Tragedi Trauma

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Story by MissHoney5

Description

"Kerana tragedi, aku trauma. "-Harys

Tragedi kemalangan yang menimpa ke atas diri Harys pada satu tahun yang lalu telah menyebabkan kesan yang buruk terhadap fizikal dan mentalnya.Trauma. Rasa takut membelenggu dirinya setiap saat.Dia tertekan dengan suara yang menghantui bayangannya setiap hari.

Ahnaf merupakan abang kepada Harys, dia sendiri buntu untuk mencari jalan demi adik lelakinya itu pulih sepenuhnya. Semua pakar perubatan telah dia bawa. Tapi, masih tiada tindak balas. 

Malah, semakin teruk pula keadaan Harys. 

"Har! Kenapa dengan kau ni hah!? Perlu ke nak bunuh diri macam ni!?Tak ingat dosa ke hah!? "- Ahnaf

"Arh! Lepaskan aku !Pergi!Shhh!"-Harys

Rasa sayang terhadap adik lelakinya itu terlalu besar. Dia sanggup perhabiskan waktu, wang dan segalanya,asalkan adiknya itu pulih dari trauma. 

"Saya cadangkan awak bawa,adik awak pergi bercuti ke tempat kesukaan dia. Mana tahu dengan cara ini, adik awak boleh pulih."-Ustaz Abdul

Cadangan Ustaz Abdul diterima baik. Dia akan bawa adiknya itu pergi bercuti ke tempat kesukaannya dahulu. Mudah-mudahan dengan cara ini adiknya bakal pulih.

 "Kau ingat lagi tak rumah ni? Ni homestay family kita... Dulu kau selalu datang sini,kau kata kau tenang dekat sini. "-Ahnaf

"Tak! Aku tak tenang! Aku nak balik! Aku tak nak duduk kat rumah ni! Rumah ni berhantu!"-Harys

"Berhantu?Haish...Sudah-sudahlah tu merepek.Sejak kau bangun dari koma,kau tu hilang ingatan. Apa yang kau ingat tentang rumah ni? "-Ahnaf

"Aku tak tipulah! " -Harys

Berhantu? Jangan berharaplah Ahnaf akan percaya tentang hantu. Hantu pun dia tak percaya, apatah lagi nak takut. Tetapi adakah betul homestay milik keluarga Ahnaf dan Harys itu berhantu? Boleh percayakah kata-kata Harys yang tidak waras itu?




Jgn lupa vote,komen dan letak buku ni dlm reading list!💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro