Saatnya

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Dihujung hari
akan terpisah siang dengan malam
gelap datang mendakap alam
dan biasanya
rindu akan lebih berbisa.

Dihujung jalan
akan berpecah dipersimpangan
memilih haluan sendiri
mencari lorong dan jalan
masing - masing ada tujuan.

Dihujung waktu
akan terpisah engkau dan aku
meski langkah kita menyatu
kerana bila sudah tiba saatnya
terpaksa kita redhakan jua.



Red_aWan🍓
Isnin, 12082024
22:59pm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro