Hati Palestina

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dalam hati & fikiran, tentang saudara2 kita disana❤️‍🩹

Kucar - kacir, bercempera
Yang berlari, yang berjalan
Yang sembunyi, yang kelihatan...
Semua kena!

Jerit, pekik, lolong, teriak...
Tangis, raung dan keluhan...
Bersatu nada
Irama kesakitan.

Kecil, besar, tua, muda
Bayi, remaja, dewasa
Lelaki, perempuan tak kira...
Rebah belaka.

Atas kepala, melintas bebas
Tanpa rasa tanpa belas
Segala peluru dan bom dilepas
Diserang tanpa dapat membalas.

Bagai berpesta kembang api
Marak menyala disana sini
Rumah roboh hospital runtuh
Nyawa nan sejasad mencari teduh.

Namun, pada wajah - wajah yang polos
Wajah - wajah yang berduka
Wajah - wajah yang pasrah
Masih lagi mampu tersenyum
Mengukir redha.

Hari ini, dia malang
Esok, mungkin dia menang
Hati wajanya tetap melawan...
Takutnya hanya kepada Tuhan.

Tuhan belum mahu memenangkan kamu. Bukan kerana kamu belum sedia tapi kerana kami yang masih lagha. Kami yang belum punya apa - apa untuk dibawa ke'sana'. Terima kasih saudara, saudariku disana. Kamulah asbab kami masih mampu menampal lompong - lompong amal. Menokok, menambah kurangnya iman. Kamulah jua asbab kami masih mampu menyampaikan sedekah dan memanjangkan kebaikan... Kerana kamu sudah mewah dengan jihad dan syahidmu, sedang kami masih miskin pahala dek kerap lalai dan leka. Terima kasih kalian... Semoga kita bertemu disyurga.

ReD_aWan🍓
Jumaat, 20/10/2023
1:50am (edit 20:30pm, Jumaat)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro