Four

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Masuk hari ni sudah tepat seminggu Chan hidup dengan Seventeen. Setiap hari dia di suruh berlatih untuk mempertahankan diri.

Tapi kenapa?

Setiap kali Chan mengajukan soalan itu kepada mereka, mereka akan menukar topik. Seolah olah mereka sembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia.

×××

"Channie~" Panggil Seokmin.

Chan yang sedang khusyuk menonton TV itu memandang ke arahnya.

"Kenapa hyung?"

Seokmin tersengih.

"Chan bosan ke?"

Chan hanya mengangguk. Walaupun dia tengok TV, tapi dia tetap bosan.

Sejak dia tinggal dengan Seventeen, dia langsung tidak ke universiti. Sebab apa? Sebab katanya belajar tak penting sekarang ni. Tah pape jela.

Dah tu, Seventeen langsung tak bagi dia keluar rumah. Katanya bahaya. Tapi dia tak tau apa yang bahaya.

"Jom keluar." ajak Seokmin.

Mata Chan bersinar sinar mendengar ajakan Seokmin.

"Tapi... Cheol hyung dengan Han hyung kasi ke? Kalau diorang marah macam mana?"

Seokmin tersenyum.

"Channie, kalau aku belum minta izin diorang takdenya aku ajak kau sekarang. Dah, pergi bersiap."

Chan terus menukar bajunya seperti lipas kudung(mende).

"Mingyu hyung jom kita naik tu!" Jerit Chan.

Mereka berenam(maknae line) sekarang ni berada di berada di funfair. Lepaskan stress katanya. Lagipun diorang kesian dekat Chan yang asyik merungut bosan dekat rumah.

"Ish taknak aku. Ajak si Seokmin tu." tolak Mingyu. Memang tak la dia nak join Chan naik roller coaster tu.

"Apasal aku pulak? Ajak si Minghao tu"

"Oh please. Encik Xu tak sudi nak naik benda alah tu." Minghao terus sahaja melarikan diri apabila namanya disebut.

Chan menggaru kepalanya apabila kesemua 97 liners menolak ajakannya. Dia bukan taknak ajak Verkwan tapi dia tengok muka Seungkwan dah pucat lesi sejak dia ajak mereka ke kawasan roller coaster tu. Vernon pulak nampak busy benar dengan phone dia.

"Hyung ni no fun la. Aku pergi naik sorang la macam tu."

Chan masuk ke dalam barisan menunggu seorang diri. Meninggalkan kelima hyungnya di belakang.

"Ajak aku keluar lepastu takde sorang pun nak teman aku. Baik aku duduk rumah tengok TV je." rungut Chan.

15 minit kemudian, Chan sudah turun dari roller coaster. Keluar sahaja dari kawasan itu, dia lihat kelima orang hyungnya menunggunya dengan muka yang cemas.

Seokmin terus meluru ke arah Chan apabila melihat kelibat remaja itu.

"Chan ok ke? Takde apa yang jadi kan?" soalnya cemas.

Chan pelik. Tapi dia tetap menjawab soalan itu.

"Aku okay. Aku naik roller coaster je la."

Mereka yang lain menarik nafas lega.

"Dah jom balik. Bahaya kita lama lama dekat sini." ajak Mingyu.

"Tapi hyung, baru sekejap kita dekat sini. Takkan nak balik dah?" tanya Chan.

Mingyu menarik nafas panjang sebelum memegang bahu Chan.

"Chan, kita memang kena pergi dari sini sekarang. Dekat sini tak selamat."

"Apa yang tak selamatnya, dekat sini kan ramai orang."

"ITULAH YANG TAK SELAMAT! KALAU KAU HILANG KITAORANG YANG KENA NANTI!" Jerit Mingyu.

Chan terdiam.

Minghao yang nampak keadaan semakin tegang terus mencelah.

"Dah dah. Jom balik."

Chan hanya mengangguk pasrah mendengar ajakan Minghao untuk balik.

Nak main lagi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro