PROMOTE/REVIEW 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Username: ddytaebwi
Title: Arranged Marriage
Genre: Sad romance
Chapter: 6

Heyyo, Faztae!

Sudah sedia ke belum? Sis review dengan jujur okeyh.



Let's start...






Cover:

Cover awak dah okey cuma saya rasa awak boleh tambah quotes and username supaya nampak meriah. Tapi terpulang dekat awak. Saya cuma bagi pendapat aje.😊

Sinopsis:

Ermm... bagi saya sinopsis awak pendek. Jadi info yang awak nak bagi tu dia macam tak sampai. Awak boleh tambah dialog dan letak nama watak awak tu.

Contoh macam ni:

Park Han Yerin:

Aku kena kahwin paksa dengan Kim Taehyung sebab eomma dan appa. Aku terima perkahwinan sebab tidak mahu eomma dan appa kecewa. Tapi malangnya nasib aku bila kahwin dengan lelaki yang panas baran.

Lepastu awak cerita tentang Kim Taehyung pulak. Then, awak letak sikit dialog.

Jalan cerita:

Cerita awak dah okey. Saya nampak gaya awak olah cerita tu supaya dia lebih panjang and tersusun. Saya geram gile part Taehyung dera Yerin. Dia fikir bini dia tu punchbag ke apa? Sesuka hati aje nak lepaskan marah dekat bini. Woii kau tak de otak ke haa? Kesian lah sikit dekat isteri yang jaga makan pakai kau tu. Aishh sis tunggu aje bila si Yoonie tu kantoi dengan Taehyung. Sis tak boleh nak olah panjang sebab awak baru sampai chap 5.

Peranan watak:

Okey, sis rase Taehyung ni dia betul-betul cintakan si Yoonie. Tapi kesian sebab Yoonie lebih sayangkan harta dia. Itulah lain kali selidik dulu mana permata, mana batu jalan. Sikap baran dia tu memang tak boleh bawak bincang. Agak-agak lah pon nak lepaskan marah. Apa kau fikir bini kau tu binatang ke hah?

Sis suka dengan watak Yerin sebab dia jenis yang sabar tapi tegas. Cuma sometimes Yerin dia tak melenting pun bila Taehyung marah. Itu part sis paling tak suka. Ish iii... patutnya Yerin kena masuk kelas taekwando. Boleh ajar si Yoonie tu cukup ii.

Act sis memang minat Jungkook. Jadi bila baca cerita ni buat sis rasa... auchh so sweet. Dia baik sangat. Tapi sepatutnya dia kene ambil gambar bila nampak Yoonie keluar dengan namja lain. Barulah boleh tunjuk bukti dekat Taehyung yang buta hati tu.

Tatabahasa:

Kesalahan ejaan yang sama awak ulang. Contoh:
1) gan. Sepatutnya dengan.
2) khawin. Sepatutnya kahwin.

Awak kena guna huruf besar bila mula ayat baru dan kata nama khas. Simbol pun awak kena jaga supaya readers tak pening nak baca.

Saya sarankan awak jangan guna bahasa pasar. Benda ni akan buat buku awak kurang tarikan. Yes, maybe awak dah terbiasa tapi benda ni penting dalam penulisan. Mungkin kalau tak banyak, readers masih okey lagi.

Rate:

5.5/10

Boleh betulkan semula yang silap tu. Tapi buku awak memang best. Cuma tatabahasa awak tu buat saya rasa macam adehh pening nak paham.



Keep writing. Jangan mudah putus asa. Awak ada bakat dalam penulisan. Jadi jangan sia-siakan. Mana yang kurang tu awak kena perbaiki. Teruskan update okey. Abaikan aje kalau orang cakap buruk pasal kita. Yang penting kita terus tengok hadapan.

Myra minta maaf kalau review ni buat awak terasa. Hurmm ini cuma pendapat Myra. Lain orang mungkin lain caranya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro