satu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Senak perut aku. Dari tadi menahan tawa dengan kawan sendiri. Itulah aku dah cakap, jangan tengok dia nak tengok juga. Sebabnya, kalau dia tengok juga, macam inilah jadinya. Susah nak berhenti.

"Sakit perutlah, gila!"

"Ah bongok kau! Aku tahu kalau kau tengok, mesti kita tak boleh nak stop punya."

"Stop apa siak?"

"Stop gelaklah mangkuk ayun!"

Dan kami berdua bergelak lagi. Sehabis daya aku kepit nafas supaya tawaku tidak terhambur kuat. Tapi, tangan aku memang cakap awal-awallah tak boleh nak kawal! Tak tepuk meja, tampar bahu minah ni.

Si Senah ni bila aku dah tampar bahu dia, dia pun balas balik lagi kuat.

"Relaks dulu, kejap ambil nafas-humph!"

Aku menjedakan suasana kami. Sambil gaya cikgu jasmani kau acah tarik dan hembus nafas lepas warm-up dekat sekolah dulu-dulu.

Waktu tarik hembus nafas sajalah aku dengan dia serius. Selepas tu sambung gelak lagi. Sampai kejang urat dengan otot di muka dan perut.

"Bila nak habis ni?" Salma sedaya upaya menyoal dengan tawanya.

"Kau tu berhenti gelak dulu, baru kita habis." Aku mula mengelap sisa air mata hasil deraian tawa yang tak henti sedari tadi.

"Okey, sekarang macam mana nak stop ketawa?" Salma bertanya.

"Aku ada idea! Kau bangun lepas tu jalan pusing keliling kafe sambil garu ketiak. Kalau ada orang kat meja tu, kau pergi lepas tu garu depan dia."

Ya, aku memang sedang waras sekarang. Aku akui.

"Mana boleh! Tak rancak kalau aku seorang. Aku jalan sambil garu, lepas tu kau kena ikut aku. Lepas aku garu, aku bagi tangan aku, kau bau. Baru mantap Pak Abu!"

Pap!

Aku tampar manja kepala dia berlapik telapak tangan aku.

"Hehi hau hepam!" Kutukku galak.

"Hane hade. Hau hahum seja ho..." Salma pun sama naik sengau dengan aku.

Lagi berdekah kami gelak di situ.
Seperti tak hiraukan orang sekeliling. Lagi-lagi orang sebelah meja kami ni. Seolah dia tak ada saja di sebelah ini.

"Kesian dia wey. Kita gelakkan dia. Cuba kalau kita ada di tempat dia waktu tu, lepas orang gelakkan kita, kau tak rasa malu ke?"

Dalam seronok ketawa, aku tahu juga untuk simpati. Sebab tu orang cakap jangan seronok sangat takut nanti kena pada batang hidung sendiri. Jadi, ini kiranya aku sedar dirilah lagi.

"Eleh, kau pun sama. Kaulah paling teruk gelaknya. Meja kau tepuk-tepuk, aku kau tampar-tampar. Kalau tak kenang ada dekat kafe ni, mesti bunyi khinzir pun kau dah buat tadi."

Yalah benda lawak kot. Kau sangka aku nak gelak berbunyi hihihi? Itu gelak Cik ponti belakang rumah kau! Eh, baru aku perasan Cik ponti punya gelak lagi ayu dari aku yang perempuan tulen ni.

Apa daya? Dah tertulis takdir bungkusan kuah chicken chop black pepper seorang budak lelaki jatuh betul-betul tepat sebelah meja aku dengan Salma duduk.

Masalahnya, kuah dia tu jatuh jelepuk menuju hampir masuk ke bawah kerusi aku!

Dan aku sebagai tindak balas menghantar impuls mulut mengeluarkan latah!

"Wey mangkuk hayun hawau!"

Hah! Bila aku dah melatah, memang jadi panjang ceritalah antara aku dengan Salma.

Sedari diri terlatah kuat, laju aku tekup mulut. Sambil memberi isyarat pada Salma jangan lihat budak sebelah aku yang nak kutip bungkusan kuah chicken chop dia yang terjatuh tu.

Tapi, dia degil. Gatal pergi tengok. Bila dia tengok, aku pun tengok.

Ini lagi aku tak tahan. Bungkusan kuah tu macam lagi melompat jatuh dari tangan budak tu dan masuk lagi ke arah bawah kerusi aku.

Aku cuba injak kerusi dan ingin membantu, namun sepantas kilat budak tadi mencapai bungkusan tu dan cepat-cepat beredar pergi.

Sebaik saja budak tu berlalu pergi, maka insiden ledakan tawa kami memang panjang dan sukar dibendung. Boleh aku katakan, kami gelak macam orang gila. Tanpa memikirkan aib si budak tadi.

Bahkan tak hirau orang yang turut duduk di sebelah kami. Adakah mereka turut perasan atau hanya kami dengan dunia kami?

Tapi tak apa. Sebelah kami ni perempuan. Rasanya dia okey saja kot terdengar gelak aku dan Salma yang seakan dirasuk tadi.

"Nasib baik sebelah aku ni perempuan. Kalau lelaki, memang jatuh saham kita, wey!" Yakinnya aku bersuara sambil mengetuk meja lagak seorang hakim di mahkamah. Yakinnya aku tu tak sangka suara terkuat dari aku menahan ketawa tadi.

"Eh, kau biar betik?" Salma tiba-tiba berkerut kening sambil menjengul kepala melihat gerangan di sebelah aku yakni meja sebelah kami.

"Kau buta ke?" Salma berbisik.

"Kau dah kenapa? Tadi bukan main gelak sampai nak terkeluar anak tekak, ini kau cakap suara hangin pulak!" Omelku.

"Kau pandang sana, sebelah kau tu." Salma mengarah.

"Kau apa hal? Tengok-tengok orang, nanti orang ingat kita cakap benda-"

Ya. Belum habis lagi aku bercakap, tanpa sapaan dan keseganan, rasa kepalaku berpusing sebanyak 90 darjah ke arah kiri kami. Di mana arah orang sebelah yang kami maksudkan tadi.

Sungguh. Benar. Ada orang. Cuma yang sebelah sini, ada janggut sejemput. Di sebelahnya ada misai. Dan di depannya ada kedua-duanya.

Lebih kaget, ketiga-tiganya merenung tepat ke arah kami atau lebih tepat ke arah aku yang masih dipegang kepala oleh Salma.

Si janggut tu saja yang usyar aku dengan muka tak puas hati. Yang misai dengan misai + janggut tu nampak tersembur-sembur gelaknya.

Hah?

Sejak bila sebelah ni lelaki yang duduk? Bukan tadi perempuan ke?

Apa aku nak buat ni?

Otak aku terlalu terkejut, tanpa sedar aku bingkas mendadak.

"Wey mangkuk aku dekat ampaian tak angkat lagi nanti basah hujan nak turun."

Kerana terlalu malu, aku tinggalkan Salma dengan segala barang begku di situ dan terus melangkah laju keluar ke pintu kafe.

Aku dah tak hirau tinggalkan Salma terkontang-kanting berseorangan di situ. Sebab aku betul-betul dihurung rasa malu menggunung.

Ya Allah, malu betul ni.

Konon ayat aku tadi nak tutup malu sebab perlu segera pulang ke bilik untuk angkat kain baju risau terkena tempias hujan.

Masalahnya, tengah hari buta panas terik sekarang. Celah mana hujan nak turun. Dan sejak bila orang sidai mangkuk di ampaian dan kain baju orang tiarap di rak?

Astaga. Sumpah, aku cuma teringatkan kain baju yang aku basuh pagi tadi di ampaian waktu aku pusing menghadap ketiga-tiga lelaki tadi. Tapi, sindrom mangkuk aku ni memang dah teruk agaknya.

Persoalannya, dia orang ada sebelah aku dan Salma sejak bila? Takkanlah dari awal insiden kuah chicken chop budak tu jatuh tadi?

Oh tidak!

Habis tu, yang aku nampak budak perempuan sebelah kami tadi?

Ya Allah, baru aku teringat! Sebenarnya, yang aku sangkakan perempuan sebelah kami tadi sudah lama beredar sebaik saja kami sampai dan duduk di sebelah tu.

Mungkin terlalu leka berbual dengan Salma sambil menatal TikTok, sampaikan kami tak sedar ada tiga orang lelaki yang datang melabuh duduk yang mejanya betul-betul bersebelahan dengan aku?

Ya Tuhan, aku memang memalukan diri sendiri.

Dalam kalut membawa diri, rasa gegaran di peha kananku lantas tangan mencapai telefon terseluk kemas dalam poket seluar.

Nama Salma terpampang jelas di skrin.

"Kau pergi mana?"

"Aku balik-ermm ada dekat luar ni."

Mahu cakap balik ke bilik, untuk apa? Bukannya bakal hujan pun. Sudahnya, aku memberhentikan langkah sambil fokus bercakap dengan Salma di dalam talian. Dan memang tidak jauh lagi aku berjalan meninggalkan kafe.

"Kita ada kelas kan lepas ni? Yang kau balik dulu tu kenapa?"

"Hish! Kau ni! Habis yang tadi tu apa dia?"

Malas aku nak menghuraikan. Salma sepatutnya tahu apa yang aku maksudkan.

"Itulah! Cakap sampai tak pandang sekeliling. Kan malu kau dapat."

Eee dia ni! Kalau aku tahu sebelah tu ada lelaki, bukan seorang tapi tiga, tak adanya aku nak cakap sekuat tu. Dan satu lagi, tunjuk sisi buruk aku bila ketawa tak ingat dunia.

"Ergh! Habis tu? Benda dah nak jadi, manalah aku tahu dia orang memang dari awal ada di situ." Aku menjeling berat.

"Dah, aku nak kau datang sini. Tak kuasa aku nak bawa barang-barang kau. Barang aku pun dah banyak!"

"Woi! Kau gila? Nanti aku kena tengok lagi muka tiga orang tu!"

"Tak adanya. Dia orang dah blah."

"Hah? Seriuslah?"

"Iyaa."

"Sejak bila?"

"Lepas je kau keluar, dia orang pun blah. Lagipun, dia orang memang dah habis makan."

"Fuh! Lega aku. Okey, kau tunggu. Aku patah balik."

Tanpa berfikir panjang, aku menukar haluan jalanku dan berpatah balik menuju ke arah kafe.

Hampir saja aku tiba di pintu masuk kafe, lagi sekali aku rasa nak sumpah seranah diri sendiri.

Jelas figura tiga orang lelaki tadi sedang berjalan menuju ke arah pintu untuk keluar sedang aku pula berjalan menuju ke arah pintu yang sama untuk masuk kafe kembali.

Jadinya apa?

Aku bakal bertembung dan berselisih pulalah dengan dia orang!

Nak mengelak?

Tak payah berangan! Masakan, aku secara tak sengaja bertemu pandang dengan si janggut tadi!

Argh! Bencinya! Kenapa kena jadi macam ni?

Mahu atau tidak, aku harus tebalkan muka bila berselisih nanti. Aduhai, waktu begini la masa lambat sangat berlalu. Jantung pulak galak berdegup. Bikin aku ribut.

Selangkah.

Dua langkah.

Tiga.

Tepat aku dan mereka bertiga berselisih di pintu kafe. Sehabis baik aku ketatkan muka tak beriaksi. Padahal dalam hati, dah terkumat-kamit maki diri sendiri.

Senyap.

Aku cuba fokuskan gegendang telinga. Siapa tahu aku bakal terima perlian bahana perilaku aku tadi? Ternyata tidak. Langsung tidak aku dengar perbualan daripada mereka apatah lagi sindiran.

Wah! Aneh ni.

Selalunya, mesti orang akan perli. Paling pengecut, lepas beberapa tapak melintasi aku, confirm ada gelak kecil kerana mengutuk belakang. Tapi, kenapa dia orang ni nampak relaks je?

Aku berhentikan langkah.

Menoleh ke belakang memandang mereka yang semakin menjauh.

Weh! Dia orang jalan macam biasa? Tak ada gaya bercakap, berbisik dan jauh sekali gelak ketawa. Seolah apa yang dia orang tengok tentang aku tadi, ibarat tak terjadi apa-apa yang memalukan.

Atau dia orang dah kutuk aku sebenarnya? Ataupun dia orang pastikan betul-betul yang aku dah jauh dari radius dia orang dan barulah dia orang buka cerita mengata aku di belakang?

Begitukah?

"Salma! Aku selisih dengan dia orang tadi!"

Salma tangkap dada. Terkejut.

"Astaghfirullah, Mel!" Salma mengurut dada.

"Kau tahu tak? Aku punyala syak yang dia orang kutuk aku gila-gila! Tapi, rupa-rupanya-"

"Apa jadi?"

"Dia lalu tepi aku tadi selamba dek aje!"

"Maksud kau?"

"Dia orang tak gelakkan aku tentang tadi and aku langsung tak dengar dia orang cakap pasal aku or gelakkan aku ke apa. Sus do!"

"Kalau tak ada, baguslah! Habis, kau nak dia orang mengata kau and gelakkan kau?"

"Tak nak." Gelengku laju.

"Dah, jom gerak. Kalau tidak kita dah boleh sampai kelas awal. Kalau kau tak buat hal tadi."

"Eh hello? Aku pun tak tahu, okey? Relakslah! Kita ada vroom vroom kan?"

"Pandailah kau! Mentang-mentang aku ada moto, kau manfaatkan aku ya?"

"Habis tu, apa guna kau jadi kawan aku? Dari kau biar syaitan menumpang belakang, lebih baik aku yang menumpang."

"Mulut kau ni kan? Aku cili-cili nanti baru kau tahu, ha!" Salma ni pantang aku usik bab-bab entiti.

"Tak baik cakap macam tu." Sedar keterlanjuran sendiri, aku cuba bernada sopan.

"Kau tu yang cakap tak baik! Dah cepat! Lambat aku tinggal!" Salma yang kebetulan sudah menggalas beg terus berjalan meninggalkan aku.

"Tunggulah aku! Adoi minah ni!" Kelam kabut aku mencapai segala.

Ab : ni adalah hasil paksaan diri untuk cuba menulis. Sangat hambar, saya jamin. Tapi, asalkan ada juga dari tak ada kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro

#mimpi