nak balik la ni... Okay... Otw otw... Bye."

S K I P  T I M E

Selepas beberapa jam kemudian Hali sampai ke rumah jua. Dia melangkah masuk ke dalam lalu memberi salam. Tiba-tiba Thorn datang sergah Hali.

"Hali!!"

"Terkejut mak kau! Thorn kau ni."

"Hehe... Amacam? Best tak tadi?"

"Hmm... Boleh la."

"Boleh la je? Betul-betul la."

"Yeee aku suka... Terima kasih." Jawab Hali tidak mahu tunjuk perasaan.

"Bagus! Memandangkan mood kau baik hari ni... Jom main genshin impact! Kau dah lama tak main dengan aku..." Kata Thorn sambil muncung kan bibir.

"Haih... Yela yela tapi bagi aku mandi dulu."

"Orite!"

"Dah mandi tu turun makan." Kata Gempa dari belakang.

"Ye Gempa..."

****

"Haaa...!! Penatnya..."

Aku merebahkan badan ke atas katil sehabis saja keluar dari bilik mandi. Badan jadi segar lepas mandi tadi dan akhirnya aku memejamkan mata lalu terlena hanyut dibuai mimpi.

Keesokan harinya

"Weh, y/n." Tegur Fasha.

"Ha? Kenapa?"

"Kau pergi prom nanti dengan siapa?" Soal Fasha.

"Hmm... Dengan Taufan. Kenapa kau tanya?"

"Oh, tak ada la. Kalau kau pergi dengan Taufan... Kau tak kesah kan kalau aku pergi dengan Ais?" Kata Fasha dan membuatkan kening y/n berkerut.

"Erkk... Maksud kau? Tak faham la."

"Yela, kau kan rapat dengan kembar-kembar tu. So kitaorang tak tahu mana satu boyfriend kau, mana tahu kan kau couple dengan diaorang semua." Kata Fasha.

"Huish! Kau ni agak-agak la... Aku bukan playgirl nak rembat semua. Satu pun dah cukup dah aku tak batak lelaki. Lagi satu aku nak cakap... Bila ketika masanya pula aku bercouple? Siapa cakap aku taken ni."

"Eh, takkan la kau single doh. Kau keluar dengan diaorang takkan la satu pun kau tak try?"

"Kau ni, sabar dulu boleh tak? Nanti aku taken la. Tapi kalau aku taken aku takkan bagitahu sesiapa."

"Hah?! Asal pula?"

"Yela, nanti orang cakap aku over macam tak pernah bercouple."

"Kau pernah couple ke?"

"Hello?! Excuse me! Tengok orang la ni kalau masuk ratu cantik aku yang menang tahu tak."

"Heh elek... Menyampah aku."

"HAHAHAHA!!!"

"Tapi kau siyes ni tak kesah aku pergi dengan Ais?"

"Ye... Kau pergi la itu pun kalau Ais nak." Aku gelak jahat pada Fasha.

"Kau ni jahat la!"

"Hahaha!!! Okok ye ye kau pergi la dia bukan milik aku pun."

"Hmm hehehe orite."

Tengah khusyuk aku sembang sakan dengan Fasha tiba-tiba ada satu gumpalan kertas terpelanting ke arah aku dan aku pandang ke arah orang tersebut. Rupanya Blaze diluar sedang memanggil-manggil aku di pintu belakang kelas kami. Mamat ni dah kenapa bukan ada cikgu pun. Aku bangun pun dan pergi padanya.

"Kenapa kau panggil aku macam nak culik aku guna lolipop?"

"Muka aku ni nampak macam penjenayah ke apa."

"Adalah, sikit."

"Humph! Kau ni memang dengan aku je tak pernah nak layan elok-elok."

"Haish, yela... Kau nak apa?"

"Jom teman aku ponteng."

"Woi! Kau gila ke?! Ketua kelas buat macam ketua kelas boleh tak? Macam mana la kau boleh terlantik jadi ketua kelas ni."

"Ala, hari ni cikgu Zamri tak datang, cikgu Viker yang ganti la. Aku tak suka cikgu boroi tu dia selalu cari pasal dengan aku."

"Cari pasal? Maksudnya?"

"Maksudnya... Apa je aku buat semua tak kena dekat mata dia. Hari tu aku tolong cikgu Fatehah angkat buku, dia nampak aku. Kau tahu tak dia kata apa kat aku?!"

"Apa?"

"Dia kata aku ponteng. Lepas tu bila aku nafikan apa yang dia cakap, dia kata aku melawan. Sakit hati aku."

"Hmm... Ada perasaan kecil hati juga kau ni."

"Woi! Aku ni manusia juga."

Aku hanya menjeling mata pada Blaze.

"Eh, jom la teman aku ponteng. Cikgu Raudah tak datang hari ni aku dah cek dah jadual tadi."

"Wah, sempat eh kau pergi cek jadual cikgu. Eh kau boleh cek jadual cikgu ke?!"

"Heh! Aku kan ketua untuk tingkatan jadi aku layak la tengok semua cikgu punya jadual."

"Eleh... Menyampah aku."

"Jom la ponteng. Aku belanja kau ramen."

??!!

"NAK! NAK!"

"Amboi, bab ramen laju je kau ek."

"Of course. For the sake of food, I am willing"

Di belakang sekolah

"Woi! Kau biar betul?! Nak panjat tembok ni?! Nanti cikgu disiplin nampak mampus kita!"

"Ala, lek ah. Diaorang ada meeting hari ni."

"Diaorang ada meeting pun kau boleh tahu?! Gila, respect." Aku tabik pada Blaze yang sudah duduk atas tembok belakang sekolah.

Blaze hanya tersenyum lalu menyapu tangan yang kotor. Blaze menghulurkan tangan pada y/n mengharapkan y/n pegang dan menarik dia ke atas tembok.

"Sini la cepat, aku angkat kau." Kata Blaze.

Aku memegang kedua belah tangan Blaze. Tak sempat aku nak berpijak kaki pada dinding tembok tersebut Blaze dan tarik aku macam aku ni tak pernah makan. Kuat juga dia ni. Aku berpaut pada lehernya umpama sedang memeluk dirinya dan aku duduk di depan Blaze.

"Tunggu sini, bagi aku turun dulu."

So... Blaze, this is the type of boyfriend his is. Hum.. no wonder la kenapa dia pun ramai peminat. Blaze turun terlebih dahulu. Kemudian menghulurkan tangan lagi seperti nak ambil baby dari atas taman permainan. Aku cuba mencapai tangannya tapi malah berpaut terus ke lehernya. Blaze turunkan aku tanpa menunjukkan reaksi apa-apa.

"Okay, jom! Cepat nanti guard nampak." Kata Blaze lalu menarik tangan y/n.

S K I P  T I M E

"

PEDAAAASSS!!!!!" Jerit Blaze lalu meneguk satu lagi botol ais kosong sejuk.

"Lemah la kau ni."

"Pedas bodoh! Macam mana kau makan benda macam ni?! Tak nak la ambil ni habiskan!! HAAAHH!!!" Jerit Blaze lagi.

"Aku dah kata tadi kau nak meggi apa, nak juga makan Ramen. Degil kau ni."

"Mana la aku tahu Ramen tu sepedas ni sebab aku tak pernah makan Ramen tau!"

"Siyes ah?! Daebak..."

Habis saja makan Blaze ajak aku pergi mall. Mentang-mentang mall tu tak jauh dari sekolah dia heret aku pergi sana. Tak apa selagi guna duit dia aku tak kesah. Sampai habis sekolah ye aku ponteng hari ni. First time mat, jangan contohi dan meniru ketua kelas macam ni budak 15 tahun ke bawah dilarang membaca buku ini cey.

Malam

"Weh, Blaze dah malam ni sampai bila nak lepak sini kat rumah kau kan ada game juga."

"Sabar la, aku pun nak spend time dengan kau juga." Kata Blaze sambil khusyuk main game kereta.

"Haiyo... Yela... Balik nanti aku nak ais krim llaollao."

"Alright honey." Kata Blaze mencubit pipi y/n.

Write block gais 😭 idea dah kering sangat dah ni tapi tak apa. Akhirnya berjaya juga chapter hari ni horaayyy 🎉 perjalanan cerita kita masih jauh lagi ye mungkin 50 hingga 60 chapter lebih baru settle kot. Tak tahu la tamat bila buku ni hehe 😂 Beware of typos❗anyway have a good day y'all ✌🏻✨

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro