Q3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


DUDUKNYA dibetulkan dan sebelah kakinya disilang. Butang pada sut kelabu yang disarung ke badannya dibuka. Rambutnya tersisir rapi. Tiada satu helai rambutnya jatuh di hadapan mata, ia digel dengan kemas. Mata hitamnya memberi isyarat bahawa dia sudah bersedia untuk sessi temuramah bagi sebuah majalah perniagaan.

"Terima kasih kerana tuan meluangkan masa untuk majalah kami." Wartawan wanita itu berdehem. Matanya memerhati segenap tubuh ahli perniagaan muda di hadapannya.

"Boleh tuan perkenalkan diri kepada pembaca kami?" Wanita bernama Kimi itu bersuara.

"Jika perbualan ini direkod, saya mahu satu salinannya dihantar ke pejabat saya."

Kimi mengangguk

"Nama saya Megat Qahar bin Megat Omardin." Senyum terkoyak di wajah lelaki yang baru memperkenalkan dirinya.

"Tahun ini sekali lagi Tuan Megat..."

Lelaki bertubuh sasa itu mengangkat sebelah tangannya. Pandangannya tajam menusuk ke jiwa Kimi. Adakah dia melakukan kesalahan?

"Panggil saya Qahar." Suara garau Qahar berbunyi.

"Baik. Sekali lagi tahun ini Tuan Qahar memenangi anugerah Ahli perniagaan termuda. Apa perasaan tuan?" Kimi menanda sesuatu di buku notanya.

"Gembira dan rasa diri ini dihargai. Memenangi anugerah itu menunjukkan bahawa usaha saya memajukan Tech Go mendapat perhatian yang bagus. Ia juga bermakna saya berada di landasan yang betul." Tangannya diletakkan pada rangka kerusi.

"Tahun lepas Tech Go berjaya mendapat tender untuk penghasilan perisian akaun untuk sebuah syarikat di Australia. Ini kali pertama sebuah syarikat dari Craka dapat menembus pasaran Australia." Qahar menunjukkan sekeping gambar di mana dia bergambar bersama-sama pengarah urusan sebuah syarikat di Australia.

"Itu satu kejayaan besar yang mebanggakan Craka." Kimi menepuk tangan perlahan selepas menulis nota yang dia anggap penting.

"Namun begitu, keluaga Tuan Qahar bukan terdiri daripada generasi yang kaya secara turun-temurun. Keluarga Tuan Qahar lebih terkenal sebagai keluarga turun-temurun yang mematuhi undang-undang. Moyang Tuan Qahar sehingga ayah tuan semuanya berkhidmat sebagai polis. Kenapa bukan tuan?"

Soalan Kimi menyentak perasaan Qahar. Rahangnya bergetar namun dia cuba mengukir senyum.

"Tak semestinya saya meneruskan legasi itu, bukan? Lagiun pemilik asal Tech Go iaitu Tuan Arif mempercayai saya sehingga dia menyerahkan syarikat ini kepada saya yang dia anggap sebagai anak sendiri." Qahar cuba bertenang.

Kimi mengangguk.

"Sukar menemui orang seperti tuan. Iaitu orang yang asalnya dari keluarga yang tinggal di pinggir Terengkah dan kini memegang jawatan yang begitu besar di salah sebuah lima kuasa terbesar di Terengkah." Kimi cuba mengorek cerita sebenar dari Qahar.

"Usaha dan yakin itu penting Cik Kimi. Saya bekerja dari umur saya belasan tahun. Sambil bekerja sambil belajar. Kemudian saya sertai Tech Go yang ketika itu hanya sebuah syarikat kecil. Bersama-sama Tuan Arif, saya majukan syarikat ini kerana saya mempunyai minat dalam bidang teknologi."

"Tuan Qahar juga terkenal dengan sifat penderma dan boros."

Qahar tertawa. Dia meminta setiausahanya membawa arca yang dibeli dari jualan amal bulan lepas.

"Ini minat saya Cik Kimi. Arca ini mempunyai kaitan dengan sejarah Firaun di mesir. Dikatakan pemilik arca ini akan sentiasa dikurniakan wang yang banyak jika arca berbentuk daun ini dibasuh dengan susu." Arca itu ditunjukkan kepada Kimi.

"Tuan percaya?" Soal Kimi.

Qahar menggeleng. Itu bertentangan dengan kepercayaannya.

"Saya cuci dengan susu. Itu benar. Tapi susu itu membuat arca ini bertambah kilauannya. Lihat." Qahar meletakkan arca itu di bawah lampu di atas mejanya.

Mata kimi terbuka luas.

"Saya percaya bahawa kekayaan yang saya miliki kini bukan milik saya seorang. Jika ia mampu memberi sedikit kegembiraan kepada orang yang memerlukan, apa salahnya," ujar Qahar sebelum meminta temu ramah itu ditamatkan.

"Pastikan awak tulis perkara yang baik sahaja tentang saya. Bukan berdasarkan pemerhatian yang awak notakan."

Kimi tersentak. Dia memang menulis beberapa nota di dalam kertas. Ia berdasarkan apa yang dia lihat melalui pemerhatiannya. Lelaki yang berdiri di hadapannya memang tidak suka bercakap tentang perkara lalu atau tentang legasi ayahnya.

"Ba... baik Tuan Qahar."

Selepas Kimi meninggalkan pejabatnya Qahar menekan punat televisyen. Dia mahu mendengar berita tentang duania perniagaan semasa. Namun di kaca televsiyen seorang pemberita bercerita tentang satu lagi kematian yang didalangi oleh figura misteri yang diberi nama 'V'

Alat kawalan jauh televisyen dipegang dan diletakkan kembali ke meja. Mindanya kembali kepada soalan yang ditanya oleh wartawan bernama Kimi sebentar tadi.

Dia memang berasal dari keluarga yang berkhidmat kepada undang-undang. Sebelum dia, tiada yang bekerja di luar bidang itu. Ayahnya, Megat Omardin juga berharap suatu hari dia akan mengikiut jejak langkah moyang mereka, menyarung baju seragam berwarna biru.

Ayahnya mungkin kecewa dengannya sekarang.

Cita-cita sebagai pegawai polis dia lupakan setelah kes kematian ayahnya semasa menjalan tugas tidak dijalankan dengan baik. Nama Megat Omardian dihagai hanya selepas peluru menembusi dada lelaki yang dia panggil ayah.

Sehingga kini, penjenayah yang dikatakan menembak ayah masih tidak dijumpai.

Satu persoalan sentiasa bermain di minda Qahar.

Kenapa ayahnya berada di kawasan pelupusan kereta sepuluh tahun lalu?

Sehingga kini dia tidak menemui jawapan walaupun setelah dia menabur duit kepada penyiasat persendirian. Ia seperti ada yang tidak mahu kebenaran terbuka.

Perkara kedua dalah sesalan ayahnya yang disampaikan ketika lelaki itu masih hidup.

"Ayah rasa ada satu rantai yang hilang dalam kes pembunuhan ibu Alissa. Semuanya kelihatan bagai berkait namun ia bagai satu drama yang dilakonkan dengan baik, nama pengarahnya juga misteri."

Jika bukan disebabkan kematian ayahnya, Qahar akan membaktikan hidupnya untuk menyelesaikan kes yang ayahnya anggap kekesalan terbesar seorang Omardin. Dia berasa seseorang yang tidak bersalah telah dihukum dan dibunuh dan ditunjuk kepada dunia sebagai bunuh diri. Kompleks bukan?

Sebab itulah Qahar berasa bahawa sistem keadilan di Crakha tidak sempurna. Ia berat sebelah. Ia juga menyebabkan dia sanggup bekerja membanting tulang demi cita-cita yang baru. Dia mahu menjadi lelaki yang kaya dan berkuasa. Kekayaan dan kuasa yang dia perolehi akan dia gunakan untuk mendapatkan keadilan buat ayahnya, Megat Omardin dan mereka yang teraniaya.

"Sam, bila parti bertopeng tu?"

"Minggu hadapan," jawab setiausahanya yang memegang kad undangan.

Senyum di wajah Qahar melebar. Itu masa terbaik untuk dia bersosial dengan mereka yang setaraf dengannya.

Beberapa kekunci ditekan dan skrin komputernya memaparkan satu aplikasi maya.

"Gen satu, paparkan maklumat tentang Dato' bandar Terengkah." Dia memberi arahan kepada aplikasi robot kepandaian tiruan yang dia cipta beberapa tahun lepas.

"Baik Qahar."

Selepas beberapa minit beberapa skrin maya terpapar di hadapan Qahar. Dia memakai satu cermin mata khas yang membolehkan dia membaca data yang dipaparkan.

"Jadi dia ada seorang anak yang berkhidmat dengan Balai Jenayah Selatan?" jarinya diletakkan di dagu.

"Dato' Badar berminat dengan aplikasi penjejakan yang dicipta tahun lepas." Suara aplikasi kepandaian tiruan yang diberi nama Gen satu itu bersuara.

"Buat kesimpulan dan simpan data Dato' Badar dalam File Joy, saya akan baca dalam perjalanan nanti. Terima kasih Gen satu."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro