Sahabat

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bila berkawan, biar seribu
Bersahabat, biar akrab

Janji bersahabat ke akhir hayat
Saling doakan kasih yang erat
Hidup susah jangan berpisah
Hidup senang jangan membuang

Senyum ketawa sama dikongsi
Luka tangis bersama ratapi
Bersahabat hati ke hati
Dari hidup bawa ke mati

Doa termakbul, di izin Allah
KuasaNYA tiada terbantah
Sesaat tak cepat, sedetik tak lewat.

Bercuti bersama, hiburkan hati
Mati bersama, bagai berjanji
Semoga tenang dalam perjalanan
Semoga syurgalah dihujung jalan

Tabahlah ibu tabahlah ayah
Doakan bertemu kembali di taman jannah.

Aamiin♥️🌷

ReD_aWan🍓
Jumaat, 14.38pm
18/09/2020.

*Kes 4 sahabat yang keracunan karbon monoksida, akibat tertidur dalam kereta dengan aircond dan enjin terpasang. 3 orang telah meninggal setakat puisi ini ditulis. 1 lagi kritikal. Semoga yang meninggal, digolongkan dalam kalangan para solehah dan dianugerahkan syurga olehNYA, aamiin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro