Bacalah Kehidupanku--

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Saat aku ketawa
Raungan di hati semakin kuat;
Saat aku tersenyum
Koyakkan di hati semakin besar.

Menyembunyikan apa yang aku rasa.
Berlagak seolah tiada apa
yang berlaku pada diri ini.

Saat aku ingin
Mencapai impian aku;
Mereka hadir
Memusnahkan jalan aku.

Air mata yang sering
jadi teman siang malamku.
Esakan halus yang sering aku dengari.

Setiap hari pasti ada
Luka yang baru di hati aku.

Aku bagaikan tunggul
Menunggu kebahagiaan
yang tak akan pernah muncul.

Aku,
Meneruskan kehidupan ini
Lali sudah dengan apa yang berlaku.

Berdoa pada Ilahi,
Agar ada keajaiban yang akan berlaku.
Kerana Dia, Maha Berkuasa.








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro