Icy Girl & Bad Boy

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qasrina pulang ke rumah setelah tamatnya sesi persekolahan. Dia terpaksa berjalan kaki seorang diri sekali lagi. Yelah, kebiasaannya Iqmal atau Dian dan Airin yang teman dia. Tapi tulah, semua busy.

Iqmal ada latihan bola keranjang. Katanya, masa untuk dia berlatih dah terlalu suntuk. Dahlah minggu depan ada perlawanan dekat gelanggang sekolah yang bakal dia lawan.

Airin pula ada latihan berenang. Tu jelah perkara yang dia aktif. Kalau tak hampeh... Semua tak boleh harap. Even though banyak lagi masa nak berlatih tapi kalau dia dah minat kan~? Daripada dia terperap dalam rumah je memanjang. Macam kena lockdown.

Dian pula? Senang cerita dia dengan makmal kesayangan dialah. Makmal dengan Dian berpisah tiada. Tapi, kali ni dia kena tolong Firas dengan projek sains dia. Walaupun dia minat kimia, tapi still dia belajar bidang lain.

Firas sebab dia belajar biologi. Mestilah kena ambil kimia, fizik dengan apa benda entah namanya tu pasal bumi. Tengok tu, dua-dua minat sains, saling melengkapi pula tu~

Qasrina membuka aplikasi jadual harian di dalam telefonnya.

Kosong.

Bersih, tanpa aktiviti untuk dia lakukan.

Qas mengeluh kesal. Tak ada ke hari yang boleh buat dia sibuk sehari? Memanglah dia seorang pengawas, namun dia tidak menyandang tanggungjawab yang berat.

Ayah dia pula busy dengan business dia. So, sorang-soranglah dia dekat rumah nampaknya. Disebabkan kebosanan menguasai dirinya. Qasrina mengambil keputusan untuk ke kedai runcit yang berada 3 meter darinya.

Sebaik sahaja Qasrina memasuki kedai runcit itu, matanya melilau mencari coklat kesukaannya. Qasrina kalau beli coklat dah macam borong barang adalah. Kalau boleh kasi angkut semua.

“Tch, mana Pocky perisa coklat tu ea,” dengus Qasrina.

Qasrina memulakan chocolate hunt. Seketika itu, dia menjumpai coklat kegemarannya itu, namun malangnya coklat itu berada agak tinggi daripada Qasrina.

Nak tahu tinggi dia berapa? Tinggi dia 159cm. Not bad, tinggi kau~

Qas: Ini Qasrinalah. Kau tu pendek😜

Liaa: 😑 Apa-apa jelah. Dah pergi sana jauh-jauh.

Qas: Eleh, ngajuklah tu~

Abaikan di atas

Qasrina berdecih kesal. Geram dengan dirinya yang dilahirkan pendek. Qasrina cuba mengapai-gapai sampai kena tonjet adik manis kita ni, namun usahanya gagal.

Dia tergapai-gapai mencapai coklat persis seorang budak kecil yang nakkan makanannya.

Tuan punya kedai hanya mampu terkekeh melihat Qasrina. Kot ye pun, tolonglah dia pak cik...

Qasrina menghela nafas kesal. Dia mengalah terhadap coklatnya. Tiba-tiba, ada tangan yang mencapai coklatnya dengan mudah. Qasrina mampu pasrah sahaja yang dirinya pendek.

Dia memandang pemilik tangan itu.

Deng!

Qasrina terkejut apabila dia melihat mangga terlebih masak datang bergolek di hadapannya.

Siapa lagi kalau bukan Qays. Ramai orang panggil dia mangga. Tak tahu kenapa😂

Dia tersenyum perli ke arah Qasrina yang terkejut melihatnya. Qasrina memalingkan wajah dari memandang Qays.

“Pendek ke~” perli Qays.

So, what? Pendek tu comel apa! Daripada kau tiang lampu jalan. Kalau kau nak kacau aku, sila berambus!” balas Qasrina.

“Hek eleh... Kalau dah tahu diri tu pendek minta lah orang yang lagi tinggi ambilkan. Dasar beku,” kata Qays.

Dia tersenyum sinis manakala Qasrina mengetap giginya dan mengepal penumbuk.

“Kau dah lama hidup ke mangga!” marah Qasrina.

“Aku ni manusia bukannya mangga, okey! Buta? Ke rabun? Ala, cian,”

“Asal kau ni suka menyusahkan aku eh?” soal Qasrina tidak puas hati.

“Sebab aku suka buat kau marah,” jawab Qays selamba.

“Kenapa kau–”

“Aku suka tengok kau marah Qas-chan,” kata Qays.

Qasrina diam. Dia cuba untuk mencerna kata-kata Qays tadi di dalam fikirannya.

Liaa: Kau pakai line apa weyh? Siput betul.

Aidan: Kau panggil aku?

Liaa: Mana ada! Dah, pergi balik set kau!

Abaikan sahaja.

10%

20%

.

.

.

.

100%!!

WHAT THE HECK!” jerit Qasrina terkejut + malu.

Qays tergelak puas melihat reaction comel Qasrina, icy girl kesayangannya. Qasrina memalingkan wajahnya yang blush itu.

Ala, Qas ni baru je kena usik cakap comel belum lagi mula otak masuk ayak Qays tu. Macam mana kau nak handle?

Qays geli hati pada Qasrina lalu mencubit pipinya.

“Hahaha... Yelah, aku tolong kau ambilkan coklat tu ye~”

“Gila! Diamlah, dasar manusia tak malu!” gumam Qasrina. Dia menepis tangan Qays yang mencubit pipinya itu.

Qays terkekeh. Suka pula dia tengok Qas macam tu. Dia pun mengambil coklat Qasrina.

All,” kata Qasrina sepatah.

“Eh?”

“Sore o toru dake,” balas Qasrina.

Qays menghela nafas kesal. Tak padan dengan saiz badan. Patutlah Qas-chan kita ni manis aje. Qays memberi semua coklat kepada Qasrina. Dengan pantas dia mengambilnya.

“Arigatou,” ucap Qasrina singkat.

Budak ni ambil bahasa Jepun dalam kelas.

Qays hanya tersenyum charming hinggakan Qasrina blush.

“Dahlah, aku nak bayar ni. Kau tak nak apa-apa ke?” soal Qasrina.

“Tengok muka kau pun dah cukup buat aku kenyang,” balas Qays.

“mwo?” Qasrina mensengetkan kepalanya dengan riak innocent. Bahasa Korea pula kau guna...

Aduh, boleh on mode tak betul Qays ni karang. Terus dia mengheret Qasrina dan belanja coklat-coklat tu untuk Qas.

Skip time

Qasrina dan Qays berjalan menuju ke rumah mereka. Kebetulan juga rumah mereka tidaklah jauh sangat. So, better Qays menghantar Qasrina. Well, gentleman la katakan.

Qays melihat Qasrina yang sedang menikmati coklatnya dengan mulut comot. Lagatnya mengalahkan budak umur 5 tahun dan ini juga first time Qays tengok perangai childish Qasrina.

Qays terkekeh geli hati. Makin bertambahlah sayangnya nak jadikan Qasrina miliknya.

“Tak sangka, sedingin-dingin kau ni ada sisi childish juga ea,”

Qasrina menjeling sambil mengembungkan pipinya. Geram punya pasal, Qays mencubit pipinya kuat.

“Aya! Janganlah cubit, ngek!” jerit Qasrina.

“Siapa suruh kau tu comel sangat, kan aku dah geram tengok kau,” balas Qays.

“Siapa suruh kau tengok. Ergh... Sakitlah baegchi!” marah Qasrina.

Yes, I'm you're baegchi~”

Sekali lagi, Qasrina blush dek kerana disakat Qays. Dia tersenyum sinis. Qasrina menepis tangan Qays lalu dilajukan langkahnya untuk meninggalkan Qays.

“Alololo, adik manis kita ni ngajuk ye~ Nak abang Qays pujuk ke~”

“Berambuslah tak guna!”

“Eleh, padahal muka dah merah dah~ Iyakan, benarkan~” kata Qays dengan membuat rupa comel.

Qasrina buat-buat nak muntah melihat Qays sebegitu rupa. Qays tergelak melihat muka Qasrina.

“Haih, dahlah comot,” kata Qays.

Who cares!” jerit Qasrina.

But, I care~” balas Qays lalu menyikat sisa coklat yang ada disekeliling mulut Qasrina.

Wajah Qasrina memerah habis. Tak pernah-pernah lagi orang buat dia macam ni. Weyh, mana kau nak sorok muka kau Qas?

“Haa, kan molek gini,” ujar Qays usai saja membersihkannya.

Qasrina blush teruk sampai tak mampu nak pandang Qays. Qays tersenyum seringai lalu mencium hujung skarf milik Qasrina. Dia terkaku dengan tindakan Qays.

“Kain lembut je, macam tuan dia,” kata Qays tersenyum kemenangan. Qasrina masih lagi terkaku dengan blushing hard.

Skarf tu hadiah birthday Qasrina daripada Qays tapi Qasrina tak tahu pun.

“BAEGCHI! KAU MEMANG BAEGCHI, QAYS!”

Qays dah lari pecut dulu apabila dirinya dikejar oleh burung helang comel ini. Tanpa sedar, pemuda bermata hazel mengetap giginya berang.

Tak guna kau, Qays...,

________

Sebaik sahaja mereka berdua penat lari berkejaran. Qays merelakan dirinya dipukul habis-habisan oleh Qasrina. Welp, nak buat macam mana penat dah lari, hari pun dah mula senja.

“Huish, tak sangka kita lari dah jauh dari rumah kan Qas-chan,” ujar Qays.

“Diamlah kau! Kau dah malukan aku banyak kali dah!” marah Qasrina.

Accually kan, skarf tu aku yang bagi,” balas Qays.

“APA YANG KAU CAKAP!”

Qays tergelak melihat wajah Qasrina yang blushing dan bercampur dengan marahnya. Qasrina mendengus kesal. Sekarang ni, mereka sedang berada dibangku taman.

Tak tahu macam mana diorang boleh sampai ke situ. Pergh, confirm dapat turunkan berat badan.

Hari semakin senja dan mendung membawa tanda akan hujan tidak lama lagi.

“Weyh, Qays. Jomlah balik. Nanti ayah aku naik angin karang,” tutur Qasrina.

“Ala~ Relax dulu. Aku dah bagitahu Iqmal yang kau tumpang rumah aku,” kata Qays.

“Woi! Suka hati nenek moyang kau je! Siapa kata aku nak tidur dengan kau? And since when kau mesej Iqmal,” bentak Qasrina.

One, masa lari tadi aku sempat mesej Iqmal and ayah kau warn jangan usik or kacau kau. So, okey fine~ Second, aku kata tidur dekat rumah aku, jadi kau nak tidur dekat mana-mana pun aku tak kesah asalkan bukan bilik aku... Aku tahulah batas, ngek~” sakat Qays lalu membuka payung untuk mereka berdua berteduh.

Pada masa yang sama dia membuka payung, hujan turun. Qays memandang Qasrina dengan senyuman manisnya.

Qasrina terpaku dengannya. Pandangan mereka bertaut. Qasrina sedar akan itu mengalihkan pandangannya dari Qays dan mengutuk diri sendri.

Jantungnya berdetak laju apabila Qays mendekati dirinya.

“Argh! Dah hantar aku balik, malas nak layan kau!” ujar Qasrina.

“Takut ke kau nak tinggal dengan aku~” soal Qays.

“Weyh, baka. Aku malas nak berdebat dengan kau and lantak akulah nak tidur mana pun,” bentak Qasrina.

“Tumpang rumah aku,”

“Tak nak,”

“Kena,”

“Tak nak,”

“Kena,”

“Na-uh,”

“Wajib. Kalau tak dosa,”

“Mangkuk kau! Membongak leb– Woi!”

Qays malas nak mendengar bebelan Qasrina terus mendukung dia di belakangnya. Sebernarnya, kaki Qas tu sakit masa lari, dia terjatuh.

Qasrina terdiam dan blush sambil menatap mata Qays seperti langit dari tepi.

“Jom kita ke mahligai cinta kita~”

“KEPALA OTAK KAU! MAHLIGAI NERAKA ADALAH!” marah Qasrina.

Terus Qasrina menumbuk Qays. Jangan memain dengan pembuli sekolah ni.

“Aduh! Mianhae, nae aleumdaum,” mohon Qays.

“Apa benda tu? Aku tahulah mianhae tu apa. Yang lain tu?” soal Qasrina.

“Betul ni kau nak tahu?” Qasrina mengangguk innocent.

Qays yang sedang berlari sambil mendukung Qasrina di belakangnya ke rumah terus tersenyum sinis.

“Maksudnya~”

“Maaf, my beauty~” Qays membisiknya pada Qasrina dengan nada sinis.

Qasrina diam dan terkaku. Qays tersengih ke arah Qasrina dan mendapat satu pukulan penuh kasih sayang dari isteri– eh, maksud saya bakal.

Izz: Apa benda yang kau merepek ni :v?

Liaa: Yang kau dekat sini dah kenapa? Pergi balik set kau sana.

Abaikan.

“Baka! Watashinojinsei o jama dinaide!” marah Qasrina.

“Hahaha, okey, okey. Aku stop, bakal wife ku~”

“Mangkuk kau bakal wife! Ayah aku pun tak restulah bongok!”

“Okey, jadi nak aku minta restulah ni~”

“Diam! Aku nak ketenangan sekarang!”
Qasrina hanya menyadarkan kepalanya di belakang Qays.

Qays tersenyum nipis melihat Qasrina akhirnya mendapat ketenangan.

Don't worry my beauty. I will never let you go~” kata Qays tersenyum dan tidak lama itu dia menjeling susuk tubuh yang sedang berapi.

“Heh, kau lambat, bro~” perli Qays lalu meninggalkan susuk itu menggenggam tangan.

Tak guna kau Qays... Tunggulah nanti aku ambil princess kau tu dan dia akan menjadi milik aku, Qays. Kau pasti akan menjerit dan meraung bila dia dalam genggaman aku. Kau tengok je...,

Kau tengok,” kata pemuda itu.

Meski pun dia tidak sedar yang dia diperhatikan oleh beberapa pasang mata.

Wow~ So, dialah target mangga yang seterusnya eyy~” tutur seorang gadis.

Yup, aku rasa aku makin suka dengan kerja mengintip ni. Tak sia-sia Qays pilih aku. Oh, and bila korang nak bagitahu Qays yang kau dah balik?”

“Janganlah risau. Kitaorang balik and tinggal sini lama. Tiga bulan,” jawab seorang gadis yang lain.

“Tak sabar nak tengok merpati sejoli ni buat drama lagi,” tambahnya.

Gadis yang lebih tua darinya memandang datar.

“Peringatan diri sendiri, jangan kasi adik kau tengok banyak drama korea,”

_____________________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro