Detik

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Maklumat diterima, sebuah trak yang dipasang bom jangka dalam perjalanan ke sini," lapor Ali.

"Bagaimana kita hendak kenali trak itu?"

Sebuah mesin aneh disuakan. "Gunakan ini," kata Ali lagi dengan penuh keyakinan.

Mesin berkaki empat dengan kubah di bahagian atas. Namun begitu, biar digoncang seperti hendak mengeluarkan titisan sos terakhir dari botol, mesin itu tetap tidak bertindak balas.

"Oh, ia menggunakan kuasa solar." Ali tersengih-sengih, seperti cuba menyembunyikan kegagalannya menyampaikan maklumat penuh. "Kita lancarkan ia ke udara supaya lebih mudah ia menyerap tenaga matahari."

"Kemudian?"

"Setelah itu, mesin ini akan menunjukkan ke arah trak yang membawa bom."

"Lalu, apa rancangannya?"

"Kita musnahkan trak sebelum ia sempat masuk ke dalam bangunan." Kali ini Ali menunjukkan sebuah pistol yang lebar di bahagian muncung. Bulat seperti tong, tetapi bersaiz mini. "Pelancar roket versi poket."

Beberapa kali cubaan dilakukan untuk mengapungkan mesin mengesan trak membawa bom. Nama singkatannya Mentembo. Namun begitu kejayaan masih belum berpihak kepada mereka.

"Masa semakin singkat!"

Akhirnya, mereka berjaya melancarkan Mentembo ke udara. Belum sempat mereka bergembira, awan hitam berarak menutupi matahari.

Seperti sengaja mengusik untuk melihat wajah kecewa manusia di dalam bangunan, awan mengacah-acah. Lalu, ia pergi dengan wajah bosan.

Serta-merta Mentembo berjaya dicaj penuh. Mesin itu bergoncang dan memancarkan cahaya terus kepada sebuah trak yang semakin menghampiri bangunan.

"Terlalu hampir! Kita harus letupkan trak itu sekarang!"

Pelancar roket versi poket segera diacukan ke arah trak. Picu ditarik, dilepas, ditarik kembali dan dilepas, namun tiada roket yang keluar. Pandangan dialih ke arah Ali yang sengihannya selebar alam.

"Oh, saya lupa bawa pelurunya ya?"

Saat itu, trak meluncur masuk ke dalam bangunan, tempat mereka berdiri. Letupan kuat dan api menjulang-julang, menjadi latar sunyi wajah Ali yang direnung tajam. Beberapa detik, sebelum dia sama-sama tenggelam dalam lautan oren dan merah yang marak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro