Eight

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HYUNG! PULANG BALIK AISKRIM AKU! ITU AKU PUNYA LA!" bergegar rumah Seventeen akibat jeritan jeritan Chan yang teramat kuat itu.

Kakinya tidak penat berlari mengejar Soonyoung yang membawa lari bekas yang berisi ais krim kesayangannya.

Ya. Dia sayang biskut tu sebab dia beli guna duit dia sendiri.

Bersusah payah dia bekerja dia kedai serbaneka untuk dapat duit. Akhirnya dia dapat gaji dan membeli aiskrim sebagai ganjaran untuk dirinya sendiri.

"Bluerk. Tak dapat. Kejarlah kalau nak." makin galak si Soonyoung mengusik Chan.

"HYUNG!" Chan mempercepatkan lariannya.

Tapi malang tidak berbau. Chan terjatuh apabila kakinya tersadung botol air yang entah mana datang.

"Auch." adu Chan apabila kepalanya terhentak pada lantai.

"Chan!" dengan wajah yang risau, Soonyoung pergi ke arah Chan.

"Chan kau ok tak? Aduh sorry sorry. Nak amik balik aiskrim kau ni." ucapnya bersalah.

Dia rasa bersalah sebab Chan terjatuh masa nak kejar aiskrim yang dia bawak lari. Sebab tu la.

Chan hanya mendiamkan diri sambil dia masih meniarap di atas lantai.

Dia mengangkat mukanya dan...

Byur!

Dia menyimbah air di dalam botol yang dilanggarnya ke muka Soonyoung.

"LEE CHANNN!!!"

"HAHAHAHAHAHAAH PADAN MUKA HYUNG"

Maknae itu gelak setan sebelum melarikan diri.

"Sini kau Chan. Eii habis basah baju aku." rungut Soonyoung geram.

"Dah dah. Diam. Shush. Bising betullah korang ni." tegur Seungcheol.

Chan hanya menyengih sementara muka Soonyoung masam mencuka tidak berpuas hati.

"Ni aku nak cakap something ni."

"Apa dia?" tanya Joshua.

"Aku baru dapat gaji so.."

Seungcheol memandang ke arah mereka sebelum menjerit.

"KITA PERGI FUNFAIR!"

"YEAY! FUNFAIR! AKU NAK AJAK SEOKMIN HYUNG NAIK ROLLER COASTER DENGAN AKU NANTI!"

"WOI BODO AKU TAKNAK IKUT! SERAMM!!"

×××

"Woi Chan jangan tarik aku. Ya tuhan aku takut." nak nangis Seokmin dibuatnya apabila Chan tarik tangan dia memaksa dia untuk naik roller coaster.

"Alah kau ni. Mengada. Ikut jela Chan tu. Bukan ada apa pun." Minghao tayang muka menyampah.

"Ish kau ni. Kalau aku mati macam mana?"

"Then, kau mati."

Thughao in the house 😎

Seokmin mencebik.

"Jomlah hyung!" Chan masih tidak berputus asa menarik Seokmin mengikutinya.

"Ish aku taknaklah. Kau ajaklah orang lain." protes Seokmin.

"Tapi hyung yang lain semua dah main game masing masing. Kita je yang free."

"Ah takde takde. Aku taknak naik."

Chan memuncungkan bibirnya. Dia memandang ke arah Minghao yang khusyuk bermain phone.

Minghao yang perasan dirinya diperhati pandang ke arah Chan.

"Apasal pandang aku macam tu?"

"Hao hyung jom naik roller coaster tu." Chan buat muka comel untuk memujuk Minghao.

"Malas. Aku nak masuk rumah hantu." Minghao beredar dari situ dan pergi ke rumah hantu.

"Ha kalau macam tu marilah kita bersama sama masuk ke dalam rumah hantu! Jom hyung!" Chan menarik lengan Seokmin dengan kuat.

Membulat mata Seokmin mendengar ajakan Chan.

"YA TUHAN AKU TAKNAK WOI! AKU RELA NAIK COASTER!"

Tapi Chan buat tak tahu je. Kakinya laju menuju ke arah Minghao yang sedang berjalan ke rumah hantu.

Skip.

"T-tak guna kau Chan. Nak tercabut jantung aku." kata Seokmin sebaik sahaja mereka bertiga keluar dari rumah hantu itu.

Chan hanya tersengih.

"Korang!"

Mereka bertiga memandang ke arah ahli Seventeen yang sedang berlari ke arah mereka.

"Jom amik gambar." ajak Seungcheol.

"Gambar? Nak buat apa?" tanya Jun.

"Buat kenangan la apa lagi. Manalah tau ni kali terakhir kita keluar sesama."

"Ish apa hyung ni cakap macam tu."
marah Chan.

"Haha. Hyung gurau jela. Dah jom."

Seungcheol mengajak mereka ke tepi sedikit. Mereka mengambil tempat yang bertangga di funfair itu.

Seungcheol membetulkan camera stand yang dibawa.

"Ready semua?"

"Hana"

"Dul"

"Set"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro