TENTANG PROGRAM AMBASSADOR

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌺Tentang:

Ambassador 
adalah pasukan global yang terdiri daripada sukarelawan yang membantu Wattpad dalam melancarkan proses kegiatan Komuniti.

Matlamat program kesukarelawanan Ambassador adalah untuk menerapkan komuniti berhubung yang menyeronokkan di samping menyokong jutaan Wattpadder yang membaca serta menulis di platform ini pada setiap hari.

Menjadi seorang Ambassador bermakna bahawa anda ingin memberikan sesuatu kembali kepada Komuniti. Kami memberi tumpuan dalam membantu individu untuk mencari jalan mereka, menunjukkan tempat di mana mereka boleh mendapatkan maklumat yang berguna, menyusun senarai bacaan yang hebat serta mencuba untuk menggalakkan dan memupuk penulis-penulis baru.

🌺Apa yang kami cari:

👉 Anda mesti berumur 18 tahun atau lebih pada masa anda memohon untuk menyertai pasukan atas sebab undang-undang.

👉 Anda harus menjadi seorang Wattpadder yang aktif serta sebahagian daripada komuniti Wattpad (mempunyai profil di Wattpad) sekurang-kurangnya 4 bulan sebelum memohon.

👉 Individu yang ingin menjadi wakil komuniti Wattpad di samping dapat mengekalkan dan menegakkan Garis Panduan Komuniti kami yang telah ditetapkan.

👉 Ahli Komuniti yang mampu mendedikasikan sekurang-kurangnya 4 jam waktu kesukarelawanan seminggu untuk pasukan.

👉 Mempunyai pengetahuan menulis yang baik dalam Bahasa Inggeris adalah satu kewajipan. Anda tidak perlu fasih dalam Bahasa Inggeris, tetapi komunikasi harian dalam pasukan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris secara keseluruhannya. Oleh itu, tahap pemahaman yang baik adalah penting.

🌺Sila ambil perhatian:

Profil/akaun yang anda gunakan untuk menyertai Ambassador  tidak boleh menjadi akaun kongsi. Akaun yang 'dikongsi' bermaksud bahawa terdapat lebih daripada seorang individu yang mengetahui kata laluan kepada akaun yang anda gunakan untuk memohon.

Anda juga perlu mempunyai akses tetap kepada komputer/komputer riba untuk tujuan melaksanakan tugas anda kerana kami menggunakan hamparan dan dokumen yang tidak boleh diakses sepenuhnya melalui telefon bimbit.

🌺Penyerahan penyertaan:

Penyerahan penyertaan untuk Ambassadors baharu dibuka dan ditutup tiga kali setahun, selaras dengan tiga pengambilan tahunan sukarelawan baharu kami ke dalam program Ambassadors. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang PROGRAM AMBASSADOR dan cara memohon penyertaan di➡️ SINI.⬅️


🌺Cara Ia Berfungsi:

👉Setiap tahun, program Ambassadors mempunyai tiga kitaran dimana setiap satunya berlangsung selama empat bulan. Pada setiap kitaran, kami merekrut dan melatih Ambassadors baru dari serata dunia untuk menyertai pasukan kami.

👉 Terdapat tiga pasukan utama yang membolehkan individu untuk meluangkan masa secara sukarela dalam program Ambassadors.

👉 Kesemua sukarelawan baru akan menyertai pasukan Stories sebagai Readers pada awalnya, tetapi mereka kemudiannya boleh melakukan latihan tambahan untuk menjadi Reviewers. Dari masa ke masa, terdapat peranan yang mungkin terbuka dalam pasukan Profile dan Challenge yang lebih kecil.

👉 Pada setiap kitaran, kami mencari individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang berbeza-beza, jadi jika anda tidak berjaya dalam permohonan pertama, anda digalakkan untuk memohon sekali lagi.

🌟Nota: Sila cakna dan harap maklum bahawa program Ambassador bukan cara untuk menyertai mana-mana program Writer atau Creators kami, di mana tidak terdapat sebarang kaitan secara langsung antara menjadi seorang Ambassador dan mendapatkan wang daripada penulisan anda.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro