Langit Biru--

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku dongak ke langit,
Indah langit biru ini.
Ciptaan Yang Maha Esa ')

Kau;
Peneman aku,
Hiburan aku,
Tempat luahan aku,
Dan tempat aku bermanja.

Kau;
Bagaikan pelangi,
Yang hadir dalam hidup aku.
Menceriakan hari-hari aku.

Kau;
Tinggalkan kenangan untuk aku,
Lalu pergi,
Jauh dari hidup aku.

Burung berkicauan,
Berterbangan di dada langit.

Aku;
Cuba untuk terima segalanya,
Dengan hati terbuka dan redha.
Tapi aku tak mampu,
Aku tak kuat.

Rindu kau;
Rindu segalanya tentang kau,
Gelak tawa kau,
Senyuman kau,
Amarah kau,
Nasihat kau.

Bila?
Kau mahu kembali?
Ke dakapan aku.
Lalu harungi ujian hidup,
bersama aku sehingga akhir hayat.

Aku;
Masih menanti kau,
Dengan setianya.
Menunggu kau pulang.
Kaki aku berdiri teguh,
Dengan senyuman.
Pulanglah---

🌻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro