Hujan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Panas lit lit, aku merungut
Hujan dan banjir, aku bersungut
Semua serba tidak kena
Semua aku komplen saja

Panas terik, dia syukur
Hujan lebat, dia akur
Kuasa TUHAN, katanya
Kenalah terima, kitakan hamba

Aku termangu mendengar itu
Betapa dia yang mencari rezeki
Pasrah dengan aturan ILLAHI
Ada rezeki, Alhamdulillah
Tiada rezeki, dia pasrah

Esoknya dia keluar lagi
Tanpa bimbang dalam hati
Hujan atau panas tidak dibena
Usaha, itu paling utama

Aku malu mendengar itu
Terasa aku begitu kecil
Sikit - sikit mengata takdir
Walhal rezekiku tidak berkurang
Walau syukurku selalu hilang

Dia yang biasa - biasa
Susahnya banyak, senang tak seberapa
Tapi kental menghadap hari
Gigih demi sesuap nasi
Setakat hujan ditengahari
Dia masih mampu senyum lagi.


Bersyukurlah selalu...

ReD_aWan🍓
22.09.2021
Ahad, 2:06am

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro